Instagram : @peejburhan

the octopus

rupanya belek gambar boleh tahan banyak aku tak update.
cea bunyi macam terkejut je kan.
padahal bukan selalu ke macam tu kan? hahaha.
tunggu dah 2-3 minggu baru reti nak update.
but anyways, since banyak je gambar.
aku letak je la sekali harung dalam satu entry.
biar korang telan air liur berkali-kali.

aku rasa korang pun dah tau kan.
aku, filla n elly ni ada group whatsapp bersama.
tau kot, takkan tak tau.
sebab ada orang siap block kita orang kat fb sebab sentap kot. eh.
but anyways, group sangat aktif. nanti ada je la cerita itu ini.
sehari sepi ada je bersuara tanya, sepi jeee. tak rindu kitew kewwww. hahahaha
seronok je melayan. tapi boleh tahan sakit kepala sebab filla tu blurrrr!
penat aku n elly nak explain. kadang aku tengok tahap blur dia tu, sampai aku malas nak layan.
nasib elly masih rajin explain. hua hua.

tapi tak tahan sebab elly tu suka up pic makanan la.
saje je nak eksyen dia makan sedap-sedap.
sakit hati tau.
pastu aku selaku orang gemuk berjaya harus menggelupur je bila tengok.
eh takleh jadi. apa lagi harus secepat mungkin nak jugak makaannnnn.
so hasilnya terus terjah.


dah la terjah. pastu tamak pulak tu.
ni sebahagian ok. yang lain aku dah tak kuasa snap. sebab busy makan.
i love sushi. ok aku tengok pic aku tertelan air liur balik ni.
aku ni susah nak makan sushi sebab laki aku tak makan sushi.
pernah bawak sekali, dia makan bento.
pastu malam mengada sakit perut kata ni mesti sebab sushi. eleeehhh *jelingan maut*
so if nak makan mesti kena ngan noy or if keluar ngan filla n elly.

sampai la ada sekali tu aku makan ngan noy kat octopus sushi,wangsa walk. (eh tu ke nama dia?)
aku tengok selain sushi dia ada nasi jugak dalam menu.
wah bagus ni, atleast if aku nak sushi boleh ke sini je ngan MrB.
sebab dia boleh order nasi ke apa kan.



so aku makan sushi. dia makan atas ni.
ok la kan.
so kalau korang jenis suka sushi tapi your other half tak suka.
boleh la korang pergi ke kedai ni.
aku tak sure nasi dia tu sedap ke tak.
tapi sushi dia aku sukaaa je. sedapppppp.
ok i want.
tengok la esok lusa nak makan sushi.



dah bertahun jugak la kedai dia.
tak pernah jejak.
sebab nampak tak menarik. ahaha.
ye la kosong je kan. tak meriah sangat.
tapi Alhamdulillah ok je sedap sebenarnya.
siap packkan sushi banyak-banyak bawak pergi rumah mama pulak later.

bawah ni pulak adalah masa malam merdeka tu.
aku ngan MrB makan kat sri niara, melawati.
lama tak makan siakap. teringin la pulak.
so lets go.


order siakap stim, telur dadar, sotong tepung, kailan ikan masin n daging masak merah.
aku suka niara ni dulu, sedap woih.
tapi dah lama tak makan, malam tu makan.
serious mengecewakan je.
siakap stim tu manisssss. what the hell.
siakap stim kena masam la baru stimmmm.
ni manis, terus tak bernafsu aku malam tu.
dah la tetiba atas tu tabur kubis. gilo.

so selang berapa malam, aku ajak noy makan krisik, au2.
situ jugak terbaik, dulu, kini dan selamanya.
tapi kali ni tak makan siakap stim. baru makan hari tu kan.
so kita order siakap 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar, tomyam putih ayam.


hebat sangat order tak agak-agak kan.
padahal makan berdua je.
patut la aku ni gemuk abadi. pasrah je la.
later tu balik bungkus papa n mama sup ekor n kuey teow ladna.

ni pulak ke nandos.
mama berapa kali kata nak nandos.
dia suruh orderkan je.
tapi since ada sekali tu keluar bawak mama potong rambut.
ada nandos kat situ.
kita pergi makan je la terus.


seriously whats up with iphone punya camera asyik memutihkan bibir orang?
oh fringe noy macam mintak penampar kan?
takleh blah macam digigit tikus aku tengok.
aku ingat salah potong ke apa.
dia kata tak laaaa, dia yang nak macam tu.
dia kata lagi nampak macam saiko n gila lagi dia suka.
e eh ada jugak orang macam ni eh.
dia kata konsep 'girl interupted'. dia kata ikutkan dia nak lagi pendek. T____T
sakit jiwa aku setiap kali mengadap dia.
macam saikosis sangat rupa.



:: mi madre. mi loff ::




:: haih la rambut kau noyyyy. nasib lobster kesayangan. kalau tak memang aku dah tumbuk sekali ::

yang bawah ni pulak session kopi ngan jonet n noy..n kawan noy ustazah.
tak sure aku dah bagi tau ke tak.
sekarang selalu dah jumpa jonet. yeayy suka.
sebab jonet now tengah sambung belajar untuk jadi surgeon.
so belajar sambil bekerja dekat HUKM.
duduk pulak kat mindef.
so if dia abis kerja ke apa, mesti nanti melepak rumah aku.
baru la ceria hari-hari ku. :)

tu yang bila noy tak kerja ke apa boleh la santai.
kita orang ke cafe lapis kat wangsa maju.
suka tempat tu, tenang je.




:: Dr. jonet n i. again bibir putih. seriously camera? tak suka la! ::


kawan noy daripada bbgs dulu.
seronok mendengar cerita dorang.
cerita kenakalan dorang zaman sekolah dulu.
sekarang dah jadi ustazah dah kawan noy. huhu.
tapi tu la noy sekarang dah rapat ngan ustazah.
dia pun nak bersikap ustazah ngan aku.
selamba di soundnya aku macam-macam. *kecikkan mata, pandangan maut*
tapi baguslah. berubah ke arah kebaikan tu elok la kan.


ok sekian cerita yang aku campur adukkan semua.
di harap rajin update di masa akan datang.


3 Comments:

Ai Izzati said... [Reply to Comments]

Ok ni dah tahap melampau, manjang tunjuk makanan...aku x relaaaa!!!! >.<"
Pasta tu dah kenapa tergolek2 cantik berkilat memikat perut ku yg rawan.
Habislah goal fitness pal aku ni..aduhaiii.......

Aku salute giler dkt jonet and org2 yg sewaktu dgn nya yg bleh
kerja sambil study. Menuntut ilmu biar ke negeri cina..<- waahhh... ayat kan..
kim salam jonet eh peej.

Anonymous said... [Reply to Comments]

wah nor rambut style girl interupted comellah!! mcm nie best citer campur2 hahaha

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

peej..sambil baca aku kunyah kertas..aku kat opis baca entry ko nih...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...