Instagram : @peejburhan

hola pipol

haaaa bersiaran kembali.
hari ni tenang sikit tak banyak sangat kerja.
so lets membebel dalam blog sebelum mulakan kerja.

takda apa sangat nak cerita pun.
life ok. busy la.
so sekali sekala tu keluar la kejap-kejap hilangkan penat kerja tu.
terperuk je pun naik tepu otak aku.

papa pun ok.
selalu dah siapkan makan minum semua.
aku cakap la aku nak keluar ke mana.
selalu malam la.
sebab by then papa pun dah tidur.
dia pun nampak ok n ceria sikit now.
agaknya sebab tau mama nak balik kot. :)
so kurang rasa susah hati aku tu.
memula hari tu je kot.
sebab dia pun adjusting berpisah dengan mama lama macam tu.

papa senang jaga. tak banyak cerewet.
ada air panas dia, ada biskut ke apa dia ok.
then time makan if ok banyak dia makan. if tak kena sangat. nanti dia abiskan lauk semua.
dia nak apa-apa dia akan sms MrB, mintak kirim beli. :)

cuma hari tu la aku terkilan dengan perangai aku.
aku suruh papa duduk depan. sebab taknak dia asyik duduk bilik kan.
so tengah aku sibuk buat kerja, papa kata nak masuk bilik.
aku macam marah sikit la. aku kata duduk la.
sebab time tu memang barang tengah penuh..so memang takleh lalu nak jalan.
papa kata nak kencing. so aku bawakkan la tempat kencing.
agaknya lambat. so terkencing sikit la terlepas.
yang tak tahan tu, tau nak kencing tapi dia minum air kat tepi dia. hahahha.
ok aku gelak. tapi aku macam termarah sikit.
aku cakap tau nak kencing kenapa minum air lagi.
so aku bawak baby wipes n tukarkan kain semua.
then about half n hour dia kata nak kencing lagi.
tapi nak ke bilik.
aku cakap la, dah ada corong tu situ. kencing je la sini.
xyah jalan2 lagi.

lepas tu malam terkebil2 aku sebelum tidur.
aaaaa rasa bersalah sangat.
dah la kena sound ngan laki sendiri.
dia kata biarlah papa nak terkencing ke, nak terberak ke kat sofa tu. i boleh bersihkan.
kita tua nanti tak tau macam mana.
uwaaaaaa. :'''''(
harap papa takdo la kecik hati ke apa.
maybe hari tu aku stress terlebih kot.
poyo. stress apa pun tak tau la.

lain ok takda apa masalah.
tapi nampak dia dok counting days nak balik rumah sendiri.
n tunggu mama balik. hihi.
siap dah dia susun plan.
kata khamis nak balik. jumaat boleh potong rambut n janggut.
isnin mama balik kan? heheh.
so weekend ni aku berulang balik la tengok2 dia kat sana.

aaahhhh sunyi balik la rumah ni.
takpa. nanti mama balik aku ajak dia lak tidur sini.
mama dah sampai madinah few days jugak la.
ok sikit sebab kali ni hotel ada wi-fi dalam bilik.
so selalu la dok ber fb message ngan mama.

semalam ayol whatsapp pic kat madinah.



ada few lagi la.
tapi sorry i malas nak transfer pic dpd phone. huhu.
lawa kan. rindunya nak pergi sana lagi.
pastu sebak je aku tengok kerusi roda tu.
sampai ke Mekah n Madinah dia jejak.
eeee tah apa sekarang ni sensetip betul.
benda kecik-kecik pun nak sedih2. huhu.

hari tu berfacetime ngan mama.
agaknya dah ada wifi dalam bilik ni dia baca blog aku.
dia tanya macam-macam la.
salah satu pasal shawl filla la.
tanya mana filla hantar jahit semua.
takleh ke dapat murah lagi.
amboi mak aku ni kat sana pun sibuk nak pikir otak business.
siap suruh survey itu ini.
kosser ma, sekarang punya dah ok.
janji pantas n kuality memuaskan jahitan tu.

mama tanya tak penat ke banyak buat tu?
tipu la tak penat. mesti penat.
tapi rezeki Allah nak pinjamkan ni, so kita harung la sementara Allah bagi kesihatan n kudrat kan.

macam semalam serious pitam weyh.
banyak sangat.
n serious aku rasa nak muntah hadap parcel.
tak pernah banyak macam tu.
so aku ada la cakap aku loya.


tapi aku gurau2. bukan bermakna aku merungut.
ada some macam ingat aku merungut sedangkan tu rezeki.
bila masa merungut? tolong ada sense of humour sikit dalam diri.
u know me. aku kan suka merepek n lawak2.
plus if aku nak bersyukur, tak perlu kot aku nak type kesyukuran aku tu panjang lebar kat fb or blog ke apa. aku boleh terus tadah tangan doa kat Allah atas sejadah.
sebab tu ramai tag aku pasal 10 days of gratitude ke apa aku tak buat.
sebab aku sampaikan terus kat individu tu or terus direct dengan Allah.
cara masing-masing la kan. bukan poyo.

aku tak pernah lupa.
macam mana aku susah dulu, kena keji bagai sebab aku tak kerja.
tak lupa jugak kat siapa selalu bantu aku dulu.
tapi takpa la nak keji ke apa. masing-masing ada hak nak bersuara.
yang pastinya aku pikir...kita susah ke, senang ke…kita jugak kena hadap kan.
kadang ada la terpikir, eh bestnya orang tu ke sana sini, bestnya orang tu beli itu ini.
tapi mungkin dia takda ujian macam kita kan.
ujian kita pun orang tak tau.
then teringat selalu terbaca orang share, Allah takkan uji kita dengan sesuatu tu kalau kita tak mampu nak hadap.
ada bagus gak, atleast aku tau aku carik duit ni bukan untuk diri aku sendiri.
untuk aku salurkan dekat orang sekeliling aku. takat mana aku mampu la.
aku pun tak kayo.
n dalam duduk diam nanti bersyukur gak dengan barang2 yang aku jual.
contoh la, aku bersyukur Allah temukan aku ngan supplier tabita aku, ngan ephyra, ngan the kasihs shawl, dengan customers, dengan readers…
sebab dengan semua ni jugak la maka aku ada pendapatan kan.
so dengan itu la aku dapat jalankan kewajipan aku.
bagi korang maybe benda ni takda apa, tapi kat hati aku ni…betapa besarnya korang kat hati ni hanya Allah yang tau.
cissssss…hati tisu. tetiba ai is sebak. hahahaa. ish tak berciri gangster langsung aku ni. ;p

aku pun kadang-kadang dalam kereta lepas post barang akan cakap thank u kat laki aku.
yang dia dah terpelik-pelik apesal tetiba.
sebab ye la, dia banyak tolong kot.
tolong angkut barang-barang post tu.
bukan tu je. kerja rumah pun 80% dia buat kot.
tau la dia kan gila mengemas.
takda dia bising semua, nanti aku ajak makan luar dia ok je.
takda bising suruh masak ke apa.
aaaaaaa…thank u god.
takda la aku nak cakap semua perfect.
biasa la adat rumah tangga ada gak selisih faham ke apa.
tapi dia banyak la toleransi.
aku pun dah paham dia ni ada baran. so if ever dia bising or bebel.
aku diammm je buat bodoh. hahahhaa. so sekejap je la. nanti dia ok.
dulu aku suka menjawab. memang bergegar la rumah. hahha.
nasib i bukan anak kak pilla. kalau tak dah kena cili mulut kuat menjawab. haha.

oh btw, semalam dramatic lebih.
walaupun 100 parcel. idok la aku kerjakan sorang.
aku ada minnions tolong.


noy n kawan dia hida datang tolong ahad malam tu. huhu.
Alhamdulillah cepat kerja siap. sejam settle pack satu bag tu la penuh parcel.
so pendapatan kita kongsi bersama.
aku bayar la noy. satu parcel berapa hengget. hahaha.
memula eksyen tu taknak. kata elehhh sikitttt.
sebab dia nak gaji hari. amboi demand.
aku kata la depends parcel la. if banyak..banyak la kau dapat.
if sikit, sikit la. tapi if sikit kau takyah la tolong. aku pun leh buat.
aku cakap la macam ahad ni ada 60 kot kau kena pack, ke lebih. haaa dah berapa tu.
terus mata dia keluar simbol duit. *ok ni tipu*
"wahhh bagus…saya budget sehari rm50 je."
seeee…sapa nak bg kan. sejam kau kerja dapat rm100++

cuma nak menulis borang tu la penat sikit.
tapi ok la kot. sebab aku tulis setiap hari. sekali hadap 30 tu ok lagi.
lepas tu cramp tangan.
so buat sikit-sikit so ok la kan.
nanti la ada rejeki nak beli printer tu.
tapi nak pergi beli tu tak tau bila.
plus risau dah beli tak reti guna je nanti. huhu.
tapi aku dah tanya kawan MrB, dia kata dia tau set up kan apa semua tu.
ok harapnya if beli nanti takda la jadi tukun benda tu.

eh ok la.
aku nak keluar beli makan.
ikut aku selamba tak makan.
petang karang lepas post baru makan.
tapi bapak aku ni haaaaa. susah hati aku selagi tak settlekan dia.
ok ta-ta.

nanti ada free time iolls bebel lagi.
masa terlalu memcemburui kak jah.



6 Comments:

me suya said... [Reply to Comments]

Takpe Peej.. ignore bad comment n keep going with good supporters.. Org sekeliling takkan pernah tahu pun apa sebenarnya yg berlaku dan how u would handle the real situation. Its all between u n Allah.. tahniah, sebab semakin bertambah hari.. semakin maju peejhub, i like :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

terbaekk la ko peej

Filla said... [Reply to Comments]

ntah kenapa aku sedih pulak baca entry ko yang ni peej.. terima kasih Allah jugak sebab pertemukan kawan-kawan yang baik dan ikhlas macam ni.. InshaAllah ada rezeki kita kongsi-kongsi bersama.. kalau business maju, Kak Pilla bagi bonus.. amboiiiii... hheehhehehe.. thank you friend.

Aisyah said... [Reply to Comments]

Munkin peej nak kibor bendera jepun..tu yg sensitip...hee..kalo akak gitu...

Ohh bertuahnye peej besuamikan Ben..bkn senang..anak seniri pun tak tentu boleh uruskan berak shi shi owg tua..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Why not guna old school pnye style?guna typewritter...sy ad nmpm stu ighop ni type gune typewriter...hihihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

Why not guna old school pnye style?guna typewritter...sy ad nmpm stu ighop ni type gune typewriter...hihihi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...