Instagram : @peejburhan

off day

cuti deepavali korang buat apa?
aku? aku rest secukupnya.
seronoknya dapat tidur seperti starfish kat katil.
ok bangun kejap tengahari sebab ada customer nak COD barang.
then i sambung jadi starfish. aaaaa indahnya dunia.

then bangun. uruskan riri.
aaaaa semakin sedih aku.
dah la setiap kali dia nampak aku kemain kuat dia mengiau.
mesti dia tertanya-tanya kenapa dia kena duduk kat cage luar.
mesti dia ingat kita orang dah sayang dia sebab dia sakit. aaaa so sad la.

then masa uruskan dia lagi sedih.
baru aku betul-betul pegang dia untuk bagi ubat n sapu ubat tu kan.
aaaa boleh rasa betapa kasar n keras keliling leher dia semua.
sedihnyaaaaa. mesti dia sakit n gatal sangat. :(
Ya Allah, Ya Tuhanku..kau sembuhkanlah penyakit riri.
laki aku ni jenis suka doa, nanti sikit-sikit mesti dia doa kuat-kuat.
kawan-kawan aku semua dah masak perangai dia.
nanti semua la tetiba kena tadah tangan Aminkan doa. hahah.
so now bila tetiba laki aku doa, last mesti aku selitkan suruh dia doakan riri.
korang pun doakan riri yea. supaya dia sembuh cepat. :(

settle uruskan dia.
aku mandi n siap keluar.
join noy n bf dia makan lunch.
later tapaukan papa something.
Alhamdulillah banyak papa makan now. happy lettew.
paling tak tahan, papa takleh ok sebut pasal mama balik ke, sebut hari isnin ke.
amboi dia punya senyum meleret tu tak menahan tengok. hahaha.

then aku duduk-duduk aku cakap la.

"hari ni rabu, esok khamis, then jumaat, sabtu, ahad… pastu ISNINNNNN."

senyum meleret papa.

"haaa tu kenapa tersenyum simpul, sengih2 tu?"

pastu papa gelak macam haji bakhil. hahahhahaha.
excited kemain sangat ni.
huhu. tapi aku pun excited ni. hua hua.

tadi pergi jumpa mak mertua aku.
lama rasa tak jumpa. rindu pulak.
ye la lama dia tak datang umah aku, ni lak bapak aku ada. lagi la dia tak datang kan.
so jom la pergi.
so MrB ajak pergi. so lets.

memula hampir tak jadi pergi sebab hujan lebat kemain kan.
konon nak tunggu reda la. takdonyo lebat non stop.
jom la redah je.
so pergi sana, aaaaa hazab.
sebab agaknya cuti punya la banyak kereta.
sana memang payah parking.
dah la ada corner tu selamba ada dua kereta parking bucu.
nak corner tu terpaksa ala2 3 point turn la sebab payah nak lepas. grrrr.
bodoh takda sivik parking macam tu.
tapi by the time second round pusing tu aku tengok avanza tu dah kemek.
hahaha ada la tu kena hantam ngan mana-mana kereta.

ye kena pusing berkali nak dapatkan parking.
ye la dulu memang aku asal parking je.
nanti kau lepas la handbrake n letak gear kat N.
orang nak keluar masuk orang dok tolak la.
tapi ehem-ehem kata now pakai 'hitam manis' kan. i dont want la.
kang orang tu salah tolak elok cium kereta depan ke belakang.
i dont want ok.
pastu ada parking sebelah tong sampah. dah macam busut.
sorryyyy i dont want.
then ada ke laki aku suruh parking sebatu jauh.
no no no. hahah matiklah memilih perangai.
eh ye la. dah la hujannnn.

so pusing lagi.
laki aku alihkan motor2 n dapat parking depan kedai. huhu.
yes itu i like.
adik ipar aku hafiz nampak pun dia kata, tu parking vip tu. susah nak dapat tu.
welll. nasib bodyguard i menjalankan tugas. :)

then duduk kejap sembang ngan mak apa semua.
aku tak lama pun. ada dalam sejam je kot.
sebab noy ada kt rumah dok tunggu papa kan.
n esoknya dia kerja. dia taknak balik lewat.
so kita orang gerak.

elok nak keluar tu.
dah nak sampai hujung jalan.
situ memang pertembungan 3 kereta.
kalau aku straight ke kanan sikit tu kiri keluar ke jalan besar la.
then akan ada kereta daripada kiri n kanan.
kiri dari mana arah pun kena keluar ke satu jalan ke la nak ke jalan besar.
so tengah jalan ada kereta dari simpang kanan tu bergerak ke depan kereta aku.
kira dia nak lawan arah la.

ikutkan memang takleh lalu.
sebab jalan jadi kecik sebab tau la orang dah double park kiri kanan.
aku ingat dia tunggu situ sebab nak tunggu kereta keluar nak parking ke apa.
aku pun tunggu la.
then belakang aku dah ada 2-3 kereta jugak nak keluar la.
aku dah macam, eh mamat ni dah kenapa.
kenapa dia tak reverse ni?
dia nak suruh aku buat apa?
nak suruh aku jalan amik side tepi utk ke jalan depan tu memang tak muat la.
ada tembok parit tepi tu.
dah la hujan lobat gak. aku dah la rabun.
aku confuse.
nampak la dia buat muka toya pandang kiri kanan.
then aku beam la. pun buat bodoh. e eh.
then kereta daripada arah kiri pun dah berderet.
dorang nak keluar pun takleh sebab mamat ni dah block jalan.
laki aku tau la. dia benda-benda macam ni takleh sikit.
terus hujan tu jugak dia keluar kereta pergi sound mamat tu.
ada ke mamat tu kata nak jalan terus.
free2 kena bodoh ngan bangang ngan laki aku.
kau nak pergi mana ni jalan one way. kau masuk sana, sini keluar.
dia suruh aku ke tepi supaya dia boleh jalan.
bangang. kalau aku ketepi pun. abis yang berderet 3-4 kereta belakang aku ni kau nak campak mana.
kau tetap takleh jalan.
pastu dia leh kata dia kerja dbkl, dia tau la jalan ni 2 way.
free lagi sekali kena ngan laki aku dbkl kepala hotak kau.
reverse la bangang.
hahaha akhirnya mengalah.
itu pun reverse tak ikhlas.
sikit je.
memang sipi je leh langgar tembok la nak jalan tu.
bodoh. nasib laki aku yang pergi tu, kalau aku memang adegan kiki kat situ. ewahhhh. hahaha.

tapi serious bangang.
kau malas pusing nak potong jalan kat situ boleh.
tapi time orang kerja, cuti orang balik kampung ke.
lantak kau la nak ulang alik situ pun.
ni malam, holiday lak tu. memang penuh kereta.
jalan pun sempit muat2 satu kereta je lalu.
eeeiiii macam ni punya orang pun ada.
takleh blah betul orang takda sivik ni tau.

tadi aku hantar papa balik.
dia nak balik. kemain happy dia dapat balik.
yang laki aku tak kasi balik.
dia kata tunggu la sampai mama balik nanti baru pergi sana.
papa kata dia dah rindu sangat rumah. dah sebulan kat rumah aku kan.
so tadi hantar.
hoi kepammm rumah.
agaknya bertutup je pintu.
air freshener dok cari pun tak jumpa.
so keluar pergi giant beli air freshener, febreeze, papa punya milo, holicks apa semua la.

dah settle kan semua kemas apa patut, kita orang gerak balik.
sobs sobs.
sunyi kembali rumah ku.
ok saje drama, tipu mana ada sunyi. rimas ada kemain banyak kucing.

balik tadi uruskan riri lagi.
bagi dia makan ubat. hoi seksa betul.
then sapu ubat gatal dia tu.
seronok lak sapu bila boleh rasa keping2 jatuh. fuhh fuhhh.
harap cepat baik.
esok nak suruh laki aku carikkan minyak gamat macam korang suggest tu.
mana tau kan tambah ok.
so semua sekali kita buat.

huii tak sabarnya nak tunggu mama balik. huih huih huih.
ok la tu je.
dengan itu.
penyu ingin mengucapkan selamat hari deepavali dan selamat menyambut awal muharam untuk semua readers.



3 Comments:

mamabeauty said... [Reply to Comments]

semoga RIRI cepat sembuhnya.. if ada kena mcm menggerutu tu senang jer ubatnya letak minyak yang telah guna buat goreng tu... sapu je insyaAllah habis semua kudis2 dia tanggal nanti..

wahh cepat kan dah sebulan your mum n bro gi Haji.. semoga kembali dengan Haji Mabrur.. aminn

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Peej, pi beli ikan... lepas tu goreng. Nanti minyak tu dah sejuk, Peej sapu kat badan Riri. Sapu sampai basah2 pun tak pe... insyaAllah, boleh sembuh. Sapu tiap2 hari.. lepas seminggu akan nmpk perubahan. Minyak goreng ikan jer yg mujarab.. trylah Peej.. gagah2kan diri ok..

Mrs. A said... [Reply to Comments]

Salam kenal.
Semoga Riri cepat sembuh ya...
Come Mrs. A pun tak sihat.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...