Instagram : @peejburhan

wonder woman di hari raya ketiga

ingat tak tahun lepas aku ada cerita.
laki aku kemain ajak kawan dia datang beraya.
dan dengan confident kata ada makan-makan.
time tu pukul 2pm. baru nak keluar rumah beli bahan, kawan dia nak datang pukul 3.
kelakar kan? korang rasa kelakar la.
aku rasa nak hempuk laki aku pakai periuk je.

well..well..well. tahun ni dia buat lagi yea.
sehari sebelum dia ada cakap. esok malam mak n uji (kakak ipar) nak beraya.
dia kata dorang berapa orang je. 2-3 orang gitu.
aku relax la.

then esok siang tu aku bangun.
tetiba kul 2pm macam tu tengok dia kecoh2 semacam.
kata dorang nak beraya malam karang.
aku kata ok la.
dia tanya aku nak hidang apa.
aku kata makan malam je la.
aku masak la nasik, buat ayam kurma, sambal tumis telur, goreng ikan masin ke.
tetiba dia kata leceh la. u buat spaghetti je dah la yang.
senang satu tu je. takyah banyak2.
aku pun kata ok.

since dorang nak datang lewat malam jugak la.
sebab dorang daripada kampung. aku relax la.
sekali kul 3pm aku tengok dia kemain dok contact sana sini.
aku dah macam dia ni biar benar. macam ramai je.
aku tanya bebetul. u cakap betul-betul. berapa orang ni?
dia kata mak, uji. anak-anak uji. tu je.
then tetiba family shida (kakak ipar).
aku tanya berapa orang? dia kata ala 5 orang macam tu je.
then lama sikit aku tanya lagi. berapa orang ni? dia kata 11 orang.

eeeiii sesuka hati je kan.
confident ajak orang makan-makan.
tapi dia relax-relax.
terus aku kata jom keluar la. nak makan-makan kena beli la barang.
aku mana ada bahan.
then nak beli segala bekas air, pinggan, sudu garpu, cups pakai buang tu.

so terus ke chow kitt.
boleh kau raya ketiga chowkit still tutup.
ada satu je kedai bukak.
so borong apa ada situ, beli bekas air, segala benda pakai buang tu, beli alas meja plastik, sayang nanti alas meja iolls kena kuah. ada plastik takpa kita lap je. muahahah.

then aku kan mana biasa buat makan-makan.
so pinggan nak hidang pun takda.
kira dah masak2 aku nak letak dalam apa.
kelakar tahun lepas aku pakai pinggan besar buat letak kuah. bongok.
padan muka sapa suruh tak beli.
masalahnya aku tau, aku ni memang takda nak buat makan2 segala ni ok. motip beli buat penuh rumah?
tapi apa kan daya, masih tak kenal erti penyesalan aku ni.
tau laki jenis rajin menjemput orang orang. ok take note. lepas ni sila beli.

so pergi chowkit dengan harapan dapat la beli apa2 la.
janji boleh hidang. beli besi yang macam orang buat meniaga or catering pun jadi la.
tapi tak bukaakkkk!
oh dayummm.

ok takpa. lets ke JJ pulak. beli barang dapur.
n dengan harapan ada mangkuk hidang menarik kat situ.
ok ada. tapi corelle seketul rm500, agak2. memang tak la.
so impian tak tercapai.
beli barang dapur je la.
tu takpa. dalam kereta tu tetiba aku dengar dia call kawan dia la, then tetiba call najib la.
aku dah macam, buat apa u call najib?
dia kata nak tanya dorang kat mana? dah sampai kampung ke?
hahh? najib ada? apa ni? dia pun ada ke? u cakap betul-betul berapa orang ni?
dia kata 11 orang. eeiii laki aku ni.
asal aku kira macam lebih.
terus masa beli tu aku beli sekali bahan untuk nasi goreng.
malam kot, dorang dpd kampung.
takkan nak makan spaghetti sesajo. buat la nasi goreng senang.

settle beli barang.
terus facetime mama, kata ben ajak fam dia raya. ramai nak datang.
aku nak pinjam bekas hidang mama. segala pyrex tu.
gelak mama. mama kata ok, mama readykan.
terus pecut ke sana.

sampai sana lengkap mama bagi siap kata ok ni letak apa, ni untuk letak apa. hahaha.
siap amikkan senduk semenggah semua dia bagi. thanks mother.
siap tanya. kuih2 kau ada apa?
aku kata takda apa. kau mampu tauke jual cookies takda cookies.
ye la aku ada berapa jenis je la. pastu dah la order cukup2.
tapi ada customer dok tambah order. aku confident bagi. padan muka sendiri takda.
aku ada 3 jenis je.
terus mama bekalkan cookies berapa jenis, muruku, tempeyek, segala la. :D

takleh lama. terus aku pecut balik rumah.
debar2 i. ye la aku buat sorang semua ye.
takda pembantu ke apa.
mama kata nak datang tolong. aku kata takyah. dia pun penat tu.
aku cakap malam je la datang makan nanti.

then sampai rumah pun dah pukul 6pm.
settle apa patut. terus gigih memasak.
nasib i domestic goddess..(nakkkk jugak tu) mampu buat sendiri.
spaghetti sekejap je siap. tak sampai sejam.
then siapkan bahan untuk nasi goreng.
then rehat jap maghrib. sambil tu aku suruh laki aku beli satay 80 cucuk.
dia berkeras kata takyah. aku kata beli laaaa!
nasib dia pergi.
aku masak dia sibuk mengemas.
tapi geram kemain dekat 2 jam vacuum je kerja dia T______T
last-last sambil masak sambil aku berlari susun alas meja segala.
susun segala bekas, buat air apa.

dia balik ngan satay dia continue kemas.
sambil tu aku dengar macam ada pertambahan orang.
sebab rupanya dia ada group whatsapp adik beradik. dah kau sembang situ.
harus semua tau. rasakannn. ramai la nak datang.
harap maklum adik beradik dia 9 orang ye. semua dah kawin n berkeluarga.
tak nak tercabut jantung aku.
yang dia masih confident kata 11 orang je datang. eiiii.
aku rasa dia hilang ingatan kot yang adik beradik dia semua dah berfamily n beranak pinak.

pastu dia boleh kata. takyah la nak buat nasi goreng.
cukup la dah ada spaghetti n satay ni. tak ramai la datang.
i bukan apa. i sian tengok u penat, peluh2 ni.
amboiii kau. kesian yea? kalau kesian lain kali jangan buat terkejut macam ni. takyah buat terus.
suka hati je kan.
tapi aku still tak sedap hati.
terus whatsapp tina tanya dorang sebenarnya kat sana berapa orang.
btw, dorang adalah kat kampung nenek. so dpd sana terus ke rumah aku.
jauh kot sejam lebih perjalanan. dah la tina kata sana tak makan apa, makan kuih2 je.
so tina kira2. dia kata dorang kat situ ada 15 orang.
nice. laki aku kata 11 orang ye.
belum campur kawan dia, yang dia call tu. belum family abang dia la n siapa2 tah lagi.
then tina kata buat je nasi goreng tu. laparrrr ni. amboi.

so apa lagi. kul 8 ish aku siap goreng nasi.
tau dorang nak sampai aku letak ais kat air.
then aku mandi. ye la nak sambut tetamu takkan bau bawang lak kan.

then by the time dorang sampai tinggal aku nak potong buah tembikai je.
n hidang anggur. siappp.

sekali sampai haaa amik dekat 30 orang.
banyak la laki aku punya 11 orang tu.
laki sapaaa la tu.




maafkanlah bilik togel iolls tu.
dulu situ ada blind. aku cabut.
pastu mama suruh letak langsir dah berbulan. haha takda masa laaaaa.
pastu ni nak buat makan2 dia susah hati. kata langsir dah pasang?
aku kata la tak. dia kata tak lawa la.
elehhh bilik la. takda sapa nak masuk.
aku tutup la pintu.
haaa kau. tau2 ternganga gitu.
mesti kes orang dok mencari kucing2 aku la.
kucing2 aku ni pandai. ramai orang semua menyorok. :D
tapi now dah pasang railing okeyhhh. harapnya if rajin hari ni aku pasang la langsir. ;p




tengok la mayesa tu gigih carik kucing. hahah.
laki aku la paling gembira reramai ni.
kemain dia melayan orang bergelak ketawa.
laki aku ni kan pak karut. ada je dia merepek.
yang semua percaya lak tu. kosser aku.
nanti bila aku bersuara kata dia menipu terus dia heppp kan aku," omaigod sayangggg…jangan la bagi tau orang."
eeeiii sabar je la.
semua orang dok tanya macam mana la kau boleh layan dia hari2 pija.
aku jawab, "korang ada nampak ke aku layan dia? kan aku buat tak layan je. biarkan dia sorang2."

dah la asyik nak nipu kakak2 dia.
kata la sebab korang aku beli bekas air ni tau.
aku pergi chowkitt ngan pija.
dah semua tak percaya, kata takkan la pija pergi chowkit.
lohh gitu pulak, asal aku takda muka chowkit ke? aku suka je.
sebab banyak barang leh cari situ. once stop center huhu.
aku ngaku baru la orang caya.
tetiba laki aku cakap, "yeeee aku beli bekas air ni rm200 kot. "
aaaaaa T______T. padahal bekas air bongok je. beli rm30 je pun.
haih la laki aku ni.


family kawan MrB.
tak sempat nak layan pun. sibuk layan ipar duai.
oh ni carpet barew kitew.
langsir tukar pun tak sempat uolls. pakai je langsir basahan. lantak.
btw, aku pilih color terang.
tak terang sangat takut cepat kotor, tapi tak gelap sangat.
sebab sebelum ni carpet aku banyak color hitam.
so memang senang nampak kotor ngan abuk rokok ke, bulu2 kucing ke.
so tau la laki aku ni tahap OCD dia macam mana.
sehari mau 1-2 kali vacuum.

so carpet ni memang serious takda nampak kotoran langsung.
i is love.
tapi tak ku sangka, rupanya laki aku memang obses vacuum.
sebab tak nampak kotor ke apa pun tetap dia vacuum 2-3 kali sehari korang.
aku sampai rasa, abis la haus carpet aku ni.
abis asyik dia tenyeh je ngan vacuum. sobs.

n yes. dia masih menggila.
balik je semua orang terus dia kemas.
pastu later ada kawan dia sorang datang. ala Mi, yang selalu kita orang lepak sama tu.
so ok la, pastu dia paksa Mi tu puji, "kau terkejut tak mi? rumah aku baru lepas open house tapi kau tengok ni bersih je, takda macam rumah orang open house kan?".
e elehhh. poyo sangat.



tergelak semua orang tengok perangai dia mengenakan kakak dia si uji.
time ni dia pegang dahi uji pastu baca ayat2 apa tah. kemain gaya macam ustaz.
pastu dia kata jari dia panas, maknanya hati kau hitam ni uji. hahah kong ajo gila.


semua ada kecuali hafiz, hafiz balik johor kampung ayun.
abang zul takda, sebab malam tu dia sakit kepala lak, rasanya high blood.
tau la raya-raya ni makan macam-macam kan.
kalau abg zul datang tu memang lebih dpd 30 orang la datang.
ye sangat la '11 orang' bak kata laki aku tu.
n rubi pun takda. aku pun tak sure why rubi takda. laki aku lupa ajak la tu.

dorang gerak around 10 minutes before 12am.
mama, noy n p.g lak sampai kul 12.30am.
mama beria nak jumpa mak mertua aku.
tapi dorang dah balik. duhhh. sapa suruh datang lambat nau.
rupanya mama kata ada tetamu beraya kat rumah mama. sebab tu la lambat.
so hidang dorang spaghetti je.

Alhamdulillah habis nasi goreng. aku buat 2 servings. habis licin.
satay pun sama. yeay suka.
dah la semua dok puji nasi goreng iolls. padahal nasi goreng bengong2 aku tu je.
kembang kuncup sangat.
tapi laki aku keji. bila orang puji cakap siapa masak.
dia kata, kau ingat aku ni apa? nak bagi korang makanan biasa2? kau tau tak kat belakang tu ada chef zubir n chef joe. dorang segan nak keluar. so dorang lepak dapur tu. T______T

lama jugak Mi, mama, noy n P.G lepak.
sampai kul 4ish am kau.
noy lak rajin pergi buat nescafe bagai. syabas.


kekenyangan sangat tu sampai tertidur. hahaha.
aku punya la letih n mamai.
sampai tersepak bucu meja makan.
ingat sakit biasa.
sekali tengok berdarah kau.
rupanya elok kuku kaki aku terjongket patah. aaaa takut.
sakit lagi sampai sekarang ni. belum tumbuh normal lagi.
tapi takpa luka dah kering. hewhew.

seronok pulak kan buat makan-makan ni.
tetiba rasa macam best je if buat lagi.
tapi tu la. berkobar n seronok tu dalam 3-4 hari je.
tetiba ni macam dah malas balik. heheh.
aku rasa if ada 1-2 orang bantu lagi best la.
boleh buat 4-5 hidangan kan.
n if planning betul-betul la.

aku dah pesan kat laki aku.
nak ajak orang makan-makan boleh. aku tak kisah.
tapi jangan last minute. kelam kabut n aku penat.
atleast bagi tau 1-2 hari awal.
so hari yang jemput tu tinggal aku nak masak je.
so takda la kelam kabut kan.

Alhamdulillah hari tu takda apa tinggal.
balance spaghetti dalam lagi separuh pyrex tu aku bagi mama bawak balik.
so mama kata esok tu papa n ayol makan.
so just nice.

so tahun depan menu apa pulak nak buat?
cea dah plan ke uolls?
hahahhaha





11 Comments:

ieda iedana said... [Reply to Comments]

wahhh....clap3.. mmg wonderwoman btl k.peej. haha..
nasib akak mmg dah memahami Mr B and pandai bajet. kalau takk...heee...
kekucing pun agaknya takut tgk ramai nau org datang terus lari...

permatabiru said... [Reply to Comments]

mmg seronok klu dapat jamu org makan masakan kita..even simple giler2 pun happy je rasa..hehe

Hani said... [Reply to Comments]

Hi peej, selamat hari raya.
hehehe selalu baca je blog u ni tapi memang kelakar. bab masak kelam-kabut tu boleh bayangkan sampai peluh ketiak hehehe.
tp kelakarnya asben u tu, suka buat lawak.

mamabeauty said... [Reply to Comments]

Mr. B rajin kemas x apa kot hehe tapi kalo dia bagitau awai2 lagi mudah kerja kita kan...

lyza safa said... [Reply to Comments]

bestnya. peej.... mmg hebat la.. planning last minute pon mnjadi wlpon kalut...

syalinda johari said... [Reply to Comments]

hebat tu...buat makan2 short notice untuk 30 orang..lawak sungguh husband peej..hahaha..lawak2 comel...

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Syabas peeja dpt masak utk '11 org' . Aku kalo nak ajak org makan mmg akan list kan jemputan sbb nak kena kira brp org.. tk reti la main masak je pastu main jemput je.. takut tak cukup..

Zaidawati Ismail said... [Reply to Comments]

Peej, anda sebenarnya cekap, pemurah dan itu pasal rezeki Peej murah

Fiza Darwish said... [Reply to Comments]

Wah ..Cekap gila.. kalau sy dah panik mau kol pizza je.tak blh pk nk masak lg...

Kujie said... [Reply to Comments]

peeja oiii... kak jie dah yg kawen lebih 20 tahun pun tiap tahun hadapi benda mcm ni
org lelaki mmg gitu
kita main cincai simple katanya..tak buat apa2
kita yg pompuan ni fikir menu bukan satu..siap koktail, puding, menu utama, buah sampai hal2 kecil mcm tisu plastik sampah..hahahaha

Tny said... [Reply to Comments]

Peej.. Meriahnya raya ko.. Sibbaik domestic goddess ade..terus settle guests 11 org yg sbnrnya almost 30 org tu... Claps :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...