Instagram : @peejburhan

thank u all


lepas entry pasal papa tu.
ramai pulak yang personally contact aku.
ada yang tinggal komen, email, whatsapp, private kat fb.
suggestion nak masak apa, bagi link resepi, link pasal pesakit stroke, kongsi pengalaman n macam-macam.
thanks semua.
sorry if ada yang aku tak reply. tapi aku baca semua.
sebab ramai sangat. tak ter-reply.
masuk pulak dengan segala order la apa.
tau la time orang gaji ni kan. menderu je whatsapp sampai tak menang tangan.
by the time nanti aku memang lupa terus reply segala yang korang whatsapp aku pasal papa.
sorry ye, takut nanti kecik hati ke apa.
thanks again untuk semua suggestions.

so far papa ok la.
aku masak dia makan.
if nasi pun Alhamdulillah makan.
cuma portion dia makan tak banyak.
macam nasi separuh, ikan tenggiri tu separuh je.
if dia suka then dia mintak tambah.

then petang MrB tiap hari MrB belikan kuih-muih.
goreng pisang dia suka, roti jala n kuih.
n biskut2 dengan air panas.

then malam aku tanya, papa nak makan apa hari ni?
nak burger ke? kfc ke? pizza ke?
dia kata nak pizza. so kita beli.
beli sekali spaghetti bolognese.
Alhamdulillah makan.
pizza 2 keping, onion rings, chicken wings. spaghetti pun abis.
spaghetti tu lewat sikit dia makan.
takpa, janji habis.

tidur pun ok.
dia kata lena dia tidur. sebab proper tidur katil.
macam kat rumah sana dia suka tidur kat sofa/ sofa bed.
then kan kat living hall.
so tidur ayam je la. dengan tetamu datang n all.
nak tidur bilik belakang sangat.
sian dia nanti takda social life pulak.
nak ulang alik nanti penat.
sebab rumah aku ada bilik depan.
dekat dengan toilet n living hall. so ok la.
tidur bilik elok lena n lama dia tidur katanya.

tv pun baru few days back ajar dia guna.
patut la dia asyik duduk bilik. takda tengok tv.
rupanya dia tak reti pakai remote aku.
dia kata dok tekan tak boleh.
laki aku pun satu hal suka nau tutup suis la apa.
memang la takleh bukak.
aku lak memang jarang tengok tv.
so if tak bukak takda la papa tengok.
ni dah ajar n tau bukak. elok la papa kadang duduk depan :)

so far elok lagi la kat rumah aku.
papa pun takda kata nak balik rumah ke apa.
so ok la.
aku pun risau nak biar dia kat sana.
kang buatnya dorang masing2 buat hal sendiri.
sian kat papa.
ye la masing-masing kat atas je, kalau tak turun-turun.
dah terbiar je papa. papa bukan boleh nak bancuh air sendiri ke apa kan.
papa pulak perangai dia jarang nak bercakap.
selalu if tak puas hati ke apa dia takda cakap.
if ada tak puas hati kat kita orang, dia suka mengadu kat mama.
biar mama cakap.
so nanti aku taknak if la ada apa tak kena, dia tak cakap…so nanti macam tu je la keadaan.
tambah pulak mama dah pesan hari tu kat dia, "anak2 jaga ni papa jangan cerewet yea."
lagi la kau tak sedap hati kan.
maybe la papa diam je, sebab dia taknak rasa dia menyusahkan kita ke.

sebab tu aku suka susah hati berlebihan.
aku memang macam ni. ngan kucing pun aku kejap-kejap nanti tanya noy ke, laki aku ke, "u rasa kucing kita gembira ke bertuan kan kita ni?"
hahahah yes i'm saiko like that.
nanti if kucing aku tidur je, aku rasa macam dorang ni tak gembira ke?
nanti kucing aku dok jenguk luar je, aku rasa macam…dorang teringin ke jadi kucing jalanan?
padahal kucing takda complain pun. ;p
itu kucing ye. ni pulak bapak kau sendiri…lagi la pikir macam-macam.

rindunya kat mama.
sekarang jarang dapat facetime n fb message.
sebab mama kata line teruk.
ye la mama kata dah ramai kat sana.
mama kat kat lobi ni pun ramai bersidai ngan hp/tab masing-masing.

mama kata nak pergi masjid pun dah tak boleh. pack sangat dah situ.
so mama memang solat kat bilik je.
ayol pun pergi dalam 2 waktu je.
lepas ni solat kat surau hotel je.
sebab nak jaga kesihatan untuk haji nanti.



mama update kat fb.
pukul 9.30am dah penuh macam ni.
so harapan je la nak solat zohor dekat masjid.

ok la tak boleh lama.
banyak kerja nak hadap ni.
berderet nak kena sediakan kerja ni.
aku baru balik ni, tadi restock ephyra n beli prepaid envelope poslaju.
now dah makan aku n papa.
baru nak mulakan kerja.

korang nak order boleh yea.
any update regarding produk.
boleh check kat ig @peachhub yea.
kalau tak kat sidebar kanan under @peachhub
click je kat gambar tu nak tengok details.

ok ta.
lambat buat kerja, kelam kabut pulak kang.
later.






5 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

lega bila tengok dia makan kan? papa kau ni ok lagi peej. arwah abah dulu mcm lagi susah nk mkn. kadang apa yg dia mintak, mak dah sediakan..bila dah siap hidang nk suap, dia takmo. pastu takde la makan. perut pun leper je. tp bila time dia ada selera nk makan, leganya la rasa hati :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to Comments]

esok baru ila mengepos ekf.. so hari nie relex sikit update blog & fb je

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam peej,

kalau papa u suka mkn mee goreng kan, try mskkan spaghetti slalu utk dia. taste- n texture-wise sama mcm mee, tp health-wise lagi better dr mee. klu dia suka mee gore, try buat spaghetti olio yg simple tu.

just tumis bwg putih dlm olive oil, masuk sotong/udang/ayam/vege (ikut suka), masuk spaghetti. then masuk kiub stok ayam @ oregano @ chili flakes (ikut citarasa).

kalau mkn slalu pun xpe sbb senang, lg nutritious n healthy.

semoga uncle Burhan sihat2 selalu n smg urusan peej sentiasa dimudahkan. amiiin

stilathinks

Fazlia said... [Reply to Comments]

Why dat kucing analogy tu?! Why? Why? Whyyyyyy?! I kenot even. Semput urut dada lagh

Misz-ella Ismail said... [Reply to Comments]

take care papa and u too peej

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...