Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Port Dickson

Hai, salam peej.
Saya RZ, saja lah nak share cerita mistik yang tak berapa mistik ni.

Masa kejadian tu berlaku tahun 2004, masa tu sem 3 dan saya dan BFF saya apply untuk buat praktikal dekat salah satu hotel di Port Dickson selama 5 bulan. Ala hotel 2-3 star aje pon since saya ditempatkan di bahagian receptionist, dan bff sy bahagian HR. Saya haruslah kena kerja shift. Bermula lah episod berkawan2 dengan org kerja hotel. So kitorg rapat la dengan ketua chef kat situ berbangsa cina. One day, dia ajak lepak makan malam kat seremban. So 4 of us la, saya, bff  & sorg kakak sales hotel tu & chef. Disebabkan saya dengan si chef tadi tu kerja shift, shift habis jam 11mlm. Around 12 baru keluar. PD-Seremban tidaklah jauh mana, Cuma part nak lalu highway tu memang seram lah. Kalau tak caya cuba try lalu highway tu jam 1-3am. Heheh..

(ada kesah juga highway tu- next time ada peluang saya cerita)

Saya duduk belakang dengan Kakak sales, bff saya duk depan. Chef tu drive.. habis makan-makan kat seremban. Chef ni nak tunjuk jalan seram. Kengkonon nak jadi seekers lah, riang dan excited bukan main. So lalu lah kat Jalan dekat Makam Tn. Haji said tu. Sana ada kawasan perumahan lama, jalan kecil je masuk dekat area situ. Jam dah menunjukkan jam 2am. Sekali kawasan gelap, Nampak ada sebuah rumah batu kat hujung simpang.  Tingkap ala-ala rumah lama, yg kayu buka kiri kanan tu (boleh imagine tak). So niat nak Uturn, and at the same time bff sy menegur

BFF : umah sapa lah tgh2 hutan ceruk ni..ada gak yang nak duduk

Saya : haah kan..siap bukak pintu and tingkap bagai..terang benderang ada parti kah

Tp lain plak pandangan mata si kakak sales dengan chef..

Chef : Oii u olang, rumah sudah buruk mana ada org nak duduk.

Saya terdiam..BFF saya dah pucat muka..si kakak sales lagi lah, dia tu dah lah putih macam tepong gomak (sorry kak)..haaaaa terus kelam kabut Uturn weii..naikkan tingkap lelaju (dah la tingkap manual penat ok nak pusing2). Saya imagine ada zombie datang ramai-ramai nak makan Otak Otak Otak..fine tak kelakar.

Dah keluar dari situ baru la yg si dua ketol tu bersuara—

Kakak Sales : Uols nampak apa wei? Akak dengan Awen (chef) nampak rumah tu usang gila..menyeramkan. 

So kitorg pon cite la apa yg ktorg nampak tadi..

Ok, perjalanan balik ke PD diteruskan, kali ni tak lalu highway. Chef ajak ukur jalan waktu malam ikot jalan lama. Rantau-linggi-PD..

Fine, sepanjang perjalanan tu saya asik toleh belakang..seriau. Lalu jalan lama ni lagi la..kiri kanan ladang sawit-kubur org cina/org india…kang chef ni saja je tutup lampu kereta..dalam kegelapan drive..huwaaaaaaaa

Sampai PD, cerita tak habis di situ..chef ajak pergi ke marina beach..ye, apartment yg banyak gila tapi takde org duduk..so lalu la kami kat kawasan tu.

Biasala, banyak kereta rosak la dekat situ (read : couple2 dating dalam kereta)
Kami meneruskan perjalanan ke dalam lagi..sampai di blok terakhir. Kami stop, chef keluarkan teropong dia..

Chef : U try la, mahai woo saya beli

Ohh, saya pon try..sambil2 angkat teropong-meneropong ke langit malam..bersaksikan bintang2 indah dilangit. Mcm biasa, tangan ni gatal kan..alihkan teropong di deretan apartment tadi..

Nampak kat tingkat paling tinggi..ada mop berkibar ditiup angin..saya pon zoom-zoom-zoom…dekat balkoni tu..

Rupanya kain putih koyak2 ditiup angin atas balkoni.. bukan moppp yerrr..tah spesis ppuan rambut panjang mengurai dengan baju putih rabak2. Boleh imagine tak macam mana kain dia yg koyak2 tu berterbangan ditiup angin. Dan2 sayup bunyi anjing menyalak.

Haha terus laju sy pass teropong dekat kwn2..kelam kabut balik—ceritanya.

Siapakah wanita tersebut? Kenapa duduk di tebing balkoni jam 3 pagi..tak takut jatuh?

Habis dah..tapi kisah seekers kami berempat tak habis disitu, dia berkait2 selepas nya

Sambung—Inshaallah kalau Peej sudi nak baca.

(dekat situ ada swimming pool, kawan saya pernah menginap di situ..tinjau dari balkoni pandang ke kolam tu..ada perempuan terlentang terapung dengan baju putih penuh darah..masa tu dah tgh malam..adakah perempuan yg sama saya teropong?wallahualam)

Terima kasih

p/s : biasalah PD kan laut? Eh apa kaitan

roros

14/7/2014
……………………………………………………………………..

keji sangat tau cerita ada kait mengait tapi kena tunggu sambungan.
tapi agak tak suka la kan cerita ni.
sebab pernah duduk kat marina tu dulu masa gath mrsm dulu.
nampak la usang n takda orang sangat.
tapi takda pulak pengalaman mistik ke apa.
sebab kita orang sumbat 8-10 orang satu apartment tu. so ok la. :D huhu.
tapi..tapi..tapi…kita orang baik punya bermain n swim di tepian kolam pukul 1-2 pagi.
uwaaaaaa. tapi takda apa la. sebab memang ramai-ramai.





3 Comments:

Lavender violet said... [Reply to Comments]

haaa sambung la lagi....
tp berani btol mlm2 ikut jln lama T_T

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam, peej..
first time dapat komen kat sini..
dulu kami ade buat reunion vacation kat situ gak..
memang seram la..
apartment punya berlambak, tapi yang duduk pun setakat ktorang 2 umah (laki & pompuan) + beberapa orang je rasenya..
memang scary..
masa malam2 ktorang buat bbq, ade kawan pompuan ni kaki swimming pool so dia terjun je la..
orang lain duk sibuk melantak, dia berenang ok! sungguh tak normal.. hahaha..
pastu tetibe kawan laki ni, suruh dia naik gak.. kawan pompuan ni pun leh tahan degil, dia xnak naik..
tapi yang member laki ni insist gak suruh naik..

mula2, tertanya2 gak kenapa kan..
tapi biasela, dia taknak jawab..

sekali bile baca cerita ni, baru tau kenapa..
huhuhu..
tahnks peej, sebab kongsi cerita2 camni..
best!

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

kat pd memang selalu dengar orang cerita kisah mistik kat hotel2
selalu baca kat cari forum, ada thread pasal hotel2 mistik kat Malaysia
dah baca, pastu takut. hahaha bongek sangat

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...