Instagram : @peejburhan

susah hati

aku ni ada penyakit susah hati melampau.
kadang benda kecik je pun, tapi aku susah hati sampai asyik la terpikir-pikir je.

kali ni aku susah hati bab papa la.
papa memang dah tak lalu makan sangat even sebelum dia jatuh sakit tu.
kurang sangat makan.
then masa sakit ok sikit.
ok aku pun tak sure ok ke tak.
sebab aku takda sana 24/7 kan.
aku selalu datang petang je.
then time takda kereta tu, lagi la tak ke sana sangat.
tapi ingat la lepas sakit tu ada dia berisi sikit muka.

now that papa duduk dengan aku.
aku mengadap 24/7 ni susah hati sangat rasa.
papa tidur je. ok masa kat rumah sana pun asyik tidur jugak.
tapi maybe aku jenguk tak lama kadang-kadang, so tak terasa sangat kan.
makan pun tak berapa sangat.

macam pagi selalu dia nak air panas dengan biskut or roti je.
then tengahari taknak makan.
nanti petang baru makan.
so far aku beli nasi ke apa. dia akan ratah lauk je.
nasi tak lalu katanya.
dia prefer mee gitu.
so if beli mee, macam aku cakap. mesti licin.
tapi after 2 days aku tanya nak mee ke? ke nak burger?
dia kata taknakkkk.. papa taknak makan. hmphhhh.

aku makan selalu sama ngan dia.
so mesti la bila aku lapar, dia pun lapar kan?
macam mana boleh tahan ni?
pastu esok pagi dia nak air panas n biskut lagi. :'(
hoih kalau aku macam tu, mesti tau-tau body kalah kendall jenner la aku. *harapannnn*

susah hati dah 3 hari rumah aku tak makan nasi.
dia dok ratah ayam. makan goreng pisang, biskut, roti, mee goreng ke.
hmmmm…. then kelmarin aku masak jugak nasi.
then aku buat sambal sardin ngan telur dadar.

masuk bilik kejut papa suruh makan.
dia tanya makan apa?
aku cakap la aku buat sardin n telur dadar.
wah ceria muka kemain laju duduk.
Alhamdulillah habis la sepinggan aku hidang tu.
heheh. happy sangat.
sebab papa ni memang daripada kecik hantu sardin.
sebab tu nama gelaran dia kat kampung dpd kecik wak cadin. :D

then semalam kan aku buat cucur bawang tu.
happy tengok banyak papa makan.
then tinggal la few. aku simpan untuk MrB.
tau MrB suka jugak.
so dia bangun suruh dia makan.
yang laki aku.

MrB : sikit je tinggalkan ite tu.
me : sikit ke?
MrB : tak puas makan. moling tu makan pastu tinggalkan sikit je.
me : bukan i, papa tu makan non-stop. so i biarkan je. susah nak tengok dia makan.
MrB : haaa ye lah. ingat moling yang habiskan.

aku jugak yang kena. huhu.
then semalam pun dia tak makan sangat.
pagi sarapan cucur tu.
tengahari taknak makan.
petang MrB beli banyak kuih-muih, roti jala bagai.
tengok dia makan tu. banyak jugak.
malam tak makan jugak.
dah pukul berapa pagi aku susah hati, tanya la if burger nak tak?
dia kata ok boleh.

tapi agaknya semalam hujan je kan.
so kedai burger yang kebiasaan pergi semua tak bukak. aaaaaaa.
dalam hati pikir, takpa papa tidur tu kan.
nanti esok bagi breakfast.

tapi gila kau terkebil-kebil rasa bersalah.
rasa macam aaaaaaa papa nak burger tapi aku tak dapat belikan.
pastu mula la dok pikir, ok aku akan make sure dia sarapan.
mula la pikir, buat roti telur la.
eh papa suka ke? ke nak rebus hot dog eh?
tapi kenyang ke makan macam tu?

ke aku terus masak nasi n lauk-lauk.
ok nak buat lauk apa?
rasa nak ayam berlada. *ye ikut tekak aku. akibat pengaruh blog filla n elly* tapi tu la papa tak boleh pedas-pedas ni.
hmmmm…ke buat kari ayam, then rebus telur asin, goreng sayur.
eh nanti papa tak makan macam mana? plus takkan pagi nak makan tu.
ke goreng mee? eeeiii asyik mee je. jemu la kan.
aaaa stresssssssss….help me.

now aku just masak nasi je.
plan nak buatkan nasi goreng.
so heavy sikit breakfast papa.
harapnya dia nak la makan n tambah ke apa.

ramai suggest suruh aku tukar2 menu buat pelbagai jenis mee la apa.
since papa suka makan tu.
masalahnya macam la aku terel benar buat segala tu?
tak retiiii!
sebab aku tak suka mee kuning, so inisiatif nak belajar masak mee tu takda ye.
orang gemuk harus belajar benda mengikut tekak sendiri je. hua hua.

kena tanya mama la, papa selalu mama masak lauk apa dia suka makan.
aku kalau boleh nak dia makan nasi.
sebab the other day dia nak mandi tu aku uruskan.
kalau tak berapa hari kat rumah aku ni, boleh tak dia pergi sendiri.
haaaa tu lagi satu bikin susah hati. bahaya tau.
tu pun aku tau dia mandi sebab aku tengok eh apesal air baldi ni tinggal sikit.
confirm mandi sendiri la tu. T____T
sebab kadang aku buat kerja kat office tu, memang tak perasan la kan.
kadang aku tertidur ke, pandai dia pergi time macam tu.
dia segan mungkin.

so ada sekali tu dia mandi.
so aku hantar ke toilet.
bukakkan baju semua. then tarik pintu.
walking frame tu letak luar bilik air.
dah pesan nak keluar kang panggil pija.
nanti kejap-kejap berlari keluar aku jengok.
ok masih mandi.
kang aku jengok lagi.
ok masih mandi.
jengok lagi.
ok mandi. hmmm lama jugak ye.
then lama sikit baru jenguk.
tengok balik dinding nampak tangan dia terkapai-kapai nak ambik walking frame tu.
berlari aku. heiiii orang dah pesan suruh panggil.

oh btw, papa dah boleh jalan sikit-sikit tau.
if jalan straight tu terkedek-kedek dia jalan tapi walking frame tu dia angkat.
so bukan benda tu bawak dia, dia bawak benda tu. hahah comel.
dah rupa orang jepun pakai kimono berjalan aku tengok. ;p
cuma part nak corner tu dia still guna frame tu.
aku kan suka sakat, nanti saja kacau dia, "fuiyooo papa kona lipatttt. hebat ni."
tersenyum simpul je dia.

so masa aku nampak dia berjalan kat toilet tu risau aku.
ye la takut la licin ke apa.
dpd jamban ke pintu dalam semeter setengah je la. but stilllll.
so assist dia ke bilik. nasib bilik sebelah je toilet.
so tanya nak pija tolong ke.
papa kata boleh la. tolong lapkan badan n pakaikan baju.
then masa lap tu sedih je. aaaaa kurus sangat ni.
sambil mulut bebel-bebel kata makan la paaa…kurus ni.
nanti dia kata la, papa tak lalu…nak buat macam mana.
mana la tak susah hati kan.
nanti mama balik jumpa dia, kurus je. kang nampak macam tak reti jaga pulak.

kelmarin noy datang. layan sembang ngan papa.
then semalam p.G pulak. bawak pergi shave semua.
pagi semalam lagi la.
kan lepas buat cucur tu aku kejut la suruh breakfast kan.

me : paaa bangun. makan n minum. dah ready.
papa : pukul berapa ni?
me : pukul lapan. *tutup pintu. tapi dengar papa macam bercakap-cakap. bukak balik pintu* haaa apa dia?
papa : siang ke malam ni?
me : 8 pagi la pa.
papa : hah pagi ke? papa ingat malam. patut papa tengok luar rasa macam kenapa lambat gelap hari ni.
me : aik papa ni. pagi la. papa lupa ke?
papa : tak perasan. abis yang noy datang tu pukul berapa?
me : noy datang semalam pukul 10 malam.
papa : ye ke. papa ingat dia datang pagi tadi.
me : bukan la paaa.. tu pija tengok papa update facebook.
papa : papa ingat papa update tu pukul 5 petang.

seee..bikin i susah hati tau.
dont la like this.
bagi rasa macam, papa ni happy ke tak duduk rumah aku ni.
tapi dia duduk sini aku senang hati sikit.
sebab ada depan mata kan.
aaaaaa…ke papa macam ni sebab rindu mama?
selalu kat rumah setiawangsa dia tengok jugak la tv, ni takda tengok pun kat rumah aku.

eh ok la.
aku nak pergi goreng nasi.
ta-ta


19 Comments:

Malina Mat Wazip said... [Reply to Comments]

Salam kak peej, saya silent reader akak..rase nak comment pulak..biasa la tu orang tua kan..arwah ayah saya dulu pun tak nak makan sgt..n ulang lauk sama je hari2 sebab tu je yg dia nak makan..apa kata kak peej try masak apa yg auntie nani selalu masak utk uncle..maybe dia pun rindu auntie tu..

Chooyaya! said... [Reply to Comments]

Salam Peej,

sedih dengar ko cerita pasal Papa nko tu. Aku rasa dia now tahap selera makan apa yang dia rasa nak makan je. Dia suka sardine kan? Ok mcm ni. Ko try la variety kan sardine yg ko masak. Arini lemak sardin kurang pedas, pastu esok sardine masak kicap, lusa sardin sambal, tulat rendang sardine etc. semua jenis masakan ko improvise bubuh sardine. and kalau dia dah taknak makan nasik, ko cuba buat lempeng or cekodok cicah sardine. at least dia ada ambik carb cukup untuk dia survive everyday. aku rasa dia selera nak makan apa ko masak jer. pasal masalah lupa papa nko tu, ko cuba google pasal kebaikan acai berries. ko carik product yg ada concentrated berries bagus sgt sgt sgt untuk orang tua yg dah mudah lupa. makan berterusan. its work peej. aku dah praktik pada family cuma kena makesure kandungan gula dalam badan sebab berries ni hi sugar level untuk orang yang ada kencing manis. ok peej?

Intan and The Boys said... [Reply to Comments]

Hi Pija!
Aduhhh akak pulak yg sebak baca papa Pija taknak makan. Takpe Pija cuba2 dulu pelbagaikan mee. masak mee 2 hari sekali. hari ni mee sup, lusa mee kari, lagi 2 hari mee kungfu...etc.
Akak bangga dengan Pija sebab sudi jaga Papa Pija. in fact, adik beradik Pija semua baik2. Susah dah zaman sekarang nak jumpa keluarga macam ni.
Jangan susah hati ok. Ceria2 selalu.

Lavender violet said... [Reply to Comments]

kak peej..
try masak bubur n kuah2 sup..

MK said... [Reply to Comments]

sayulah peej.... hmmm..akak kagum dgn peej sbb pandai jaga papa. ayah akak dah tua dah 77 tahun. ibu 66 tahun. dua2 sihat lagi cuma dah tua lah. akak tak tau la boleh ke akak jaga diorang mcm peej jaga org tua peej. rasanya papa peej rindu mama kot. tkpe lah...maybe boleh bawak dia jalan2 ke kat taman. tgk budak2 lari2 budak2 main bola ke kan...

tak pun..kumpulkn adik beradik reramai makan kat luar ke...

semoga peej terus rajin & kreatif...jgn susah2 hat ye dek... you're the best!

rohayaroy said... [Reply to Comments]

As Salam... Peeej... akak rasa papa peej tu rinduuuu aunty tuuuuu... terharu nyeee ... ye la selera orang tak sihat kan peej.. kadang memang tak nak mkn nasi.. tapi tak pe la juga dia nak makan benda lain.. klau boleh layan kan je peej.. janji di kenyang..

saudah said... [Reply to Comments]

Ala hilang ke?

eynda said... [Reply to Comments]

Sayu je baca entry Peej ni... teringat kat arwah abah akak...mungkin dia rindu kat mama Peej kot... walaupun ada anak-anak dia tetap rasa sunyi sebab isteri takde kat sisi... lagipun orang tua2 ni mesti teringat rumah sendiri kalau dah duduk lama kat rumah anak-anak... perkara biasa tu.... :-)

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi, my dad also a stroke patient.
left-hemispheric cerebral infarct, affecting his right limbs and speech.
dah 7 thn.
and his behaviour is exactly the same as your day.
tak suka nasi langsung. plg kuat pun beriani half portion.
prefers any kind of mee (goreng ke, sup ke, curry ke), cekodok, toast breads, naans, putu mayam and fried chicken or fish. kalau this one makan bertambah. others all half portion je.
kalau nak beli luar mmg think twice coz stroke patient we need to control their food intake in terms of oil/fat, salt etc. so we all try our best to make at home.

another thing, yes he also prefers to baring je. dalam sehari tu ada la dalam 4-5 jam je kot watch tv ke, duduk bersantai ke, etc.

kalau baring pun, macam dia pandang jauh je sayu mcm tu.

one thing we notice that makes him happy is bringing back his child hood/youth memories.
kalau bawak driving to his old schools, his balai, or meet his old frens mmg happy sangat.

anyhow, its nice you take care of him.
talk to him a lot.
stroke patients dont talk much but they like to listen a lot.
eventhough benda merepek.

zura abadi said... [Reply to Comments]

Peej dulu my mom pun lepas operation xlalu makan. So belikan dia appeton yg utk Kanak2 utk tambah berat badan. Alhamdullillah asyik lapar jer.... bila appetite dah ok my mom stop makan appeton. Skrg dah normal blk selera dia. Skrg my mom kat mekah dgn my dad buat haji. Alhamdullillah

mamabeauty said... [Reply to Comments]

orang tua yang sakit gitulah.. sometimes diorang tak ingat..
and part yg tak dapat belikan burger tu memey sedih.. sometimes small things pun kita rasa if dapat tunaikan dah rasa best dah kans..
banyakkan bersabar ya with them..

Miss Moon said... [Reply to Comments]

misti nko susah hati kan Peej ..

tapi kadang ada masa dia org tak sedap mulut n tak lalu nak mkn . Kadang ikan bilis tarok bawang tuh laju je bangket selera ..

mebi rindu mama jugak kan ...get well soon papa

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kak, Letak toilet mat dalam toilet to avoid licin. Saya rasa semua laki memang macam tu. Tak nak ditolong, tapi kita risau. Then, apa yang dirisaukan tu terjadi. Jatuh dalam toilet! Based on my experience. :)

U such a good daughter. Taking care of your father. I feel it. When we touch our parent's skin, look like dehydrate, we feel sad. We touch their body, look so skinny, we feel bad. We would say, this body who had been worked hard to earn money some times ago.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalammualaikum Peej. First time nak comment. Tekak orang dah tua tak sama dengan tekak orang muda. Dulu mak mertua kata masa dia tak lalu makan, tekak dia kesat. Tu sebab dah tak lalu makan. Papa tu rindu kan Mama dan rumah dia pun iya jugak tu. - Erena.

Anonymous said... [Reply to Comments]

rasenye papa nak makanan yang akak masak sendri kot . kdg2 org tua ni makanan kedai dah tak seronok masuk kat tekak dia . cuba la masak sendri, ringkas pun takpe. janji home made. asal dia nak makan tu, okey la.. cube masak makanan org tua2, esp ikan kembung rebus goring, buh bawang, cili skit atas dia.
-ila-

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak pija, uncle suka @ boleh minum susu tak?
kalau ok, cuba bagi uncle minum susu glucerna.
susu ni bagus byk vitamin. arwah mak sy pun minum.
boleh bg kenyang then help reduce cholesterol n sugar jgk.
doctor yg suggest kalau org tua nak minum susu better amik glucerna.
anyway org muda pun boleh jgk minum for healty diet purpose.
kat watson n caring farmasi ada jual n murah sikit compared to other shop.
1 small tin mcm susu baby tu dlm 40 mcmtu la. tak ingat dah lama tak beli.

-enon lalalaa-

Fazlia said... [Reply to Comments]

Huwarghh sedih nauu entry ni tapi terror kak Peej still boleh melawak bab uncle angkut walking frame sambil pakai kimono tu haha. Boleh imagine lepas tengok nenek2 datuk2 kita pun buat benda yang sama X )

Betul la apa yang commentators lain dah cakap tu, orang2 tua bila dah tak selera ni, menu paling simple la yang dorg cari. My parents jenis layan ikan masin, ikan tilapia, budu tu semua so maybe boleh cari benda-benda lain yang uncle enjoy since dia kecik dulu beside sardin.

Akak cite pasal ni memang terasa sangat kita ni makin besar so parents tentu la makin tua. Sebaknya. Hebatnya dorg jaga kita dari kecik makan minum Alhamdulillah terjaga sangat, mampu ke kita ni nak take care of them even sekelumit hebat masa dia jaga kita kan. Suka sangat tengok how tight knit your family are, reminded me of mine = )

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

hihihihi, dalam sayu ada lawak pulak bab papa Peej angkat walking frame tu, dah macam Usop Wilcha angkat wheel chair sambil lari dlm filem Hantu Kak Limah, hehehe

ana isahak said... [Reply to Comments]

sedih nya entry peej kali ni....bertuahnya peej dpt jaga papa peej time dia tak sihat ni...semoga Allah permudahkan urusan peej...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...