Instagram : @peejburhan

tumbukan padu nak?

tadi keluar.
lama tak keluar laki bini.
so jom la keluar kejap.
ajak MrB makan luar.

sebelum keluar seperti biasa tanya papa nak makan apa?
cakap la tako tao ada. nak?
dia kata nak. sebab hari tu dia ada kata nak.
tapi time tu aku beli barang rumah kat jj.
jj area umah aku ni dah takda tako tao. so takleh la beli.
papa nak 3 ketul je. eh mana cukup.
dah la aku kata nak apa lagi?
dia kata taknakkkkk. hahaha tak abis2.
macam seksa nau kalau aku suruh makan tu.
so aku kata since taknak lain.
aku akan beli 2 kotak. so sila makan 6 ketul ok.
dia ok. good.

:: aku tumpang sekaki makan sekotak. aaaahhh long time no see. nice to meet u again, tako tao ::

so masa keluar tu ke sakura kristal makan dulu.
MrB je makan.
aku minum je.
sebab earlier tu aku dah makan nasi kandar masa lepak ngan filla.
so masih kenyang.

then lepas makan beli belah la sikit.
takda apa pun. aku beli seluar kat cotton on.
beli jeans.
perangai jangan di ikut.
kata cotton on kan. harus la murah je kan.
konpiden sangat kak jah amik dua jeans uolls.
budget rm80 je satu.
sekali amik kau time bayar mini heart attack. hahaha.
muka harus tenang, bayar je la.
kemain kau kan.
eeeee bila perangai tak tengok tag harga ni nak berubah?
nasib la aku ni takda perangai into luxury items.
kalau tak, tak ke menakutkan dengan confident masuk designer boutique sampai memilih handbag main tunjuk-tunjuk je ibarat membeli ikan di pasar.
sekali time bayar terus kena panggil ambulan.
sebab aku terpengsan terus kat situ tak sedarkan diri.
ok sebenarnya tak pengsan, tapi purak-purak pengsan sebab malu takda duit nak bayar. hahahahaha.
di harap pada masa akan datang berubah la ye.

bukan baju je yea.
makan pun sama yea.
kemain main order itu ini. pastu mini heart attack.
semalam jonet datang rumah.
so malam tu kita orang keluar makan.
feeling sangat kalau naik kereta jonet sambil berbaring konon nak tengok bintang-bintang di langgit.
takda makna ye. jerebu ni hape tak nampak.
aku nampak lampu jalan je. hahaha.
dulu naik seronok gak tengok bintang, pokok-pokok semua.
aku kan ….

** aaa boleh tak. elok aku update ni. abang aku datang.
nak sambung mengadap laptop macam keji sangat.
so aku stop kejap. haaa kejap la sangat. ni baru sempat hadap balik.
type atas ni sabtu malam. ni dah isnin malam hoi T_____T **

ok sambung. mana aku stop?
jap baca balik. hhuhu.

ok memula aku cerita aku makan n shopping. tu sabtu kan.
pastu aku nak cerita kisah keluar jumaat malam.
apa kebenda la cerita belit-belit. takpa la. hadap je la.

nway, jumaat tu keluar dengan jonet n mrB.
sebab jonet nak makan manis-manis katanya.
so ke wangsa walk n menuju ke secret recipe.
sampai around 9.05pm macam tu.
sekali dah takleh makan ok. kitchen close already.
whatt?? gila cepat.
kot ye pun nak tutup pukul 10pm kot.
kemain awal dia dah tak bagi makan. tumbuk kang.
so beli cake je.
jonet beli chocolate ecstasy.
sedap gila weyhhh. kalau ke secret recipe nampak cake tu sila beli.
sumpah sedap. i loike.

so takleh makan situ.
kita orang ke octopus sushi je.
bagus gak. i is mengidam sushi jugak ni

oleh kerana lapar.
sempat snap few je.




ooppsss i did it again.
selain daripada baju.
aku jugak if order makan main order je.
tak tengok harga.
salah satu aku order unagi kat atas ni la.

then makan la dengan gumbira.
sambil tu jonet tunggu bento set dia.
rupanya bento set dia ada unagi macam atas ni jugak.
so dia cakap la, dia suka unagi. tapi mahal gila.
if amik unagi set ni 4 ketul rm40. ridiculous.
so aku amik bento baru rm29. dapat udon, chawamuchi, tempura n unagi 3 ketul.
terus rasa nak terkeluar balik unagi aku.
hahhh? rm40?
sumpah tak ku sangka. hahaha.
aku budget dalam belas or rm23 ke apa macam tu.
damn u perangai tak tengok harga.
aaaa stresss ahkak memikirkan.
ok lepas ni sila la ubah perangai tu woih.

tapi masalahnya sedapppppnya unagi apa kebenda tah yang pic atas ni.
sungguh tebal terlentuk liuk unagi tu. fuiyooo. hahahha



noy datang singgah kejap je dalam 15 minit.
kims sangat perangai.
sebab dia nak kena rush pergi birhtday kawan dia la apa.
then tengah pagi tu nak bergerak bercuti pulak.
gembira hidup nohhh…bercuti bagai.
ahkak nak pergi klcc pun tak dapat-dapat ni. *kesat ayaq mata*



:: hahah jonet stone kekenyangan ::



bertabahlah tengok kening konsep ulat bulu ni.
tension je elly bila aku share selfie kat group kening ngeri sangat.
dia kata tolong la pergi threading…dah macam ulat bulu kening.
aku taknak. aku nak biarkan tebal. nanti baru betulkan.
nak buat kening tebal.
elly kata, jangan nak perasan siti nurhaliza ye kening tebal.
eh mana ada. tak ok.
tapi aku bukak ig nora danish. screen shot pastu kata kat elly…takla aku nak kening macam nora danish.
hahahahha. berbulu je elly.
tapi now ku tenung-tenung diri sendiri.
agak macam jantan muka aku berkening tebal.
masalahnya takda masa nak pergi threading kan, buat sendiri malas.
so pakej kening tebal. misai pun tebal macam datuk K. syabasssssss.
nanti la senang-senang i begakan kening ni.

gerak daripada wangsa walk tu laki aku nak lepak piuler.
dia tu sehari tak jumpa kawan dia, macam kan setahun.
so layankan je.
padahal perut aku n jonet ketat dah ni.
mata pun stimmm je. ye la kata kenyang kan.



so tak duduk lama la.
aku bungkuskan papa roti sardin dia nak.
so kita orang gerak balik.
laki aku balik, sila suruh kawan hantar ye.

ok sambung cerita hari sabtu balik.
yang aku n laki aku keluar pergi festival city tu.
lepas shopping.
pergi ke tako tao n orderkan untuk papa.
then settle nak balik la.
tengah berjalan tetiba laki aku nak pegang tangan.
elehhh, sweet sangat la tu nak pegang tangan.
sila ambil perhatian…aku jenis tak suka nak berkepit ke apa ye
aku rimas. sekali sekala takpa.
tapi laki aku jenis suka. so layankan la.

so dia tetiba amik tangan aku nak pegang tangan.
elehhh anje angat ni. berbunga n sengih iolls.
sekali dia tarik tangan aku ke belakang.
ingat dia nak suruh peluk pinggang ke apa.
kau tau apa?
dia amik tangan aku letak kat bontot dia n kentut.
kurang ajarrrrrrr. bergegar tangan aku!!!!!!
apa biadap sangat ni.
amik kau automatic aku bagi tumbukan padu kat belakang dia.
bertubi-tubi la kena debik.
pastu boleh gelak2 cakap sorry.
sumpah benci tau.

aku memang bengang la.
i dont like ok.
dah la tu. dah cakap sorry.
sekali sampai rumah. dia keluar kereta. angkat je bontot dia lepaskan kentut.
dia kata tak sengaja.
aaaaaa stresss aku la.
dah la kentut kat tangan aku.
terus aku rasa najis sangat ok.
dah la aku peluh. dah la lap peluh pakai tangan kanan je.
aku geli nak lap peluh pakai tangan kiri yang kena kentut tu.
hahaha pikir balik memang la angin je.
tah aku kan imaginasi terlebih.
aku terbayang bau kentut melekat kat tangan how??

dia ni memang kuat kentut la.
tak paham aku.
tidur pun kentut apa cerita?
kentut pulak stock bilik pun boleh bergegar.
kadang datang bau tu tak tahan.
eeeiii nasib suami, kalau orang lain memang aku terajang je bagi jatuh katil.

rasa macam nak amik penutup gabus selalu kat botol wine tu kan.
aku nak sumbat biar dia tak boleh kentut.
baru dia tau.




15 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bahahahahahahahahahahaha! Selalu gak rasa kena kentut kat tangan tu hoiiiii terbawak2 vibrate dia tuh! Adehhh serious kelakar peej laki u.
Ketahuilah bahawa TAK semua lelaki kelakar tolol mcm tu tau. Kot dpt yg jenis2 baran n boring tak reti melawak mmg kan bosan la hidup. Bersyukur tau peej. Laki i pun sepesen mcm ben suka buat lawak terencat. Lulz :p
Take care peej.. Love u.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Lawak giler tang kentut.. meleleh air mata gelak tak tahan.. lawak okey..😆😆😆😆

SaraGurL said... [Reply to Comments]

Memang biadap
Tp sumpah lawak
Hahaha

Alin Faiz said... [Reply to Comments]

Hahahahahaha peeej! Ini kelakar okayyy. Kentut sampai bergegar bilik! Hahahahahaha. I teringat entry you yang entah bila cerita husband you jatuh terduduk bunyi pelepoppp! Sampai skrg kalau teringat mesti gelak terbahak-bahak. Hahahahahaah

syuhadaa said... [Reply to Comments]

adoi tergelak sensorang ni baca cerita ni. plis la bajet cite sweet muit tadi sekali kena kentut daaaa baru lah paham kenapa tajuk kali ni tumbukan padu hehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

jgn sumbat dgn gabus.. sebab kalo tekanan terlalu tinggi nanti gabus tu terpelanting.. kene sakit woo.. hahahahah

Suriya Majid said... [Reply to Comments]

puas scroll sampai habes, ok paham nak cerita pasal apa sebenarnya

susumanis said... [Reply to Comments]

Hahahahahahaha..ya Allah mengilai gilai mcm pontianak da akk memlm ni peej..ok sambung...hahahahahahaha

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

Hahaha kelakar la ko ni peej 😂😂😂. biasanya org kentut2 ni byk mkn daging or ayam. so ko tgk la apa yg dia mkn hari tu. hihi
-wani ezryl*

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kak peej!!! kahkahkah. lawak gler Mr B. tergelak2 saya kat opis!

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Hahaha kak peej. laki saye pon camtu kak. Kadang2 baru nak keluar kete, dia tarik tangan, yang jap yang.

Yang kite ni pun haaa ngapenyer?

Kejap, abg rasa macam, macam. macam. Sekali ha amek. Prottttttttttttttttttttt bau takyah cite. Hahahahaha. Sabo jelah haku. Hahaha

mamabeauty said... [Reply to Comments]

hehehe jenis2 melawak tahap gitu ok lah lagi.. sometimes dia nak bermanja yang tak kena tempat.. just for fun kata org..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Yang bongoknye tu kan.. Kita dah penah terkena dgn lawak kentut dia sebelum2 ni. Boleh pulak the next2 time nya terpedaya lagi niiii hahahahahaa.. Tak paham betul knp boleh kena lagi dan lagi. Lol

Fieza a.k.a ibu Azwar Qaiszar dan Maria Dayana said... [Reply to Comments]

hahaha..yang ni kelakar gila..terus rasa nak komen..padahal selama ni baca je blog.kekkee..
lawak lawak...

manis joanne said... [Reply to Comments]

hahahaha...sama lah peej dgn husband i...selalu i jeritkan kentut bau bangkai...tapi selamba je dia...iolls tension siap buat surat luahan perasaan...i selalu ckp bau melekat...eeeiiii....nyampahhh....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...