Instagram : @peejburhan

al-hajj

lama dah pic dalam draft entry.
tapi nak memulakan membuat entry tu malas semacam kan.
tapi asyik dok tangguh nanti malas terus.
macam entry redang tu. hahaha. berkubur je la.
so ni tengah ada time n rajin sikit.
elok la aku buat entry ni.

takda apa nak cerita sangat.
tapi rasakan la dibanjiri gambar entry ni.
hari mama nak bergerak ke haji tu.
kawan baik mama, aunty maz sponsor nasi ayam untuk 30 org makan.
sebab mesti akan ramai kan datang.
memang elok sangat. sampai ke malam boleh makan.
siap bawak ke tabung haji lagi pack2. pun makan sana.

mak mertua aku pun datang untuk jumpa mama last sebelum pergi.


:: nonoy yang asyik menangis je hari tu. dia ni memang touching lebih. oh btw tu anak buah aku auni. anak adik ipar aku, hafiz ::







:: aku tak paham laki aku ni. tengah amik pic tetiba nak pose berdoa pulak. tapi pandang camera. tah apa-apa. then bila sound suruh jugak amik again. kali ni tak pandang pulak. eeeee. layankan je la ::






:: mama tumpang kasih ngan auni. auni ni sebaya zara sofea. nasib auni elok layan mama, kemain dok panggil nenekkkk..nenekkk.. ::


:: bakal haji dan hajjah ::



:: tak tau la apa yang mama sedih sangat. ::



kita orang gerak dalam pukul 5ish macam tu.
ok mama pergi ni kan dengan ayol.
ayol gantikan tempat papa sebab papa jatuh sakit.
elok mama buat check up n nak stock up ubat untuk ke mekah.
doktor rasa tak sedap hati nak biarkan mama pergi takda teman.
dia kata anak lelaki nanti tempat tinggal tak sama kan.
susah hati nak biarkan mama, sebab kesihatan mama tak ok.
so dia kata dorang akan tulis surat bagi mama bawak sorang teman perempuan.
so dapatkan la slot untuk kawan mama, auntie su.

tapi rezeki mama, di permudahkan semua. Alhamdulillah.
auntie su ni anak bekas Panglima Angkatan Tentera.
now abang dia sorang tu pun still in service. Jeneral.
so masa kat tabung haji kelana jaya tu dapat la bilik. selesa.
takda la duduk ramai-ramai kat bawah khemah ke apa kan.
so sampai sana terus ke bilik VIP, alam shah.

then ada 2 orang tolong. sorang kolonel, sorang lagi kapten.
so mama, ayol n auntie su langsung tak payah buat apa.
semua dorang uruskan daripada check in, amik tag, semua la.
duduk je la kat bilik tu.
sampai dengar orang dok panggil jemaah pun kita orang tunggu lagi.
risau gak. rasa macam eh takyah turun ke?
dorang kata tak payah. nanti dorang panggil.
rupanya semua dah penuh dewan ke apa baru dia akan panggil last.



:: bekas officemates mama n auntie su datang jumpa kejap menghantar. auntie su yang in between papa n mama tu. ::











bilik super besar.
so memang selesa la.
ramai-ramai dalam tu pun tak rasa.
tapi boleh tahan lama tunggu.
ye la sampai around 6pm macam tu.
by the time bergerak pukul 9.30pm macam tu.
nasib bawak bekalan. so siapa lapar boleh makan :D
tapi if tak bawak bekal pun boleh je.
sebab tengok kat tempat vip ni sebelah sana ada kantin.
macam-macam la ada. so if lapar boleh makan je.

kita orang bawak bekal sebab ramai yang datang visit tu dah bagi tau.
bawak makanan. sebab kat sana nanti tunggu takda makan.
hanya akan dapat makan bila naik flight.
gila kau lama. lapar la kan.
tu bawak tu.
tapi bila dapat duduk kat atas tu, ada lak kantin.
tapi takpa kot. bawak bekal nasi ayam berapa belas pack tah.
balance tinggal 4 pack je. :)




ye kalau bersembang ngan mama, kau akan mengeluarkan memek2 muka yang macam-macam.
sebab mama akan cuba lip reading. kalau kau sembang je macam biasa.
memang dia takkan faham la.
yang papa comel je, dia pakai bantal leher mama tu.
melekat je ngan benda tu. huhu.













masa nak pergi tu sedih kejap.
sebab sempat la bersalam n cium kejap. tapi ramai kan.
ingat ala kat bawah nanti sambung.
aaaa sekali tak sempat. rupanya laju je dorang tolak ke dewan untuk taklimat tu.
terkilan je rasa.
rupanya sebab semua jemaah dah ada dalam tu kan.
dorang ni antara last masuk. tu kena cepat-cepat je.
dah la aku n mrB tolak papa.
lift lambat pulak. sampai bawah tengok dorang dah takda.
n takleh dah pergi sana.
sian tengok papa tercari-cari mama.
pastu mintak kebenaran nak ke sana gak.
tengok dah tutup pintu :(

nasib guard tu bukak kejap pintu.
n mama n ayol elok duduk tepi pintu.
melambai2 la dorang.
yang mama suruh papa balik. dia kata jangan la macam ni.
nanti dia lagi sedih. so tu la last. aaaa sedih.

berapa hari sedih n emo sebab rindu sangat kat mama.
takda khabar berita kan. senyap je dorang.
then terpikir, mama tak sihat kot.
mama ni memang if travel mesti dia akan demam 1-2 hari baru ok.
so maybe la. dia nak adjust badan dia travel lama semua kan.

cuma dengar khabar je daripada ayol.
tapi tu la tak puas sebab tak dengar khabar daripada mama.
rindu mamaaaaaaa.

dah la masa ayol contact p.g tu rasa susah hati je aku.
sebab ayol kata kat sana mama degil.
mama taknak naik kerusi roda. dia kata dia kuat. boleh berjalan.
aku tau la. mama berjalan sikit pusing JJ pun dia punya letih n terhuyung hayang tu kan.
ni pulak jalan pergi masjid sampai 1km. hoiii aku pun akan pikir berapa kali.
ayol kata mama tu berjalan sampai terkentut-kentut. hahahaha.
dia memang la tak dengar. dia ingat kita orang tak dengar.
lawak pun ada. tapi why mother? why???

dah la sebelum pergi haji banyak kali mama cakap, mama doa supaya mama pergi kat sana.
mama tak larat sangat badan ni.
pastu noy pulak memang jenis selalu mimpi gigi patah la, nanti telinga berdesing la.
daripada dia kecik. if macam tu je mesti ada someone yang kita orang kenal meninggal.
macam hari tu dia mimpi gigi patah. cerita kat aku. aku macam malas layan.
sekali 2 hari lepas tu bapak mertua aku meninggal.
tak tau la kebetulan ke apa kan. Wallahualam.
so masa cerita kat mama tu..mama tanya, "mama nak meninggal mekah. ada tak kau mimpi gigi goyang ke apa?"
yang noy, "takda. takda. gigi noy elok kuat."
me, "haaa takda. maknanya nanti kita jumpa balik. see u sooonnnnn. hahaha."
mama, "takda ye nak? aiseyman. ye lah. hhahha"
eeeeiii sabar je la mak aku ni.

so paham tak kenapa kes kereta hari tu aku macam emo semacam?
kau paham tak? yang mak kau asyik cerita nak pergi kat sana.
pastu cakap, sempat tak naik sebelum pergi haji.
harus la aku emoooo. sebab tu jiwa kacau sangat hal kereta tu.

sampailah seminggu mama pergi. baru dapat khabar berita.
happy….terus ajak facetime.
nasib kebetulan aku ada kat setiawangsa.
terus kejut papa.

dah menangis berdua. sabar je la dorang ni.
yang papa sibuk nak snap pic mama hahaha.
padahal aku screen grab je pun boleh.
api connection tak berapa ok. so asyik putus je sembang.

mama sihat. cuma hari tu demam 2 hari.
haaa mana tak demam nak berjalan je kan.
dia kata Alhamdulillah kaki dia kuat. ye lah tu ma.
pastu dia kata kerusi roda dia bagi roommate dia pinjam.
ada makcik ni 71 tahun nak, kerusi roda dia jenis besi berat tu. sian anak dia tolak.
mama bagi la dia pinjam.

mama tak pergi masjid tiap waktu. mama pergi subuh je.
then tunggu sampai dhuha, baru balik.
dia ikut nasihat kawan aku.
kawan aku pesan, sebelum haji tak perlu pergi tiap waktu. tak larat nanti.
taknak nanti nak tunaikan haji nanti jatuh sakit pulak.
nanti dah settle haji takpa.
so mama ikut la. tapi ayol pergi la tiap waktu.

nasib now mama dah rajin la turun lobby online kejap-kejap.
so dapat la facetime, message kt fb ke.
then nampak la dia update sikit-sikit fb dia.


:: cea cea. abang haji sangat gaya tu. hahah ::

then pic ni semalam tengok papa upload kat fb.
auntie su whatsapp kat papa.
kemain mama berjalan pergi masjid. Alhamdulillah.
nampak sihat pulak.
yang pimpin tu katanya roommate mama.
bilik pun 4 orang je. ok la kan.
sebab masa kawan-kawan mama visit kata if muasasah bilik dalam 8-10 orang.
so again rezeki mama, Allah permudahkan semua.



tapi kelakar je mama.
dia kan dulu kerja kat developer company.
bahagian pulak trading, jaga segala barang2 untuk buat projek la.
masa aku tanya, lain yea mekah sekarang ma?
mama kata lainnnn sangat nak. hotel kita dulu semua dah jadi hotel mewah.
clock tower pulak tak la gah mana.
takda quality barang yang dia guna. pak arab kena tipu ni.
lawa lagi klcc ngan pavillion nak.
hahahahaha sabar je la mak aku ni.
sempat dia perati.

hopefully mama terus sihat untuk ibadah haji.
macam tu jugak untuk ayol.
nanti ada update lagi, aku akan blog kan ye.
ok ta.

21 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi Peej. Akak ni silent reader. Alhamdulillah...suka sangat dengar update psl mama peej. Mudah2an Allah permudahkan semuanya untuk dia.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Tapi kan Peej banyak jugak kes ada orang ni sakit kaki tak boleh jalan atau jalan sikit je dah penat. tp ajaibnya bila sampai sana terus sihat walafiat. salah seorang nya tok sedara saya. bantuan Allah nak bagi agaknya sbb jadi tetamu Dia. moga segalanya dipermudahkan buat mama Peej. Amin

bungalilimomi said... [Reply to Comments]

alhamdulillah aunty nani n abam jubah sihat je...tapi kan kakpeeja, kita pun pernah mimpi gigi kita patah..then taksampai sebulan, adik lelaki kita meninggal...

suerynn.adie said... [Reply to Comments]

Peej happy tgk auntie nani sihat n boleh jalan kat sana... semoga auntie n your bro mendapat haji yang mabrur... Ameen

Anonymous said... [Reply to Comments]

daku menangis baca n3 kali ni peej.. nyata benar kasih syg dorang ni... maybe i is mama peej n kak elly type kan... peej, update lg pasal dorang.. harap auntie n abg jubah sihat n dipermudahkan segala urusan kat sana...

mamabeauty said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah di permudahkan.. amenn semoga mendapat haji yang mabrur

rohayaroy said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah... Moga aunty nani sihat dan di permudahkan Allah SWT di sana.. gelak2 baca peej.. klakar pulak aunty ni.. hehehe kadang mcm tu la.. berkat doa semua aunty boleh berjalan ke masjid.. Alhamdulillah.. tapi berhati hati la ye aunty.. jaga kesihatan...

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah, mama and abg ko ok kat sana. Harap sihat2 la diaorg kat sana. Aku rasa maybe mama ko ok kat sana boleh jalan. Yelah di sana kan.. miracle tu boleh jadi. Alhamdulillah.. memang rezeki dia. Happy aku baca entry ni. Umpama macam mak sendiri yang ada kat sana. Hehe.

ummisara said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah....allah bagi kekuatan dan kesihatan yang baik kat aunty

jajaali said... [Reply to Comments]

Alhamdulilah..semoga dipermudahkan urusan haji..seronok baca entry haji..xpernah bosan

mia azzah said... [Reply to Comments]

uhuk...peej...saya yg baca ni pon ada rasa sebak2..inikan pula peej..be strong..semoga Allah mudahkan urusan auntie & abg peej kat sana..amin

Hani said... [Reply to Comments]

hehe gelak baca pasal gigi patah tu. kelakar jugak mak ngan noy ni kan hehe
suka tengok noy adik peej ni, bubbly girl.
semoga mak dan abang peej selamat menunaikan ibadah haji dan diberi kesihatan yang baik.

Filla said... [Reply to Comments]

aaaa sedih je baca.. lagi sedih tengok berpimpinan tangan tu.. tapi alhamdulilah, mama eh ke aunty nak panggil ni hahha.. nampak ceria dan happy dan sihat.. tak sabar tunggu balik nak jumpa :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalammualaikum peej, janganlah kamu risau ye ttg mama dan abg kamu disana... insyaAllah Allah akan sentiasa menjaga mereka lebih2 lg mereka berdua sekarang berada di bumi barakah ni.. Mereka adalah yg Allah pilih menjadi tetamu yg istimewa sgt2.. Mama kamu doa utk berjalan dan sihat utk kerjakan ibadah tu.. insyaAllah Allah akan makbulkan doa mereka disana.. Jangan risau tau.. sebab mereka sedang berseronok sebagai tetamu Allah dan mengerjakan ibadah di sana. :) .. Love Faizah

Cik Aann said... [Reply to Comments]

alhamdulillah...semoga semuanya selamat dan sihat kat sana..


Cara Berkesan Hilangkan Mengantuk

Alyn Aellynn said... [Reply to Comments]

What a small world! I kenal aunty sue tu.. dia slalu tempah baju kt my late mum. Glad to see aunty n unxle sihat.

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

dulu masa my mom and my dad buat umrah pun i dah risau lagikan yg ni buat haji sebulan lebih kat sana kan.
semoga auntie nani, auntie sue and ayol akan dpermudahkan buat haji :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

terima kasih atas entry ni Peej.. waaaa.. akak lak yg emo...

errrr.. baju Noi ngan suar Peej mmg corak sama ke???

Anonymous said... [Reply to Comments]

Chantek gambar.. nampak cam hidup je gmbr.. pkai kamera cap apa... share la skit...

MK said... [Reply to Comments]

terima kasih sbb sudi up entry ni dek peej. ahkak emo.... nampak gambar jalan nk ke masjidil haram tu pun boleh meleleh air mata. dulu akak ada terpikir ek eleh..poyo nye org ni bila baru balik dr mekah lepas tu bila nmpk gmbr ada kaitan dgn mekah terus nangis2.hhehe..

akak baru buat umrah bulan mei lepas. Alhamdulillah. skrg akak pulak jadik mcm tu. pantang nmpk gmbr ada kena mengena dgn madinah mekah..terus meleleh.. happy sgt, sedih pun ada sayu pun ada. harap pjg umur murah rezeki dpt ke sana lagi.

akak pergi umrah dgn ibu ayah akak yg dah berumur. Ibu akak sakit lutut yg mmg solat kena duduk je. Masa kat sana pun dia mmg tetiba kuat mcm mak peej. Semangat derang kuat agaknye..lepas tu Mekah bumi bertuah tanah haram..mmg Allah banyak tolong.

akak doakan Semoga aunt nani & abg peej dapat haji mabrur...sihat selalu..happy selalu..kuat selalu..selamat semuanya...Amiiinnnn...

sorry dek..terpanjang komen

Anonymous said... [Reply to Comments]

uwaaa, saya sangat rindu pada mak saya...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...