Instagram : @peejburhan

dahsyat sangat dia ni

rasa lama je tak bersiaran.
ok takda la lama sangat.
rasa je lama.
busy uolls.
mama nak pergi haji, so lepas settle post barang usually akan ke rumah dia.
tolong apa patut ke apa.
by the time sampai rumah dah lewat n letih.
tak kuasa nak update blog.

tapi puas hati sebab akhirnya semalam dapat bawak mama naik kereta.
dah berapa hari baru dapat bawak.
sebab tiap kali ke rumah mama, ada je tetamu.
abis macam mana kan, tak dapat la nak keluar.
macam kelmarin free takda orang datang.
mama ajak keluar, tapi aku macam ngantuk sangat.
nak bawak kereta pun bahaya nanti. so takleh la.

so malam semalam keluar jugak.
takleh jadi ni, dah berapa hari mama tak naik lagi.
papa 2nd day tu dah naik, ayol n MrB bawak papa keluar pergi cukur rambut n misai. :)
baca blog mama ada barang dia takda lagi.
so aku kata, tulis la list bagi aku, nanti aku belikan.
mama kata dia nak ke carrefour beli jubah.
aku tanya nak aku belikan ke? taknak dia penat hari-hari keluar. nak dekat pergi haji dah.
dia kata semalam pergi kat jj tapi jubah ketat. so risau jugak.
wah ayat ada makna sangat. nak pergi la tu. dia kena pergi sebab taknak ketat, so dia nak try.
wah gituuu.
aku kata ok la. lepas aku post barang, n ada customer amik barang, aku ke sana.
so kita pergi lewat petang or malam ke, bawak kerusi roda.
senang mama takyah jalan, kita tolak je.

so sampai sana takda la lewat sangat.
tapi tengok by the time sampai dah ada pun tetamu.
ada cousin papa n mak ngah kat rumah.
so tak pergi la.
lepas maghrib dorang gerak, terus suruh mama siap.
lets go.

baru la mama naik kereta.
terus dia, "Assalamualaikum si 'hitam manis'. baru mama dapat naik ni. Alhamdulillah."
sedih je. rejeki mama dapat jugak naik sebelum pergi.
tapi kejap je sedih tu.
elok mama bertenggek belakang seat in between aku n MrB.
terus terkebelakang dia sebab aku press minyak keluar simpang. hahahahha.

so ke carrefour wangsa maju, ok sekarang dah tukar jadi aeon big.
tapi whatevs, aku biasa panggil carrefour.
masuk terus parking tempat oku.
walaupun dia tulis takda pelekat boleh kena clamp n denda rm100. keji sangat.
alaaa, tapi mama pakai wheel chair. ok la kan.
tu la balik haji kena la bawak mama dapatkan kad oku tu. senang.

sampai terus menuju ke kedai barang-barang nak pergi haji.
Alhamudulillah murah situ, mama kata banding dengan JJ.
banyak discount budak tu bagi.
so dapat la mama beli jubah putih cotton, tudung helicopter 2 helai, n singlet zip 2 helai.
oh beli jugak sabun untuk haji n umrah.
sabun tu takda wangian ke apa. kan if buat haji/umrah takleh berwangi-wangian.
aku dah macam, ok if sabun tak wangi then apa fungsi pulak kan.
mama kata, untuk bersihkan badan la hilang kotor ke daki ke.
oooooo. tapi so pelik. tak pernah pakai sabun tak wangi. hihi.

then singgah stalls tepi-tepi tu.
mama beli spec baca yang rm10 tu 2.
kawan mama pesan bawak lebih n yang murah-murah punya.
sebab nanti kat sana tak tau kan, sebab ada kawan mama ni kat sana tercabut cermin, dah tak boleh membaca. bagus jugak.
ramai kawan-kawan datang macam-macam tips ada.

lepas beli spec tu singgah vitacare pulak.
mama nak beli few benda yang tak beli lagi.
beli panadol, stepsils, pocai, ketip kuku, jarum insulin n macam-macam la.
then aku tanya, "nak apa lagi?"
mama, "ok takda apa, mama nak air je. hausssssss."
aku kata then singgah seven eleven sebelah je, sebab masing2 kenyang malas nak duduk kedai makan.


thank u kat MrB rajin melayan n teman.
dia yang tolak semua.
kejap je aku tolak boleh tahan tangkap betis uolls.
kalau hari-hari tolak mama ni confirm lepas sebulan kaki aku kalah gisele bunchen. hahahhaha.
tapi dok gaduh jugak la ngan MrB.
sebab dia tolak turun naik nanti nampak mama tangan terangkat-angkat ke kiri ke kanan.
aku dah macam, "tolak la slowwwww- slowwwwwww"
"dah slowwwww la ni, nak slowww macam mana lagi???"
"u tolak tak slow, tengok mama terangkat-angkat tangan dia tau."
"semua i buat salah la u ni."
terus aku cuit mama, " yang mama tangan macam ni (buat gaya) kenapa?"
mama, "mama terkejut n takut. tak biasa."

so kesimpulan aku dapat.
kerusi roda kecik ni memang ringan n senang nak handle, tapi duduk kurang best la.
langgar bumper ke apa rasa goyang lebih.
kerusi roda berat ni kurang pergerakan la gitu.
sama macam kereta, macam naik kereta biasa, langgar lubang terasa je kan.
naik kereta besar, kau langgar lubang ke apa macam tak rasa apa sangat.
gitu la.

then balik rumah tolong mama susun ubat-ubat dalam bekas semua.
ishhh sedih pulak pikir lamanya mama pergi nanti.
papa pun tak banyak cakap, aku rasa dia lagi sedih kan.
patut dorang pergi sama, tapi dah tertulis dia jatuh sakit n tak dapat pergi. ;'(

nway, this week aku macam busy sikit.
so kalau siapa nak COD tu memang payah.
sebab hari-hari sebelum mama pergi ni ada je benda nak kena settlekan.
so harap faham ye.
Insyallah by next week dah ok sikit.

nway, tahukah anda sebenarnya aku nak cerita pasal lain.
tapi tetiba cerita jadi lain.
sebab tu tajuk macam takda kena mengena ngan jalan cerita.
takpa, lain kali je aku cerita pasal dahsyat tu.


5 Comments:

Mila Hilas said... [Reply to Comments]

hahaha blh plak mcm tu ea??? hehe

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

peej, mandi kt sana x yah pakai sabun, klu pakai sabun nti kulit naik rashes mcm gatal2 tu....then ada sorang makcik pesan klu mandi x yah pakai sabun. Guna air panas tu je mandi, bdn pun x koto sgt sbb rutin pegi masjid je...smg mama peej beroleh haji yg mabrur, in syaa Allah

Ai Izzati said... [Reply to Comments]

Semoga perjalanan pergi & balik auntie dipermudahkan ya peej.
Kesihatan fizikal & mental tu yg utama, jgn sedih nnti tergangu emosi.
Sy mendoakan yg baik2 je utk auntie, In sya Allah mendapat Haji Mabrur.

mamabeauty said... [Reply to Comments]

semoga dipermudahkan semuanya..

Alyn Aellynn said... [Reply to Comments]

Peej,

I pun pki wheelchair. Duduk atas tu mmg penat. Kalo boleh beli bantal mcm seat driver ke kan sbb I pun buh bantal nipis untuk lebih selesa. And kalau bole belikan sebelum aunty pergi haji. Seriously I yg muda ni pun sakit2 badan kalo duduk lama kat wheelchair.

Nak apply OKU card tu just isi borang and attached medical report je. Then dlm masa 2 minggu ke sebulan dah siap. Hantar terus ke JKM, Tkt 10, Grand Season Hotel. Then leh g JPJ and amik borang untuk dptkan sticker oku. Kalau tak pun bole beli dekat luar or order via online. Better buh sticker bila bawak org yang berkerusi roda untuk elakkan kene soal siasat dgn guard yg kerek.


Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...