Instagram : @peejburhan

Selamat Hari Raya Aidiladha 2014

hey everyone,

mesti semua tengah cuti sakan kan.
ye la cuti panjang kan.
aku memang tak kemana la.
sebab papa stay dengan aku kan.
so takda kemana sangat.
shopping mall pun lama tak pergi.
ok pergi la jugak, tapi sekadar nak pergi makan je ke.
lama aku n MrB tak berjalan, shopping, lepak, tengok movie ke.
dulu sebab takda kereta.
then dapat kereta busy urusan mama nak pergi haji.
then papa duduk ngan aku kan.
nanti lepas haji mama kata, nak duduk rumah aku.
dia memang dah berbulan kata nak duduk rumah aku.
tapi sebab lepas raya busy nak haji.
ngan tetamu datang tak putus. tak sempat dia nak datang sini.
tapi dok sembang ni, dia kata la balik nak duduk rumah aku.
ok boleh.
tapi tu la, bila nya aku nak berjalan sakan tah. haha keji.
eh tapi boleh je. sebab now ni tak boleh sebab takda sapa nak tengokkan papa.

papa ok.
makan pun so far ok.
sampai tahap aku bagi makanan dia dah taknak. hahah.
dia kata duduk rumah aku asyik kena makan je. hahaha.
dia kata kau sungguh2 nak bagi papa gemuk, tapi badan papa tak naik-naik pun.
takpa la tak naik. janji makan kan.
lagi aku lagi la. if bagi bapak aku makan macamkan bagi orang sihat makan.
aku dah tau portion papa, so aku memang takkan bagi banyak.
pastu ni dah 1-2 hari dok la memekak kat telinga aku suruh belikan yakult.
dia kata dia tengok kata yakult bagus untuk perut.
ye tauuuuu! nanti beli. aku takda masa nak pergi beli pun ni.

minggu lepas busy sangat.
tau la musim orang dapat gaji kan.
memang berpusu-pusu order.
setiap hari mengadap parcel.


now tambah pulak aku buat the kasihs shawl kan.
lagi bertimbun kena order. boleh tahan tudung kak pilla kita tu.
meletop-letop jualannya. Alhamdulillah.
ni pun walaupun cuti, kak pilla punya semua aku dah siap-siap tulis.
taknak nanti last minute baru nak buat. kelam kabut di buatnya.
oh siapa nak COD the kasihs shawl kat rumah aku boleh yea.
tapi apa-apa korang inform kak pilla dulu.
nanti cakap kat dia nak COD kat aku, tak silap korang nak COD ngan filla kat putrajaya pun boleh.
bisa di atur semua tu.

aku dapat satu lagi offer.
suruh aku uruskan pengeposan barangan.
tapi aku masih berfikir.
sebab order aku sendiri pun kadang tak menang tangan, now campur the kasihs shawl.
nak tambah satu lagi kan. takut tak terurus.
tu satu, takut nanti banyak kesilapan, kualiti pembalutan ke.
tapi tu la, Allah dah bagi rezeki kita nak tolak tak sedap hati kan.
belum cuba belum tau kan.
aku masih fikirkan. maybe aku try tengok macam mana.
n if ok, then ok la.
tak pun, income mesti bertambah sikit kan.
so maybe aku boleh hire assistant ke kan.
tiap hari datang rumah aku from 2-6pm macam tu.
bagi la gaji hari ke, seminggu sekali ke. gituh.
wah belum apa-apa dah verangans tu kan. ;p

sekarang pun ada pekerja jugak.
walaupun aku harapkan dia jadi assistant kepada aku.
tapi daripada gaya, lebih kepada menjadi mandor n busy body je lebih.
siapa lagi kalau bukan cik nyunyu kita. muahhaha.
omeelllll angat rasa nak tumbuk ni.

:: nyunyu ready tunggu customer nak COD Ephyra n Tabita ::


:: bekerja keras nak tolong cop kan borang poslaju, tapi apa boleh buat..tangan saya kontot tuan ::

tak boleh menahan aku bila masuk komen n ada kawan aku kemain whatsapp tanya, memang dia berjalan ngan dua kaki tu je ke.
hahahhaa agak-agak la. motip nak berjalan macam tu.
kalau macam tu aku pun seram. kau ni kucing ke apa?
takda la. dia macam kucing biasa la berjalan ngan 4 kaki.
tapi dia kan kaki depan macam cacat sikit. so cara dia berjalan memang pelik terkedek-kedek.
kaki depan dia pendek. so rupa dia memang dah rupa munchkin cat tu.
pastu badan panjang. kadang macam rupa hush puppies pun ada aku tengok dia ni.

tapi tah daripada baby dia memang suka berdiri.
kalau agah time baby dulu. dia terkejut akan berdiri lama, baru tergolek kebelakang. haha.
dia ni macam slow sikit. boleh nampak.
sebab tu nak marah pun tak sampai hati. sebab aku tak rasa dia paham.
kalau dia sesaja bersantai, mesti tersentil je lidah dia.
muka pun terkojut je.



eeiii geram ngan dia ni.
tapi dia tak suka kita pegang dia. tak manja la.
tapi dia suka menyibuk.
suka now terjenguk-jenguk tengok orang nak buat apa.
tengok la perangai dia tu.





gambar last ni tak tahan.
dia tengok geng dia suka minum air dalam baldi.
tapi dia tak boleh. tak reti ke. aku tak sure.
pastu penuh harapan je tengok.
so selalu aku akan bagi air daripada gayung.
tak pun biar air melimpah. nanti dia minum daripada lantai.
dia suka macam tu. layankan.


hari tu sempat berkaraoke sekejap.
settlekan papa ngan makan, minum apa semua. 
then lewat malam pergi karaoke ngan jonet, noy n boyfie.
tapi memang kejap je pun.
sebab hari tu tutup awal pulak redbox.
sebab tnb nak buat apa ntah, so dorang nak tutup electric semua. finee.
tak dapat kak jah nak feeling sangat menyanyi ke apa.


:: aktiviti lewat malam. bermamak. ::

semalam la baru ada masa sikit.
tu pun sikit je la.
dah set ngan customer nak amik barang biar lewat petang sikit.
siang aku ada urusan.
kalau tak memang tak kemana la.
hari biasa busy kerja post siang, malam tak boleh kemana orang COD n all.
so since semalam free. so lets.

pergi service kereta untuk first 1000km.
nasib ada kawan kat situ, so kejap je buat. huhu tak tunggu lama puin.
oh btw, tak sampai pun 1000km aku bawak. abis tak kemana kan.
guna untuk amik barang n post je pun.
bapak aku pun kat rumah aku. so takda aku ulang alik. huhu.

tadi MrB ada cakap, mak tak naik lagi kereta aku.
aku cakap nanti la, sebab papa ada rumah kan.
so nak berjalan sangat pun tak boleh.
nanti by next month ok kot.
boleh la bawak mak berjalan ke, pergi makan ke kan.

mak lagi lawak.
aku lama jugak tak jumpa mak.
sebab takda masa nak ke rumah mak.
jumpa pun kat majlis tahlil abah.
tak pun kadang, kita orang lepak malam, adik-adik ipar aku bawak la mak datang minum.
tapi lama jugak la takda mak join.

macam aku dulu setiap kali jumpa mak aku hulur la sikit.
tapi aku kata MrB start ramadhan hari tu, aku kata aku taknak hulur macam tu dah.
aku nak bagi setiap awal bulan. atleast ok sikit, sekali dapat banyak sikit kan.
so since sekarang ni aku payah nak jumpa mak kan.
sekali laki aku call awal bulan hari tu.

him : ja, mak kata malam karang dia nak lepak sekali, lama tak lepak. 
me : ye ke. ok la.
him : tu la i cakap, eh mak ni tetiba pulak. pastu mak kata, ye la nak jumpa menantu aku. lama tak jumpa. (takda la lama, sebab baru seminggu sebelum tu jumpa tahlil arwah abah 40 hari)
me : ok je. haaa lepas tu?
him : i cakap kat mak. e eh sesuatu je mak ni. mak cakap la sesuatu apa? i cakap la..mak nak jumpa sebab awal bulan kannn??? mak nak sesuatu la tu.
me : mak cakap apa? 
him : mak kata, biarlah..memang menantu aku selalu bagi duit awal bulan. nak jumpa la.
me : hahahha ye ke? dasyat mak ni yang.
him : haaaa acattt (dasyat) angat. 
me : acatttttt…. hahahhaha.

lawakkkk. mak mertua aku memang. lawak tak boleh tahan.
pastu malam tu jumpa kemain duduk sebelah aku.
yang laki aku memang kerja nak mengenakan mak dia je.
sempat dia sakat mak, "eh makkk punya banyak seat, apesal mak duduk sebelah pija pulak? ada makna mak ni."
tersipu-sipu mak gelak.
laki aku adik beradik suka kena kan mak dorang.
tapi mak relax je kebal takda perasaan. 

tapi paling tak tahan, time balik amik kau dekat 10 kali mak bye-bye.
dah jauh pun dok bye. kelakar.
yang laki aku nanti, mesti lepas tu akan call mak tanya, mak gembira ke?
tah apa-apa. takleh tengok mak dia senang. adaaa je dia nak mengenakan mak dia.

eh aku ni kan.
suka cerita off topic.
biasa la lama tak update.
sekali update semua kak jah nak cerita. hahahha.
rasakan korang muntah baca entry panjang lebar.
ye la baca je ok, nak tunggu aku update next entry tah bila.

nway, lepas settle service kereta.
aku ajak pergi saloon.
aku nak potong rambut.
aku memang dah tak tahan rambut panjang ni lama dah.
since takda kereta tu.
kan selalu naik motor. so aku rasa sebab angin ke apa.
kan rambut selalu bersepah, so rambut aku tahap kusut dia ngeri.
pastu dah start bersimpul-simpul tu kan. aaaa tak suka.
pastu nak potong laki aku tak bagi. noy lak takut2 kan kata nanti muka aku ngeri la apa.
ngeri apa? sebab panjang pun aku ikat selalu. apa beza tah.
takleh tahan. so mari potong.

pergi saloon biasa pergi tu.
dia dah pindah. dulu kat wangsa maju seksyen 2.
now pindah kat dataran wangsa melawati tu.
bagus. senang parking.
so pergi terus kata nak potong. dia pun terkejut aku nak pendek.
selalu trim je kan.
aku potong n dia blow je pun.
patut dah due untuk color n treatment.
tapi takda masa la. rushing sana sini.
so nanti-nanti la buat tu
tadi masukkan pic.
kemain orang komen kata nice color la apa.
dah macam rambut elly. hahahha.
takda maknanya ye.
tu sebab filter lapan tingkat.
sebab tu haaa kau jadi color macam tu.
padahal sama je.


puas hati kasi pendek.
ikutkan nak pendek terus.
tapi sedar diri muka besar talam. so takpa la.
semua sibuk nak tengok pic full la apa.
mengada kan korang.
ada sebab la aku taknak pic full.
sebab muka tak make up.
kening macam orang amazon. ngeri sangat.
aku dalam proses nak bentukkkan kening.
so biarkan tebal balik baru trim. sebab i don't like kening nipis.
so sementara nak ok tu, rasa kan horror.

so maka ni la rupa baru.
muka serious sebab pasrah kening macam ulat bulu naik daun.
lepas potong rambut terus ke petshop.
beli barangan kucing.
beli makanan kucing dalam, kucing luar, pasir n carrier.
melayang rm300++ *kesat air mata*

sampai rumah hujan lebat.
tunggu kejap reda sikit.
call petcare tanya tutup pukul berapa.
sebab nak bawak kucing. dia kata pukul 4pm tutup.
bergegas masukkan kucing 4 ekor n ke petcare.

sebab siapa follow ig aku tak sure perasan ke tak.
masa raya hari tu laki aku bawak kitten masuk rumah.
tapi aku bela 2 minggu je.
aku tak sanggup sebab dia tak potty train.
dah dia sesuka hati membuang sana sini.
dah si penyu n M ikut perangai.
then kitten tu asal bukak pintu je berdesup lari keluar.
penat aku dah macam orang gila nak keluar masuk rumah payah.
pastu tau la stray cat kan. ada kuraps sikit.
haaaa habis menyangkit ke kucing2 aku.

tau la kucing rumah ni banyak.
sekor-sekor kena. nak pitam ahkak.
dah la time tu takda kereta kan.
ni dah ada, takda masa nak bawak. merebak.
tu takleh jadi. taknak tangguh dah. lets bawak.
so bawak 4 dulu. isnin aku bawak yang lain.

wah dah canggih petcare.
lama tak pergi. kemain canggih mengalahkan klinik manusia ok.
lupa nak snap pic. nanti pergi lagi aku amik gambar.
dah 2 lot dia bukak.
siap ada no giliran keluar nama kucing uolls.
siap ada 4 consultation room. hamboihhh.

semua inject kurap n bagi shampoo kurap untuk dorang.
aku beli sekali ubat kutu.
haaa kau rm260 tadi kena. *kesat air mata sekali lagi*
baru la laki aku tau kan.
kerja dia nak membela kucing banyak-banyak.
ayat mesti nak…murah rezeki yang dia doakan perniagaan u tau.
yeeee la sayang oitttt. tapi kau ingat murah maintenance kucing ni.
terus tadi aku nasihat sekali.
haaa mahal kan? masuk makanan semua tadi hari ni je untuk kucing rm600 tau.
baru dia terdiam. tau takpa.
then aku cakap, haaa hari tu kita bawak kucing…vet tu puji kata kucing kita semua bersih elok.
now dia kata teruk kena kurap la apa.
lain kali jangan bawak kucing luar masuk. kucing kita semua terjaga elok.
sebab u bawak masuk, abis macam-macam kena.
luar biar kat luar je. bagi makan kat luar. jangan campurkan dengan dalam rumah.
semoga laki aku faham n insaf.

kucing-kucing kita orang kucing biasa je pun.
tapi alang-alang jaga biar la betul-betul kan.
kadang-kadang tekanan jugak memikirkan $$$$ berterbangan sana sini.
tapi takpa la kan, maybe betul dorang2 ni doakan aku n MrB kan.
korang pun doakan sekali yea.
soon aku nak beli sangkar pulak.
senang, aku nak masukkan dalam sangkar if ada tetamu datang.
yang tak berani ngan kucing la.
contoh si kak engku tu, tension aku tengok dia menggelupur ngan kucing2 aku. hahah.
n if ada tetamu tidur rumah aku boleh letak dalam sangkar.
baru tenteram dorang tidur.
ye la, rumah kecik…bilik 3 je. satu bilik aku, satu buat office, satu lagi papa duduk.
dorang tidur kat hall. merasa la nak tidur kucing-kucing semua stunt kat dorang. muahhahaha.

eh ok la.
panjang lebar sangat dah ni entry.
letih korang membaca.

aku malas nak masak raya ni.
tapi bapak aku hint-hint pulak suruh masak.
apa pun takda ni. nak beli pagi karang pun maybe lewat.
sebab lepas solat raya ada customer nak COD barang.
noy n P.G pun nak datang. gila keji kalau aku order pizza je kan.
tengok la. aku usahakan. buat makan tengahari kan.
aku rebus nasi impit n buat sambal daging je kot.
rendang n lemang beli je.
tengok kerajinan kak jah.
semoga success.

ok selamat hari raya aidiladha n happy holiday to all my readers.





3 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ada rasanya gambar aunty nani rambut pendek macam peeja sekarang ni....comel lah.

norhanita.harun said... [Reply to Comments]

Nyunyu tu mcm talking tom laaa...somel sesgt...

Linda said... [Reply to Comments]

eh ada ek kucing mcm tu asik berdiri je dia..comelnye..geramnye..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...