Instagram : @peejburhan

terjebak jugak

perangai sangat akak-akak aku ni.
suka sangat plan-plan tetiba kata eh esok jadi yea?
aku dah macam jadi apa?
rupanya dorang plan nak keluar sama la, beli barang ke apa.
aku terlepas baca la tu kat group.
aku ok kan aje.

dah la filla jenis perangai tau-tau terjah je rupa.
merasa dia sampai depan rumah aku tidur lagi kan. haha. padan muka.
tunggu la korang aku bersiap.
lepas tu elly lak sampai.
jenis takleh lambat.
lambat dia bising sebab dia kena makan ikut time T____T

katanya nak ke parkson.
ok je la memana. aku pikir parkson kat area umah aku sudah.
ada je parkson.
no no no, popo elly mesti nak glams, so ajak pergi parkson kat OU.
fine. ikutkan aje. janji bukan aku drive, aku ok je. :D

memula carik tempat makan dulu ye.
lapar.
pening jugak memikirkan nak makan mana.
filla lagi takleh blah, dalam kereta beria ajak makan korean.
dia kata sedap la apa. makan bulgogi la apa.
aku n elly pelik2 je. tak pernah makan kan.
tapi dia kata sedap. ok jom.
sampai OU tanya la, mana bulgogi tu?
boleh dia kata, aaa tu kat the curve.
rasa nak tumbuk muka dia. motip kau cerita pasal kedai makan kat the curve nak buat apa.
haih la pillanie.

so last2 ke madan kwan je.
so makan ini.

:: elly pantang nampak dalam menu rojak buah. mesti nak order. ::



aku tiru makanan filla.
malas nak pikir makan apa.
nak nasik takut rasa berat. nak sup2 malas nanti leceh nak makan.
so ni just nice. sedap boleh tahan. hokkien mee.
uiks tengok ni rasa terliur balik macam mana itu?

oh n tujuan utama pilih madam kwan sebab ini.


banana fritters with ice cream. kata ko.
nama nak glams. padahal pisang goreng je pun. hahah.
sebab selalu tgk orang makan. macam best tapi tak pernah try.
ok dah rasa. puas hati. memang best pun.
tapi pisang goreng tu sesuatu. montel sangat. hahaha
aku pandang elly, elly pandang aku. senyum. ;p
filla seperti biasa blur.





muka kelaparang tunggu makanan.
pastu ke toilet layan akak-akak ni.
lama tak amik pic bersama. so layan.




then ke parkson.
sebab filla nak beli apa tah.
yang elly kemain paksa aku beli bekas2 makanan.
dia kata murah la apa.
aku memang awal-awal kata ahhhh taknak.
aku takda nak buat makan2 ke apa.
bengang je elly.
tapi sampai sana tetap dia tunjuk aku ke arah tu.
sekali aku belek2. oiittt murah gila weyh.
macam daripada rm200 jadi rm40. ada yang belas ringgit je satu.
sebab 80% off tak silap.
takleh jadi ni. beli je la.
mana tau laki aku buat makan2 mengejut lagi. aku ada la barang. gituh.
puas hati n menyengih elly sebab akhirnya aku terpengaruh. hahaha.


siap beli sudu.
ingat nak ganti sudu n garpu yang sedia ada ni.
sebab aku beli yang jenis murah masa baru kawin dulu.
mostly dah tak lawa n ada dah karat.
so beli jenis mahal sikit.
tapi ni dah bawak balik kak jah simpan dalam almari.
macam sayang nak guna. hahahah. tah apa2 tah.

dorang suruh aku lak buat makan-makan kat rumah aku.
aaaa kosser la. dah la tau la weekend ni penuh ngan wedding la, open house la.
memang tak free. free pun malam. takkan aku nak terkocoh2.
ada jugak rasa nak buat weekend ni. malam la.
then terpikir macam tak appropriate pulak.
sebab arwah abah baru meninggal. takkan aku nak bersuka ria buat makan2 bagai kan.
nanti2 la.

takpa takyah raya la kan.
buat je lain kali. sekadar dorang nak makan-makan kan.
tapi macam debar2 la pulak nak serve makanan kat otai-otai ni semua.
then if buat kena ajak few orang lagi. kang ada adegan 'sentap hati mak nak' pulak kan.

takpa. nanti pikirkan.
tengok la ada occasion apa2.
paling dekat birthday laki aku la kot.
which is takda la dekat sangat. hujung tahun. hahahhaa.
alasan je nak tolak2 event ke belakang kan.
takpa if elly ke filla tanya, aku buat2 tak dengar je la. ;p


3 Comments:

mamabeauty said... [Reply to Comments]

chanteq kot pinggan mangkok tu..

Min Min said... [Reply to Comments]

Peej i guess thats what happen if keluar shopping2 ngan mak2 hehehe. Kita sama simpan cutlery n plates cantek2 dlm lemari je. Kalau ada special occasions baru keluar. Hehehe

Irz Zack said... [Reply to Comments]

wah.. debab nye banana fritters tu. tak penah nak tengok menu kat madam kwan tu sampai habis. next time kena try.

btwn salam perkenalan peej...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...