Instagram : @peejburhan

berdebar-debar je menahan kerinduan.

entry ke belakang sebab baru transfer pics.
few days before mama n ayol pergi haji memang busy.
sebab tugas aku mencari barangan mana yang belum ada lagi.
ikut mama, dia nak keluar. tapi aku tak bagi.
mama tu bukan boleh. kang berjalannya sikit.
tapi nanti demam urat sampai 2-3 hari.
dia nak pergi kan. so banyakkan la berehat kan.
tapi tak rehat pun, macam aku cakap tetamu datang tak putus.

so dalam masa 3 hari tu ke sana ke sini la aku mencari mana tak beli lagi
boleh tahan banyak gak dia tak beli lagi.

- bekas ubat ayol
- s hook
- battery
- gunting kecik untuk tahalul
- mask jerebu
- tukr duit riyal
- bekas transparent tapau
- international plug
- face wipes
- permanent marker silver/gold
- neck pillow

memang if ikutkan some memang boleh je beli sana.
tapi tau la condition mama, bukan senang-senang nak berjalan sana sini beli barang.
takkan ayol nak buat semua kan.
so biar semua dah ada bawak daripada sini.
so sampai sana senang la kan. harapnya takda apa yang kurang.

Alhamdulillah semua dapat ku cari n belikan.
pastu sambung packing yang boleh tahan tak berkesudahan.
aku kata by sabtu malam make sure semua ok n siap packing.
takda makna. ahad tu nak dekat gerak baru settle semua.


hand luggage mama n ayol.
e eh muka mama apesal macam sedih sangat je.
tak menahan tengok.


then time nak tulis details kat bag.
dok tanya tulisan siapa lawa sila tulis.

ayol : tulisan siapa lagi lawa? saya ke kau?
me : kau je la. tulisan aku tak lawa.
ayol : ye lah.
me : paling lawa tulisan papa sebenarnya. kannnn.
papa : tak boleh dahhhh. papa dah sakit.

serious tulisan papa lawa sangat dulu.
time sekolah rendah memang papa yang akan tulis nama, kelas semua kat buku-buku sekolah kita orang 4 beradik.
now dah sakit tak sama dah.
sekarang if tulis kat kertas A4 pun tak straight je. ke atas la. ke bawah la.
dulu elok straight je if dia tulis surat ke apa. walaupun tu kertas kosong.
sampai kau belek2 cuba mencari adakah ada garisan tersembunyi ke apa ni. huhu.

tetiba tengah sibuk kita orang berkemas papa sibuk tanya mana marker pen la apa.








eeeee sibuk je tau.
rupanya dia nak tulis kat bag tu. :'(
yang mama dah nangis kata jangannnn la tulis.
nanti mama sedih kat sana ternampak tulisan papa.
pulak dah. ala takpa la. biarlah la papa tulis.


kerja dia ni makan jeee.
makanan mewah pulak, orang datang je bawak something kan.
heheh takda la. rajin dia ni.
dia bab tolong begini tak reti.
tapi dia sibuk dok mengemas rumah la macam biasa.
sibuk cuci toilet la, bekas kencing papa la, menyapu la, membasuh pinggan mangkuk la.
bagus sangat ni.


hasilnya.
boleh la. tak sama macam dulu. tapi boleh di terima. :)
meriahkan ribbon kat bag tu. hahah.
kawan-kawan laki aku siap gelakkan kata, "siannn ayol, meriah ribbon. dah la warna pink."
hahaha pasrah je la.
tapi mama kata takpa senang daripada jauh dah nampak.
aku kata kalau macam tu baik mama letak bunga manggar terus ma.
keluar je daripada belt kat airport tu dah tau, haaaa tu beg aku.
mama kata ok jugak tu. letak satu kan. macam arial.
eh takda yea satu. aku suruh letak sejambak macam orang nak kawin tu.
hahahha melampau sangat kan kalau macam tu.
tapi serious letak macam tu confirm tak hilang n daripada jauh kau dah tau tu bag kau.
memang takda orang lain buat. ;p

settle pack barang-barang tu.
tolong mama packing kan serunding pulak.
acu bagi n ada reader mama post jugak.
since semua dalam plastik besar. kita orang pack kan kecik2.
mama kata senang sekali makan.
n nak sedekah kat orang ke apa senang nanti.


esoknya mama packing sambal bilis tu pulak.
nak packing malam tu aku kata takyah la.
biarlah dah dalam bekas tu.
mama kata amik ruang bekas2 tu.
tu yang packing gak dalam plastik esoknya.

aaaaa aku rindu kat mama ni.
rindu sangattttt :(
sesikit teringat then sebak je.
semalam ayol ada call. dia kata selamat sampai dah.
Alhamdulillah mama ok masa naik kapal terbang tu.
ye la kan since mama sakit 2008 memang mama takda naik dah kapal terbang.
sebab tu saspen jugak la memikirkan telinga mama nanti macam mana.
kita yang sihat ni pun kadang tak tahan ngan pressure tu.
tapi ayol kata ok. :)

ayol kata hotel dorang dalam 950m daripada masjidil haram punya pintu no1.
kalau berjalan tu dalam 20 minit jugak la.
boleh tahan jauh tu. confirm kurus nanti ngan pakej menolak mama. :)
harap ayol di beri kesihatan yang baik.
dia pun bukan la sihat sangat. dia kan ada darah tinggi.
mama pun harap badan ok. walaupun atas kerusi roda kan. penat jugak badan ke apa.

papa lagi tak tahan.
semalam masa pergi sana dia tanya, "mama balik tu nanti pukul berapa kena pergi airport?"
"sabarrrrr pa, baru sehari dorang pergi pa…lambat lagi nak balik. hahha."
"takpa biar kita ready."
"lamoo lagiii. hujung bulan depan. melampau sangat nak ready daripada sekarang."
tersenyum simpul papa.

aaaa takda wifi ke kat sana?
nak facetimeeeeee.
debar-debar je hati ni rindu tau.
berapa malam takleh tidur dok risau.
nanti kejap-kejap aku bukak flight radar tu.
tengok flight dorang dah kat mana.
nanti tetiba aku tengok eh apesal kapal terbang ni terbang melintasi atas laut ni.
kapal terbang lain semua terbang di tepian pantai berdekatan darat.
jangan buat pasal.
pastu nanti kejap-kejap bukak fb tabung haji tengok dorang update apa.
tengok dia update dah selamat mendarat baru lega gituh.

menghitung hariiiii…….


13 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

selamat menunaikan ibadah haji kepada auntie and ayol. insyaAllah sama2 kita doakan supaya diorang dipermudahkan kat sana :) sebulan tu kejap je, pejam celik kang balik dah diorang hihi.

ErnIe said... [Reply to Comments]

Salam peej. Saya ernie yg komen kat ig, yg my husband sama KT42 tu. My husband kata ada free wifi kat lobby hotel. so smlm mmg guna wifi hotel utk whatsapp kejap. hari ni dia dh beli simcard sana utk data plan saja. 2gb 50riyal. maybe boleh minta ayol beli satu simcard data plan utk mudahkan facetime. Hope this info will help you.

Miss Sasu said... [Reply to Comments]

assalam..

salam perkenalan dari saya.

jom ke blog saya. kisah saya dalam menurunkan berat dan mengekalkanya sebagai suri rumah yang bekerja .

thanks

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

in syaa Allah, kat sana sihat walafiat! udara, angin semua menyegarkan! rs sihattttt je! plug kat sana sm je mcm kita...huhu

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sedih tengok uncle Bob. Sabar ye uncle. Kita sama-sama berdoa auntie dan abam jubah dalam peliharaan Allah swt. Semoga kedua nya mendapat haji mabrur.

cikpuanfairul said... [Reply to Comments]

kak peej,i feel u kak..ehhehehe..dulu masa mak n ayah saya pergi pon,time tu form 3,tiap2 mlm menangis..pulak tu mana la ada skype la,whatsapp la....so rindu ngan mak just nangis tekap2 bantal je xnak bg kakak dengar..ehhehehehe...semoga auntie ngan ayol dpt haji mabrur...insyallah...

Normarina Anne said... [Reply to Comments]

tetiba baca saya plak yang sedih. semoga semua nya dipermudahkan..dan selemat kembali ketanah air..insyaallah..

honey bedazzled said... [Reply to Comments]

kesian plak aku baca. dh baca anak kecik ni. hahaha sama la macam aku dulu gak. mak pak aku ni rajin p umrah haji. dari zaman remaja. so selalu rumah sunyi nagis sorang sorang rindu...

li n said... [Reply to Comments]

Insyaallah. Semuanya akan dipermudahkan. Mereka berada dibawah lindungan Allah yang maha pelindung, maha pengasih.

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej..gunting kecik lepas eh custom check? we all dulu x lepas.... :S

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Semoga semuanya dipermudahkan auntie dekat sana. Rindu juga nak tengok auntie update kat fb dan blog.

norliza_osman said... [Reply to Comments]

Hi peej, selalu memang x pernah nak comment pun. Tetapi disebabkan auntie.. memang tulis gak ler.. Sama ler memang rindu dengan Auntie. Walau x pernah bersua muka, hanya di blog tetapi segala penulisan auntie terasa dekat sangat di hati. Semoga auntie sihat disana dan selamat kembali. Dan tolong jangan lupa update cerita auntie.. bye..

Irfa said... [Reply to Comments]

nape tah, baca rasa sebak
semoga auntie nani selamat pegi dan selamat balik

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...