Instagram : @peejburhan

mengira hari [EDITED]

macam sedih je tak lama lagi mama nak pergi haji dah.
apa pun dia belum pack. boleh?
marah aku.
sebab ye la nak dekat dah pun.
atleast tulis la list ke.
taknak nanti ada tertinggal barang ke apa susah.
bagi aku list ke apa nak beli, boleh tolong beli.
tetap la tak buat.

oh dah berapa lama jugak mama kata nak beli bag.
tapi apa aku boleh buat pun. aku takda kereta kan nak bergerak.
so dengar je la boleh.
sekali tengok dah ada 2 bag. satu bag besar gila. jenis samsonite tu. noy punya.
satu lagi bag lamaaaaa sangat. bag besar la.
rasanya daripada aku sekolah rendah dah ada bag tu.
nampak memang ok. tapi kata lama kan. taknak nanti dorang bawak barang.
tetiba kang elok tarik tercabut tayar ke apa.
tau la kadang barang lama ni, lama tak guna kadang reput ke apa kan.

so kadang keluar ngan kawan-kawan tu sempat la aku jenguk2 bag.
tapi boleh tahan mahalnya tu. jenis keras samsonite tu la. tapi tak sure jenama apa la.
tengok seribu lebih je semua. ada less pun jadi seketul rm700 macam tu. uikss.
telan air liur. so takpa lupakan.
dalam pada tu nanti mama tengok ada jual bag ke apa dia kata, ni nak beli macam mana?
aku tengok website lazada. online. macam leceh je.
dah la kadang aku baca some macam ada prob, beli berbulan baru dapat la apa.
ikut nasib.

hmmm..then jumaat lepas malam masa datang, kan aku bebel2 suruh pack tu.
mama kata ye lah.
pastu dia kata berat bag noy bagi tu.
sian kat abang nak angkat nanti.
aku cakap la aku servey dah bag kecik sikit. tapi after less pun dalam rm700 macam tu.
mama kata takyah la mahal. mama nak carik bag yang ringan n dalam rm300 ke.
aku macam, eh ada ke harga macam tu kan.

so terus sabtu tu aku plan nak belikan dorang bag.
so aku ke JJ area umah aku. tau ada bag, cuma tak pernah survey je.
berpusing-pusing laki bini macam jakuin. hihi
lama tak ke situ. takdok kereta mana ada bergerak sangat.

sekali ada pulak bag.
pastu ada diskaun 50%.
wah murah. bagus sangat ni.
so alang-alang tak mahal sangat. beli la dua ketul terus.
satu untuk mama, satu untuk ayol pakai nanti.

pastu singgah kedai accessories kereta.
laki aku bersungguh suruh beli steering lock. hahah semangat.
n suruh beli alas kaki getah la apa. tapi tu taknak.
aku nak pergi kedai n biar dia potong ikut kereta.
kang macam tak ok, mata aku sakit tengok nanti.
so sambil tu belikan sekali pam kaki.
sebab kerusi roda yang ada reader mama pinjamkan tu kena pam.

so petang tu terus ke rumah mama.


nak beli yang sama tapi setiap design ada satu je.
malas pulak aku nak meneroka cari kat tempat lain kan. so boleh la.
lepas tu, time tu jugak paksa mama pack sikit-sikit.
so suruh dia bawak, me, noy n kawan noy hida tolong pack kan.


eh apa yang mama sembang tu sampai terkeluar lidah macam tu.
over sangat ni.
lipat style gini untuk jimat ruang.


then tengah duduk sembang tu papa cakap.
nanti nak hantar mama tu takkan papa nak jalan. penat la kan.
a ah ye tak ye jugak. kena beli wheel chair.
aku memang plan nak belikan wheel chair untuk mama pakai.
sebab pernah nampak yang jenis tayar kecik je. n ringan.
tapi since dah ada orang bagi pinjam wheel chair mama kata tak payah beli.
bazir duit. walaupun aku dok kata yang aku nak beli tu ringan punya. senang nanti.

tapi since apa papa cakap tu betul ok lets mencari.
so pergi kat farmasi area taman permata.
hari tu aku nampak tu kat sana.
sekali pergi tengok dah takda pulak. tsk.
yang ada semua jenis berat n besi. taknakkk.
so ke wangsa walk pulak. pergi vitacare. macam pernah nampak rasanya.
so mari try check out.

yeayyy. memang ada.
n harga pun ok. ada diskaun jugak.
so terus beli.
bawak balik rumah baru mama mengerti apa aku cakap.
pastu kagum sebab memang ringan pun.
n senang sebab tayar jenis getah mati.
so mama kata ok la bawak tu pergi haji.
senang pun ye sebab yang satu lagi tu kena pam kan.
so nanti kena bawak pam sekali. mana la tau kat sana tetiba tayar kempis.
kang jadi kerja mana nak mencari pulak tempat nak pam kan.
so takpa. mama bawak yang aku beli tu.
nak hantar mama nanti, papa boleh pakai wheel chair satu lagi tu.


mama terus try test. :D
suka dia. pastu saje je buli.
belakang tu ada pemijak yang kalau kita nak angkat if nak naik split level ke apa tu.
so aku pijak n angkat la roda depan. menjerit mama terkejut.
dia kata macam naik roller coaster. hahaha
dia kata lain kali bagi tau takda la dia terkejut. hihi.

[EDITED] - ramai sangat PM tanya pasal wheel chair ni. so aku edit sini senang.

aku beli kat vitacare, wangsa walk.
tak sure dia ada banyak ke tak. 
sebab sometimes dorang ada spare few je kan.
tapi aku rasa if korang nak order, letak deposit then later pick up bayar balance boleh kot.
harga pulak after 10% disc adalah Rm616.

ada lagi few benda nak kena beli tu.
aku weekedays siang busy sikit ngan hal kerja.
tu la maybe malam baru boleh layan.
hopefully semua berjalan lancar persiapan nak pergi ni.
ooo i is sad la. lama pergi tu. mesti rindu nanti kan.
tu yang kalau boleh hari2 nak ke sana je spend time.

eh ok la.
nak sambung buat kerja.
relax kejap ni, tu update blog tu. :)

6 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej..kat mane beli wheel chair tu..brp harga..??akk pun nk beli utk mak akk..

mrsshahrul said... [Reply to Comments]

hii kak... boleh tahu tah harga kerusi roda tu??

jija said... [Reply to Comments]

Salam Peeja boleh bagi email adress x...

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi! nnt belikan aunty assam jawa yg dlm peket tu utk bekal ke sana ye. persiapan kalau tergatal tekak tu. assam jawa peket buat masak yg ada biji tu. bukan pes yg xde biji.

insyaAllah urusan dipermudahkan. have total faith in Allah bila dekat sana. jangan pernah mengeluh. memang semua yang jadi ada sebabnya.

Irz Zack said... [Reply to Comments]

semoga anty pegi dan pulang dengan selamat.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peeja..bertuah mama peeja dapat anak yg berbakti mcm peeja. Semoga Allah balas dan mudahkan segala urusan peeja dan suami..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...