Instagram : @peejburhan

i bagi u "A"

Mostly yang ikut baca blog filla n blog aku dah tau kot kan.
yang filla start jual shawl The Kasihs.
aku pulak jadi tukang postnya.
ok je no prob.

start hari tu hujung bulan Sept, elok pelancaran *wah pelancaran katanyer* birthday anak filla yang pertama Kasih Aleeya. 
Alhamdulillah batch pertama mendapat sambutan yang hangat.
terus cepat-cepat restock Batch kedua.
warna sama tapi masuk lagiiiii banyak.
pitam-pitam kak jah membalut parcel uolls.
selalu aku balut parcel hari yang nak post.
since masuk The Kasihs Shawl aku kena siapkan parcel malam sebelum.
so that esoknya takda la menggila aku kena balut parcel.
banyak nau dia punya je nak post.
tapi balut shawl tak payah. senang je.
balut barang aku yang amik masa sikit. 
tapi kalau dah dedua kena hadap…boleh tahan la kan.


Haaaa…hebat tak hebat semua i buat sorang ok.
sebab tu aku kena amik assistant ni.
memang terkangkang-kangkang aku buat kerja.
by the time settle post semua.
rasa nak menangis penat tu.
tapi tu la takleh merungut.
Alhamdulillah tak kira la sikit ke banyak ke parcel untuk hari tu.
tetap rezeki Allah bagi, Allah bukak pintu hati orang beli kat kita kan.
so kena bersyukur.
better menangis penat, daripada menangis menunggu customer yang tak beli-beli ke apa.

Alhamdulillah sekali lagi.
second batch pun walaupun masuk beratus-ratus helai tapi dalam masa seminggu selesai.
wah wah wah.
apa lagi, filla yang semulajadi kalut tu menggelupur.

"macam mana ni peej? cepat sangat ni. kena restock ke?"
"kena la. orang tengah nak beli ni."
"macam mana? perlu masuk same colour ke or colour baru?"
"ok kau amik few colour shawl yang hari tu paling laju habis n ramai orang nak, then lain kau tambah colour baru."
"ok esok jugak aku pergi carik."
"ok"

pantas gila dia ni.
so dengan itu keluar la colour ni.


:: *Actual colour may vary from the colour on your screen ::


black n peaches di kekalkan.
lain colour baru.
filla ni jenis macam aku.
ok aku rasa dia lagi over la.
dia siap iron, letak tag apa bagai, letak plastik.
aku suka tengok la kemas. tapi membayangkan nak hadap beratus tu. *lap peluh n hingus*
tapi tu la, even penat tapi puas hati kan.
sama macam aku balut parcel. mesti nak kemas-kemas.
tak kemas i tak puas hati.
kalau ada tersenget ke apa. mesti senget jugak hati aku tengok.
best ok feeling tu. kau buat kemas-kemas pastu kau susun. wahhh lawa.
apa faedah tah. nanti post dorang campak2 tetap tak lawo puin.
takpa janji masa kat tangan aku tu dia elok kemas di mata ku. gituh.

tu takpa. tu takpa.
sambung cerita.
filla pun semalam update la bagi tau keluaran terbaru The Kasihs Shawl.
kemain dalam tu dia kata siapa nak COD boleh ngan aku.
sebab malam sebelum tu aku kata if ada customer whatsapp nak order, aku terus bagi details la yea.
kira aku pun jual la. nanti just bagi tau filla orang dah bayar.
dia kata ok.

by the time aku bangun…which obviously dah lewat la kan.
confident aku pun berurusan dengan 2-3 orang customer.
then inform filla.
dia kata mostly nak sold out dah or some tu ada orang reserve.
whatttt???
ah tak kisah. mana dah beli kat aku masukkan nama dia.
first come first serve ye.
terus lepas tu customer nak order thru aku.
aku kata, pergi email filla. dia tau apa yang available.
pitam aku melayan system si filla ni.

dah la malam sebelum tu dia suruh aku buat kira-kira.
filla ni kelakar tau, dia banyak kali la kata,

"peej ada untung ke jual ni? aku tak reti kira."
"ada la filla. aku baru kira part aku, boleh tahan la. kau punya lagi la ada."
"aaaa tolong, aku tak reti. kau tolong kirakan aku."

kau mampu? dia meniaga aku yang kena kira.
gigih la aku kira-kira semalam.
n bagi breakdown kat dia tetengah pagi.
dia tido la. takpa bangun nanti biar dia check.
tapi takda pulak dia reply.
takpa faham la tu.

pastu malam semalam dia datang rumah hantar stock untuk pegang.
senang nak post nanti kan.
kemain kau siap bawak buku.
hahaha aku la tu suruh dia beli buku.
buat macam buku account. senang kau nampak duit keluar masuk.
ok dia beli.
aku tunjuk kat dia buku aku khas untuk the kasihs shawl ni.
ye, shawl dia. tapi aku lagi ada buku daripada dia.

aku memang macam tu. aku old skool sikit.
aku suka buku. so setiap stock yang aku amik.
aku akan tulis ngan jumlah yang ada.
contoh ephyra amik 48 box.
so aku akan tulis tarikh aku amik. setiap satu nombor aku tulis sampai no 48.
ruang untuk nama, date, details dpd mana email/whatsapp/sms, status paid ke apa, delivery dah post ke belum, remarks semua. :D
sebab tu kadang korang whatsapp aku reply lambat ke apa.
sebab aku kat luar aku taknak reply nanti lupa.
biar ada depan buku baru reply.
sebab if aku reply aku tak depan buku, selalu nanti aku tertinggal order korang lupa catit.
dah lupa catit tu, ngan post sekali la aku lupa kan. hahahahah
nasib customer semua sweet-sweet. tak marah iolls.
kalau tak…i takut tau.
berdebar-debar hati lupa post barang ke apa. ;p

macam dulu, supplier tabita aku.
laki bini accountant. laki dia jenis details.
dia tak.
dulu stock orang amik sesuka dia tulis2 kat resit or cebis2 kertas.
marah laki dia. then dia beli buku kecik. tapi tak guna pun.
laki dia nampak buku aku, lagi dia kena marah. hahaha.
sebab aku punya buku details :D
sebab cara aku tu, aku boleh tau stock aku tinggal banyak mana.
takda la last minute menggelupur.
macam tu la.

ok sambung cerita.
so filla datang ngan buku dia tu.
radie n MrB keluar pergi minum.
so lets mengadap buku dia.
ok buku dia ada la tulis.
kemain kredit debit.
ok memula aku suruh buat buku tu dia kata tak tauuuuu.
apa debit. apa kredit pun aku tak tau. tolonggggggg.
aaaaa pitam sangat ni.
so aku bagi penerangan. so dia paham n buat la.

ok aku tengok buku dia. kemain la tang debit tu.
duit kos la.
tetiba tang kredit tu samar2 je tulis ngan pensil. hahahhahaha.
apa ni? tak paham. sabar je la aku fillanie.

then dia keluarkan ada kertas ni.
dia ada tulis-tulis.
memang aku tak paham
tetiba ada catit savings account n current account.
pastu dia suruh aku tambah tolak situ.
sepuluh kali tambah tolak.
elok aku waras, jadi tak waras aku.
apa niiii fillaaa? apa kira macam ni. susahnyaaaaa.
kalau macam ni sampai esok kau tak nampak untung dia woihhhh.
pastu dok tanya aku, sebenarnya ada ke tak untung ni.
aku kata tengok tak whatsapp aku semalam? kan aku dah bagi details.
dia kata tak fahammmmm!!!!
aaaa senang pun tak paham. stress kak jah *sambul kusut-kusutkan rambut*

terus aku buatkan account untuk dia.
walaupun aku pun account fail kat U dulu.
harapkan bekalan ilmu account time kemahiran hidup tingkatan 3 je. hahaha.
so mari buat.

aku kata kena buat ikut batch.
baru kau nampak untung untuk setiap batch kau amik.
takleh kau tambah semuaaaaaa sekali campur aduk.
memang la tak nampak apa.
sebab duit tu kau rolling buat amik new batch semua.
dah la setiap kali amik batch baru lagi banyak quantity amik.
so kat situ, untung batch sebelum tu kau dah guna la mostly.
new batch pulak kau belum masuk semua keuntungan lagi.
so akan nampak macam duit keluarrrrr je ni. khennn. *pandang murid-murid, sambil betulkan spec ala2 cikgu garang*

so i buat la untuk dia account untuk batch pertama n kedua.
details siap last sekali untung.
haaaa nampak?
baru la nak tersenyum simpul.
terus kata, "bagus u ni. i bagi u A."
amboi tetiba dia lak jadi cikgu nak bagi aku A kan.
padahal account bodoh je.
kalau macam ni punya senang nak dapat A, kan elok dia je jadi cikgu aku dulu.
terus 3.8 cgpa aku. hahahahaha.

tapi dia tu kejap je.
lepas tu kelam kabut balik.
kata, "eh kalau yang macam aku amik tu macam mana kira? kena tulis tu."
"tak payah la..kira tu tak tulis la untung tu. macam tak jual la. pandai2 la. so aku patut dapat B je la. tak details. boleh pulak duit tetiba hilang. hahahaha"

then dia nak gerak, aku bagi la buku kat dia.
aku kata nanti ada guna lagi duit..kau tulis kat debit ni.
filla, "hhmmm apa kata kau je pegang buku ni. apa2 aku bagi tau kau. kau jadi accountant aku."
T________T
kalau macam ni kena bagi gaji lebih la kan. aku la post, aku la accountant. semua la.
sabar je la filla ni.

boleh tau dia kelam kabut.
kau tengok la.
buat account biasa je, pembaris sampai 3. hahaha.


kemain gigih kan dia.
nampak buku kecik tu?
tu buku aku tau, belum apa-apa dia dah kibab.
pastu kemain pening aku tengok buku dia.
selak sini, selak sana.
nasib by the time 3rd batch ni dah ok.
aku suruh dia tulis by colour. nanti isi je nama orang dalam tu.
so nampak tenang sikit dia. :D

siapa nak order pergi email filla at framekasih@yahoo.com
buat masa ni senang deal ngan filla la ye.
nanti dia dah tenang n stabil…baru korang boleh melalui aku.
kalau tak pitam aku nak komunikasi ngan filla yang kelam kabut semacam tu.

pasal produk aku yang lain.
nanti aku update. lately kemalasan je. hahaha.
nak cepat update boleh tengok kat ig shop aku @peachhub
kalau takda ig, then boleh click kat sidebar kanan blog ni, instagram @peachhub ye.




post setiap isnin-khamis.
payment before 2pm aku post hari yang sama.
tapi kalau parcel tak banyak n kerja aku siap cepat.
korang bayar pukul 4pm pun sempat je aku selitkan post the same day.
terus kemain pujian melambung daripada customers tau. awwww i like.

semua ready stock unless stated otherwise.
so bayar, memang sepantas kilat kak jah post.
takda korang kena tunggu berhari-hari, berminggu-minggu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba ke apa.
so untuk customer aku.
kalau selalu dalam masa 3 days korang macam takda khabar berita aku bagi tracking num ke, or barang tak dapat ke. sila contact aku balik.
kadang manusia melakukan kesilapan, termasuk la aku. mesti aku tercicir lupa catit ke apa nama.
so sila tanya. takpa i tak garang.
n korang pun jangan la garang. i ni hati tisu. nanti sedih sangat nanti. :)

eh ok la.
nak sambung kerja. ada lagi order masuk.
nak selitkan dalam batch post hari ni.

3 Comments:

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

Syabas Peej. Aku harap lepas ni akan ada ramai lagi bumiputera yg berjaya.
Pasal ko punya brg pos tu mmg xbleh dipertikaikan, mmg A class services.
Order brg hari ni, buat bayar, pos, dpt track- esok sampai.
Tapi tulah aku geram part poslaju punye servis. Asal sampai PPL cheras je, suka sgt hold barang sampai sehari dua. Give up aku. Tu yg suka COD dr pkai pos2 ni.
Bior aku penat ke jauh, jnji brg dapat puas hati.
Tp xselalu lah nk COD, beli belah dgn ko je dah free delivery, so wajib lah pos. hehehe jgn mare ye peej. >.<" heheehe

Lynn Hamzah said... [Reply to Comments]

panjang berjela entry kak peej hari ni...hihihih...dah naik taraf jadi accountant kak filla ni...

strawberi said... [Reply to Comments]

paham kelam kabut kak pilla..sebab i ols pn sama..buat biz..tp akaun tak paham..nasib sharepartner ngan kakak yg jaga account tahap A jugak...haha..senang kije i ols...ujung bulan..tnya duit je ade brape

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...