Instagram : @peejburhan

meriahnya raya



amboi meriahnya hari raya korang.
kemain timeline semua pakai lawa-lawa je.
aku pernah update dulu pasal raya haji.
pelik tengok orang sakan beraya.
sebab seingat aku, fam aku bukan jenis celebrate raya haji.
celebrate pun time kecik ikut arwah atuk tengok sembelih lembu kat surau.
tak sure ada ke masak-masak n makan-makan. rasa takda. entah la.

tapi yang pasti sejak beberapa tahun kebelakangan ni ada la mama start masak time raya haji.
wah suka.
tapi thats it. kita orang satu family suka-suka makan sendiri je la.
tapi aku tengok kat fb ramai orang celebrate raya haji siap ada baju raya semua.
tu rasa tak biasa tu, sebab aku tak macam tu.
dulu time kecik if ada pun mama cakap, orang kelantan/terengganu if raya haji meriah.
kalau raya puasa biasa-biasa je. tapi raya haji yang dorang celebrate sungguh-sungguh.
entah ye tah tidak pun aku tak tau, sebab aku takda kawan rapat/ family yang ke arah sana.
tapi tu la nowadays bila kau ngan segala social network ni…aku tengok eh ramai je yang celebrate. gituh.

pasal masak macam aku ada mention dekat last entry.
ikut aku memang tak kuasa la.
tapi beria pulak noy n P.G suruh masak.
kata, mama masak je selalu.
wellll, i'm not your mother ok. raya haji je kot.
plus berapa kerat je kita orang ni.
takyah nak beria sangat la.

tapi sian pulak kan.
so ok la. mari cuba masak.
semalam pulak aku takleh tidur.
gatal tidur awal semalam. so nak tidur timing betul-betul dah payah.
lepas subuh nak tidur.
elok gembira sejuk aircond, masuk selimut…tapi kaki kasi keluar. baru feel.
tetiba paaappp, electric terpadam.
ah lantak la. elok je sejuk lagi bilik.
sekali MrB terjaga kata…kenapa panas ni? kenapa tutup aircond.
aku dah macam, oh takda electric. nanti ok la tu.
aku pikir memang satu kawasan ke apa.
rupanya laki aku check. rumah kita orang je. huhu.
ada la tu yang trip.
pastu dia nak check sorang suka hati la kan.
i is nak tido ok.
tapi haruslah dia takleh bikin aku senang.
jangan nak jadi boss sangat dia kata >_<

so rupanya ada salah satu wayar extension tu trip.
bukak tu je tendang abis satu rumah. grrrrr.
so takpa. biarkan tutup dulu.
terus rasa tak boleh tidur time tu.
ok la mari kita pergi pasar cari daging.
boleh aku masak sambal daging.
amik kauuuu! dah takda siapa meniaga. hahahah.
semua orang dah raya la gila!
lemang je ada.
aku pun kemain beli lemang 2, ketupat 3 ikat, rendang 1 kilo n kuah kacang sebekas.

takda are zoo negara tu.
ok mari ke selayang. tengok pasar sana.
haaaaa 2-3 pasar pergi memang orang jual daging semua tutup woih.
yang ada cina-cina je meniaga sayur, buah n ikan-ikan. kah kah.
macam mana ni? lemang semua tu nak buat apa.
ok mari tukar…mari masak sambal tumis sotong la.
buat nasi lemak ke. tapi if buat nasi lemak mesti takda sapa nak makan ketupat ni.

dah la tak tidur. amik kau by the time pukul 8am tu aku dah rasa melayang-layang je bawak kereta.
very dangerous.
tapi takpa, sebab cuti memang lengang je jalan.
kadang-kadang rasa macam kau kat set cerita i am lagend.
sebab memang aku je la yang ada atas jalan raya tu.

balik ikutkan memang rasa nak tidur je.
tapi ada customer janji nak COD after solat raya.
daripada aku tertidur mati, dan di maki customer.
baik aku masak.
so masak la aku sambal tumis sotong.
sambil panaskan rendang.

sementara tu customer datang amik barang.
siapkan masak, rasa sikit. hoooiihhh pedas meletop ni.
perut lapar sejak malam sebelum tu, lapar rasa nak tendang orang.
tapi sebab ting tong n mengantuk tahap melampau.
nanti-nanti la kita makan yea.

elok nak tidur pukul 10am macam tu.
whatsapp bunyi.
kemain elly n filla bagi ucapan raya dengan pic raya dorang sefamili.



amboi eksyen sangat ni.
aku takda pic raya ni.
tapi nak jugakkkk share.


yes ucapan hari raya daripada atas katil.
baru nak tidur. muahahahha.
hebat sangat ni.

tadi bangun.
pastu makan.
ok memang boleh tahan pelik makan ketupat dengan sambal sotong. hahahah.
tak pernah di buat orang.
memang pedas sambal aku.
tapi nasib beli kuah kacang. n kuah kacang tu ada manis sikit.
so elok sangat la masuk rasa dia tu.
noy n P.G datang pun belum.
hampeh ah.
tapi ni aku tengah masak nasik.
sat lagi nak goreng telur n buat kubis masak lemak putih. jadi la.
meriahnya raya aku. huhu.

sat lagi uncle aku nak datang.
nak tengok papa.
aku susah hati sikit orang- orang tua nak datang rumah ni.
memikirkan apa nak hidang ni kan.
takleh jadi ni.
kalau kawan-kawan takpa. suka hati la apa pun kan.
orang tua la leceh sikit.

aaaaa rindunya kat mama.
lama tak dengar khabar berita dia.
hari ni dorang balik kot dah kan kat hotel?
tapi tu la for the past 2 weeks nak facetime pun dah tak boleh.
poor connection. so selalu fb message je.
last dapat sembang selasa lepas.
then takda line semua. khamis dorang dah ke arafah.
debar-debar je ni.
hopefully mama n ayol sihat n selamat pulang ke hotel.

counting days.
3 weeks to go before mama balik.



4 Comments:

ErnIe said... [Reply to Comments]

Salam peej. KT88 masih di mina sampai habis 13 Dhzuhijjah dan melontar. Lps tu baru balik mekah. As my husband la bgtau. dan hari ni di mina hujan, so sejuk sikit kat sana. Alhamdulillah. Moga khabar ni hilangkan kerisauan peej dan tahu update terbaru. Selamat hari raya.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Belum. Mereka masih berada di mina sekarang ni.. :)

liaamalia said... [Reply to Comments]

Salam Aidil Adha Peej...Ingatkan family ktorg jer yg x beria smbut raya korban..rupenyer ade geng...weolls siap boleh g Giant beli barang dapur n petang tu g shopping lagi...bezanyer pagi tu weolls makan sedap la Nasi Briyani....

nurfadilah suardi said... [Reply to Comments]

Salam perkenalan,
Selamat hari raya haji

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...