Instagram : @peejburhan

thank u popo

happy sangat sebab popo melayan kerenah aku.
memula nak raya tanya popo tak buat open house ke?
dia kata takda. alaaaaa. nakkkk!
tak di layan. fineee.
then tetiba hari tu aku teringinnn sangat nak laksa buatan sendiri.
homemade la kita. laksa utara.
nak buat sendiri malas. sebab aku tau nanti aku je makan.
sebenarnya nak hint suruh mama buat. nanti aku pergi makan je. ;p
sekali elly kata ok meh aku buat. nanti sabtu datang.
ajak mak kau n noy sekali.
yeayyyy. sayang sangat ni sebab layan tekak adik yang mengidam macam-macam ni.
mengidam sebab dasar kuat makan ye, bukan sebab lain.
korang jangan macam-macam.

so sabtu tu ke sana la.
tapi janji kul 2ish pm.
tapi tau la janji melayu kan.
ngan aku takda kereta ni.
kembara masuk bengkel again. sebab ada few benda macam tak berapa nak best.
so merasa takda kereta kembali.
kereta baru lak end of the month br dapat.
so kena la merempit laki bini.
laki aku buat lawak kata nak terus pergi naik motor.
hoih nun atas gunung rumah elly tu, mau menangis motor tu nanti.
dah la muatan berat dedua.
so ke rumah mama, then gerak dpd sana.

noy memula malas ikut.
tetiba ok lak, so lets.
mama pulakkkkk tak siap lagi.
sampai sana dia tengah mandi.
pastu buat ayat sedih, takpa la…mama takyah ikut. nanti lambat.
ewahhh saje je kan. padahal tau dia nak pergi.
dia kata raya ni dia takda ke mana pun, ni la rumah pertama beraya.
n dia kata teringin nak tengok rumah elly. haaa dah elly ajak ni jom la kan.

so tunggu la dia. amikkau mau dekat 40 minit tunggu.
yang aku sesikit jenguk pastu cakap..cepatttt…cepatttt. ..cepat. hahaha sian je.
terhuyung hayang nak laju.
pastu nak lawa2 pulak.
aku cakap simple2 je dah. kita2 je ada situ. takda sapa lain.
mak aku ingat open house. eh tak la. elly bukan makan2 untuk kita2 je.

boleh tahan lambat la sampai.
tau la bulan raya ni weekend jam tak hengat.
sebab sana sini open house kot, serious dah few years raya je weekend memang jam gila la.
tetiba dapat pic amaran daripada radie kat group.
kata jangan lambat.


amboi garang.
kita orang sampai pun dah 4pm macam tu.
sebab jalan jam jugak few tempat.
sampai terus makan. laparrrr ni.


aaaa sedapnyaaaa. terbaik la.
syabas popo. u're the best.
cisss tengok balik pic ni terbayang lak kesedapannya.

then rasa mee bandung la.
sekadar nak rasa. aku tak biasa makan.
so tak tau rasa mee bandung ni macam mana. haha.
sebab aku tak suka mee kuning sangat. tapi sedap la.


kelakar. sebab masa makan mama tanya ni apa? sambil angkat sawi tu.
so kata la sawi. mama macam ooooo.

radie : haaa tengok, tadi aku tanya kau marah. sebab serious pelik rupa sawi kau.
elly : ah kau memang suka kutuk aku.
radie : abis tu takda rupa sawi. tengok mak peej pun tanya.

semua gelak.
yang mama kan tak dengar. sibuk la tanya.

mama : kenapa semua gelak?
me : tak tadi radie pun tanya.
mama : ye ke. huhu tu la mama ingat apa tadi.
radie : salah ni. patut sawi tu letak luar. nak makan baru masukkan.
elly : eh takda ye. resepi kata masuk dalam tu.
mama : selalu sawi letak luar.
me : haaa suami filla pun cakap macam tu.
mama : betul. sawi tu celur. then letak luar. nak makan baru masukkan, so nampak lawa sikit. tapi nak masukkan macam ni pun boleh.
radie : haaaa kannn. tengok aku cakap taknak percaya.
elly : haaaa ok, next time try macam tu.

semangat sangat dorang ni.
aku dengar je la.
aku tak kisah la macam mana pun.
janji sedap n kenyang, ahkak senang hati je.

tengah sembang yang laki aku gigih amik pic sana sini.
kan terlebih rajin dia tu.
tapi camera phone tak lawo pun. huhu.
layankan je la.



kuning semacam pic.
nasib radie rajin set timer amik pic reramai.
ok sikit la camera iphone kan. :)
tapi setting jauh.
boleh tahan ahkak rabun tak nampak apa.
pepandai je la menyelitkan diri.



haa pakai spec baru la nampak sikit nak placing. :)





seronok makan-makan.
dah la sedap.
rajin popo siap buat cupcake.
pastu dia n filla sibuk hasut2 aku suruh buat cake gak.
eh kosser.
sapa nak makan? laki aku tak suka.
kang aku makan sorang. aku pun rupa cupcake nanti.
nanti la. belum ada kerajinan ke arah itu.






bab bergambar bagi kat kak filla kita.
ada je pose dia. takleh tahan tengok.

apa-apa pun. it was a great get together.
wah ayat macam jarang jumpa…padahal.
tapi tu la tak puas sebab rasa kejap.
takpa looking forward untuk ke rumah filla pulak.
filla n elly tanya rumah kau bila pija?
"hahhh? takda. takda. aku tak kuasa." hahahaha
takleh la raya ni bersusun program.
nanti la if rajin aku masak-masak n korang datang la makan tanda occasion ye.



3 Comments:

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

comel je mama peej posing...hehe

siti alfakhishah aman said... [Reply to Comments]

nak kongsi pasal sawi tu ngan peej..

x silap kalau sawi celur letak luar tu aksesori kalau time makan mee kari.. tapi alise orang johor kalau masak mee bandung memang sawi masak sekali dengan kuah.. tu yang sawi lekat2 dengan telur.. tapi tak la layu sangat sawinye..

harry p said... [Reply to Comments]

Peeja mmg letak sawi dlm kuah.. kasi maniskan kuah... tu real mi bandung.
letak luar taksedap

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...