Instagram : @peejburhan

mengubat kerinduan

lama sangat rasa tak bersiaran kan.
busy sungguh minggu ni.
ni baru ada masa sikit. mari curi masa.

dah la menahan rindu dekat mama.
debar je tunggu khabar berita daripada mama.
aku ikuti je fb tabung haji.
mana tau ada terselit pic mama ke kan. heheh.
tapi takda.
tapi takpa. tengok gambar jemaah-jemaah lain pun aku sebak-sebak.
tau perkembangan daripada situ je kan.
lepas tu baca kat fb pasal ada rakyat malaysia meninggal time tunaikan haji.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. mmmm debar-debar.
Ya Allah kau panjangkan lah umur ibu dan abang ku.

then few days tu, tengok tabung haji update jemaah dah balik ke hotel.
wah tak sabar nya nak sembang dengan mama.
tapi taknak kacau sebab tau dia mesti keletihan ke apa.

selasa lepas tengah aku kecoh-kecoh kat poslaju nak post barang mama facetime.
bukan senang nak carik timing kan.
so mama call tu terus jawab.
tapi tau la bising kan kalau kat luar.
dengan aku sibuk pulak. then poor connection lagi.
tapi takpa. dapat tengok muka pun happy.
bertambah happy bila tengok mama macam sihat je. Alhamdulillah.

tapi tak lama la sembang.
mama kata buat la kerja. cuma tolong call papa, kata mama nak msg ngan dia.
ok noted.
so call papa berkali-kali tak angkat. hmmpphh tido lettew.
nasib tak jauh, so balik rumah terus kejut papa bagi tau mama nak msg.
bangun terus dia.
kejap-kejap nanti aku jenguk kat papa kat bilik buatkan air panas.
bagi kuih la apa.
boleh tahan lama dorang ber msg.
aku pun excited nak facetime ngan mama.
tapi takpa la, dorang sembang tu taknak kacau la.

papa pun aku tengok macam down je few days ni.
dia banyak duduk bilik je.
taknak duduk depan sangat tengok tv ke apa.
if kat depan pun dia tidur je kat sofa tu.
bagi makan pun sikit je dia makan.
kadang marah jugak aku, kata kenapa tak habis.
dia kata tak lalu la.
then kadang aku keluar ke apa, tanya la nak tak aku beli makan apa-apa?

papa : tak nak.
me : takkan tak nak apa-apa? burger ke? mee goreng ke?
papa : tak nakkkkkk…
me : fish n chips ke?
papa : tak nakkkkkkkkkkkkk… *ngan tangan2 buat no no no*
me : amboiiii. ok fine.
papa : asyik makan je. haha.
me : ye lah.

aku pun taknak paksa.
sebab ramai jugak komen, n ada some of kawan-kawan aku bapak kurang sihat kata parents dorang pun if makan sikit je tak banyak.
takpa la janji dia makan kan.
bila dia makan tu n habis, wahhh happy sangat rasa ni. rasa macam amazing race sangat. hahahha.

aku rasa dia rindu tu.
rindu mama pun ye, ye la lama kan.
then hari tu almost a week tak sembang lagi.
then hari tu dia kata kat aku dia rindu nak balik rumah.
aku cakap la, takda siapa nak tengok nanti.
adik aku nak bercuti. abang aku jenis manjang keluar nanti.
sian nanti kan. aku kata sabar la sikit je lagi ni.
dia kata ok. tapi menunduk je.
serba salah iolls.
tapi tu la, memang if dia kat sana, aku tak terkejar la nak ke sana sini nanti.

papa ni jaga dia tak menyusahkan.
dia tak banyak ragam.
tapi tu la, tak banyak ragam sampai apa pun dia senyap je.
aku la risau lebih-lebih memikirkan dia ok ke tak.
sebab tu aku taknak dia balik rumah.
kalau nanti adik beradik aku tidur tak bangun-bangun or tak turun.
selagi tu la dia tak makan or minum nanti.
namun dia nak, call ke suruh itu ini memang tak la.

sama macam kat rumah aku.
apa kau bagi dia ok je.
tu yang sekali sekala tanya tu.
jaga papa pun tak susah.
bagi makan n minum, n bersihkan bekas kencing je.
kita orang memang belikan corong kencing tu.
so if nak kencing situ je senang. takyah banyak kali berulang alik ke toilet kan.
macam kelmarin aku paksa dia duduk depan makan.
sebab asyik duduk bilik je, nak makan pun kat bilik.
nasib dia ok.
nanti sementara tu, aku tukarkan la cadar, apa bagai.

laki aku pun banyak membantu.
tak berkira dia.
tetiba teringat kata-kata mama masa aku nak kawin dulu.
mama kata, if kau kawin ngan ben..mama tau if apa-apa boleh tumpang tinggal rumah kau.
sebab laki aku satu la perangai dia, dia takda berkira. dia anggap macam parents sendiri.
ok memang la nanti korang cakap…memang la dah mertua…mesti la kena anggap macam family sendiri.
no no no ye…aku pernah jumpa orang jenis laki dia tak suka ye.
tak suka adik beradik menumpang, mak bapak datang ke apa.
balik rumah mertua pun panas bontot kejap nak gerak.
so in a way, ada la baguih sikit laki aku ni.
selalu dia la tolong bersihkan bekas kencing tu.
aku pun belum tentu ke tahap tu dengan orang lain.
i is penggeli kadang-kadang. hu hu.
nanti aku cakap la, "moling..ite tu buatkan air papa..u bersihkan bekas kencing oleh tak? sebab tak tahan la kadang-kadang *muka sengih*".
"bolehhhhhh…" hihi thank u. ;p

banyak kali jugak masa papa mula-mula sakit dulu, dia kata jangan malu pa…ben ni macam anak ni pa.
sebab time tu papa macam malu-malu time nak kencing ke apa semua.
laki aku lak dah biasa jaga arwah abah sakit. dia tau selok belok kan.
abang-abang aku kan keras je…terkial-kial.
so laki aku la selalu uruskan.
ha daripada malu-malu jadi tak malu terus bapak aku. hahah.
macam hari tu. suruh papa makan kat depan.
tau-tau papa bukak baju n kain.
elok terkedek-kedek dia jalan pergi toilet sebab nak berak n mandi.
hahahah sabar je la bapak aku ni.

now pun papa dah selalu sms/whatsapp laki aku.
bapak aku ikutkan ngan MrB macam stiff sikit.
entah daripada dulu…sebab bapak-bapak kot. over protective ngan anak perempuan dia.
so dia macam kurang mesra. bab sembang ke apa la.
kalau sembang pun selalu jadi tukang gelak je.
tapi now tengok rajin dia contact laki aku.
petang je kemain dia pesan itu ini.
sebab laki aku memang tiap petang akan belikan kuih muih bagai.
nanti papa cakap la, belikan goreng pisang, air mangga…kuih2 taknak nanti bazir. papa nak goreng pisang je.
suka la laki aku. kemain happy call, kata papa pesan kat dia.

then malam kelmarin tetiba ayol whatsapp kat group adik beradik.
bagi perkhabaran n pics.
wah banyakkk. i like.
susunan bersepah. takpa la yea.
aku share je semua kat sini.



:: terubat rindu dapat tengok pic mama ::



:: aunty su n mama. seronok tengok nampak sihat mama ::














:: amboih ::



aaaa rindu kat ayol jugak.
walaupun if jumpa kadang gaduh jugak sebab boleh tahan annoying kadang-kadang…tapi rinduuuuu…
lama dok perati gambar.
rasa macam apesal nampak lain sangat.
rupanya sebab dah kurus sikit. huhu.
n rambut dah panjang. jangut semua pun sama.

ingat lagi aku bergurau sebelum dorang pergi tu.
aku ni memang suka merepek n menyakat semua orang.
few days sebelum pergi ayol pergi shave botak.
yang kita orang bising la jangan la shave…nanti pergi sana nak tahalul.
kang takda apa nak potong dah. dia kata lepas ni takda la shave dah. sampai sana baru shave lepas umrah tu.

me : eh tak boleh la. nanti tahalul aku tengok banyak kali ni. time haji ni. nanti takda apa nak shave dah.
ayol : hmmm. ye tak ye.
me : kang orang semua potong rambut or shave kepala. kau takda apa..haaa kau nak gunting bulu apa?
ayol : janggut la.
me : kata la tetiba kau terlupa. kau pergi shave semua la…haaa macam mana? memang takda apa lagi la nak potong.
ayol : ada pulak macam tu.
me : abis la…orang gunting rambut. kau kena gunting bulu.
p.g : hahahhaha.
me : hahah kan. nanti ayol kena selak n gunting bulus.
ayol : *geleng-geleng kepala malas layan aku*

time tu papa datang.

me : pa kalau tahalul tu takda rambut nak potong macam mana?
papa : selalu tahalul tu akan gunting sikit rambut atau shave la. sana boleh shave bayar berapa je.
me : takkk ni takda la. so kira kena gunting bulu **** ke?
papa : kalau taknak shave gunting sikit je rambut buat syarat. *muka serious*
me : takkkk. ni pija cakap kalau memang semua takda ni pa..so memang terpaksa gunting bulu **** ke?
papa : tak pernah dengar lagi la macam tu *muka tahan gelak*
ayol : amenda la pija ni…eeeeeiiii
p.g : ahahhahahaha…
me : hahahahhahahaha…
papa : hahahahhahaha.

hahaha papa daripada cover-cover terus tergelak besar.
mesti dorang menyesal layan aku.
tapi kita orang memang suka mengenakan ayol hahaha.
tapi sebenarnya persoalan bodoh tu.
sebab let say la takda rambut la orang tu. boleh je kan gunting bulu kening or bulu tangan ke kaki.
kan? ke tak boleh eh?
boleh la kan?



huhu. amboi gembira botak kembali nampak.
kemain tebal misai abang ramlee. hueh hueh hueh.
nampak lain bebenar muka ayol.
sebab muka sudah kurus di tambah ngan misai tebai ular sawa ni. hahhaha.

rindu. rindu.
nanti nak facetime la.
tapi tak tau la bila dorang free.
huih mengira hari ni.

tapi papa lak gelakkan aku.
hari tu aku gelakkan dia counting days kan.
tetiba semalam sembang aku cakap la, "lagi 18 hari dorang balik la kan?"
"hihi…kau kira hari ke?"
"ye laaaa..rasa lama sangat kan."
"dorang tak rasa lama…kita yang tunggu ni rasa lama."

eeeiii tak sabar ni.
rindu sangat ni.

11 Comments:

Aisyah said... [Reply to Comments]

peej setuju..mmg rezeki peej dpt ben..kalo akak pun tak tentu boleh buat mcm ben buat...akak jenis privacy..

pun rindu unty...baca entri dia yg lama2..love her writing..

muna said... [Reply to Comments]

hahahhahaha, comel aa peej apala ko nak potong bulu macam2 :p kalo yg botak tu, masa tahallul kita lalukan je pisau cukur kat kepala. takde cari bulu2 lain untuk dikerjakan.

alhamdulillah aunty sihat. selalu gak jadi camtu kalau kita berharapan apa2, memang selalu Allah kasi terus je kat sana. aunty memang mintak sungguh2 nak sihat bleh beribadat kan. mak aku pun sakit kaki, penat sket je kadang demam. tapi kalo time gi sana selalu dia sihat je bleh laa nak gi masjid semua.

tak sabar tunggu aunty balik cerita pasal haji, hehe :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

ko ni, buat aku tahan sebak!
btw, aku beli TKS, tgk parcel drpd ko pun aku sengih2
nk beli produk2 ko jual, aku mmg x pakai..
me so hepi.

Hani said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah
suka baca part Ben tu. ye memang Ben memang nampak boleh get along dengan orang2 tua. besar pahala dia dapat sebab menjaga parents. awak pun bertuah Peej sebab dapat suami mcm dia, senang dibawa berunding. pastu pandai buat kerja rumah plak tu.

mamabeauty said... [Reply to Comments]

bila berjauhan rindu kan hehe dekat2 bercakaran gitulah

Anonymous said... [Reply to Comments]

Pija,

Kalau kepala tu memang botak licin, cukup syarat dgn lalukan je mata pisau cukur tu ke kulit kepala time bertahallul.

(Nak tergelak baca bila ada ke kena gunting bulus lain2!!)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hahahhahaahhaahhahha..lawak giler dialog korang ni!

Alin Faiz said... [Reply to Comments]

Hihihi. Gilo pijaaa comel je nak cukur bulusss lain!

Alhamdulillah aunty sihat! Rindu nak baca blog aunty!

shuweet said... [Reply to Comments]

hehe..sedih aku baca pasal uncle...sama cam ayah aku pija...die kene stroke gak...makan seme xlalu...dok baring tido tengok tv je...sampai taktau nak buat camne...kerenah orang tua bila sakit macam2...kita layankan je

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

dalam masa yg sama entry ini telah mengubat kerinduanku jua

fiza said... [Reply to Comments]

Peej, kalau org yg botak langsung xde rambut, just lalukan pisau cukur atas kepala sbg memenuhi syarat tahalul :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...