Instagram : @peejburhan

teringat-ingat

malam kelmarin keluar minum-minum.
sebab nak restock barang, laju kemain korang ni beli kan.
sekejapan habis.
ramai la elly pun ada.
sebab dia nak amik barang dpd kawan aku tu.
dia kirim sebab kawan aku tu pergi europe.

then balik la.
kita orang gerak almost 1am macam tu la.
aku n kawan aku duduk dalam rumah sampai dok uruskan hal trial.
yang laki aku, ayol, suami kawan aku, mi n ada budak jiran aku ni sembang kat luar.
oh btw, ada sorang budak ni sewa bilik kat rumah wilcha tu.
baik pulak budak tu, n laki aku kan over peramah.
so kadang kita orang minum malam, laki aku ajak sekali budak tu.
so dorang sembang la.

around 2am kawan aku gerak.
aku pun keluar la, sebab nak hantar ayol balik.
tapi ayol kata takpa la, dia tidur rumah aku.
ok bagus. aku pun penat sebenarnya.
so dia taknak balik tu bagus sangat la.
sebab aku boleh relax.

then tengah aku duduk susun trial tu.
dia dok kata, "ish balik ni macam-macam pulak. masa kat sana takda apa."
aku tanya la apa nya?
dia tak jawab. dia kata takda apa.
then aku suruh dia tidur dalam guest room.
dia taknak.
dia kata takpa la. tidur depan je.
pastu siap kata, jangan la bagi aku tidur sorang.
jom la berkampung tidur ramai-ramai kat depan.
ehhhh tak kuasa aku ok. aku nak tidur bilik.
aku ni dah la penat bekerja, sakit-sakit badang.
kang tidur tak proper bertambah sakit badan nanti.
so biarkan dia, aku masuk tidur kat bilik.

then siang bangun terus aku buat kerja dalam bilik.
tengok ayol tidur lagi.
then aku order makan, later tu lunch sesama.
habis makan aku nak masuk bilik sambung buat kerja.
dia kata buat la kerja kat depan.
malassssss. nak angkut2 barang.
then dia kata ada benda dia nak cakap.
hah. cakap apa kan? debar lak aku.
aku takleh saspen2 ni.
mula la otak ligat.
pasal apa? pasal dia ke? pasal laki aku ke? pasal apaaa???
so aku angkat la barang buat depan.
then ayol mulakan cerita.

ayol : Y ni dah lama ke duduk sebelah ni pija?

me : ada la dalam sebulan macam tu. kenapa?

ayol : takda la. semalam kan sembang. tengah sembang tu tetiba wilcha ni keluar kat tepi tu cakap kat Y jangan lupa belikan dia mee goreng ke apa tah.

me : oh dia memang suka sibuk macam tu.

ayol : tapi Y macam buat tak tau je. then aku cakap la. eh takpa ke? kang dia tunggu pulak nak makan. pergi la belikan. then Y ni cakap ala takpa. dia ok. saya pun tak suka nak balik awal-awal.
then saya tanya la, kenapa pulak?
then Y cakap, sebab ada sesuatu la.

me : sesuatu apa?

ayol : tu la kita orang tanya la sesuatu apanya?
pastu Y tu cakap kat belakang tu ada Cik P.

me : P apa?

ayol : P la..P. Ponti.

me : merepek la.

ayol : dia kata dia nak mengemas. so dia bawak la penyapu mop apa semua. elok dia bukak pintu. elok benda tu ada kat sudut. mengadap dinding. terus dia tutup balik pintu tak jadi.
tu yang semalam aku nak balik terus tak jadi tu. suruh tidur berkampung.

me : kau niiii. aku rasa benda-benda ni ikut orang la. ada orang maybe la kot nampak. tah aku Alhamdulillah ok je takda apa.

ayol : tu la Y kata dia dah jumpa ustaz. ustaz kata benda tu tak ganggu. tapi dia macam tersesat. tapi dia duduk situ. nanti dia nak panggil ustaz suruh uruskan la. sebab dia memang tak ganggu apa. tapi nanti dengar la bunyi cakar-cakar la apa kat dinding n bumbung.

me : tu musang la. aku pun dengar.

ayol : tu la abang ben cakap tu musang la Y. memang ada pun.
then Y cakap ye bang, musang tu musang, ni yang bukan musang.

me : *hoi time ni aku meremang bulu roma*
this i dont like.
sebab saya memang selalu dengar.
dah tau dah timing. tiap pagi kul 5 mesti bunyi.
selalu dalam 1/2 jam ke 45 minit macam tu la.
sebelum subuh tu stop.

ayol : heheh. tak suka. tak suka.

me : ingat lagi first time aku dengar memang seram.
sampai aku kejut abang ben sebab serious macam bunyi orang berjalan atas tu.
punya la kuat. n cakar-cakar tu memang ada.
tapi tu la aku pernah la nampak musang 2 beranak. so musang la kot.
tapi musang takda la besar pun.
tapi bunyi selalu aku dengar tu memang kuat.
tapi dah biasa kan. so biarkan je la.

so anyway, tengah type ni.
kejap-kejap dengar la bunyi atas bumbung ni.
hahahhaa i dont likeeee!
ni nak kenc pun tetiba macam scary dah kenapa?

aku bukan la jenis penakut.
tapi aku ni takda la berani sangat pun.
tapi jenis malas pikir. n rasa macam, ni rumah kita kot.
kenapa lak nak takut ngan rumah sendiri kan. tak best la.

tapi itu lah nya.
tetiba lepas dengar tu rasa tak tenang iolls.
teringat-ringat la pulak.
melilau la mata aku ni bila nak balik rumah tu dok pandang sana sini.
eeeiiii tak suka.
Ya Allah Ya Tuhanku, jangan la bagi aku ternampak yang bukan-bukan.

tak kelakar betul cerita ni.
dah la tetiba laki aku cakap nanti ada kena overtime ikut boss.
macam taknak je tinggal sorang.
macam tak suka je.
macam nak ajak sesapa teman je.
help help help.

jumpy aku tau bila dengar benda macam ni.
time amik wuduk tadi tetiba macam terdengar-dengar bunyi nangis.
mungkin paraniod lebih. mungkin kucing. hahah saiko sangat ni.
pastu tadi tengah doa, tetiba dengar kuat bunyi uuuuutttttttttt. terkejut iolls.
rupanya phone laki aku on vibrate. cissss.



10 Comments:

Lynn Hamzah said... [Reply to Comments]

hohohoho...memang scary...pernah alami juga dulu kat rumah sewa...

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

hahaha....bunyi uuutttt....tanjat boboi! terus rasa seram berlalu pergi!

Dash Darus said... [Reply to Comments]

aaaaaa.....dah ko pulak kisah mistik

SaraGurL said... [Reply to Comments]

Haha slalu dok bc reader hang yg post kisah mistik. Kali ni hang sndiri. Gagagagaa

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

alamak! Betul ke Peej... akk debar2 jer baca. Tak silap Peej pnah cete psl musang tu.. akk terpikir jugak psl benda tu.. tapi Peej dah kata musang, kan.. Act kalu kita dengar cakar2 tu 'dia' tgh sikat rambutlah Peej... huhuhu.. dah masuk expose mistik dah ni Peej..

Fazlia said... [Reply to Comments]

Haha saya selalu kena camtu. Tengah syiok layan cite hantu, tengah maximum dia punya climax nak jumpa hantu tu la yang phone buat perangai tetiba vibrate. Rasa jantung rebah ke lantai. Nanti kalau rasa nak terkucil nak tak nak kena tunggu azan Subuh dulu baru berani balik sikit hahaha

ellyzan said... [Reply to Comments]

Cantikkkkk.....pukul 3.50 pagi blog hopping bertembung citer ni. Syabas bete. Tidur berlampu la jawabnya aku jap gi. Heheheh...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha seram2 pun pengakhiran entry ni kelakar! :'D
kat rumah parents kt shah alam pun selalu dgr bunyi macam tu atas siling. kat bumbung. positif musang ke tupai ke sbb selalu pun dgr dia lari2. atas bilik sy pulak tu. siang ada malam ada. selalu bunyi jd xkisah. maka ko anggaplah tu mmg musang/tupai. perasaan je tu. if ben xde and takut bolehlah pi rumah parents, xpun ko pasang movie happy kuat2. sy kat rumah yg skrg ni pun asyik dgr bunyi hentak kaki kuat and guli kat siling, selalu la pasang tv kuat2 kan haha.

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku tgh baca bab
P la... Ponti...
sekali lappy aku padam.
terkejut bak hang.
rupanya batt abeh
bodoh betol

Anonymous said... [Reply to Comments]

aku baca pukul 2 am. sekali bab ayol ckp cik P, trs aku stop. off pc. pagi ni br buka continue balik baca hehehe. dasar penakut haha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...