Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : susah tidur malam.

Kisah 1


Masa sekolah rendah sy suka baca buku2 misteri tulisan Tamar Jalis ni. 
Terlalu obses sampai tiap2 hari sebelum tidur haruslah membaca buku TJ. 
Sampailah satu malam, makhluk yang ada dalam buku tu datang melawat saya . Omaigad!!  
Saya tidur dengan nenek saya dan time tidur mesti peluk bantal kekabu, sebab bantal tu kan sejuk. Masa dah mamai2 nak tidur tu saya usap2 lah bantal tu…..sekali bantal bertukar jadi bulu2 yang kasar dan  keras. 
Lepas tu rasa macam ada tangan yang besar tekan badan saya supaya saya tak bergerak. 
Macam2 saya buat time nak lawan balik tu. 
Meronta2 sambil menjerit sekuat hati panggil nenek saya kat sebelah tu. Tapi nenek saya tak sedar langsung! 
Lepas tu baru tersedar sendiri yang  suara tu cuma dalam hati saja.huhuhu….sedih x dapat selamatkan diri. 
Saya dah berpeluh takut nak nangis semua ada. 
Semua doa time tu tunggang langgang berterabur. 
Last choice saya diam  dan paksa untuk tidur.  
Sekarang ni dah tau taktik melepaskan diri bila badan tiba2 keras time tidur. 
Cuba gerakkan jari kaki atau jari kelingking. 
Confirm boleh lepas tapi masa tu jgn layan sangat benda yang tengah cuba menghimpit tu. 


Kisah 2


Dulu saya join kadet polis time tingkatan 6. 
Ada satu aktiviti tu, latihan menembak di daerah Sipitang, Sabah (saya org Sabah). 
Kami di tempatkan di sebuah sekolah lama dan masa taklimat dijalankan, pegawai polis yang mengetuai aktiviti itu bagi warning awal2. 
Jangan buat ikut suka hati dan hormat tempat orang. 
Pelajar lelaki semua tidur di ruang terbuka (kantin sekolah). 
Perempuan tidur dalam kelas. Tempat tidur perempuan dalam bangunan sekolah aras paling bawah sekali. 
Lepas tu polis tu pun cakap, “bangunan tempat kamu tidur tu keras. Jangan cakap yang bukan2. Tapi ‘dia’ duduk kat tingkat atas. Jadi kamu jangan merayau2 pula dalam bangunan tu.” 
Time tu saya dah rasa takut sebab kebetulan saya datang bulan la pula kan. Adehhh! 
Malam tu saya dan dua orang kawan saya , Siti dan Diana pakat tidur awal. 
Sebab esok pagi konon nak bgn awal n mandi sebelum budak2 lain bangun (dalam aktiviti ni, kami bertiga saja dari tingkatan 6, yg lain semua junior2 kami) lokasi tempat tidur lelaki dan perempuan memang agak jauh. 
Dipisahkan dengan kawasan lapang (carpark). 
So, untuk hilang kan rasa sunyi sebab kami bertiga saja dalam bilik tu, yang lain masih berkumpul kat area kantin , Siti pasang radio (tak tau sapa lah yg rajin bawa radio time camping2 macam ni) lampu memang kitorang tutup. 
Kami baru baring sekejap, tiba2 blackout. Radio dah senyap dan kawasan tu memang sunyi gila. X dgr satu bunyi pun. 
Tiba2 ada satu suara lelaki garau macam suara kat dalam radio jerkah kami dalam bilik….”HOI TIDURKAH???” 
Diana ni jenis blur2 terus tegur…”Siti, siapa tu?” ingatkan semua pakat pura2 tidur. 
Tak nak ambil tahu…..yg bestnya si Siti ni kalau nak lari pun bgtau la awal2. 
Yang saya tau dia dah jerit  “LARIIIIIII!!!” masa itu lah dalam hidup saya rasa saya berlari tak jejak tanah. Memang laju berdesup! Padahal saya ni ada asthma. Time tu kalau lari dgn Usain Bolt, dia pun boleh kalah. 
Sampai kat area kantin semua orang tgh duk bersembang, makan2 sambil bergelak ketawa. Dorang mcm tiada perasaan Cuma tny kami knp belum tidur. Kami bertiga pakat berdiam diri. 
Pada esok malam kmi bertiga mengajak beberapa org junior bersembang sampai pagi. Memang tak tidur langsung. 
Peristiwa itu kami tak bagitau siapa2 pun. Baru hari ni saya cerita untuk blog peej sebab saya pun suka baca pengalaman org lain. 


Kisah 3


Rasanya ini yang paling extreme kot dalam pengalaman saya. 
Kisah ni berlaku masa saya ikut program kerani  selama setahun. 
Tapi saya tak habis program ni sebab masuk bulan keenam, saya dapat tawaran kerja dengan gomen kat  Putrajaya. 
So, masa saya masih join program tu kami semua di tempatkan di sebuah hostel. 
Selain program kerani, ada lgi program lain ; kesetiausahaan, IT , automotif dan dandanan & solekan. Masa minggu pertama stay di hostel tu saya memang tidak boleh tidur. Setiap malam saya berpeluh2 ketakutan tapi bila siang hari pula sibuk membuta bila tiada kelas. 
Asal kelas cancel saya la yang paling awal masuk dorm (satu dorm 6 orang) terus tidur.hahaha…mcm mana nak tidur malam kan. 
tapi  masa tidur siang tu feel dia lain macam tau. Rasa macam tak pernah puas tidur.mengantuk tahap gaban la. siap pakej kena himpit pun ada. Gila betul! 
Selepas beberapa minggu kawan saya bagitahu yang kawasan tu  kosong 3 bulan sebelum kami masuk. Memang confirm jadi tempat tinggal ‘makhluk halus’ lah kan. 
Saya akan bahagikan cerita seram sepanjang lima bulan saya d hostel ni:

Susah tidur malam
Rasanya dalam dorm kami tu, saya saja yg ada mslh tidur malam. 
Yg lain semua nyenyak tidur siap pakej air liur dgn denguran enjin motobot dorang tu. 
Time tu memang geram sebab  tak boleh tidur, saya asyik kacau kawan sebelah saya suruh dia bangun n paksa dia tidur menghadap saya (masa tu kami gabungkan 4 katil jadi saya boleh  tidur rapat2 dengan kawan saya tu. 
Tahap ketakutan tu sampai saya terfikir nak tidur sambil berpeluk dgn member saya tu. Kesian dia sebab kejap bangun,kejap kejap tidur yelah org tgh mengantuk kot. 
Sampai satu tahap tu kawan saya dah marah sambil membebel suruh saya tidur tapi saya masih berkeras suruh dia bangun. 
Tiba2 kami di sergah oleh suara lelaki suruh kami diam! 
Kawasan asrama lelaki dan perempuan di pisahkan dengan pagar, dan tingkap bilik kami bertentangan dgn dewan makan.
Kejadian tu berlaku tgh malam yg of cos semua org sdh dlm bilik masing2. 
Warden asrama memang tak stay kat hostel kitorang, so kalau ada apa2 kami akan cari penghulu dan penghuluwati dalam asrama saja. 
Saya terus kecut  diam sampai pagi kot. 
Esok pagi kawan saya memang marah saya kaw2 punya dan bagi warning jangan kacau dia masa  tidur lagi.hahahha….bila igt time sekarang rasa mcm bodoh pula.

Bilik kosong 
Saya namakan bilik tu 112 (senang nak cerita) Hostel tempat kami tinggal tu 2 tingkat, nasib saya yang gemuk ni dapat tingkat bawah. malas nak naik tangga. 
Bilik pun strategic sgt. Dekat dgn gate asrama.  keluar pintu terus gate besar , 50 meter di depan padang tempat berkumpul kalau2 ada fire drill ( pnh time mandi tiba2 fire drill. Semua kelam kabut lari keluar. Saya keluar dengan towel pink berkemban lari g padang pegang towel kuat2. Student lelaki seronok la time tu. Gila punya fire drill!!) ok berbalik pd cerita bilik kosong ni. 
Selepas bbrapa minggu time kita lepak2 di bilik tv,  ada pula bbrapa budak perempuan  buka cerita. Saya guna nama samaran je ni.

Ain:  budak2 perempuan yang duduk di bilik 112 tu rajin kan? Kalau tgk dari atas Nampak dalam bilik dorang. kemas dan bersih. Semua cadar tilam pun sama kaler putih. Bagus la dorang, kalau buat kerja diam ja. Dorang student program apa ah? Ndak pernah pula jmpa time makan di dewan.
Mawar : bilik 112? bersih? Ada orang? Apa ko cakap ni?
Ain : alah bilik hujung tu.yg sebelah tandas tu.
Mawar : Oi! Ko jangan takutkan aku. Bilik aku sebelah 112 tu. Bilik tu kosong. stor tempat barang2. Mana pernah berbuka tu. kena kunci lagi.

Ain terus diam sambil pandang kawan2 sebiliknya yang lain. 
Lepas dari tu dorang x pnh dah Nampak bilik tu terbuka dgn penghuninya sekali.

Berjanji
Ada sekali tu waktu malam kecoh cerita seram di sana sini. 
Ntah mimpi apa semua pakat cerita2 seram masa tu. sampai semua takut nak tido. 
Malam tu macam2 petua lah kami amalkan. 
Ada yang suruh jalan gostan bila nak masuk bilik kalau dari tandas. 
Supaya hantu tu tak tau yg kita dah masuk bilik (konon!) malam tu saya dan kawan saya berjanji siapa yang terbangun dulu ,kejutkan yang tidur supaya sama2 bangun. 
Siap cakap banyak kali. “janji ya. janji tau….kalau ko mungkir janji siap kau ah.  Kalau ko kejutkan aku, nti aku belanja makan  esok”  lepas berjanji2 tu, tidur la kami semua.  
Nak di jadikan cerita saya ni memang mudah sgt la terbangun di tgh2 malam. 
Lagi2 terasa seperti katil bergoyang. 
Dalam hati berbisik, siapa yang tidur pusing kiri kanan ni? Tiba2 ingt la janji tu, saya kejutkan kawan saya (kawan yg sama dlm  cerita susah tidur malam tu)  supaya dia teman saya bangun,  tapi memang tdur mati betul.  
Katil kami kan bergabung 4 buah katil. 
Masa tu saya mengiring ke arah tingkap (tapi jgn harap la saya nak jeling2 kat tingkap tu) saya membelakang kawan saya yg tidur di sebelah pintu masuk
Masa sibuk2 nak kejutkan yg tidur mati tu, tiba2 ada jari cuit saya dari belakang. Sekali saja. 
Tapi bukan pakai jari, pakai kuku tajam sebab sakit. 
Saya pun terus pusing sebab igt kawan saya yg menghadap sebelah pintu tu pun terjaga sama. 
Saya dah nak marah sebab dia cuit sakit sgt. 
Sekali pusing, saya tgk kawan sy tidur dgn bahagianya dan jarak saya dgn kawan saya tu jauh. 
Kalau dia nak cuit saya dia kena berguling dua kali dulu baru sampai kat tempat saya. 
X kan x smpi seminit dia da tidur balik. 
Saya terus pusing balik  kot masa tu.  saya dah tak peduli kawan sy marah ke tak, saya terus masuk dalam selimut kawan saya dan tidur berhimpit dgn dia sampai pagi. 
Esok pagi saya tanya kawan sy kalau2 dia ada terbangun, rupanya saya sorang saja yg jaga semalam. Semuanya tidur nyenyak. Lps drpd tu, kami semua beli inggu banyak2 letak dalam bilik. 
Itu saja cerita seram saya kali ni. Nti rajin, saya share yang lain la pulak.selamat membaca


Deem


2 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

inggu tu ape ye?

me! said... [Reply to Comments]

A'ah
Inggu....apa?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...