Instagram : @peejburhan

bermacam ragam

sedar tak sedar 3 tahun aku buat online business ni.
semuanya tak di plan pun.
bermula adik aku pakai tabita n improvement banyak kat kulit dia.
then aku pakai. pastu aku saje update kat blog betapa happynya ngan kulit sendiri time tu.

then kawan-kawan rapat start tanya nak beli.
semua perasan perubahan kulit time tu.
then ada 2 orang reader blog aku terus email aku mintak tolong beli.
rasa bersalah kalau ignore. ok mari belikan.
ingat lagi 1st time aku post tabita kat 2 orang reader tu.
bayangkan bubble wrap tak tau mana nak carik.
sampul pun pakai sampul biasa je.
aku ingat lagi aku bukak laci tengok ada banyak face towel.
aku amik face towel tu buat balut tabita. siap ikat getah.
then masuk sampul post.
nasib selamat sampai kat dorang dalam keadaan ok.
siap dorang cakap, thanks la ye siap bagi towel free. hahahahhaha.

then carik kedai jual sampul ada bubble wrap dalam tu.
mahalnya. satu rm6. tapi takpa la beli jugak.
then lepas berbulan baru tau ada rupanya jual borong n murah gilaaaaaa.

then start amik sikit-sikit.
ramai nak beli tabita.
modal takda apa takda. dasar percaya je reader aku.
dorang bagi duit after seminggu aku post.
sebab aku memang takda modal. so korang bagi duit. aku beli kan.

then rezeki lepas kawin.
tetiba ephyra contact aku.
time tu ingat lagi. beberapa hari je lepas aku kawin.
menyala-nyala lagi inai.
dorang suruh cuba produk. lepas 2 mggu bagi feedback.
tujuan asal nak iklan je. then dia kata since aku jual tabita.
kalau aku jualkan sekali pun ok.
then aku pikir. why not kan.
puas hati. so aku start jual 2 weeks lepas tu.
ephyra keluar april 2012. aku start jual tu june 2012.
kejap je dah 2 tahun lebih dengan ephyra.

dalam pada tu ada jugak few produk masuk n keluar.
selalu yang rajin masukkan kawan aku la.
aku ok je. tapi tu la. some produk ni bagus.
tapi kemain susahnya dapat stock. so tu yang lepas2 tu stop jual.
yang mana ok, kita kekalkan.

sebelum ni few years back aku n noy pernah jual baju.
tapi lecehnya lahai jual baju ni.
penat dia lebih, lepas dapat baju kena iron, then kena amik pic, then ukur baju, then update.
then layan customer. banyak kerja.
serious payah sangat rasa. n part baju ni customer banyak ragam sikit.

macam skincare ada gak la ragam sana sini.
tapi kurang la.
dalam 100 customer mungkin yang cerewet n lorat dalam 5 orang je gitu.
haaaa see. betapa jauh perbandingan tu. so jangan lorat2 ye.

kerja pun senang. one time je kau amik pic n update.
lain just update sikit2 je la pasal produk kan.
benda sama je pun.
urusan pun senang nak deal.
kira siapa bayar, dia punya la. post je.
just keep track stock je la.
kau nak beli, beli. taknak benda tetap macam tu.

sampai la baru-baru ni aku tolong filla dengan the kasihs shawl.
then filla pening-pening.
busy bebenar la minah tu. sampai aku whatsapp pun kemain lambat reply.
pastu sepuluh kali call aku tanya itu ini.
pastu bengang2 aku tak jawab call.
hoiiii aku tengah berak la.
terpaksa jawab, pastu kata tengah dalam toilet pun dia peduli apa.
nak jugak cakap. T_______T
tak tenteram iolls tau.

pastu aku terpikir. apesal kelam kabut sangat dia ni.
dia dah la memang kelam kabut.
then aku teringat zaman aku jual baju.
memang leceh.
leceh sebab tau la setiap stock ikut color.
pastu berebut orang nak contohnya.
once kau nak. kita dah letak nama. so reserve la kan.
dapat pulak yang jenis kata nak, tapi tak buat payment.
bila tanya…oh ok hari ni jugak buat.
eh takda. then tanya lagi. dia kata pagi esok buat.
eh senyap lagi.
nak let go ke orang lain kesian pulak. so tanya lagi.
diammmmmm membisu.
aku rasa perangai macam ni keji gila.
kau taknak or nak cancel cakap je. takdanya orang nak marah haih.
tapi atleast kita tau, so boleh bukak slot tu untuk orang yang betul-betul nak.

baru la teringat kenapa ramai online seller memang anti backout buyer ni.
backout takpa lagi. dah la tak jadi. tapi sepi.
pastu nanti lepas berkurun expect benda tu nak ada lagi tunggu dia.
tumbuk kang.

hhahahah matiklah emosi.
nasib la kerja aku post je.
so aku paham perasaan filla yang pening tu.
have fun filla.

tapi tu la, walau bermacam ragam ni.
tetap banyak kenangan manis jugak.
sebab mostly pembeli aku dari kalangan readers aku.
so dorang dah rasa dekat kat situ.
selalu yang ada ragam sikit ni sebab dorang tak kenal aku.
eh not that nak kata, "silalah kenal aku siapa aku..gila apa tak kenal aku."
maksud aku, readers dah biasa la ngan aku sebab dah baca, dah tau fam aku, apa semua la.
tapi yang lain ni beli atas syor kawan atas kawan ke, hasil google ke, oh tah mana dapat la.
so dorang ada sedikit perasaan risau macam kita ni nak menipu ke apa.
takpa paham la jugak.
tapi …tapi…tapi…i tak kuasa layan la.
i dah la darah tinggi uolls. banyak kerenah ni rasa nak tercabut jantung nak layan.
aku ni dah la takleh sikit orang jenis pushy n tak penyabar ni. kau ni dah kenapa haaaaa *suara macam nasir bilal khan*

tapi sekali sekala je. usually ok.
tadi duduk terpikir. daripada business ni ramai aku kenal.
asal daripada customer aku je, now jadi kawan.
ingat lagi memula jumpa filla.
dia customer aku, datang COD barang. kemain banyak sembang.
then lama-lama jadi rapat.
macam supplier aku now, dulu asal dia customer aku.
now dia supplier. hebat sangat ni.
pastu dpd hubungan supplier ngan agent jadi kawan.
seronok.

ngan few customer lain pun sama.
aku ni memang muka eksyen sikit. n kalau kau tak bercakap ngan aku.
memang aku pun tak reti la nak cakap apa.
ok bukan la eksyen macam mana, tapi aku ni sebenarnya ada penyakit low self esteem. hahahhaa.
so mmg tak la kalau aku tetiba nak mesra ke apa. ;p

ni ada kita orang sembang dulu.


tengah sembang pasal mesra tak mesra ni.
macam elly aku tengok ramai readers macam mesra je ngan dia kan.
n elly pun rajin layan.
aku? sorry aku ni mmg pemalas serba serbi. tambah lak muka garang.
lagi la orang takut.
so aku cakap la…aku takda pun orang rajin tanya itu ini.
sebab aku nampak garang kot. n aku memang banyak kali nyatakan aku ni pemalu. so jangan la tegur2 aku ke apa. aku tak reti nak layan nanti. hahahah.

tapi serious, masa memula jumpa filla tu.
ingat lagi dia dalam kereta panggu amani. kecik lagi amani time tu.
banyak cakap minah ni.
yang aku berdiri luar kereta ngan panas terik.
kena layan dia sembang. dah la pertama kali jumpa.
pastu aku sound je, ehh panas laaaaa, aku nak masuk. hahahhaha. kong jaq gila.
tapi dia tak berputus asa sibuk whatsapp la apa.
then dia bawak jumpa elly, pun aku diammmm je.
dah la si elly tu jumpa pakai branded sana sini, aku ngan selipar aku je. hahha.
harus la i bertambah low self esteem.
then baru aku start baca blog elly, jumpa beberapa kali..baru boleh masuk.
rasanya jumpa kali ke-3 macam tu baru boleh mesra. aku lambat sikit bab ni.

ada jugak dikalangan customer yang aku dah ok.
macam tadi sembang ngan filla. cerita pasal customer aku nak shawl dia.
cerita itu ini. filla tanya, dia ni kawan kau ke?
aku kata tak la. customer. tapi regular customer. so dah mesra. huhu.


haaa mesra sangat kan.
padahal hubungan customer ngan penjual je.
aku ni kalau kena switch, kau rajin merepek…aku ok je.
tapi korang kena warm up dulu la.
kang tetiba aku merepek n menggila orang kata peniaga tak professional pulak.
aku cuba bersikap professional ok walaupun aku tak reti sebenarnya.
sebab tu kadang aku nak update ig pasal produk ayat nak skema rasa lawak je.
tapi kang kalau ayat merepek nampak macam memain pulak.
confuse jadi kak jah ni tau.

ada jugak few customers yang COD pun dah mesra alam.
tapi tu la, customer aku ni ramaiiii tau.
so kalau tetiba korang contact siap cakap, "hiii, ni ***** ni…ingat tak i ada amik bla bla bla. nanti esok i nak amik lagi yea."
kadang-kadang terus terang aku cakap, aku tak perasan sebab customer ramai.
sebab mana la nak ingat weyh.
tapi bila nanti datang, aku keluar pintu nampak muka terus macam, oooo dia ni. ok kenalll la.
haaa gitu.
cuma kadang nama tu tak ingat.

aku rasa kalau aku jenis peramah mesti lagi hebat business iolls.
ni aku ni terkepit-kepit segan la, malu la apa.
tapi laki aku lagi over dia punya ramah. tak menahan aku.
if time customer nak beli barang dia kat depan menyapu ke, siram bunga ke.
siap pelawa masuk la dulu minum2 kopi ke apa. e eh. tetiba sangat ni hahaha.
tapi hebat weyh dia. kalau mintak dia pass barang, kadang orang nak beli trial kecik. tah macam mana dia sembang, tau-tau orang nak beli exc set je terus.
amboi..wajib dapat bonus kalau macam ni. :D

Alhamdulillah The Kasihs Shawl pun sambutan menggalakkan sangat-sangat.
padahal baru start 2 minggu.
macam tak sangka sangat kan.
so now aku mintak tolong noy jadi assistant aku bile dia free tak kerja.
tak larat aku nak pack sorang.

semalam berjam jugak la aku dok mengisi borang untuk shawl filla ni.
gila kau dia punya je dekat 50 kena isi.
ini untuk order 18 hari bulan je ye.
hari ni punya tak masuk lagi.
aku tengok tu ada filla dok bagi2 nama lagi tu. fuhhh.
takpa malam2 sikit kang aku buat lagi.



menangis iolss.
orang hujung minggu bersuka ria.
aku dok mengadap benda ni.
tapi takpa. atleast by monday aku relax concentrate aku punya je. :)
semalam tengah buat kerja ni, mama facetime.
so dapat la sembang kejap.
mama dah sampai madinah.
seronok dia sebab hotel kali ni ada wifi dalam bilik dia kata. :D
tak sabar nak tunggu mama balik next week. yippaaa.

so semalam sembang la dengan mama.
mama tanya memang laku sangat ke shawl tu nak?
lakuuuu la. ingat main-main ke?
aku bagi tau la sehari je kena post shawl filla 40-60.
belum masuk pija punya.
pastu memula bawak masuk sikit.
so setiap kali bawak batch baru mesti restock makin lama makin banyak.
tapi rasa dah banyak ni. tapi tetapppp la sold out dalam masa sehari dua.
Alhamdulillah mama kata :D

hari tu ada jugak filla call.
dia tu perangai kan. aku suruh masukkan banyak.
nanti dia kata nanti tak laku macam mana?
aku kata, Insyallah laku. yakin la sikit.
tapi dia kan degil sikit.
pastu nanti dia menggelupur sebab kenapa cepat sangat habis.
tapi order keep on masuk.
pastu dia kata tak poyo ke peej asyik update kata sold out semua? nanti orang kata poyo. tapi masalahnya betul.
tau takpa. masalahnya kita cakap yang benar. bukan menipu ke apa.
konon marketing strategy. takda yeeee. memang kalau sold out tu memang betul la.
pastu debar-debar macam mana niiii???  hahahhahaha.

takpa lepas ni aku paksa filla bawak masuk banyakkkkk ye.
so kalau customer yang directly whatsapp aku nak order pun takda la kecewa sebab asyik takda je shawl.
korang lambat okehhh. kena pantas. haha
kalau tak memang hot color cepat je licin.

haha aku lak excited lebih kan. ye la kawan kita kan.
haruslah tumpang happy.
mana boleh bantu, kita bantu.
aku lak tak sabar nak tunggu.
oh lupa.
filla dah start keluarkan baby creep silk pulak.


details HERE.
tapi silk tak masukkan banyak supaya exclusive la sikit.
wah gituh.
aku tak sabar nak tunggu filla masukkan batch baru silk ni.
hari tu dia tunjuk pic macam lawa sangat je.
ok nanti kalau dah keluar baru, aku update kat ig @peachhub
dah cepat2 la order n buat payment yea.
baru la tak terlepas nanti.
i cannot ok kalau customer buat cerita sedih ke apa ni.
nanti rasa kesian. tapi takleh buat apa. huhu.

eh ok la.
nak melayan laki.
bising dia, dia bercakap aku lambat respond sebab sibuk menaip.
dia kata tak di layan. hahaha. sorryyyy.

ok la. later.
uhh sangapppp.
rasa nak keluar berjalan, tapi sian lak kat papa.
walaupun papa selalunya tidur je pun.
tapi atleast dia tau la kita orang ada rumah kan.
nanti dia sedih if tau kita orang berjalan.
i cannot ok. walaupun agaknya dia ok je.
tapi aku kan suka imaginasi perasaan orang lain.
perasaan kucing dan sebagainya. heheh.





6 Comments:

Mizz Coki said... [Reply to Comments]

murah rezki uols noks.
i luv to read ur blog dari dulu2 lagi.
kita pun sama buat online biz masuk tahn ketiga.
dan sememangnye mcm2 pe'el customer.
sabo jela...

Lynn Hamzah said... [Reply to Comments]

maju sungguh kak filla punya shawl nie...lum berkesempatan nak email kak filla lagi...insyaallah this week...teringin juga nak beli shawl kak filla nie...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah.. maju bisnes uolss. tumpang hepi dengan rezeki yg Allah beri. moga bertambah maju pasni.

mamabeauty said... [Reply to Comments]

Alhamdulilah murah rezeki...
customer memang mcm2 ragams..

Farah said... [Reply to Comments]

Waaa jual macam-macam, sungguh diversify. Business pun makin maju, congrats!

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

Panjanggggggg sgt hasil nukilan pn. peej kali ni.
resepi masakan xnak masuk sekali ke peej? hehehe
haa..haa..jgn marah eh..nnti kena gigit nyamuk >.<
Sape kata duk rumah xmendatangkan hasil kan..
nmpak nak seribu daya, xnak seribu dalih.
Keep it up peej. Moga bisnes ko maju dari masa ke semasa..tahun ke tahun.
oh btw, kenal x iolls ni yg mna?..
haaa....dkt IG aii33ati, kt wasep yang..yang...dpt "botol cantik" tu..(tak pasal pomot diri pulak khen)
so, xmo malu2 ok..hehe..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...