Instagram : @peejburhan

wedding #badrulsoraya

so 2 weeks back aku pergi wedding one of our chilhood friend.
yang ada aku cerita dalam entry sebelum ni.
tak jadi MrB pergi.
sebab noy dah ajak kawan dia.
since seat under kita orang 4 seats je.








wedding kat duchess place.
dekat je pun, so keluar lewat sikit takpa :)
sampai just nice.
elok tak lama lepas tu pengantin sampai.

kawan kita orang adalah pengantin lelaki tu, bad.
kisah cinta dorang fairytale sangat.
kenal kat ig.
yang bad ni tah macam mana boleh follow ig soraya ni, orang lawa kan.
pastu soraya pun follow dia.
start like-like gambar.
then komen2.
sekali soraya ni reply dalam bahasa melayu. harus terkejut.
rupanya soraya ni bapak omputeh, tapi mak melayu.
tapi tau sikit2 je la malay, duduk pun luar negara so tak biasa sangat la ngan malaysia.

tapi dia suka tengok bad ni, ye la dia teringat nak rasa macam mana duduk malaysia, n macam2 la.
then dia suka tengok bila bad ni share kat ig pergi ceramah2 agama.
bad ni dulu ada kena mengena ngan bebudak ruffedge n v.e. eh lupa aku dia kerja apa ngan dorang.
kan mostly budak ruffedge n v.e kan dah ke arah tabligh sikit.
so begitu la.

sampai la dorang ni kawan, tak lama lepas tu tunang n terus kawin.
amboiiii jodoh sangat.






aku tak pernah jumpa soraya ni.
family aku pernah la. sebab bad bawak.
yang mama sempat tanya, "tang mana yang suka sangat bad ni? mama taknak tanya bad sebab soraya memang lawa pun."
kemain termalu2 soraya nak jawab, dia kata dia suka gigi bad.
hahaha innocent sangat jawapan.

:: pedd buat kelakar tanya asal aku kawin tak pakai gaun kembang macam tu? bulat2 mata aku terkejut. AKU?!! agak2 la weyh. dah la dah sedia kembang. kang kembang lak gaun. sebijik princess fiona ghupe dia. ngeri sangat ::







:: ini la kojo bila berjumpa tu kan ::


:: pedd n paan ::





serious best sangat wedding ni.
sebab dah macam concert hip hop n r&b pulak.
ramai nyanyi, kenangan lalu mengusik jiwa sangat kan.
ada altimet, nabil apa tu? mentor eh, ruffedge, v.e nyanyikan lagu untuk pengantin.
aku ada amik video 3. best woooo.
tapi tu la nak upload kat youtube macam berjangguit je.
so aku jadi malas nak share. haaaa can ah like that? hahaha

so share gambar je la yea.








apesal ada pic macam double n bersepah.
tah time upload jadi macam tu.
sebab yang bawah2 ni yang sudah ada filter. so sbb tu susunan gitu.

noy plan nak eurotrip next year, sebab soraya ajak ke rumah dia.
haaaa nak pergi tapi macam sayang je duit. yes im kedekut like that.

nway, tengok balik pic, macam aku tak pakai kasut lak. hahahah.
aku pakai sandel je weyh.
sebab dah torkono wedding kawan aku hari tu.
nak lelawa pakai heels bagai. amik kau menapak jauh.
nak tercabut kaki, muatan berat memang macam tu.
so belajar daripada pengalaman, pakai flats sudahhh. :D

untuk pengantin, semoga berkekalan bahagia till jannah. :)


2 Comments:

Zanira Noh said... [Reply to Comments]

Cintaku bertemu di instagram sangat ni. Mmg lawa sangat pengantinnyaaaaa.

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

dia (my tunang) jmpa kita kat foursquare uols. how rare is that? then he followed me on twitter then the rest is history terus nak kawen dah pun end of this yr hehe.
btw pelamin tu sangat lawaaaaaa cos banyak bunga kat belakang.
cantek bila dlm gambar. boleh jd idea pelamin ni
hehee

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...