Instagram : @peejburhan

pening jugak ye

ok ni papa dah ada kat rumah aku.
setelah seminggu dia kat sana.
aku paksa jugak duduk rumah aku.
atleast rumah aku kecik. pusing-pusing situ je.

sebab if kat rumah setiawangsa tu.
kadang noy n p.G tu duduk atas je.
sian pulak papa kesepian takda siapa.
nanti tau-tau papa dah mandi la apa.
risau la kang jatuh. dah la toilet rumah sana tiles jenis licin kan.
atleast rumah aku punya jenis kesat tu.
n berapa langkah dah sampai.

pagi boleh aku buatkan air untuk makan ngan biskut ke roti.
papa ni bab makan tak berapa sangat.
ada dia makan, takda pun dia diam je. tak makan sampai ke sudah.
tapi kesian la kan.

tapi tu la pening jugak memikirkan nak bagi makan ni.
sebab papa memang since sakit dulu, dia bab nasi ni kurang.
maybe tekak tak selesa kot makan.
so dia memang takkan sentuh sangat if kau bagi nasi.
tu yang ahkak confuse tu.

kalau hidang nasi, nanti dia makan lauk je. nasi tak sentuh.
tak lalu katanya.
if aku belikan mee goreng basah ke, bagi burger ke, fish n chips ke.
mesti habis licin makan.
tapi takkan hari-hari nak makan mee/burger bagai kan.
tak jemu ke?

terus rasa dilema mak-mak yang tak tau nak masak apa setiap hari hahah.
ye la sebab selama ni aku tak perlu pikir semua tu.
aku siang jarang makan. if lapar sangat baru la order apa-apa.
rajin masak. selalu tak berapa rajin la kan.
tak pun tunggu lewat petang post barang nanti baru pikir pasal makan.
tapi ni tak boleh la kan.
kena la pikirkan.
tapi tu la. aku pening memikirkan.
dah la tanya papa nak makan apa?
dia kata takpa, ni pun ok. sambil tunjuk air milo panas roti/biskut. T___T
not helping daddy.

dah la sakit kepala ni.
pepagi kena maki ngan mamat skynet.
kimek betul, baru hari tu puji-puji skynet. hahaha.
aku kalau kat bilik belakang memang la kau gegar la rumah pun memang takkan sedar or dengar.
so agaknya dia dok bertalu tekan door bell, panggil semua tak menyahut.
so dia call. angkat terus kena marah-marah. kuang ajar.
dah la i tengah tidur. mamai lagi. sakit kepala sampai ke sekarang kena marah tau.

"u mana? ada rumah ke takda?
"ada"
"saya sudah tekan bell banyak kali, panggil, hon semua. sampai jiran keluar. u takdak keluar. kalau ada rumah apa pasal tak dengar? jiran kata u ada."
"saya kat belakang la. belakang memang tak dengar."
"takkan tak dengar kalau kat belakang. lama saya tunggu."

eiiii penumbuk kang. apa ni marah2 kita?
hah jiran keluar?
takda jiran lain yang pasti. aku tau jiran yang penyibuk sorang je pun. e elehhhh.
pastu aku suruh laki aku la amikkan.
laki aku kata eh elok je orang tu takda marah2.
elehhhhh, laki aku keluar dia boleh la elok2. pikir dua kali la dia nak maki kan.
cuba kalau aku yang keluar. grrrrrr.
tapi kesungguhan tu aku suka. i mean kalau poslaju dia hon berapa kali takda terus dia tinggalkan kertas je.
tu betul punya keji.
so apa-apa la skynet. janji barang aku dapat.
walaupun sakit kepala aku membawa ke sekarang sebab bangun je kena maki.
nasib i mamai ok, kang ada adegan kiki. keluarkan steering lock bantai dia.
tajuk akhbar, "suri rumah amukan bagaikan kiki."

ok bye.
nak sambung pening pikirkan nak bagi bapak gue makan apa.

7 Comments:

eynda said... [Reply to Comments]

Staff courier selalu macam tu....pernah kena gak... dia pulak macam nak marah2 kita...

Xuriana said... [Reply to Comments]

haaa welcome to my world. aku tiap-tiap hari mcm ni, tatau nak masak apa. sebab kalau tanya budak-budak, tiap-tiap hari nak makan pastaaaaaaaa je. kalau tanya laki aku, sikit-sikit dia jawab, "tak kisah apa-apa pun." i is stress.

Lynn Hamzah said... [Reply to Comments]

sampai gitu sekali ek...x patut betul...kena berbudi bahasa sket staff skynet nie...

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Uncle Bob mesti jenis yg kurang makan nasi.. tapi dulu2 selalu baca blog Auntie Nanie, uols suka lauk2 lemak.. mcm entry2 bulan puasa tu. Mgkin jugak uncle teringatkan aunty, Peej masaklah mee sup ke.. mee hailam ke.. spaghetti ke mgkin yg itu uncle lagi selera dari nasi. Malam2 layan burger.. hot dog ke.. western ke.. hihi.

p/s skynet tu tak marah Ben psl dia dah lepaskan kemarahan pd Peej.... hati dah sejuklah tu

Cicik Ann said... [Reply to Comments]

Try cooking oats..boh lah cube ikan bilis..
tabur bawang goreng..
peej..buat spagetti sauce lebih..put in da fridge yg lebih..
may be ur father can have spagetti or penne or wat ever pasta for lunch.
maybe toast with canned soup..
i hope you can make him eat more..nampak susut sejak sakit.good luck

Cicik Ann said... [Reply to Comments]

Ps.
brani mamat skynet nak bebunyik lepas Ben keluar...
dia terkedu kot..nyesal bising2 masa awal tadi..

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Hek eleee bole marah2 begitu pulak. Kita pun aritu ada bertekak dengan staff courier tapi lupa plak yang mana. Tapi dalam marah2 dia tu sanggup pulak dia tunggu kita sampai depan rumah hahahaha. Keje kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...