Instagram : @peejburhan

Selamat Pagi Malaysia

Wah terasa sangat produktif pagi ku.
Lepas subuh tadi decide taknak tidur balik.
Elok layan phone, customer menderu whatsapp order macam-macam. 
Tu namanya rezeki pagi hari. Alhamdulillah.
Kalau tak selalunya aku elok dibuai mimpi.
Tunggu la sampai bangun baru ahkak reply. Huhu.

Then tetiba rasa nak buat breakfast.
Hmmm...buat cucur ikan bilis bawang la.
Papa suka tu.
Walaupun tekak terasa nak makan nasi lemak sambal paru. 
Tapi malas mengatasi segalanya. 
Tak kuasa nak start kereta mencari.
Kita buat apa ada je.

Ingat hari tu ada terbaca somewhere.
Katanya if nak buat cucur yang stay ranggup diluar, lembut di dalam.. Masa bancuh tu pakai air panas. 

So tadi aku pun apa lagi. Mari buat pakai air panas.
Gigih ni.
Letak cili, bawang, ikan bilis, tepung, garam...curah air panas godak.
Ok nice.

Minyak panas.
Kita kasi masuk dalam kuali.
Eh apesal lembik semacam ni?
Eh apesal berderai ni?
Hoihhhh? What the helllll.

Terus rasa emosi.
Aku yang bebal ke apa ni?
Selalu ok.
Makin aku cuba selamatkan makin scary..
Tetiba terasing pulak tepung n bawang, ikan bilis elok berenang ke tepian. 
Aaaaa.
Ini malu nak hidang ni.


Ini telah menjadi cucur gergasi.
Dah la hitam sebab kelam kabut punya pasal.
Tapi rasa sikit boleh tahan sedap.
Hahaha nak jugakkk.

Nasib la dalam diri masih ada sipi-sipi feeling kitchen goddess.
Terus tambah tepung kat bancuhan tu and tambah air biasa. 
Ok nampak macam ok.
Harap ok.

Jeng jeng.


Haaaa baru la ada rupa cucur.
Takda la i malu nak hidang. 😁
Oh excuse the kuali.
Kuali turun temurun daripada zaman arwah maktok.
Berjasa kau kuali.

Ok nak siapkan masak.
Sat lagi nak kejut papa.
Selamat hari khamis peaches.

[edited: ok dah makan. ok fineee serious lain rasa dia. memang luar ranggup dalam lembut sungguh. selalu if pakai air biasa dia macam liat sikit. tapi rasanya tak boleh pakai air panas sesaja la. kira pakai air panas bancuh. then last top up ngan air biasa pulak. sedap la piulerrr.]

15 Comments:

Lynn Hamzah said... [Reply to Comments]

sedap tu kak...walaupun simple tapi buatan dari tangan anak sendiri...comfirm papa akak berselera makan nanti...

CuTeNyer@Ku!!!~~ said... [Reply to Comments]

hahhaa...saya mmg suka mkn cucur2 nie bagai..tp mak saya ajar nak ranggup n lembut didlm..masukkan telur sebijik n bancuh dgn air sejuk(air dlm peti ais)....hahhaha takpe...bangga la dgn diri sendiri mampu buat cucur..kihkihkih...saya byk kali try baru manjadi!!!

CuTeNyer@Ku!!!~~ said... [Reply to Comments]

hahhaa...saya mmg suka mkn cucur2 nie bagai..tp mak saya ajar nak ranggup n lembut didlm..masukkan telur sebijik n bancuh dgn air sejuk(air dlm peti ais)....hahhaha takpe...bangga la dgn diri sendiri mampu buat cucur..kihkihkih...saya byk kali try baru manjadi!!!

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Saye pemalas. Buat pakai air sejuk je hehehehe.. Sekarang kan semua cerita pasal potato fritters tu. Saya pun terpengaruh sama jugak buat. Haha. Nasib baik sedap jugaklah.

Tapi pagi2 memang layan kalau dapat cekodok camni cicah sos.

ana isahak said... [Reply to Comments]

salam peej....mak mertua ana bgtau,kalau nk elok cucur,pakai air sejuk....kalau air panas tak penah dgr lagi...eheheh takpe...try n error je... :)

Aliah Nuqmans said... [Reply to Comments]

cucur ngan cekodok nk rangup pakai air suam peej. bukan air panas. kalo air panas mmg dia berderai.
hihihhh.. cuba lg ye

Khairiyah Musa said... [Reply to Comments]

awak cucur kalau letak air panas sume mmg dia kan lembik macamtu sbb terlalu soft . so masa awak bancuh awk letak air sejuk n last skli masukkan air panas sikit mcm sesuam , bukan sume air panas tau heehe . tp okay lahhh sedap jugak n nak lg rangup pecah kan telo sikit . sedap cicah sambal buatan sendiri letak ciliboh bwg putih sebijik n air asam jawa masak atas dapur letak garam n gula sikit . pastu ley cecah dengan sedap

RuSyam said... [Reply to Comments]

Sukatan utk cucur air panas 50:50 air biasa.Memang teksturnya lain daripada cucur/cekodok/jemput-jemput biasa. I pun belajar dari makcik kat kampung.Selamat memasak!

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam peej.. nak cucur rangup, mula-mula bancuh dengan air biasa sikit lepas tu baru tambah air panas. klu pakai air panas aje memang dia jd lembik berderai..

Anonymous said... [Reply to Comments]

mak kite plak ckp air panas dalam 1/3 je..selebihnye air biasa..hihi..mcm2 ek..

Anonymous said... [Reply to Comments]

nak pakai air panas semua pun boleh...tp make sure bancuhan tu jgn cair. nanti bial dh goreng jd sgt crunchy...try la

Anonymous said... [Reply to Comments]

mak aku ajar kalau nak rangup pakai air sejuk peti. hihihi

Haris Zuhaina said... [Reply to Comments]

Jgn lupa buh teloq ayam sebiji, bl dah sejuk, masih lembut n tak liat :)

Nur Saleha Jayiddin said... [Reply to Comments]

wah sedapnye kak peej!! cucurrrrr

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

mmg kalau letak air panas dia akan jadi lembik macam tu.. jgn letak air panas. if nk cucur yg rangup di luar lembut di dalam.. pakai air biasa je. time minyak dah panas tu, senduk sesudu minyak panas dr kuali, campur dlm adunan. then baru goreng. confirm garing. ni resipi rahsia ni bahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...