Instagram : @peejburhan

Family gath

last sunday pergi wedding adik tina.
bagi yang tak tau, tina ni biras aku.
dia kawin dengan adik MrB, najib.
so daripada senior junior masa kat mrsm, now menjadi biras la.

so last weekend ada wedding adik dia.
sekali yang laki aku n kawan dia Mi beria kata nak pergi.
aku dah macam, dorang ni biar benar. sesuka hati je tau.
dorang kata najib yang jemput.
macam tak percaya je, kang macam sesuka hati crash wedding orang pulak.
sampai la tina sendiri kata jemput datang. baru macam percaya. huhu.

so ahad tu ke sana la.
dah la lambat huhu. kata weekend. bangun pun tengahari kan. 
so bersiap ala kadar, lets go.
sampai sana almost 3pm. takpa. majlis selalu sampai kul 4pm kan. :D
on the way masuk tu terserempak la ngan few saudara mara MrB. dorang nak balik.
eh ramai ke datang. ingat kita-kita je.

sampai terus makan. dah la lauk sedap. i is like.
tapi tak dapat nak makan sangat sebab boleh tahan la kena layan ada minah ni nak bergossip.
aku tak amik pic banyak mana.
tapi nasib laki rajin.
so seperti biasa suruh dia send kat aku gambar. huhu. :D

since ramai datang. ok lets memperkenalkan keluarga belah MrB.
aku tak pernah rasanya cerita details.
abis macam mana, payah nau nak berkumpul kan.
if berkumpul pun occasion tak kena nak bergambar sakan.
so alang-alang ada ni kita cerita sekali.


ok yang lelaki ni abang sulung MrB, abang zul. yang tudung hitam tu wife dia kak ani.
lain tu anak-anak abang zul.
yang tudung purple tu pulak kakak MrB, kak zelina.
kak zelina no 2 la kira, bawah abang zul.



 :: haaaa nampak tu ada perempuan beria gossip sampai begitu muka. abis macam mana kak jah nak makan dengan tenang? hahahha ::



ni side MrB jugak, sepupu-sepupu dia.
keluarga dia ni besar n meriah.
rajin buat makan-makan. if laki aku rajin join, pergi la. if tak, takda la.
aku tak pernah lagi buat makan-makan ajak sedara dia. if buat memang pitam. ramai.
potluck boleh la kot. ;p

:: jenuh terangkan gambar uolls. tetap la kelammm je laki aku. hahahha ::




:: farid - najib - MrB - hafiz ::

4 beradik laki.
susah nak amik pic bersama ni, so ada ni harus snap.
if ikut turutan laki aku 1st la, then najib, then hafiz, last farid.



:: abang zul n kak zelina join table kita orang. dorang datang awal so dah settle makan ::

:: "ini ana punya beras". "bukan beras, birassss." ::


ok ni family photo.
yang hampir lengkap. less anak-anak, isteri/suami, n ada yang tak datang.
yang takda uji sebab datang lewat, so terlepas session amik pic ni.
n rubi takda. mana minah tu tah, memanjang missing in action.

ok sambung cerita.
so abang zul n zelina tu abang n akak MrB, tapi mak lain.
sebab tu la hari tu ada yang komen kata muka abang zul lain dpd adik-beradik laki yang lain.
memang la lain sikit sebab acuan berbeza :D

adik beradik MrB yang satu mak n satu abah ada 8 orang.
1st kak shida - yang paling kanan kat pic atas ni. baju purple.
2nd uji - takda dalam pic
3rd - MrB - yang paling gelap dalam gambar. hahahahhaa
4th - rubi - missing in action
5th - arwah ana - arwah ana aku tak pernah jumpa. pernah tengok pic je. dia meninggal tahun 2002. aku kenal MrB tahun 2004
6th - najib - yang pakai baju melayu kat pic atas tu
7th - hafiz - pakai baju biru cair sebelah MrB
8th - farid - baju hitam sebelah MrB.

so campur semua adik-beradik ada 10 orang.
arwah ana takda, so tinggal la sembilan.
ramai kan. so if berkumpul memang meriah.
dah la semua riuh n perangai asyik nak mengena je.
ok yang suka mengenakan orang tu laki aku je kot.

if berkumpul kat majlis ngan sedara-mara dia lagi pitam. ramai nau.
tapi slow-slow kenal la sikit-sikit.
tapi paling tak boleh blah, dah jumpa ada dekat 10 kali.
tapi tetaplah dia nak kenalkan kat semua..ni la isteri aku.
tolonglahhhh. hoiii orang dah kenal laaaa.




aku takda pun pic ngan pengantin.
abis sibuk gossip je. hahah.
nasib laki aku ada. so cilok dia punya.
auni tu melekat je ngan uncle dia.
auni ni anak hafiz.
dulu anak buah dia semua tak suka dia.
bebudak takut kot. sebab gelap.
serious tak tipu ok. menjerit2 nangis takut.
sian je laki iolls. dia dah la suka budak kan. hahaha.
tapi pandai dia guna tactic bawak pergi KK belikan mainan.
now anak buah nampak dia terus berlari pergi pastu ajak pergi KK. hahah



ada je Mi tu terselit.
Mi tu dah macam bff laki aku dah.
macam madu aku pun ye. memana pergi ada je dia laki aku bawak sekali.
sabar je la.


again excited. sebab dapat gambar 5 beradik laki sekaligus. susah nak dapat ni. 
masa kenal MrB adik-adik dia ni semua macam budak-budak je.
kalau aku pergi rumah fam MrB selamba je budak-budak ni jalan dalam rumah pakai boxer je, tertelan-telan air liur aku. eh. hahahhahaha
semua panggil aku kakak termasuk la najib. kemain sopan cakap ngan aku siap tangan kebelakang. hahaha.
rubi pun dok panggil aku kakak siap salam cium tangan. lawak.
padahal time tu aku sebaya najib kot. rubi tua kemana daripada aku.
aku time tu baru 21 tahun kot.
lama-lama aku kata takyah nak kakak sangat la. aku kau sudah. senang.
tapi rasanya farid n hafiz still panggil aku kakak kot sekarang. lupa lak.
yang pasti tina mengada nak panggil aku kakak kan.
tampar kang. ye la ikut pangkat memang aku akak ipar la.
tapi ikut seniority, hello zaman mrsm dia aku panggil kak tina ok. pleaseee.

dah la memula dulu. aku macam tak percaya je najib n hafiz tu adik dia.
muka lain sangat kot.
sekarang hidung laki aku dah lain baru ada persamaan. hahahahha.
biadap gila punya bini. kutuk laki. kena sambar petir baru tau. aaaaa takut.

dah lewat baru uji n mak sampai.
so terus kita orang lepak kat depan.
best sangat. kat depan tu siap ada kopitiam.



wah best sangat kan.
menarik.
tapi sebab kenyang. aku hanya mampu layan cendol setengah mangkuk je.
eh tetiba tengok ni rasa nak ubi kayu rebus je ni.

:: najib n kak shida ::

:: hah yang tengah pakai tudung purple tu uji :: 

:: yang sebelah tina tu la mak mertua iolls. omell angat ::

mak mertua terpaling sporting n baik.
takda komen apa-apa ke. semua dia akan cakap, mak taknak masuk campur.
elok la tu mak. tu yang jadi menantu hantu aku ni.
tapi kau jangan la bagi mak start bebel.
dia kalau bebel memang non-stop weyh. bingit.
pastu dia ulang bebelan yang sama sebanyak 20 kali. hahaha.
terpaksa la aku dengar sambil angguk-angguk sambil mata terkebil-kebil.

nak jugakkkk. 
sekali sekala khenn. jarang aku nak amik pic berdua sangat ni.
so ada orang melayan, so marilah.
gigih ahkak menjengkit kaki pun tetap la aku ni rendang tak berbuah.

hahaha sorry baju adalah hasil mix n match.
pakai blouse aku beli kat femme elegante, kain belah daripada baju masa jadi dulang girls cousin aku.
tolonglah semakin lama semakin banyak kain ela aku. now total ada 8 weyh.
aku tak hantar tempah. 
dah la baju lain confident sedekah ke ibu tunggal last year.
so merasa ada majlis takda baju nak pakai. ;p
ok note to self. sila tempah.
hujung tahun confirm ada wedding kena attend nanti.

ok last adalah pic anak-anak tina.
laki aku kan obses kekenit ni semua.
busy dia photo shoot ngan budak-budak ni.
nak menahan ngan mayesa tu.
orang nak amik pic muka dia je.
tapi kaki dia kat bawah kemain bersilang. ewahhh.









terpaling gangster dia ni.
pic tak clear.
tapi tengok live boleh nampak muka je ada 4 kesan lebam.
tengok pic ni kat tangan pun ada.
ganas betul.
tanya tina ni kenapa ni, tina pun tak tau.
dia kata masalah budak ni tak menangis ke apa. tu tak tau bila kena.
tapi memang, pernah dia datang rumah aku. panjat sofa elok dia bersomersault tergolek jatuh ke bawah gedegang, elok dia bangun sambung main macam takda apa berlaku.
confirm besar jadi ahkak kawasan ni. hahahah.

seronok lak aku jumpa ramai-ramai macam ni.
meriah rasa.
al-maklum iolls adik beradik berapa ketul je.
yang dah kawin pun aku je. anak takdo.
ok ada jugak sorang lagi dah kawin, tapi tu memang gone case.
so tak berkembang je rasa.
jadi bila meriah begini i like.

tak sabar nak tunggu next gath.
katanya nak buat percutian.
entah jadi ke tak. if jadi best tu.


11 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

"5th - arwah ana - arwah ana aku tak pernah jumpa. pernah tengok pic je. dia meninggal tahun 2012. aku kenal MrB tahun 2014"

Kak Peej, 2004 ke 2014? silap taip eh? hehehe...

-xaeren

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, biar betul u kenal MrB tahun 2014..? hehe.. - nurul

Nurul Hafiz said... [Reply to Comments]

Peej biar benar kenal ngan Ben thn 2014 tp kawen 2012 kan???

Siti Mariam Suzainie Ismail said... [Reply to Comments]

5th - arwah ana - arwah ana aku tak pernah jumpa. pernah tengok pic je. dia meninggal tahun 2012. aku kenal MrB tahun 2014

OMG kak peej, bukan akak kawen tahun 2012 ka? bakpo kenal Mr.B tahun 2014? hikhikksss

Cikja said... [Reply to Comments]

Peej
macam pelik jer 2014 bukan tahun nie ker? atau 2004?

5th - arwah ana - arwah ana aku tak pernah jumpa. pernah tengok pic je. dia meninggal tahun 2012. aku kenal MrB tahun 2014

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, adik Mr B pass away 2012, Peej kenal Mr B 2014? ke pass away 2002, Peej kenal Mr B 2004...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, typo ka? Baru kenal mr.B 2014??? Hehe

mamabeauty said... [Reply to Comments]

kelako yang post "goss tak hengat camner kak jah nak makan" hehe.. such a big family than..

emi mohamad said... [Reply to Comments]

najib n hafiz muka sama lahhh..kompius mak

Anonymous said... [Reply to Comments]

eh peej, uolls kenal mrB tahun 2014?????????

Anonymous said... [Reply to Comments]

Cane plak ko leh knal mrb tahun 2014????

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...