Instagram : @peejburhan

Haji 1435H

Beberapa hari ni aku sibuk sangat.
sibuk menguruskan segala persiapan terakhir untuk mama and ayol bergerak ke Mekah.
aku taknak mama nanti demam atau letih asyik ke sana ke sini.
dah tau walaupun kat rumah dia tetap letih sebab orang datang tak putus-putus setiap hari bila tau mama nak pergi haji.
so aku suruh mama tulis list, aku yang carikan semua kelengkapan yang belum ada.
then tolong mama pack and make sure semua settle.

kelmarin tu sampai rumah pun dah pukul 1-2 pagi.
online sekejap n tidur.
then pukul 10 am bangun balik.
kemas rumah kejap. siap n terus ke rumah mama.

so semalam ahad, 14/9/14 mama n ayol punya time untuk pergi haji sampai.
dorang under KT42.
Alhamdulillah mama and ayol dah selamat berlepas untuk menunaikan haji pukul 1.30am tadi.

update panjang nanti dulu.
since tadi perabis kopi kat rumah mama sebelum basuh teko lepas balik around 11am tadi.
merasa letih tapi tak boleh tidur. nice.
so mari share pic sikit-sikit.
pic banyak n cerita penuh tunggu aku transfer pic daripada camera.

:: feeling hijabista sangat semalam. hahaha ::


gambar kenangan ayol and mama dah bersiap.
ayol banyak senyap je semalam.
tak sure la apa dalam fikiran dia.
mungkin jugak dia senyap sebab kesejukan kot :D

paling tak tahan bila dah siapkan papa.
suruh dia ke depan, nak amik pic bersama. terus papa cebek.
i is cannot ok.
papa ni character macam aku. jenis luahan perasaan ni kurang, tapi hati tisu sangat sebenarnya.
aku perasan, kan for the past 1 week aku kat sana je.
tengok papa baring and tidur je kat katil dia.
takda join kita orang sembang sangat ke apa.
nanti kejap-kejap nampak dia bukak mata perati mama. nanti dia tutup balik mata.
aku rasa papa sedih sangat, sebab tu dia taknak join.
nanti dia takleh kawal kesedihan tu.

oh bagi yang tak tau.
patut mama pergi haji ngan papa.
tapi april lepas papa jatuh sakit, kena stroke.
so tak dapat la pergi. so kuota papa, tu ayol amik.
sebab mama pun tak sihat kan. so kena ada someone untuk uruskan mama.
sebak sangat tengok everytime mama ngan papa sama-sama.


kita orang semua bergerak selepas selesai asar.
around 5ish macam tu.
MrB mama tugaskan untuk azan.
aku tak dapat nak amik vid penuh sebab menahan sebak.

dah la nak akhir azan dengar suara MrB dah bergetar.
selesai azan dia berdoa. aduhhhh ngan sebak-sebak nangis dia.
dah orang lain pun sebak sama.
dia tu nampak je macam tu, tapi penyedih jugak.

so susun orang-orang mengikut kereta masing-masing.
then terus ke kompleks tabung haji, kelana jaya.


:: gambar kenangan dengan papa, mama n noy ::

gambar kenangan satu family.
aku pun tak sure kenapa laki aku dah rupa tok dukun kat situ.
ngan tongkat bagai. huhu.

last before nak bergerak tengok dorang susun kerusi roda papa n mama macam ni.
wah romantik sangat.


aku memula ok lagi.
sekali dengar mama cakap, "papa nanti jangan banyak songeh tau bila anak-anak jaga."
terus berjurai air mata aku. cis menaip ni pun tetiba nangis macam mana. huhu.
sebab dorang ni kan asyik la bersama berdua.
ni lamaaaa takda nanti.
semoga Allah S.W.T bagi kesihatan yang baik dan umur yang panjang kepada mereka berdua.

ni aku balik rumah papa taknak ikut.
aku cakap napa taknak. sebab memang plan aku nak jaga.
senang aku selalu ada rumah. rumah aku kecik so nak ke toilet semua senang.
papa kata nanti papa pergi, biar la papa kat rumah dulu.
bagi hilang kesedihan ni. bagi papa hilangkan rindu dulu.
aduhhhh sedih. takpa la. biarlah mana-mana dia selesa.
sementara tu selalu la aku kena jenguk ke sana.

rindu kat mama dah ni.
hopefully sana dia dapat wifi kat hotel ke apa, boleh facetime ke apa.
sebab aku ni kan almost tiap hari jumpa dorang.
if busy tak dapat jumpa, mesti akan facetime.
so rindu nanti lain macam je.

ok la. nak layan perasaan n jiwa kacau n hati tisu ku ini.
nanti akan update proper once dah transfer pic yea. :)

doakan mama n ayol selamat pergi menunaikan haji n selamat pulang yea. :)

34 Comments:

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

Sedih. Aku meleleh2 air mata. Time play azan lagi la. Langsung xleh control. InsyaAllah semoga semua nya selamat dunia akhirat

annapeje said... [Reply to Comments]

huwaaa sedih juga bila baca sambail lap air mata...doakan aunt n ayol selamat pergi n selamat pulang n selamat menunaikan ibadat haji...pstt cantik pakai tudung :D

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

sedih baca entry ni
semoga Auntie dan abam jubah selamat pergi dan selamat pulang
peroleh haji yg mabrur
saya doakan auntie di berikan kesihatan yg baik sepanjang di sana, begitu jugak abam jubah
amin..

rohayaroy said... [Reply to Comments]

sedih peej baca... sedih tengok muka papa mu .. aunty nani.. n ayol.. semoga Allah SWT permudahkan urusan mereka di sana.. dan memperoleh haji mabrur.. InnShaaAllah

Anonymous said... [Reply to Comments]

Comel adik pakai tudung...manis sangat

amirah said... [Reply to Comments]

Yang baca ni pun sebak. semoga semua dipermudahkan untuk aunty! InsyaAllah haji yang mabrur. :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

I doakan semoga mama and ayol selamat pergi dan balik. Dpt haji yg mabrur. U take care k. U kena kuat utk papa.

ummisara said... [Reply to Comments]

Semoga aunty & ayol dipermudahkan segala urusan kat sana...dan papa pula di sini.
In shaa allah peej.

muis ismail said... [Reply to Comments]

Paling sedih ms tgk pic bertiga tu. Nampak sgt muka bapak akak sedih. :(

Azean Azman said... [Reply to Comments]

Nangis bacanya peej.. :(
Semoga mama peej dan ayol selamat pergi dan pulang dlm mengerjakan haji.. Sedih juga dgn papa peej yg rindukan mama..memang cinta sejati .. kagum sangat..semoga keluarga peej sentiasa di bawah lindungan Allah.. .. p/s cantik sgt peej bertudung :)

-ilyannur- said... [Reply to Comments]

sebaknya lah tgk uncle nangis mcm tu.
semoga aunty dan ayol mendapat haji mabrur.

nurul kausar said... [Reply to Comments]

Saya yg baca pon berjurai air mata.. lg2 tgk gmbr ur dad muka sebek.. aaaa sedih sgt..

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam pija

aduh saya pon tumpang kluar airmata baca entry ini. Semoga sihat dan selamat sepanjang musim haji di sana.. InsyaAllah..

shuweet said... [Reply to Comments]

aku yang bergenang air mata baca entry nih...sebak tengok uncle...sure die rasa sunyi sepanjang auntie kat sana..

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

kak peej...! u look awesome with hijab! sies ni, i pray for u ^____^

Mia Kassim said... [Reply to Comments]

Semoga segalanya dipermudahkan olehNya.....

Anonymous said... [Reply to Comments]

aaaaaa sedihnye aku baca ni peej! Semoga dipermudahkan segala urusan dorang, selamat pergi dan kembali dan jugak permudahkan nak jaga your dad. Btw, comel tu pakai tudung, nampak muka flawless coz focus kat muka je, no interrupted hair :-)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam akak..bc smbil airmata menitik nie..sebak tgk pic aunty n uncle nmpk sgt yg dorg sme2 brt hti nk tgglkn satu sma lin..saya dh xde ayh tp cra loving die ngn my mum sme cm parent akak( mgkin org2 dl mmg cm2 kot) buatkn lg lbt airmata nie jth,huhu..hope dorg slmt prgi n slmt pulg ngn hji mabrur..

Suhaily Muhamad said... [Reply to Comments]

Cntik peej pkai tudung.sweet sgt..smgo anty nani n ayol slmt pergi n slmt kembali,dpermdhkn sgala urusan kt sn n mdpt haji yg mabrur..

Irz Zack said... [Reply to Comments]

tetiba begenang juga air mataku ini.. isk isk isk. semoga selamat semuanya..

Ibu Fahim said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah...Semoga haji mabrur keluarga yang ke Mekah Madinah...AMIN.
Indah saat2 haji ni, sungguh... rasa rapat denganNYA.

CikFa said... [Reply to Comments]

Sedih. Sebak.. saya yg baca pon bole mengalir air mata.. semoga abam jubah and aunty nanie selamat menunaikan haji dan selamat pulang ke sini. Semoga uncle pon cepat sembuh..

Alyn Aellynn said... [Reply to Comments]

Sebaknye baca entry ni.. rindu giler kan?

..nOWa.. said... [Reply to Comments]

huhuuuuuu..peej........this is so sad since i was your mom silent reader...semoga mama dan ayol sihat dan kembali dgn haji mabrur/mabrurah

Anonymous said... [Reply to Comments]

lawaaaa sangat pic hijabista tu...rasa nak bli juga tudung camtu...hehe

yuza said... [Reply to Comments]

sedihnya peej, bergenang air mata..sib baik kat off ni x leh tgk video azan tu, kalo tak mmg meleleh2 la..pelik pulak org sebelah tgk.. semoga mereka selamat pergi n kembali.

i.z.m.a said... [Reply to Comments]

Semoga aunty dan ayol dipermudahkan perjalanan mengerjakan haji. i is sad hingga tergugur air mata.. T_T

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

Ape ni...aku rasa ada orang tengah potong bawang ni..*sambil lap air mata*

Anonymous said... [Reply to Comments]

mengalir air mata aku peej...

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Tetiba rasa sebak pulak tengok ayah akak sedih bergambar bertiga tu. Boleh faham macam mana rasa sedih ni.

Anonymous said... [Reply to Comments]

aaaaa....sedih.. tgk gambar papa kak peej sedih sgt..semoga mama akak n ayol dapat haji mabrur, dimudahkan segala urusan. selamat buat haji n selamat pulang.aminn..

akiss. said... [Reply to Comments]

sakit tekak aku tahan air mata kat ofis ni baca. bergenang dah ni.

semoga auntie n ayol sihat kat sana. semoga uncle kuat and tabah tunggu auntie balik. doa yg baik2 aja utk kapeej jugak :)

rizalyaakub said... [Reply to Comments]

Sedihnyaaa... hands down the best post. Rasa bergetar.. moga auntie and ayol sihwt kt sana dpt haji mabrur. Aminnn

Irfa said... [Reply to Comments]

sebak..x leh komen dah

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...