Instagram : @peejburhan

syawal yang mulia

haaa jangan tak tau.
laki aku selamatkan kucing lagi.
kali ni pakej siap bawak masuk rumah.
aku memang tak gemar la.
pening dah kepala banyak nau kucing.
sebab dia kerja, yang kena ngadap hari2 adalah aku.

tapi sebab kan dah berapa kali anak kucing yang dia jaga bagi makan minum asyik kena langgar depan rumah.
dia tanam semua. dia tak sampai hati kot.
so dia kata biar la jaga kucing ni.

since muncul di hari raya.
lets namakan syawal.
kecik je kucing ni.
macam tak cukup zat je aku tengok.
tak membesar ngan mak kot.


pandai lak tu amik hati aku.
asyik nak berkepit je.
terlebih manja.
tapi sian asyik kena buli je ngan yang lain.
jealous lettew.


comot angat dia ni.
tapi manja.
ikut je ke sana sini.
mana kita duduk mesti dia nak lepak rapat-rapat je.
penyu je nak geng ngan dia. lain semua buli dia.


ni pun terlebih manja lately.
asyik nak tidur sama, laju je menyelinap masuk bilik.
tapi tak tahan sebab besar bagak tapi nak tidur atas kita.
senak ok.

kan penyu ni lahir special sikit.
tangan senget je macam penyu.
noy tengok tak senget sangat la.
tapi leh nampak la something wrong ngan tangan dia.
so bila berjalan tu. kaki depan dia pendek dpd belakang.
dah rupa hush puppies pulak.
pastu dia ni nampak la macam slow sikit.
ternganga2 je. slow je segala.
nanti kalau belai dia ke apa sampai terjelir lidah.
pastu lidah maintain terjelir tak reti2 nak betulkan.
aaa sayang sangat. special case.

paling geram. dia suka berdiri.
comel sangat perangai ni.


mungkin dia rasa dia berketurunan kangaroo n meerkat kot.
suka now berdiri macam ni. pukul kang.
omellllll angat.

perangai kucing.
aku kan dalam rumah ni mana ada sapa pun.
so masuk toilet takyah nak tutup pintu sangat la.
tapi tu la bila tak tutup tu.
semua sibuk nak masuk teman.
rimas ok rimas. takda ketenangan.
so hari tu aku masuk aku cepat2 tutup pintu.
kemain la dok julur2 tangan bawah pintu. eeii busy body.
tu takpa sekali apa ni bunyi2 ni.
sekali tengok kat tingkap.


hamagaddd. tolong la bagi acik peluang untuk melayan perasaan dalam toilet.
takleh tengok orang senang ke?
oh btw ni lagi satu pic penyu ngan aksi kangaroo dia tu.


hihihi. kesayangan sangat perangai tu kan.
kucing-kucing aku ni perangai kepochi boleh tahan.
bergilir-gilir busy body.
tapi tu la takda la aku ni ngan hp 24/7.
so sempat amik pic si riri ni je.


kemain bersantai kepochi nak jadi ahli mesyuarat tingkap.
tapi tu bukan tingkap. huhu.

serious boleh pening la memacam ada ni.
aku ni nak beli cage tak beli2.
kesian filla datang umah aku asyik bersin.banyak kucing. hahah.
tapi tu la laki aku ni gila kucing.
pastu takkan kau tak jaga kan. siannnn.
memang pening la, tapi if takda perangai semua ni, mesti sunyi je.
tak dapat bayangkan.

kadang tengok dorang melepek tidur n macam bosan je.
aku tertanya, dorang ni happy ke tak eh duduk rumah ni.
dorang suka ke? ke dorang tak happy.
takleh nak selam perasaan kucing ni kan.
tapi if boleh selam, takut pulak nanti.
tau-tau dia update status kat fb, "tuan aku ni sesuka hati je berak tak tutup pintu."
ok itu seram.

16 Comments:

BaTiK_PiNk said... [Reply to Comments]

Kak Peej.....pepagi Yani dah dok gelak tengok pics Penyu dan Syawal tu....omel sangat!
Perangai laki Kak Peej sebijik macam laki Yani, suka benau collect kucing luar bawa datang rumah.
Sekarang, since duduk rumah berdua je dengan suami, kucing-kucing tu yang jadi teman Yani kat dalam rumah. Happy juga at least ada kawan nak lawan cakap...tapi yang tak tahan bau taik masing-masing.

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

hahahahaha.. omelnya budak dua ekor tu.. yg manjat tu paling kepoh, hahaha

from the lappy of a tectonic person said... [Reply to Comments]

hahaha klaka la kau ni peej! kekucings ko pon leh tahan perangai memasing eh.hihi comel2! baik betol hati korg jaga kucing2 tu semua.. insyaAllah ada habuan korg di akhirat nanti.. :)

A.I said... [Reply to Comments]

cerdiknye penyu!! dia selesa berdiri agaknye kan...

eyza said... [Reply to Comments]

Alolo.. comelnya semua kucing-kucing tu.. Best la.. siap macam makcik2 dok ngintai jiran sebelah..hihihi..

susumanis said... [Reply to Comments]

Lawak giler ko peej...haha

Miss Moon said... [Reply to Comments]

peej ...comey la penyu tuh sebijik meerkat hahahhaha cam tgk discovery channel plak hahahah

unica adila said... [Reply to Comments]

tomey cat yg bdirii tuh
hehehehe...lwk klu cat updte status gitu kk peej :)

ieda iedana said... [Reply to Comments]

hahaha... yang last tu klakar...

Ai Izzati said... [Reply to Comments]

Semua peel comel2 belaka. Yg syawal hitam, yg penyu berdiri, riri ahli kongress, yg mengintai tempat termenung lain...smua peel nk bg tuan geget hidung tu... haishhhh geramnya aku peej.

Truly_me said... [Reply to Comments]

aaaaaaaaaaaaa comellll sesangatttttt.. tak tahann nak komennn....

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

hahahahaha...last tuh paling tak tahannnnnnnnnnnnnnnnnn

hOtMaMa said... [Reply to Comments]

haha.. peej senyum sorang2 aku baca.. ko mmg mummy cat yg berjaya.. haha! sumpah lawak aku tgk kucing yg berdiri tu.. ni la gambar kucing paling rare aku penah tgk haha!

eda said... [Reply to Comments]

hahahaha woiiiii kekeke aku sorg depan laptop .. .
wehhh serius penyu leh berdiri kanggaroo ... !!! dasyattt ...

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

senyum sensorang tengok gelagat kekucing peeja. Nyunyu tu unik sangat. tahan pulak dia berdiri lama-lama. kekucings kat rumah ni plak kalau tutup pintu bilik ke pintu toilet ke semua pakat beratur sekodeng celah pintu. motif kepochi sangat..

sick child said... [Reply to Comments]

kiut sangat dia berdiri! HAHAHAHA balik ni nak tunjuk gambo ni kat laki aku lah!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...