Instagram : @peejburhan

celik i.t


aku rasa some yang follow ig maybe ada la perasan.
yang bapak aku pun ada instagram sekarang.
mama memang ada tapi dulu tak aktif la.

ingat lagi masa memula mama join instagram.
rasa macam oh mannnnn.
ye la kan kadang kita ada perasaan yang rasa ala tak bestnya kalau parents pun ada dalam social network kita.

macam dulu mula-mula mama ada fb.
ok la dia add. bagi la.
then adalah semua benda dia nak komen ke apa.
kadang sentap gak n rimas.
tapi biarkan je la.

then papa join fb.
hoiii semua album lama dia korek dia komen.
what the hell notification masuk banyak gila.
ok dah. takmo kawan. buang daripada friendlist. hahahah keji gila.
dia add balik pun ahkak tak approve.
sampai la baru-baru ni akhirnya aku approve. hahah.

tapi papa start ada intagram tak silap bulan march kot.
tak ingat aku.
kira since ada aku belikan dia hp baru la.
dia tengok mama layan ig. dia pun nak jugak.
pastu aku jengok la. comel pulak rasa.
masa sebelum papa sakit kemain ada selfie time pergi kursus haji.
memula tu macam taknak la papa follow aku.
tapi pikir balik, biarlah. dorang parents kita kot kan.
dah tua, apa lagi pun hiburan dia.

so bagi la follow.
then lepas sakit n dah ok sikit papa start rajin balik layan ig.
nanti ada la dia komen2.
tapi kelakar la, sebab dia kan sakit n aku rasa tak reti i.t sangat pun ye.
nanti tah apa2 la dia komen.
tetiba terkeluar macam2 icon la, symbols semua.
pastu nak tag nama pun tak reti.

ada some memang komen rasa macam, apa ni?
komen takda kena mengena. tak sukaaaaa.
tapi then pikir balik.
eh biarlah. Alhamdulillah la papa sihat n boleh main ig.
what if hari tu masa dia sakit, n something bad happened ke.
takda lagi papa nak sibuk ke apa. lagi sedih kot.
so biarlah.

papa tak macam mama.
papa bab i.t tak berapa pandai.
maybe dia pencen awal.
n time kerja pun semua orang bawahan buat kerja.
so dia bab gadget ke apa memang tak berapa reti.
computer pun lambat la dia reti.
itu pun lepas mama ajar or die suka sibuk curi2 tengok then pandai2 try.
tapi kelakar dia suka nak tunjuk pandai.
suka nanti sembang nak guna bahasa2 computer tapi nanti semua tak masuk pun.
contoh nanti kau download la instagram tu kat gmail. *angkat2 kening*
huh what? apa ni??
eeeee sabar je la.

mama pulak lain.
dia kerja kan dulu.
kerja pulak corporate n pangkat besar.
so memang hebat la bab ni semua.
infact aku rasa mama lagi terel daripada aku.
dulu la. bab microsoft office semua.
mama kata dulu semua pakai typewriter, tapi start je guna computer.
office dia hantar semua orang pergi kursus. tu tau guna.

mama jenis workaholic.
dia kalau kerja memang bersungguh la.
so masa mama jatuh sakit tu.
dapat rasakan la mesti dia boring je duduk rumah.
sebab dia bukan makcik-makcik yang memang tak pernah kerja.
duduk rumah je ke apa. tak celik i.t ke apa.
dia tau. so biarlah kalau dia nak rajin berinternet ke apa.

ingat lagi aku start blogging tahun 2006.
fuhhh. lama jugak kan. sedar tak sedar dah 8 tahun.
nway, mama sakit hujung 2008 tak silap.
then aku ada perasan tak lama lepas tu aku syak mama baca blog aku.
sebab bila jumpa kadang mama sembang benda yang ada kena mengena ngan blog aku.
hmmmmmm….
ok tak suka. kau tau la kan, kat blog ni kadang tah apa benda kau cerita.
pastu mak kau baca. not like.
tapi abaikan je la.

sekali mama bukak suara kata dia nak buat blog boleh tak.
mula aku macam tak suka.
eeeiii sibuk je nak tiru kitew.
tapi pikir balik. mesti boring dia.
ye la dah biasa ada benda buat setiap hari.
ni dah takda. so ok la.
atleast ada blog dia dapat la isi masa lapang.
buat la apa dia suka.

then tak lama tu mama kata dia sebenarnya dah start baca blog aku lama.
daripada zaman kerja.
dia kata office dia ada bilik internet. boleh guna time lunch.
nanti lunch dia akan pergi n baca blog aku.
hahahah comel gila.

so biarlah dia nak blogging ke apa.
aku tengok dia pun happy je.
dia kata esp bila ada orang komen.
jadi la 2 way communication.
dia kata life dia sunyi. papa tidur.
lain kerja. nanti petang baru la dia dapat sembang ke apa.
so bila ada fb, blog semua ni dia happy.
aku tengok orang pun ramai suka layan dia. bagus la.
kemain mak aku 'anak-anak siber' la apa.
tapi mama memang, in real life pun ramai orang menumpang kasih.
esp orang yang dah takda mak ke apa.
dulu ingat kemain ramai kawan-kawan perempuan abang aku yang panggil mama.
rajin datang jenguk la apa.
rumah aku memang, maybe sebab orang selesa kot.
so jenis ramai selesa n mesti datang banyak kali n kemain lama lepak tak reti nak balik. hahhahaha.

of coz sometimes tau la mak-mak ni.
ada time dia sentap. ada time dia emo ke apa.
kadang dia buat entry luahan perasaan ke apa.
dia manusia biasa kot.
cuma dia maybe luahan kat social media.
kalau parents korang pun sama. tapi sebab dia tak berapa celik i.t
so dia pun mengadu la kat adik beradik kau yang lain ke, kat kat bedah sebelah rumah ke, kat sesapa la.
sama aje. cuma cara berbeza.

memang ada time aku macam tak agree ngan entry mak aku.
or status dia kat fb je.
kadang bengang ke apa.
tapi alaaa biarlah. orang tua ni hati sensetip terlebih.
kita ni anak-anak takyah nak sensetip lebih.
buat tak tau je macam takda apa, hahahha.
after all tu parents kau kan.
esp ibu, seburuk mana pun dia tetap ibu kita.
in my case memang aku rasa mak aku ok, takda la buruk ke apa. ok je.

entah, lain orang lain hati dia.
mungkin some jenis tak boleh di tegur.
melenting-lenting. aku jenis tak kisah.
ok sentap kejap. tapi lepas tu terus…ahhh lantak la.
then macam biasa aje.

so biarlah parents kita nak blogging ke, nak fb ke, nak instagram ke.
janji dorang happy.
kita pun tak tau berapa lama Allah nak pinjamkan dorang kat kita.
macam aku ada terpikir baru-baru ni.
sedar tak sedar mama dah 59. papa pulak 61 tahun.
ikutkan Rasulullah wafat umur 63. kalau umur panjang standar hidup 70+.
macam arwah maktok sampau umur 84 tahun.
so kita tak tau. tah berapa lama lagi ada.
atleast sementara ada ni, biarlah dorang nak komen pelik ke apa ke.
layankan aje.
jangan nanti dah takda baru nak terkilan ke apa kan.

ramai jugak aku tengok kat fb yang mak ayah dah takda.
sedih tau. tak dapat bayang jadi kat diri sendiri.
so aku diorang ada ni biarlah. aku suka je tengok dorang update sana sini.
comel kadang-kadang.

atleast dorang join social network ni ok la lepas2 ni kalau korang wish mother's day, father's day, birthday kat parents korang kat social media dorang tau. dorang baca.
unlike some people kemain kat social media wish kemain meletop-letop, walhal hakikatnya parents dorang tak tau apa pun kan.
n lagi teruk kat social media kemain wish, tapi sebenarnya sendiri dia call untuk wish takda pun.

n rezeki mama, ramai orang suka layan dia.
maybe ada orang tak suka, tak semua orang suka kan.
tapi takpa la, yang tak suka tu tak penting pun.
rezeki mama blogging n berfb ni, dia nak pergi haji ni macam-macam orang bagi dia.
tak termention la macam-macam.
banyak sumbangan daripada makanan la, barangan la, n duit.
duit mana yang tak dapat bagi dia, ada siap masukkan ke bank acc aku.
campur-campur serious banyak sangat.
yang masukkan kat acc aku pun ada dekat 1k. Alhamdulillah.
mana yang masuk tu terus aku tukarkan ke duit riyal hari tu.
even mama dah pergi ni pun ada lagi masukkan.
siap pesan if tak dapat bagi takpa. guna la untuk papa.
eh takpa. niat dia untuk mama haji, so aku transfer ke cc al-rajhi.
memang kawan aku pesan suruh bukak. katanya sana banyak atm al-rajhi.
senang tak payah bawak cash banyak2. nak guna nanti cucuk je.
semoga duit yang korang sumbang tu mendapat keberkatan. :)
rezeki kita tak tau kan, datang dalam banyak bentuk.

so hati tu biar bersih.
jangan busuk, dengki apa semua.
masing-masing ada rezeki masing-masing.
rezeki bukan dalam bentuk duit je, keluarga bahagia, jiwa tenang, ramai sahabat pun rezeki jugak tu.
so biarlah masing-masing dengan cara masing-masing.
jangan pertikaikan kenapa dah tua pun sibuk nak ber-fb, blogging ke apa. pergi la beribadat.
siapa kita nak pertikaikan ibadat seseorang. tu antara dia dengan Allah.
mungkin sepuluh tahun ibadat kita pun tak dapat lawan sehari ibadat seseorang tu.

so akhir kata, lain orang lain cara.
orang tak suka.
tapi aku ok je parents aku celik i.t.
aku suka je dapat ikut update dorang.
semua ada hikmah.
kalau mama tak celik i.t n tak tau segala facetime, fb semua ni.
aku pun tak dapat nak ikut perkembangan dia kat mekah tu.











9 Comments:

lo.lo palazzo. said... [Reply to Comments]

Sedih +bagus entry ni. U mmg ank yg baik, infact satu family baik. Semoga terus murah rezeki, semoga mama n papa u panjang umur dan di beri kesihatan yg baik

eynda said... [Reply to Comments]

Comel je mama & papa ada akaun fb/ig :-)

hanum said... [Reply to Comments]

ntah nape aku sedih baca entry ni. ingat time arwah abah ada blog.. tp lepas tu dia sakit so byk dalam draft je la. bagus jugak ada blog , fb ke apa.. sekurang2 bila dorang dah xde kita ada kenangan nk baca ttg dorang.

Filla said... [Reply to Comments]

betul peej,
jangan sesekali nilai orang dari luaran... paling penting hati biar bersih dan ikhlas.. luaran boleh diperbaiki.. tapi kalau ada hati yang busuk.. Allah hai.. parah.. lagipun sibuk nak nilai baik buruk orang buat apa? diri sendiri tak perlu nilai ke? dah perfect habis ke? ya bak kata kau, ni semua rezeki.. ada orang dilimpahi kekayaan dunia.. syukur jugaklah.. ada orang dilimpahi kasih sayang, keluarga baik-baik, anak baik, mak ayah baik.. pun syukur jugak.. janji kita bahagia dan tak ganggu orang lain..

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Peej... Peej memang anak yang baik... i salute!
Akak antara pembaca setia blog mama.. wpun tak baca dari mula tapi habis semua yg lama tu akak korek, terutama kisah berepisod tu.. hihi
Bila baca blog mama.. akak rasa dekat sgt dgn keluarga Peej, mcm kenal sgt wpun tak pnah jumpa, pelikkan dunia blog ni..

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

First time baca blog auntie nani pun dah rasa suka dan jatuh hati. Gitu. Lepastu baca lagi semua, komen2. Jumpa pulak fb auntie nanie. Terus add. Baru pertama kali komen2 dengan auntie pun auntie memang friendly sangat. Suka. Mak ayah kita IT ni kurang. Nak belikan hp baru pun tak mahu touch screen. Leceh katanya. Heheh.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah...
Kita semua sayang ibu ayah kita. Dan kita semua nak masuk syurga bersama sama.
Semoga satu hari awak dan adik awak akan menutup aurat, insya Allah :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

saya suka style peeja burhan...

mamabeauty said... [Reply to Comments]

true enough rezeki datang dari pelbagai cara..
tapi comel jer your mom ada blog..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...