Instagram : @peejburhan

get well soon my dear.

haaaa, kat entry lepas aku ada kata aku stress sikit kan.
stress bukan sebab apa.
aku macam susah hati pasal Riri.
iyooooo pasal kucing je pun.
tapi aku ni benda kecik pun aku punya tahap stress melampau.

kisahnya. kan hari tu aku bawak 4 ekor kucing pergi vet sebab dorang kena kurap.
so pergi la amik injection semua sekali.
Alhamdulillah 3 ekor tu semua dah ok.
tapi riri macam tak ok.
doktor dah pesan if tak ok dalam masa 2 minggu bawak balik.
ok la tunggu la 2 weeks. which is patutnya sabtu lepas.
tapi i is busy.
isnin pun busy.

btw, keadaan riri jadi sangat-sangat teruk.
dalam sekelip mata.
aku jadi tak sanggup nak tengok dia.
masa sebelum inject dia kena kurap kat telinga n atas leher sikit.
dalam masa 2 weeks merebak keliling leher.
ada part sampai darah.
then badan dia jadi tompok2 takda bulu n ada macam rash tu la.
uwaaaaaa why???
pastu aku tengok dia start avoid diri dia daripada kucing2 lain.

so setiap kali tengok dia.
aku rasa sedih n kesian sangat.
tapi aku takda masa nak bawak pergi vet.
sampai la tadi. aku tengok hari ni macam tak banyak sangat parcel kena balut.
ok la. tak kisah la. lari sat la pergi vet.


see tengok betul2 nampak kan badan dia bertompok tu. :(
canggih sangat klinik ni. aku suka. hahha.
over sangat sampai 4 consultation room.
pastu siap ada screen angka giliran tu.
ok tak pakai angka la.
nanti bile turn kemain keluar nama kucing kat situ. haha comel.

so jumpa la doktor. doktor pun terkejut tengok riri jadi macam tu.
kami sesama sedih.
siap panggil ada sorang senior vet tu tengokkan.
dia kata fungus infection.
so tadi dia bagi ubat tahan gatal n antibiotik untuk riri. n ubat sapu.
n beli sekali shampoo untuk fungus tu.
then dia suruh asingkan riri daripada yang lain.
nanti dia kata lain semua kena.
dah la riri ni manja kan. dia ni walaupun bukan ibu.
tapi dia keibuan. kucing2 ngan feeling breastfeed dia bagi T_____T
walaupun takdo susu. hahahah
kadang selamba je kucing2 lain even dah besar panjang dok layan kat riri.
macam-macam hal.

doktor suruh bagi ubat sehari 2 kali.
sapu ubat pun sehari 2 kali.
n 3 hari sekali kena mandikan dia ngan shampoo tu.
after 2 weeks mandikan 5 hari sekali.
then buat seminggu sekali sampai dia baik.
dia kata akan amik masa nak ok.
after 2 weeks ni kena bawak lagi jumpa vet.

im sooooo sad. siannya riri.
dah la otw pergi tu aku susah hati je.
what if dia kena penyakit kronik?
what if doktor kata dia terseksa, so better put to sleep. helllpppp.
nasib takda.

lepas settle tu aku call MrB bagi tau situasi.
yang laki aku tetiba cakap, "kita takleh buang riri tu.."
e eh. siapa kata nak buang memang takleh la.
again aku bebel kat dia kata jangan lagi bawak kucing luar masuk.
tak kisah la kesian macam mana. kesian riri daripada sihat jadi macam ni.
aaaaa sedih terobek-robek hati ku.
tak kisah la kucing aku banyak orang nak keji ke apa.
tapi setiap tu ada memori masing-masing. sayang je semua.

rumah aku ada la cage kecik. siannya nak duduk situ.
aku dari sehari ke sehari nak beli cage tak beli2.
ikut hati aku nak buat cage besar2 kat luar tu. biar macam zoo umah aku. haha.
tapi mak aku tak bagi. dia tak suka.
dah kata umah dia, jangan nak memandai ye.
so takleh la.
so kena la beli cage.
kemain i survey sana sini kat internet.
banyak menarik. tapi tu la. aku tak pernah shopping kat mudah.
so macam tak reti n seram je. huhu.

so balik tadi letak riri kat cage luar yang kecik tu.
matiklah nak letak litter box pun tak muat. sedih betul.
so tadi lepas post aku beli cage besar 3 tingkat tu.
beli litter box baru, bekas makan minum baru.
untuk kucing je hari ni melayang dekat rm700.
robek hati ku.
tapi takpa la, lagi robek hati aku tengok keadaan riri macam tu.

so tadi set up apa semua.
duduk la dia kat luar. siannyaaaa.
takpa la. harap dia cepat sihat.
kena la gigih uruskan dia hari-hari lepas ni.

yang lain semua ok so far.
afa few kena vaccine. ada yang kena spay.
nanti2 la dulu. biar aku hilang semput dulu.
now tell me, macam mana aku nak menjadi sellfish memikirkan keinginan sendiri ke? vacation ke?
terlalu banyak benda nak kena uruskan.
so nanti-nanti la.

ni tadi sempat snap.



selalu bila restock barang.
nanti aku susun barang kat rak.
kotak aku susun luar bilik.
nanti laki aku akan lipat n susun kat luar.
tapi kucing2 suka nau terabukkan kotak if laki aku tak sempat letak luar.
asyik la aku kena susun.
tapi daripada semalam aku nak angkat satu kotak ni takleh. eh apesal berat.
rupanya milky ada situ. hahah.
kemain tidur apa semua situ. santai pun situ.
dia rasa tu rumah dia kot. comel sangat ni.
setiap kali aku lalu nak angkat mesti berat je.
then tadi dia takda.
aku angkat susun.
aku tengok dia dok tengok je kotak tu.
ala sian.
so aku letak la balik.
tengok elok dia masuk n tidur situ.


feeling lebih dia ni. haha.
oh btw, kotak aku ada banyakkkk bertingkat-tingkat tu.
aku nak buang sayang sebab kotak dia kualiti bagus sangat. jenis keras.
kotak ephyra ni.
nak jual pun ada ke kemain banyak dia nak amik 50sen je. ewahhh.
baik aku bagi orang.
so seperti sebelum2 ni.
siapa nak kotak ni sila whatsapp aku yea 0122758575.
ada banyak.
terpulang nak amik semua ke, sikit je.
ni hujung tahun ni, ada nak kawin ke, pindah ke apa. elok la ada kotak.
siapa cepat dia amik yea.
macam last time, sekejapan orang amik.
lepas 3-4 hari ada yang contact nak, dah takda yea.

ok tu je.
ok la nak siap keluar. i ada kerja.
mencari duit menyara anak-anak bulus.
kul 10 pun kak jah nak bekerja.
ok ta-ta

9 Comments:

Nur Saleha Jayiddin said... [Reply to Comments]

get well soon!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej....u are very kind.....sangat baik sbb menjaga kucing mcm menjaga anak sendiri...Kucing2 ni akan selalu doakan u n family! Get well soon Riri.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Moga riri bertambah sikit...ada sikit petua nak share .dulu kucing saya pun teruk kurap...pastu saya lumur minyak masak yg sudah digoreng ikan..lumur kat affected area..after few days kurap akan jadi berkeping..dan ia akan gugur sendiri...lepas tu baru tumbuh bulu baru...dan sampai skrg kucing saya tu tak pernah kena kurap...cuba la sbb ada rawatan yg kita boleh buat sendiri kat rumah dan menjimatkan.

Hayati

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Peej.... Peej baik sgt.. semoga Allah memberi kesembuhan pada Riri...

LittleluthMom said... [Reply to Comments]

Kak peej, try sapu dgn minyak gamat, kucing kami pun baru lps sembuh dari fungus bahagian muka dia, sekarang dah comel, trylah kak peej,ikhtiar insyallah :)

Mazlila Mazelan said... [Reply to Comments]

get well soon Riri. anak bulus I ritu pun semua sakit kena virus. musim kot peej.

AkUFiZA™ said... [Reply to Comments]

Ye, memang kesian tp tabahkan hati tu ye, untuk si bulus tu jugak. Kau baru 4-5 ekor, aku ade 11 ekor ye dalam satu rumah. Termasuk la si dompotjr tu. Pening jugak la bile sekor2 sakit. Sayang punye pasal, ku tabahkan jugak hati. Cara terbaik, aku vaccinekan sekor2 one by one. Lepas tu spaykan dorang. Ye, kesian tp kalau dah ramai sangat lagi kesian weh. Nasib la aku klinik sendiri. Kah.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Blogger namee roslan ada tunjuk dekat blog dia pasal sapu minyak goreng ikan tu. Berkesan

Anonymous said... [Reply to Comments]

minyak kelapa dara pun berkesan sangat. cepat je baik

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...