Instagram : @peejburhan

Black Beauty

hi readers.
kak jah kembali.

padan muka korang siapa suruh baca.
rasakan muntah darah aku marathon kisah kereta.
so seperti yang aku maklumkan. aku tak sure dapat kereta ke tak jumaat kan.
hanya mampu berdoa.
dah la angela ni rajin layan.
tetiba nanti dia hantar pic kata ur baby.




terbelek-belek la aku tengok gambar.
tu yang rasa, so near yet so far. wah dramatic sangat perangai.
pastu terus tak aman je rasa.
yang laki aku kemain suruh aku siap.
dia kata kan kita nak amik kereta.
aku macam, tak tau lagi laaaaa. kena tunggu dia confirm.
nanti dia bagi tau.

aku dah la mengantuk.
sebab bangun awal pagi tu.
nak tidur tapi takut tak sedar nanti phone bunyi.
yang MrB dah sibuk-sibuk, dia kata bagi tau pukul 3pm.
ni dah 3.15pm…takda la tu. hari isnin la tu. u tanya la dia.
saje je tau sakitkan hati kita.
aku lak malas tanya-tanya banyak kali ke apa.
tak suka push2 orang.

sambil pegang hp taknak lepas aku macam tidur-tidur ayam.
hp bunyi je terkejut-terkejut jenguk.
yang laki aku pun sibuk, haaaahh tu dia.
bukannn. tu elly n filla, dorang pun tengah tumpang excited n tanya khabar berita.
tidur-tidur ayam je mampu.
MrB memang dah tertidur tepi aku.
then tanya angela around 3.30pm. if ada good news.
lepas tu tak mampu dah. ngantuk. letak phone tepi.

:: btw dia bukan honda bangsar. masa memula save number elly cakap dia bangsar ke pj. so aku main save je. ::

haaaa nampak tu?
dia balas aku terjaga.
then dia reply lagi aku terjaga.
mana tak tidur ayam. debar-debar tau.
dia cakap je boleh amik petang tu, amboi segar terus uolls.
kau tengok la reply on the spot ok.
terus kejut MrB kata dah boleh ambik.
kesian MrB juling-juling mata mamai cuba hadamkan apa aku cakap.
dia kata haaa, pergi la siap.

yang aku tetiba, ok i nak mandi. 
dia suruh aku mandi, dia sambung tidur. cehhhh.
yang pelik motip nak mandi? padahal dah mandi dah pun pagi.
ok takpa mandi badan je.
pastu belek-belek, eh nanti kang rambut berminyak, shampoo la.
haaaa kau nampak tak saiko di situ? motip kau sampai nak mandi shampoo bagai?
bukan date pun, pergi amik kereta je pun.

time tu pulak boleh sakit perut.
heiiii buang masa ok. i nak cepat ni, nak elak jalan jam.
takleh jadi, lets memerut sambil mandi.
multi tasking sangat sambil memerut sambil shampoo rambut.
buruk perangai.
whatever ok, janji menjimatkan masa.

pastu sambil panggil my teksi.
sambil make up. haaaa siap make up kau. hahahah.
type balik ni rasa bangang abadi jugak la.
Alhamdulillah sekejapan je my teksi datang.
padahal selama ni, aku try pakai my teksi tak pernah berjaya.
sebab semua teksi taknak amik iolls n bawak ke destinasi.
nasib Allah permudahkan.

tapi aku sibuk make up. teksi dah on the way.
aku suruh MrB pergi tunggu luar. 
tengok kat app dah sampai teksi ni.
aku keluar tengok laki aku tengah menyapu daun-daun keguguran. T____T
sempat ok dia tu. pelik bebenor.

so naik la teksi kami berdua menuju ke jalan klang lama.
again walaupun keluar rumah around 4.30pm. tapi takda jam langsung.
smooth je all the way.

nasib tempat laki aku familiar.
sebab scott's garden ke apa nama tu boss dia punya project.
then kawan laki aku Mi tu kerja area tu, so dia dah survey n inform kat mana Honda dealer tu.
harap aku? walaupun anak jati KL, jalan klang lama tu tadi first time aku jejak ok. huhu.
serious tak pernah pergi area tu.

n kami sampai pukul 5pm.
hahahaha semangat tak? call angela pun dia terkejut. 
sebab dia belum ready, kata tengah siapkan service book n nak isi full tank.
so kami tunggu la dalam 1/2 hour sementara angela siapkan.

sangap-sangap tu sementara menunggu marilah ambik pic sekitar.
n selfie la. 
ok fine selfie je yang lebih sebenarnya.



nampak tu.
nak amik muka serious pun tapi automatic nak tersengih sikit.
ceria terus iolls.
korang patut tengok muka aku bengkak masa 27th aug tu.
bengkak sebab asyik menangis. hua hua.


tersenget-senget nak menahan sengih.
oh laki mood nak bermisai pulak.
aku tak suka. dulu asal tumbuh sikit je aku suruh cukur.
i is don't like ok.
dah la laki aku jenis if cium pipi jenis suka tonyoh2 muka gesek2.
sakitttt tajammm mencucuk-cucuk.
tapi keji pulak aku kan, dah 10 tahun dia tak dapat nak bermisai bersungguh-sungguh.
so dia nak ni biarkan je la. nampak lain pulak. haha.
macam rupa magician pulak.
nanti sikit-sikit aku, "oling, oling tu ada misai like magician."
nanti dia tanya la, aku tak suka ke?
aku kata takda la, ok je.
layankannnn.



pastu masa yang di tunggu-tunggu tiba.
angela bawak ke kereta n suruh check-check.
so check apa patut.
hihihi. rasa pelik. n tak percaya pulak.
akhirnyaaaaaa.

:: sopan n tersipu-sipu malu kak jah ::

yang MrB, time tu jugak dia bukak plastic semua.
tak sempat i nak menghayati perasaan kereta baru.
ingat taknak la bukak dulu. balik rumah buat la.
kena sound setepek kata, jangan peghak sangat nak bawak kereta berplastik bagai.
ok fineeee. *jelingan maut* *ok tipu…happy sangat tak sempat jeling*
so aku n angela naik atas nak sign apa patut.
sambil dia cerita pasal service la apa.
MrB kat bawah sambil busy cabut plastic.
turun bawah memang dah togel. tsk.
tapi rupanya ada 2-3 tempat dia tak bukak la. sbb tersorok n tak perlu bukak pun takpa buat sementara. dia kata takpa ni biarkan dulu.
heeeee ok.

then ambik gambar kenangan ngan angela.


ok sekarang ada rasionalnya aku make up sikit.
kang tragis sangat rupa aku amik pic ngan angela.
sebab dia comel sangat.
cakap thank u ngan angela n kata takpa la u naik la.
kita orang nak lepak smoke kejap.
sebab kereta baru, mana boleh hisap rokok. hahaha
ok tipu. poyo tu. hisap je la. sebab nanti akan smoke jugak kan.
tapi takleh smoke dalam kereta sebab baru tinted kan, so cermin tak boleh turun.
sambil tu sambung sengih-sengih.


aku pun tak sure motip nak sensor no plate. padahalll…
but anyway, lepas sampai tu hujan lebat.
so angela kata sorry, i sudah hantar basuh n polish tapi isi minyak tadi hujan, so tak basah.
eh tak mengapaaaa. lencun pun takpa, janji dapat pun dah happy sangat.


aku penyegan kan. so biar MrB je la amik pic bersama.
time amik ni terus dapat nama untuk kereta ni.
kemain la aku pikir-pikir apa nak bagi nama kat dia ni.
kemain reka jazzebelle la, miss J la…n few la, lupa lak.
tapi elok lepas amik pic ni aku dapat nama dia.
so aku namakan dia, "HITAM MANIS".
sebab lepas snap pic ni terus rasa macam, dua hitam manis kesayangan saya. :)

so destinasi pertama adalah rumah papa n mama.
punya la excited ni. sebab dorang tak tau aku dapat kereta hari tu.
sebab MrB balas kat whatsapp adik beradik aku cakap tak dapat hari tu, aku tengah sedih gila.
so nak surprise la konon.

aku tak tau la korang, tapi ni aku la.
aku rasa antara sebab aku emo tersangat masa tak dapat kereta adalah sebab aku pikir parents aku.
sebab masa memula bagi nak beli kereta, dorang yang happy lebih.
bagi tau kereta launch, papa daripada jauh aku nampak dia tersenyum simpul.
nanti mama akan tanya, bila dapat kereta? mama nak merasa naik kereta sebelum pergi haji, sempat tak?
kau tak sedih? sedih laaaaaaa.
tu yang tempat pertama harus di tuju adalah dorang.

tapi katanya petang kan. memang jammmm la weyh.
jam melekat yang meter hanya mampu naik 10km/j sahaja.
dpd jln klang lama nak ke setiawangsa amik masa 2 jam. gila.
kagum aku korang boleh mengadap hari-hari jam ni pergi balik kerja.

anyway sampai sana parking tepi.
takda la exactly depan rumah.
sebab dah plan ngan MrB nak surprise dorang.
memula nak drama kata, tak dapat hari ni…ni kita orang datang naik motor.
so masuk je rumah, nampak mama tengah lipat baju duduk atas lantai.
belakang dia papa duduk atas kerusi.
tengok dedua mama n papa dok berkepak2 tangan sambil nyanyi lagu.
bukan lagu la tp more like bunyi…tapi time kecik dulu arwah atuk aku suka guna lagu tu untuk agah-agah.
kemain mama n papa berkepak tangan sambil bernyanyi2 n cakap kereta baru…kereta baru.
ahhahahahahahah comel sangat. tak dapat nak drama.
rupanya ayol pecah lobang.
dia nampak masa aku reverse parking tu. dia kata terang je lampu..pastu no plate macam kenal.

nak ajak dorang tengok kereta.
tapi elok lepas tu ada tetamu datang.
ye la mama nak pergi haji kan, tak putus-putus ada tetamu datang.
padahal aku plan nak bawak mama n papa dinner.
tapi dalam pukul 11pm mama cakap, takpa la. kau pergi la minum.
esok pun boleh jalan.
so aku pergi lepak minum bawak ayol sekali. :)
then bungkuskan sekali untuk mama n papa.
around 12ish balik, tak lama la lepak sebab takut mama n papa tidur pulak if balik lewat.
lapar tu.

masuk rumah elok lock pintu tengok mama n papa dah tepi pintu.
mama terus capai tangan MrB suruh bawakkan dia tengok kereta.
papa pun ikut sama jalan slow ngan walking frame dia.
aku pergi toilet jap sebab nak terkucil.
keluar tengok mama dah dalam kereta dok kesat-kesat air mata.
papa pun kemain senyum lepas tu cebek.
sebak kakjah tau. i cannottt.
nak amik pic takleh sebab mama tak pakai tudung lak time tu.
walaupun sebak tapi berbunga sangat hati time tu.
tengok parents kita happy.
walaupun sebenarnya takda apa pun.
sebab pikir balik, ala kereta je pun.
orang lain lagi best-best kan.
takpa la, takat ni hanya mampu bagi dorang happy tengok 'hitam manis' ni je.
mana tau 1 day, if Allah bagi rezeki cucu hitam manis pulak. huhu.

lama duduk bersembang. sampai pukul 3am baru gerak.
yang MrB dok gelakkan aku.
ulang cerita yang aku sikit-sikit nangis sampai dia stress.
pastu aku poyo-poyo kata badan sakit naik motor.
dia kata, elehhhh padahal berbulan ni naik motor ok je, dan-dan la nak dapat kereta dia nak komplen sakit badan.
eeeiii tumbuk kang. memang sakit la. tapi pendam dalam hati.

oh by the way, andai ada di antara korang yang nak beli kereta.
if honda antara pilihan hati. sila la contact angela ni.
serious aku suka sangat berurusan dengan dia, sweet, bersungguh-sunguh, pantas dan tangkas la.
cepat sangat dia buat kerja.
tak perlu kau push-push ke apa. cakap sekali je terus dia paham n usahakan.
macam kes jpj di hari jumaat tu. tak sangka di berjaya jugak la settle kan.
n dia make sure aku ambik jugak kereta hari jumaat seperti yang dia janjikan.
walaupun dah lewat petang.
padahal boleh je suruh aku amik hari sabtu kan.
berbeza sangat la SA lama, dengan angela ni.
dia sentiasa akan update. n bikin kau sentiasa berbunga-bunga.
tak berkira semua la. sweetttt sangat.

:: thanks to popo elly kerana recommend angela ::


Alhamdulillah akhirnya, segala dugaan dan cobaan dan penantian satu penyeksaan tu settle.
now lagi nampak hikmahnya.
elok jugak tak jadi amik color lama, sebab rupanya tengok live memang kurang menawan.
menawan lagi hitam manis.
mungkin kecenderungan aku untuk suka apa-apa yang berwarna gelap tak dapat di pisahkan.
bak kata pepatah orang gelap, "once u go black, u never go back". :D


p/s: ok no more kisah kereta. kang cerita lagi ada if terjumpa readers aku kena back hand pulak kang.


47 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah tahniah peej!!
nangis saya tgk kereta awak peej...sebab saya x mampu beli...setakat proton & perodua boleh le...
Semoga ALLAH kurniakan baby 'hitam manis' pulak utk peej mesti hensem mcm bapak eh

Anonymous said... [Reply to Comments]

Lepas ni citer le byk2 pasal si hitammanis ni...

Jumiyatul said... [Reply to Comments]

congratulations peach! I got my jazz pun dari situ. Abg Shah. Lepas seminggu booking dah dapat. Tp I punya model lama 😬👍

Anonymous said... [Reply to Comments]

alhamdulillah....snok dpt hepy kan parent kite...terharu je bace..trus trbygkan wajah mak abah...

yana2605 said... [Reply to Comments]

sedih la peej..u seorg ank yg baik..mgembirakn hati org tua yg pling pentingkn..semoga u lebih murah rezeki slpas ni...

Anonymous said... [Reply to Comments]

ALHAMDULILLAH....Tumpang gembira utk u peej. Jaga kereta elok2 ya. akak baru beli CRV 2 minggu ada budak nakal toreh kereta akak...nangis meroyan akak peej.

aziekz said... [Reply to Comments]

wow..best akak..
tergerak nk msg akak..slam a ni just BC...huhuu terharu..here..pnjg cter si hitam manis ni..tp seronok BC..

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

Baca bab parents kau tu aku menitik air mata ok. Sedihnya laaaaaaaa. Finally! Congrats babe. Hitam manis si hitam manisssssssss. Obvious gila kereta kau beli dah lama sbb number plate K. Sekarang dah M ok!!! Aku lg season. E je belakang. Tskkkk

usna said... [Reply to Comments]

Alhamdulillahhhh
Tumpang gembira baca dah dpt kereta and share kegembiraan dgn parents kak peej
So sweeeeet
Akhirnyaaa ia milik kak peej jugakk
=)
Tahniahh n drive carefully yea

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

wahh..tahniah peej...tumpang hepi for u.bila ko cerita part mama n papa ko, terus mengalir air mata aku..peej ko anak yang sangat baik A+++.

Rasa respek sgt..InshaAllah..tak lama lagi hitam manis kecil akan mucul..sabar yer..sama2 kita doakan semoga aunty nanie dapat cucu hitam manis dia..

kiss n hug kat hitam manis (yg 4 tayar yer..bkn 2 kaki,kang mkn penumbuk plak aku..)

p.s : nanti aku nk tompang pi pjbt pos bolehh..hahahahaha

happy for u.

Juz Haira said... [Reply to Comments]

Alhamdulilah... Best nyaa keta baruuu..hehe,

Anonymous said... [Reply to Comments]

Good for you peej. And Angela rocks

Missy P

huda.nh said... [Reply to Comments]

Saya faham sgt apa yg peej lalui...menanti something yg mmg kita harap2 kan menduga iman & kesabaran.. sy yg baca pun sebak. ..apa2 pun your patient paid off. ...

Anonymous said... [Reply to Comments]

menitis air mata aku bila baca pasal parents kau happy sebab kau dapat kereta baru :)

Aisyah said... [Reply to Comments]

Tahniahh peej..so hapyy for u...finally dpt..jazz adalah keta idaman akak gak...tp belum mampu..huhu..peej nama keta akak Gwen..hasil pengaruh citer Merlin...hee..akak pakei viva je...

Happy for Peej said... [Reply to Comments]

Yay for Peej! Mengalir ayaq mata baca entry ni. Ameen for cucu hitam manis one day nanti! Yayy!!

ShirVen said... [Reply to Comments]

yeah krita baru!! tentu sronok kan esp hasil titik peluh sendiri. i just tukar my car last april as bday present tuk sendiri. alhamdulilah, my car dealear sgt efficient. beyond expectation! urusan 2 hari je tau2 dpt. sronok! take care of hitam manis!!! mine is Panda! black is the best!!! :)

Najmi said... [Reply to Comments]

YAHOO!!! Alhamdullilah kak peej dapat gak Jazz. First time comment sebab excited baca kronologi kisah nak beli kereta ni. Hahaha Kirim salam kat auntie ek kak.

Min Min said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah finally dapat gak. Soooo happy for you dear. Mmg rasa soo happy bila baca post ni tersenyum sensorang mcm kita lak yg dapat keta baru. Enjoy ur hitam manis u really deserve it.

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak peej happy for youuuuuuuu!!!! touching sgt bab parents tu! :')

~~kamek bziee~~ said... [Reply to Comments]

Assalamuallaikum peej...
sy silent reader awk...
Lama dah dok skodeng2 blog awk....
crita mmg best...x bosan...
btw taniah utk kereta aka si hitam manis awk....
Alhamdulillah rezeki...
dan doa mak ayah awk utk awk terus bjaya dan d murahkn rezeki....
n sy pun hampir nak nanggis...:'(
Tp dlm waktu yg sama tumpang happy tengok kbahagiaan awk...^_^

Anonymous said... [Reply to Comments]

Am ur silent reader. Happy 4u. Yay, happy ending! Maybe ada org x fhm knp nk sedih2 @ emo sgt pasal kete.. But i feel u. I've seen member mengamuk pasal kete ni.. Ye la, bila lmbt menyusahkn kita. i pun penah gk, tp i juz cancel je order tu.. Amik kete lain. Apa pun, congrats for ur new car!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam akak..saya nie silent reader je tp arinie nk komen sbb story nie mmg touching!saya trus nangis bab aunty nik kete akak sdgkn dah pkul 3am sbb slme nie die mmg teringin nk naik kereta br akak b4 g Makkah..even org mgkin nmpk that's nothing bli kete je pn tp ble kita dpt fullfill parent wish mmg sgt lin rs die..Congratulations sis

Anonymous said... [Reply to Comments]

Akak punyalah excited u dpt keta sampai bgtau kronologi crita u kat suami. Kami pun sama tumpang gembira. Padahal suami Tak minat pun pasal blog2 ni. Anyway tahniah peej.

missalongwani said... [Reply to Comments]

tahniah kak...kak..kite ade msj akak kat fb..maybe masok other kot...nk minta tlg akak nih.... :)

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

Happy for u k.peej...! sengih2 baca entry ni, tumpang excited, gembira skali, hehe. apa pun, pulangkan syukur pada Ilahi... Alhamdulillah. no more stress2 yep, hihi =)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi Peej,
I'm your silent reader.Btw congrates for ur nice car.Its u in this hitam manis in sentul area this afternoon?WA 858 K

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Peej,

Tahniah dan Alhamdulillah di atas rezeki baru Peej dan keluarga. Semoga dalam rahmat dan redha Allah SWT selalu hendaknya. Doakan rezeki buat kami juga ya. Kecemerlangan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.

Salam,
kzue

Anonymous said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah Peej..
Akak mengikuti story kereta ni darimula
Sebak bila mama Peej menangis..Allah permudahkan sebab Peej anak yang baik

Anonymous said... [Reply to Comments]

alhamdulillah and tahniah pija. sgt touching part "masuk rumah elok lock pintu tengok mama n papa dah tepi pintu. mama terus capai tangan MrB suruh bawakkan dia tengok kereta.papa pun ikut sama jalan slow ngan walking frame dia". serius..rase nk nangis T T.

Lavender violet said... [Reply to Comments]

congratz kak peej...
angela mmg cute la..
btw nk tanya lipstik kak peej colour ape?
lawaa laa

Anonymous said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah. Tahniah.

rohayaroy said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah.. Tahniah!! peeeej.. yeaah dah dpt kete baru.. tumpang happy jugak ye.. :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

tahniah...tumpang happy.tak plak rasa dengki.harap terus success dan maju jaya dan terus jadi businesswoman yang berjaya.semoga bertambah2 rezeki lepas ni..

Ayu sukatiakula said... [Reply to Comments]

tahniah peej..akhirnya dapat juga apa yg u idamkan

Anonymous said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah, Yeyyyyy, Peej dah ada kereta!
=)

-Dakpink.blogspot.com-

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kak Peej, sy ni silent reader je sebelum ni tp harini lepas baca story ni,sy yg terlebih sengih2 tgk kak peej happy dapat kereta. Hihi. Congratulation n selamat bawak family jalan2 ye :)

ZuNas77 said... [Reply to Comments]

Ok..dari awal ikut cerita hal kereta ni, tapi entry kali ni bikin mengalir airmata. yes, maybe bagi org lain eleh, kereta jer. Tapi for lovely parents like yours, benda tu sgt2 bermakna kan..comel je dua2 dduk dlm kete pastu cebek. haha....Congrats and cant wait for "cucu hitam manis" nanti. hehehe

mamabeauty said... [Reply to Comments]

Yeayyy happy for you also dear... tapi bab your mom tu memang touching..

Hani said... [Reply to Comments]

congrats peej
sedihnya part mak tu peej, dia gembira u dpt kereta. hati seorang mak.

nanonano said... [Reply to Comments]

Alhmdulillah, happy for u,
betul2 terharu dgn entry ni :)

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

tahniah yeay clap clap clap
bau kereta baru best kan

Syida Rasyidah said... [Reply to Comments]

yeeahhh, akhirnya.. tahniah kak peej :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, so happy for u! Leleh air mata baca tauu..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi Peej
Rasanya ni first time i menangis baca ur entry. Sebelum ni duk la mengekek sensorang kat opis. Mostly entry kelako2. Bab mama menangis n papa u cebek tu uwaaaaaaaaaaa pleaselah! Tak tertahannnn..
Dgn i i skali excited tunggu keta u nih tau. Tak sabar sangat nak kongsi gembira tu. Great choice the black one btw! Tahniah peej.. Semoga lebih success di masa akan datang. I and my cat akan doakan ;)

hOtMaMa said... [Reply to Comments]

ni la dia hikmah yg tersirat.. tahniah peej! happy ending sngt.. hehe

Ms Haslina said... [Reply to Comments]

alhamdulilah, tumpang happy sekali. tahniah dengan kereta idaman.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...