Instagram : @peejburhan

update kereta

ok no. aku belum dapat lagi ni.
ni tengah tunggu sales advisor tu datang rumah aku ni.
ngantuk boleh tahan.
tidur 4ish am. bangun pukul 9am tadi. phewww.

ok ni aku update. n untuk panduan andai kata ada terkena kes sama macam aku.
sebab semalam ada orang drop komen tanya macam mana aku buat.
sebab dia pun dah 3 bulan terkono n salesman mungkir janji.

ok kan last update aku tu kisahnya aku patut dapat kereta tapi salesman tu sepi je.
pastu dia boleh call aku kata kereta aku takda! ye takda!
sebab dorang boleh salah order colour.
then aku tanya bila boleh dapat?
dia kata tak tentu lagi. sebab kena masukkan order baru.
kau tak hangin?
ok aku tak hangin. tapi aku down n aku menangis sepanjang hari.
yes i'm not kidding. aku nangis tahap kalah orang putus kasih la.
sebab rasa hopeless sangat. orang suruh aku call manager complain.
well guess what, dorang pass aku sana sini, sampai ke sudah nak cakap ngan manager pun tak dapat.

aku nangis tahap orang takleh tanya pasal kereta aku sebak n nangis.
last aku suruh laki aku deal, boleh kat laki aku dia kata kereta aku akan dapat oktober ye!
biadap gila kot lamaaaaaaaa.

so aku decide untuk tukar color.
aku memang dah taknak cakap ngan dia.
so ice tolong aku call daripada UK. bagi tau aku nak color lain pulak.
dia kata ada la apa. so ice mintak dia call aku. tapi takda.

tapi nasib ada sorang from fb, reader ku yang terus mintak nombor phone aku n call.
dia part time jual kereta. so dia yang guide aku apa perlu aku buat.
macam-macam sangat la dia bantu.
sebab aku memang tak tau langsung ok pasal beli kereta ke apa semua ni.
so memang clueless.
gigih dia call sana sini tanyakan kat mana ada kereta yang aku nak tu.

so dia yang cakap kat aku, aku boleh tukar dealer.
sebab aku loan dah lepas, semua dah ada. so lagi senang.
kerja aku carik kereta aku nak tu kat memana dealer.
tanya ada ke tak. then mintak chasis number ke apa. (which aku tak paham apa)
sebab daripada situ boleh tau kereta dah ada ke tak. macam tu la.

takpa la. aku tunggu lagi. sebab dealer aku pun kata kereta aku nak ada kan.
tunggu dia call confirmkan je.
sambil tu esoknya tu ada 2-3 orang lagi yang contact aku bagi number dealer la apa.
dikelilingi oleh ramai orang baik-baik ni.

then esoknya aku tunggu sampai kul 12pm still takda salesman aku contact inform any update ke apa.
so aku bagi whatsapp tanya, kata ok so tukar colour tu, bila aku boleh dapat kereta.
tak berjawab.
then after sejam lepas few orang inform location mana ada kereta aku nak.
terus aku whatsapp again salesman aku, kata aku dah tau few tempat ada kereta yang aku nak, if dia takleh confirmkan dengan aku. aku nak tukar dealer lain.
wah boleh lak dia call lepas tu.

dia call kata ok kereta aku nak n colour aku nak tu ada.
dapat dalam 10 hari.
aku tanya apesal lama sangat? dia kata memang macam tu. amik masa lama nak proses macam-macam.
tapi dia kata untuk proses aku kena bayar downpayment aku now.
baru dia boleh proses segala. aku dah macam pelik.
apesal beria sangat suruh bayar habis.
dah la aku baca komen some readers kata nanti salesman asyik mintak duit tapi kereta tak dapat la apa.
n seingat aku, masa adik aku beli kereta, takda lak kena bayar downpayment awal-awal.
pastu dia kata, memang macam tu. once bayar baru boleh uruskan ngan bank settlekan, dapatkan chasis number la apa.
hah chasis? walaupun aku tak paham sangat.
tapi aku ingat semalamnya aku dimaklumkan kalau kereta dah ada, no chasis tu dah ada.
macam tu la.
so aku kata takpa. nanti by petang aku confirmkan.

terus aku blur. aaaa nak tanya siapa ni?
nak contact ice, time tu UK pukul 4am macam tu.
aaaa macam mana ni?
terus whatsapp elly. tanya elly bayar downpayment bila?
sebab aku tau time tu dia nak beli kereta serena tu.
teringat dia ada bayar baru-baru ni.
so elly kata dia bayar awal minggu macam tu. tapi weekend kereta dapat.
haaaaa seeee….mana ada bayar awal-awal.

then contact balik rakan fb yang jual kereta tu.
terus dia call n bagi keterangan panjang lebar.
dia kata cara tu memang menunjukkan salesman tu nak tahan aku n taknak aku tukar dealer bla bla.
dia jual kereta so dia tau.
haaa terus rasa macam. kong jaqqqqq dia ni. nak mainkan iolls lagi.
aku tau memang dia kata 10 hari dapat.
tapi aku asyik dipermainkan perasaan. aku dah tak percaya lagi.
kang aku dah bayar habis, tetiba nanti dia takleh deliver aku nak buat apa kan?

sambil tu dok whatsapp ngan elly.
tetiba elly kata kau nak aku tanya dealer aku?
kau nak color apa? aku bagi tau.
tetiba elly kata, haaaaaa ada. sabtu ni kau dapat.
hari tu hari khamis ye.
aku macam kau biar benar elly. betul ke aku nak kereta sekian n model sekian.
tetiba elly, " eh hahaha salah, ingat kau nak serena. serena ni nissan." T_____T
tumbuk elly ni kang. pastu cecepat dia kata takpa aku ada contact lain.
so dia tanya. weowwww kereta ada n aku leh dapat kereta next week. which is this week la.
elly suruh aku call sales advisor ni.

apa lagi sepantas kilat ahkak call.
memang ada n dia kata ahkak boleh dapat kereta rabu, since isnin public holiday.
wow so fast. this i likeeee.
aku cuma kena contact banker n inform nak tukar dealer.
kebetulan sebelum tu aku memang ada email banker ni tanya apa procedure nak tukar dealer.
tapi takda reply. busy kot.

then call sana sini. by khamis tu settle hal tu.
aku kena bagi surat rasmi kat bank bagi tau kenapa nak tukar dealer.
wahhhh, kau suruh blogger tulis surat rasmi pasal sebab.
amik kauuuu, panjang lebar kronologi n sebab aku bagi.

tapi serious aku suka salesgirl yang elly bagi contact ni.
sweet sangat dia tu.

then jumaat takda update. tau la nak cuti pun kan.
isnin pun public holiday.
so selasa baru aku contact both banker n salesgirl ni.
dia kata pagi semalam baru lou keluar. so jumaat baru dapat kereta.
ok takpa. tak dapat rabu, jumaat pun ok. atleast dia jujur.

then dia bagi tau dia akan bagi bagi full tinted.
semalam dia mintak aku pergi showroom pilih tinted.
aku kata la aku takda transport, so aku takleh nak pergi sana.
dia kata takpa, then dia datang kat rumah aku untuk aku pilih.
so sweett. semata-mata sebab tinted.

then semalam kemain siap whatsapp.


tersengih sakan terus.
so sweet kan. sangat memahami memang aku akan anggap kereta ni baby ku nanti.
dealer lama tu sakit hati memanjang hantar pic kereta, tapi gambar tu semua aku dah tengok pun since few months back masa google. grrrrr.
nanti sikit2 aku belek pic ni walaupun hanya nampak dashboard je pun hahahhaa.
pastu nak tidur kemain payah. dah lelap tapi terbayang-bayang duduk dalam kereta mengadap dashboard. hahaha gelabah nak mampos.
amik kau tu yang pukul 4 lebih baru boleh lena.

dah la pagi tadi bangun sebab nak pergi bank la.
nak bayar downpayment kan.
semangat sangat.
sekali sampai kaunter tak boleh. sebab account aku kan current acc.
kena pakai cheque book. hua hua hua. mana la acik tau.
aku lak cheque book bank issue aku tak pergi kutip, dah dihapuskan pun. ;p
ye la aku mana pakai, selama ni online je kan.
memang boleh transfer online, tapi transaction sehari kan ada limit.
malas aku nak buat 2 kali transfer. konon bank in lump sum je la.
padan muka takleh. kah kah.

so tadi dia datang la.
baru la jumpa. comel n lawa sangat. n sweet.
jonet pun ada tadi, singgah lunch hour. tumpang lepak rumah aku.
jonet pun cakap lawanya diaaaa. rasa nak pandang je.

dah la cakap jumaat ni aku nak datang amik kereta macam mana?
aku kata tak sure lagi, akan suruh husband hantar kot naik motor.
dia siap cakap, if u takda transport nak datang, its ok just tell me, nanti i amik u dekat rumah bawa pergi sana.
aaaaaa baik sangat dia ni.
nanti aku pikirkan. macam susahkan dia pulak kan.
takyah. laki aku tu sila hantar ye.

eh tengah type-type ni aku belek balik pic atas.
hahaha saikosis sangat perangai.
kenapa aku berlebihan?
sebab aku la manusia yang beli kereta tapi tak tengok pun kereta ni kat showroom. hahah.
sebab apa motif sangat nak tengok kan? sedangkan loan pun dah approve n confirm nak beli.
tapi tu la jakun telek2. rasa macam eh button apa tu?
kereta ni ada push start button ke? ke tu button lain.
gituh.

oh shout out.
siapa nak beli kereta boleh contact reader/rakan fb yang banyak membantu aku tanpa sebarang balasan.
contact rina myvi.
aku pun tak sure dia jual apa sebenarnya. alaaaa semua la.
nak apa je cakap dia ramai kawan-kawan dia akan refer ke kau.
baik sangat dia melayan aku ketika down n lost, padahal aku bukan customer dia pun.
baik sangat.

elly pun membantu. filla pun.
sampai dalam group whatsapp radie n win tanya pasal honda kena marah. hahahaha.
pastu dan-dan win n radie kata eh orang cakap pasal motor honda kapcai la.
tak sukaaaaaa.
ice pun membantu banyak. sanggup call daripada UK tanya dealer, tumpang bengang sesama, tumpang happy n excited sama-sama.

oh ada sorang reader ni pun baik siap berbalas-balas email, aisya.
siap dia call n pergi honda tanya kereta aku nak available ke tak semua.
baik sangat la semua.
mungkin ni la hikmahnya tak dapat kereta hari tu.
Allah hantar n ingatkan aku, yang aku dikelilingi dengan orang yang baik-baik.
Alhamdulillah.
walaupun sebelum tu aku rasa emosi sangat.
rasa kat mana hikmahnya? aku tak nampak sebab aku seksa for the past few months.
dengan soon mama nak pergi haji, papa lak soon nak tinggal rumah aku.
susahnya takda kereta kan.

eh dah la.
nak buat kerja.
ok tak sabar.
n nak rehatkan muka sebab penat menyengih.
nanti dapat kita update lagi.
matiklah muntah darah korang macamkan takda benda lain nak update.
bagi chan la yea, dah tua bangka baru merasa beli kereta hasil titik peluh sendiri :D



13 Comments:

FuZaiNi@$imPle@LiFe said... [Reply to Comments]

Jemput melawat ke blog sy yerr...
http://fuzainisimplelife.blogspot.com/2014/09/wordless-wednesday-need-help.html#more

Anonymous said... [Reply to Comments]

excited for u peej! =D - nurul the silent reader

linda said... [Reply to Comments]

teruknye dealer tu..ish3..tp congrats peej dpt keta baru honda lg hehe :)

Nur Lina said... [Reply to Comments]

Saya pun tumpang sengih.semoga yg baik2 utk akak,inshaAllah.

muis ismail said... [Reply to Comments]

fuhh, sy yang baca ni pun tumpang penat baca cite akak.hehe

Hani said... [Reply to Comments]

Congrats peej ;)
hehe faham sangat peej sebab I pun lalui juga dulu, puas bersabar dengan dealer yang hampeh. memang tukar dealer jugak, tu nasib dia refund duit lepas kena maki. janji beria tapi 2 bulan tunggu tak dapat juga lastly tukar dealer tak sampai 2 mgu dah dpt kereta.
puas hati tambah2 kalo hasil usaha kita kan. then dari local ke continental car lagilah senyum ajer sebab puas hati sangattt!

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Yayy akhirnya. Takpa kak. Allah swt sentiasa memudahkan sesuatu urusan tu walaupun pada awalnya ada kesulitan. Akhirnya, manis yang menjelma. Selamat menaiki kereta baruu...

elle said... [Reply to Comments]

so comel la you peej. based on what you wrote, confirmed this honda will be your lovely baby. jangan sampai tidur dalam kereta sebab sayang sangat nanti tau!

ikut excited jugak nak tengok your baby!

p/s: padan muka sales person yang you dah tukar tu, memang patut you tukar awal2 lagi.

~Ini Osman~ said... [Reply to Comments]

happy for u dik...tak pernah ada kereta...tapii first kereta tu dia ambik mai honda uu...hehe...(silent reader)

Juz Haira said... [Reply to Comments]

Alhamdulilah...=)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Wah soo excited for you peej!! Dugaan nak dapat benda best kan. Congrats bakal dpt keta baru. I pun hopeful sgt one fine day dapat beli kereta gak macam you.

saly said... [Reply to Comments]

aku pun happy dgr. ko dpt kereta kitorg pun happy sama!! yeayyyy.. since ko dh citer kronologi kete ko ni, nnt pls amik gambar kereta bebnyk, nak tgk!

Zalia said... [Reply to Comments]

Hi Peej. Syukur lah dah nak dpt kereta and deal dgn dealer yg lebih efficient. Blh tak dedah kan kat mana salesman yg tak guna tu kerja dan nama dia? So nx time org tau dan tak deal dgn dia lagi.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...