Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Student Maktab

Assalamualaikum.

Saya dulu pernah hantar cerita pasal yg arwah mak kena rasuk tu.
Kali ni nak hantar cerita pasal pengalaman di rumah sewa masa kpli tahun 2009.

Lepas 2 minggu kawen, saya mendaftar di Maktab Perguruan.. atau sekarang org panggil IPGM di Sg Petani(SP). 
Lepas minggu orientasi, maka masuklah kami seramai 8 org kt umah tu.
Rumah tu asalnya teres setingkat tapi pakcik landlord dah renovate kasi besar so 8 org tak rasa crowded.

Saya sebilik dgn classmate. 
FYI, umah ni ada satu master bedroom yg pakcik tu seal tak kasi kitorg masuk tapi toiletnya dia kasi guna.
Master bedroom ni dinding bersambung dgn bilik saya.
Dindingnya jenis yg ada lobang corak2 kasi angin masuk.
So pernah sekali saya amek kerusi n tengok apa dlm masterbedroom tu tp tak nampak apa tapi ada angin yg bawak bau busuk.
Saya assume bau longkang kot.
Masa ni takde apa2 lagi yg berlaku.

Masuk 2nd sem lepas praktikum, roomate pindah umah lain so saya tinggal sorang je dlm bilik tu.
Rasa bilik tu besar pulak tiba2.
Takpelah then every night saya akan tercium bau busuk dlm tengah malam but still buat bodo.
Masa ni saya ajak classmate masuk pindah bilik saya.
So happy balik takdela bosan.
FYI jugak, masterbedroom ni pakcik landlord dah bukak suruh kitorg guna.
So masa exam final ada sorg housemate yg alim tu dia mmg lepak habis kt bilik ni utk study, solat n ngaji.
Masa ni la gangguan kt umah bermula.

Ada satu time, semua 7 housemates keluar.
Ada gi mkn, gi dating dll.
Saya malas nak keluar sbb nak siapkan assignment sbb mlm esoknya suami nak datang.
So saya lepak tgk tv.
Tengok pulak cite seekers kt ntv7.
Masa tu dlm 9++pm.
Hall tempat tgk tv ni betul2 mengadap dapur yg jenis open tu.
Sebelah dapur ni pakcik landlord tambah 2 bilik extension tapi dindingnya tak sampai roof.
Jadi kalo pintu bilik tu kunci, boleh lompat kot dinding terjun ikot dapur kekdahnya.

Tengah sedap tgk tv, dengar ada org batuk tp mcm suara jantan.
So saya panggil la nama housemate yg dok bilik tu. Tak sahut.
Pastu baru teringat saya sorg je kt umah mlm tu.
So saya try batuk jugak, mak aiii...dia balas balik.
Apa lagi.. tutup tv, terus masuk bilik tunggu housemate lain blk.
Sampai sekarang saya tak cerita kt diorg.

Then, gangguan paling teruk masa tgh exam.
Benda tu mcm mengamuk.
Malam2 kitorg tido.. dia buat bunyi bising periuk belanga n pinggan berlaga kt dapur padahal bila tgk takde pun.
So seminggu jugak kitorg baca Yaasin sebelum tido.
Roomate saya pernah cerita, masa saya takde n dia tido sorg.. dia nampak ada benda mencangkung tepi almari dlm gelap.
Yg dia nmpak samar2 mcm lelaki kurus. Gila scary!

Yang paling tak boleh blah, bila hari last kitorg kt umah tu.
Saya n few housemate dah blah blk hometown masing2.
So before blah, kitorg pastikan rumah tu bersih n kemas tersusun.
Ada housemate saya patah balik sbb charger hp tertinggal.
Alangkah terkejutnya bila dia bukak pintu, rumah tu mcm kapal karam.
Padahal tinggal tak sampai 10 minit.
Mustahil la sapa2 nk sepahkan umah tu.
Dengan segala kusyen sofa berterabur, majalah n newspapers bersepah mcm ada org mengamuk.
Terus amek charger n kunci pintu.
Takde der nak kemas bagai.

So umah tu skrg saya nmpak ada penyewa student maktab mcm kitorg dulu jugak.
I wonder diorg kena kacau jugak ke mcm kitorg.
And kitorg wonder makhluk apakah itu?Hmmm

-Myzura-



4 Comments:

Myne Khalid said... [Reply to Comments]

Seram la plak baca mlm2 ni! Haish~~~~~

Anonymous said... [Reply to Comments]

meremang la pulak.. padahal baca time siang ni.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ni antara expose mistik yg betul2 seram.

Anonymous said... [Reply to Comments]

ok ini seram.huuu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...