Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Perkampungan Ghaib

Assalamualaikum peej.

Nak share satu cerita mistik ni..bukan cerita hantu, kerasukan atau histeria..tapi pasal alam ghaib. Zaman moden sekarang kita hanya lihat apa yg nmpk pd mata kasar dan jarang sgt kita nak fikir pasal sesuatu luar dari zahir mata kita. Tapi tak dinafikan sebagai org Islam, kita perlu tau kita juga berkongsi alam ni dgn "hamba" Allah yg ghaib ni.

Cerita ni still fresh and minta maaf awal2 kalau cerita ni terlalu panjang. Sebenarnya berlaku pada tunang saya sendiri. Dia ni buat kerja kontrak pembinaan jalan. Biasanya dia bina jalan dkt pekan atau kampung. Tapi baru2 ni dia dpt projek jalan utk tujuan penyelenggaraan pencawang elektrik dkt sempadan Selangor-Perak. Kalau kita lalu highway boleh nampak pencawang besar setiap kilometer/batu. Dia kena buat laluan ke setiap pencawang utk kegunaan tnb. Bukan tepi2 kampung atau sawah bendang tp dalam hutan. Laluan yg nak bina tu just 20km. Kalau ikut 20km mmg nmpk dekat tp sebenarnya jauh dan sukar utk kawasan hutan berbukit & sungai.

Masa mula2 kerja ukur jalan dan melapangkan hutan mmg takda masalah. Kes mistik ni bermula bila kerja2 bawa masuk barang konkrit mcm pembentung dan batu2 ke kawasan projek. Jentera yg digunakan tidak bergerak. Tekan minyak kuat2 pun, jentera sedikit pun tidak berganjak. Macam berat. Akhirnya pemandu ni cakap, "Tok, kami datang nak buat kerja bukan nak buat kacau. Tolong turun tok,". Boleh agak apa yg terlaku lepas tu..jentera bergerak lancar tanpa masalah. Banyak juga kejadian2 aneh yg ringan2 berlaku mcm lori yg diparkir bergoyang dan hidup sendiri.  Since then, tunang selalu pesan dekat pekerja2 supaya jaga adab, jgn buat yg bukan2 dan kebersihan kawasan projek. Tapi nama pun manusia, mesti ada buat silap. 

Kemuncak cerita bila projek jalan dia tu tinggal lagi 2 minggu nak siap. Tunang tiba2 jatuh sakit ketika pulang ke rumah. Sebulan lebih tak pergi kerja and just rehat dekat rumah. Demam, sakit perut, bengkak tangan, badan dan sebagainya. Mula2 ingat sakit biasa tp satu  malam dia mimpi didatangi seorang lelaki tua. Dalam mimpi diorg berbual. Orang tua tu minta dia buat kenduri dan sediakan seekor kambing yang dimasak macam lauk akikah; masak manis. Makanan dihidangkan dgn nisbah kalau pekerja ada 10 org, tunang kena sediakan 15 nasi bungkus dgn lauk kambing tu. Acara makan2 ni dibuat dibawah satu pokok rendang.Kalau peej and reader nak tau dekat situ ada certain kawasan tempatnya bersih dan sejuk.

Mula2 mmg tak percaya sb bunyi mcm khurafat. Tapi lepas rujuk ustaz, kenduri tu diteruskan sbb tak boleh nak nafikan kewujudan alam ghaib sbb ni kuasa Maha Pencipta. Seperti yg ditetapkan masa rehat tengahari, pekerja2 ni mkn la kat bawah pokok tu. Teka apa terjadi? Salah seorg pekerja yg mmg jenis kurang makan dapat habiskan 3 bungkus nasi. Pekerja lain mmg terkejut tp masing2 diam je.

Ingatkan selepas kenduri tu, tunang akan beransur pulih. Tapi tak. Until hari Isnin yg lepas (19/5), ustaz ajak dia pergi kawasan projek. Ustaz ceritakan hal yg sebenar apa yg wujud dan berlaku di situ. Tapi pekerja2 ni tak percaya. Jadi dengan ilmu yg ada, ustaz minta "hamba" Allah ni masuk ke dalam badan salah seorang pekerja. Tiba2 pekerja ni berubah menjadi seorg tua yg merupakan pemimpin di perkampungan tu. Cuba bayangkan lelaki yg berbadan tegap dan kuat tiba2 boleh jadi bongkok. Pekerja ni org kedah dan bersuara kecik tp lps tu pertuturan bertukar jadi loghat org "negori" dan kasar.  Ustaz suruh pekerja2 lain tanya sendiri dkt "Org Tua" ni.

"Org Tua" ni cerita dari A hingga Z apa kesalahan/kerosakan yg diorg dah buat. Memang tergamam masing2. Kesalahan biasa, tak bagi salam ketika masuk perkampungan diorg. Tapi ada dua kesalahan besar yg buat "penduduk" di situ marah. Pertama, parkir jentera dan lori merata tempat sehingga merobohkan istana (terletak di hujung jalan). Kedua, 4 org dari pekerja bawa masuk perempuan dan buat maksiat di surau diorg (bawah pokok rendang).

Jadi sebab kesalahan pekerja2 ni lah, sebagai majikan, tunang terpaksa menanggung akibat smpai jatuh sakit. Sebagai ganti rugi, kesemua pekerja didenda. 4 org yg buat maksiat ni kena bayar RM270 dan yg lain2 RM90 seorg. Cara bayaran, setiap hari Jumaat RM10 kena masuk dlm tabung masjid.Tak boleh bayar sekali. Kenapa? Sebab nak ajar pekerja2 ni supaya jgn skip solat Jumaat. Yes, "Org Tua" ni tau ada yg tak pergi solat Jumaat sedangkan tunang dah bg pelepasan dari pukul 11.30pg-2.30ptg utk bersiap ke masjid. Kalau skip, akan dapat pembalasan. Jenis mcmana tak tau pula. Pasal istana tu, ustaz tgh bincang mcmana nak setelkan. Ikut permintaan awal, pekerja2 ni kena bina balik, tp ustaz tak setuju. 

Bila "Org Tua" dah keluar dari tubuh pekerja ni, ustaz offer dkt pekerja lain utk dibukakan hijab mata. Tujuannya nak buktikan benda ghaib ni wujud. Terkejut juga la dia bila tgk siapa "Org Tua" tu. Orangnya besar, gelap. Tak tau la nak decribe as bunian atau Jin.

So bila semua dah bincang, alhamdulillah sakit tunang sy dah beransur pulih walaupun tak sepenuhnya. Pengajarannya, dkt mana2 pun kita berada bila masuk kampung org tak kisahla nampak ke tak, jgn jadi samseng. Hormat tuan rumah. Okay tula jelah ceritanya. Percaya atau tak terpulanglah =).

Selamat membaca. Sekian terima kasih.

-Farriha-

4 Comments:

eda said... [Reply to Comments]

kesimpulan : pengajaran buat semua .. tq share

Marziah Zakaria said... [Reply to Comments]

Seramnya part buka hijab mata tu..apa la yg dorang nampak...

Anonymous said... [Reply to Comments]

cerita yg sangat menarik

suka dengan cerita ni..mmg alam ghaib n bunian ni benar2 wujud.

jgn kita memandang remeh hal2 begini.

semoga tunang penulis kembali sihat dan kuat.

Lizan said... [Reply to Comments]

Mcm baca majalah mastika..walaupun panjang tetap gigih baca sampai habis sebab ejaannya penuh..seronok baca..ambik iktibar jangan berlagak masuk tempat orang.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...