Instagram : @peejburhan

akhir dan awal bulan

rasa macam lamaaaa je tak update blog.
perasaan je pun. sebab bila check last entry isnin. heheh.
n today baru rabu. aku ingat dah hujung khamis. ;p
tu terasa lama sangat.

minggu ni memang sibuk sangat.
biasa la musim orang dapat gaji kan.
tapi tak sangka bulan ni macam lain macam sangat la banyak dia tu.
rasa macam bulan puasa hari tu.
nak raya semua orang sibuk beli barang kecantikan.
pelik jugak sebab rasa macam, eh kalau nak cantik untuk raya, kenapa last minute sangat beli? baik beli 2-3 bulan awal kan.
begitulah kak jah berkata-kata dalam hati.

tak memang tangan sangat minggu ni.
hari isnin paling over sebab kan aku post setiap isnin-khamis je.
so gap nak ke isnin balik 3 hari, hujung bulan pulak tu.
merasa order bertimbun.
sampai sold out la tabita trial besar tu.
dah la supplier pergi bercuti diving pulak tu.
dia dah tanya sebelum tu. aku confident cakap takpa. ada banyak lagi.
sekali. sehari habis terus.
then malam isnin aku restock. yesza. hari ni balance tinggal 2-3 set je ni.
kena restock lagi ni.


mengisi borang ni je pun dah amik masa 2 jam hoi.
kejap duduk, kejap meniarap, kejap terlentang aku nak menyiapkan.
lepas tu sambung packing pulak.
hp sampai habis battery la.
so aku charge hp kat dalam bilik.
tak berani sembarangan. sebab takut kucing gigit wayar.
kau jangan, hari tu dorang kitai wayar charger macbook pro aku, jahanam.
pastu nak taknak kena la beli kan.
menangis membayar rm279 ok. uwaaaaaaaa.
ye orang kata boleh je guna local punya.
aku tak berani. buatnya jahanam. kang lagi menangis nak mengganti beli laptop. hoi baik takyah.
pastu kadang apple ni sensetif, kau pakai local dia kata this device doesn't accept/recognise ur accessory ke apa macam tu. eeeee tumbuk kang. nak ori je semua.

ok sambung. so aku membalut parcel. memang tak check time.
dalam office pulak takda jam.
hp charge kat bilik sebelah.
takpa buat je la kerja n fokus.
dulu ada jam, tapi aku alihkan ke dapur, biasa la zaman rajin memasak.
ni aku rasa kena alihkan balik ke office jawabnya. tak pun beli baru.
sebab elok settle kerja, tanya laki aku, pukul berapa ni?
dia kata 6.30pm. haaahhhh? serious tak sangka dah lewat macam tu.

terus berdesup bangun n pergi post pulak.
hp memang banyak la whatsapp n missed call semua.
abaikan, kena drive n post barang ni.
keep on masuk call.
rupanya customer call, nak marah-marah tanya apa cerita barang dia.
kira dia berpikiran, aku dah amik duit, janji nak post isnin tapi senyap.
tak jawab call n tak reply sms.
masalahnya dia kejap call, kejap sms, kejap whatsapp. no lain-lain.
kejap perempuan, kejap laki dia.
tapi last communicate pasal payment n alamat semua whatsapp.
so aku dah inform kat whatsapp tu yang aku dah post siap bagi tracking number.
tapi agaknya jenis bukan whatsapp 24/7. agaknya ada wifi baru pakai whatsapp ke.
so maybe tak check kot whatsapp aku tu.
lepas tu macam nak marah-marah kenapa aku senyap n tak jawab call la apa.
lain kali check dulu ok. jangan marah-marah tak tentu pasal.
aku bukan saje-saje tak reply or tak jawab.
usually if pukul 2pm sampai maghrib memang aku akan busy ngan urusan isi borang, balut barang n post.
aku ni semua buat sendiri. takda bantuan. takda pembantu.
so harap faham.
n so far dah 3 tahun buat kerja ni, tak pernah lagi aku menghilangkan diri lepas amik payment orang.
semua ok.
kadang je tetiba ada prob, macam aku terlepas pandang payment n tak catit.
so aku tak post barang. if lebih 3 hari takda khabar macam aku post barang.
sila inform aku. kadang aku tak perasan.
berpuluh-puluh masuk number, email sehari.
manusia biasa, kadang membuat kesilapan kan.
tapi if inform, if belum post aku akan post :)
so jangan risau yea. belilah dengan yakin.
aku pun still waras, tak berani aku nak makan duit orang. takut la. dosa lagi. akuuttttt.

ingat isnin dah busy, selasa ok la.
sekali tak ok. banyakkkk sangat order masuk. Alhamdulillah.
bertambah sikit kerja, sebab sekarang aku tukang post untuk filla.
haaa, siapa baca blog dia tau la. dia now jual shawl the kasihs.



kau mampu jual tudung model pakai sunglass?
ye, hanya filla yang mampu.
masa dia hantar pic aku n elly dah pelik.
apesal semua kau pakai spec ni filla? macam poyo je.
spec ootd boleh la. hahahhaha.
terus kelam kabut dia tu. kata aaa tak boleh ke?
aaaaa penat nak buat lagi. aaaa lantak la.
degil sangat dia tu.
tapi semalam baca blog dia. rasa nak gelak.
betul jugak dia kata. memang tak jumpa orang lain jual tudung pakai sunglass. dia je.
lepas ni jadi trademark. a ah jugak kan. bagus tu.
memang lepas ni orang tau la, tudung apa yea yang model dia pakai sunglass tu poyo gila?
ooo tudung the kasihs. hahahahhahahahahhahaha.
wah sempat berangans menjadi sebutan tu. tak tahan. ;p


gigih n rajin sangat ni.
kemas je dia packing. aku lepas tu pack nak post pun suka.
rasa kemasss sangat. :)

memang dah siap-siap dia bagi aku pegang semua n kerja post je.
dia akan inform.
takpa kerja senang je tu. i dah biasa buat.
silap! sebab jadi kelam kabut sebab boss the kasihs ni kelam kabut tak hengat ok.
filla ni character memang kelam kabut gelabah semacam.
bila dia start macam tu aku n elly memang selalu tak layan je.
biar la dia kelam kabut sorang-sorang. sebab if di layan kita orang cakap bukan dengar pun.
nanti dia sendiri settlekan masalah dia.
so memang lepas tu kita orang buat dunno je biar dia cakap sorang2 kelam kabut. hahahah keji gila.

so semalam gelabah gila dia ni.
dia yang uruskan semua. tapi dok tanya aku balance ada berapa la apa.
aku kata, aaaaa taknak tau. kerja aku hanya amik tau bila orang dah buat payment n aku perlu post.
nasib ok jugak dia tu.
tapi tak sangka sambutan menggalakkan sangat.
parcel untuk the kasihs je aku kena pack banyakkkkkk gila.
yang aku boleh relax-relax kan.
rasakan macam tangan sotong aku menyiapkan kerja cecepat semalam.
gila kau sold out dalam masa beberapa jam je.
hebat sangat kak pilla ni.

siapa nak tau pasal tudung the kasihs.
korang bukak la blog filla. CLICK HERE.
pergi order ngan dia.
aku tukang post je.
dah la dia tu nak meniaga tapi apa pun tak sediakan.
buku menulis pun kibab aku punya.
pastu aku kata borang ni sender nak letak apa?
kau pergi tempah stamp senang aku siapkan.
dia kata aaa perlu ke? tak payah la. pakai je la kau punya.
so korang jangan terkejut beli dpd kak pilla, tetiba dapat barang post atas nama aku. muhahaha.
bff sangat bersama selamanya. hahaha.

tak silap dia bukak pre order lagi tu.
tak sure la semua color or certain color je.
pergi tanya dia.
personally aku suka shawl tu sebab besar sangat.
ingat tak shawl yang aku pakai masa hantar mama pergi haji tu.
aku suka material dia. lembut n tak licin.
senang bentuk. tapi dia macam pendek.
so masa aku pakai hari tu if perati boleh perasan, inner aku boleh nampak terkeluar.
sampai aku kena masukkan inner dalam baju lepas tu.
so shawl the kasih ni hampir sama material cuma lembut lagi.
n paling best sebab panjang n lebar sangat.

eh ok la. nak kena start buat kerja ni.
saje merehatkan minda mengadap la blog kejap.
kalau tak takda masa nak buat apa.
laptop lagi la. bukak hanya untuk bukak m2u n cimb je.
hp pun aku dpt check whatsapp je.
ig pun berkurun tak dapat layan timeline.
busy sangat ni.
tapi takpa, busy maknanya rezeki kan tu. :)





5 Comments:

May said... [Reply to Comments]

Hi blog hopping here!

Anonymous said... [Reply to Comments]

cayalah..peej kalau order kat pilla cod kat u leh ke?

Anonymous said... [Reply to Comments]

Agaknya orang tu jenis tak biasa beli online kot. Saya mmg slalu beli online. Ngan peej pun penah beli ephyra 2 kali. saya paham je kalo lambat reply. tak penah risau pun walo dah masuk duit ratus-ratus. sbb paham kenkadang korang2 yg meniaga ni terlalu busy sampai tak sempat nk reply. hu hu...

Nur Saleha Jayiddin said... [Reply to Comments]

byknye nak kne isi form poslaju. sabor lah kak peej hehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kak peej.... takpayah pegi post office. Suruh post laju dtg pick up dekat rumah je. Byr rm5-10... so boleh save masa....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...