Instagram : @peejburhan

Semoga Abah tenang di sana.

Siapa yang follow ig n facebook aku mesti dah tau.
tapi siapa yang tak mungkin belum tau.
Ahad lepas, 17 Ogos 2014, bapa mertua aku Mohd Darlis Bin Zainan selamat pulang ke rahmatullah pada pukul 5.30pm.

aku masa tu otw balik daripada rumah filla.
filla ada makan-makan sikit. so aku pergi dengan mama, noy n MrB.
tetiba MrB kata jom balik. dorang cakap abah dah tenat.
so terus gerak.
tapi elok 10 minit lepas gerak, dapat panggilan abah dah takda.
terus ramai-ramai bacakan Al-Fatihah.
mama baca kuat sambil nangis. sebak rasa.
laki aku diam je. nampak dia bergenang air mata.
aku tau dia mungkin terkilan sebab dia takda situ ke apa.

tapi aku tenangkan dia.
aku cakap, takpa yang, elokkan abah pergi.
abah pun dah lama sangat uzur, hidup dia pun dah tak bermakna.
raya pun dah tak rasa macam raya, duduk je kat bilik.
lagi elok Allah amik dia.
u pun dah puas sangat jaga abah.

baru tengok dia ok. dalam pada tu dia call adik beradik dia.
dengar semua menangis-nangis.
aku tengok dia kuat. dia pulak tabahkan adik-adik dia n mak.

abah dah lama sakit.
dah 10 tahun stroke. berubat lepas 1-2 tahun abah boleh jalan balik.
tapi since 2-3 tahun lepas abah takleh jalan dah.
sebab dia terjatuh. tulang pinggul patah.
adik MrB jaga.
tapi since tak jauh daripada office. memang setiap hari dia akan ke sana belikan nasi, suap, mandikan abah, cukur semua.
sekali sekala bawak ke rumah aku.

then since few months back abah duduk rumah akak MrB pulak.
so setiap minggu kita orang akan ke sana. berulang.
pernah jugak aku rasa macam aaaaaa weekend macam tak kemana je.
asyik sama je rutin. tapi ye la tanggungjawab dia kan.
nanti pergi sana berjam-jam sana.
dia suap semua, cukur, mandikan la apa.
setiap minggu pergi.
if weekdays kadang lunch time dia pergi.
cuma tak sekerap dulu since rumah kakak dia jauh sikit.

aku je kurang pergi since kereta rosak ni kan.
takda kereta susah la.
tapi usually MrB pergi sendiri.
or kawan dia azmi akan bawak ke sana.
ada free time je dorang pergi. kadang aku ikut sama.

lama jugak tak jumpa abah.
last 1-2 bulan kot.
sampai la raya pertama hari tu jumpa.
aku dah rasa lain, aku sebak.
sebab aku tengok abah, aku teringat arwah maktok.
sama sangat. tengok biji mata abah sama macam arwah maktok.
n pandangan dia jauhhhhh je.
lain sangat.

abah ni kuat.
sebab dah few times orang cakap abah tenat.
tapi Alhamdulillah ok.
so kali ni aku berharap yang abah ok. takda apa ni.
walaupun jauh kat sudut hati aku tau.
sebab kita orang duduk lama ngan arwah maktok kan.
so perubahan tu aku tau.

rupanya memang betul. belum abis raya, abah dah pergi.
aku rasa aku ok. n Mr B pun ok.
ada hikmah. ni abah pergi dia kata dia tak terkilan sangat.
dia puas jaga abah.

even malam sabtu tu pun hikmah.
kita orang ada wedding.
seated so nama aku n dia ada. aku kata tak baik tak pergi.
walaupun berat sangat hati dia nak pergi.
sebab jumaat lepas abah dah di masukkan kat hospital.
abah lemah.
tapi sebab aku ajak, MrB ikutkan jugak.
aku pergi ngan noy n p.g
sampai sana, tetiba noy kata ingat MrB tak pergi. so dia ajak kawan dia.
MrB lagi happy tak pergi. dia kata takpa, dia boleh pergi hospital.
so sabtu lepas dia habiskan masa kat hospital.
sampai pukul 4-5 pagi dia kat sana.
2-3 hari ni dia berulang je ke sana.
walaupun abah time tu banyak pejam je mata tidur.

so Alhamdulillah even dia takda masa abah hembuskan nafas terakhir.
aku tengok dia ok.
aku nampak dia sebak sikit2 je.
tak sure if dia ada nangis beria ke tak.
maybe bukan depan aku, or bukan depan fam dia.
sebab dia nak tunjuk dia kuat.

memula daripada rumah filla, terus nak ke GH.
tapi tau la parking situ kan.
so MrB decide kita balik rumah dulu.
mandi, siap semua then terus ke rumah kakak dia.
so kita orang bersiap semua.
then terus ke rumah akak dia.
elok sampai sekali ngan van jenazah.

aku ok.
tapi aku tak dapat tahan bila nampak mak.
aku jadi sedih sangat.
ye la mak kenal abah daripada mak habis sekolah.
jaga abah berapa lama.
banyak kali kena tenangkan mak. :'(



Alhamdulillah rezeki abah.
walaupun dah lama sakit n dah berpindah pun.
tapi ramai kenal dia. so ramai datang melawat., baca yassin n tahlil.

lama jugak kat sana.
MrB semua tidur sana.
tapi aku tumpang tina balik.
so esok paginya tina datang amik aku.
pukul 9am dah siap ke sana balik.



dalam pukul 10 am van jenazah sampai.
tengok radie n win pun ada datang visit.
aku memang tak snap pic. macam tak appropriate pulak rasa.
tapi pic bawah ni tadi radie share kat group whatsapp.
aku share sini.


sian laki aku dah rabak sangat.
tak tidur semalaman.
aku yang alertkan dia.
aku cakap cepat yang, pergi angkat jenazah abah.
u anak, jangan biar orang lain pulak. u lagi utama.
baru dia sedar. dia dah tingtong tu.





then ke surau area tu untuk mandi jenazah, kapan dan sembahyang jenazah.
Alhamdulillah again rezeki abah, ramai sangat datang.



penghormatan terakhir buat abah.
then ke tanah perkuburan selayang lama.
di mana, abah di kebumikan di sampaing pusara awah mak n ayah dia, arwah anak dia, adik beradik dia.

lepas settle ke rumah balik n makan tengahari.
then selesai kemas semua aku n MrB bergerak balik pukul 4pm.
balik tidur. tau dia keletihan tu.
aku pun letih tapi risau jugak terlajak tidur.
set alarm bukan main banyak.
nasib terjaga.
sian dok kejut MrB berapa kali dia mamai.
aku kata, bangunnn tahlik abah ni..takkan tak pergi.
dia boleh tanya. ye laaa…mana tahlilnyaa?
e eh. dia sedar tak dia atas katil ni.
jenuh kejut baru bangun.

nasib bangun jugak. kang dia tak bangun.
ada aku yang kena nanti.
sampai sana awal jugak.
so tolong kemas n setting meja untuk majlis tahlil malam tu.

Alhamdulillah settle.
tadi aroung 12ish gerak.
ni dia dah selamat tidur pun.



konsep selfie tetiba nampak orang tengok terus coverline.

untuk readers yang ucapkan takziah n all.
terima kasih. sorry tak dapat balas 1-1.

untuk customer, sorry aku tak dapat post barang.
ingat sempat n pengebumian settle pukul 12-1pm.
Insyallah sempat. tapi pukul 4pm baru gerak.
memang tak sempat.
Insyallah today aku akan post yea.
whatsapp ke call pun tak berjawab or lambat jawab.
by rabu aku akan free balik untuk berurusan full force ye.

p/s: sedih pulak tengok MrB tertidur ni. tau betapa dia sayang kat abah. sempat semalam dia call cakap, "sayang jangan marah2 i selalu tau. i anak yatim". walaupun memang betul, tapi kelakar pulak rasa sebab umur dekat 40 dah pun.

14 Comments:

ahtzelin said... [Reply to Comments]

Al- fatihah utk arwah...takziah utk Mr B n u peej...

anakbapak said... [Reply to Comments]

Alfatihah... Ramai orang yg solat jenazah...

JUJUL said... [Reply to Comments]

Takziah Ben and Peej sekeluarga. semoga roh ayahanda dicucuri rahmat dan ditempatakan di kalangan org2 yg beriman.

diana adha said... [Reply to Comments]

Takziah Peej n Mr B...Al-Fatihah..

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

Aku xsuka ben. Dia selalu cam ni tau. Sedih sedih tapi keringgggg je buat lawak.

Takziah again peeja. InsyaAllah, Allah lebih menyayangi

Filla said... [Reply to Comments]

Takziah buat Ben n Peej.. Semoga rohnya tenang di sana... besar pahala Ben selalu uruskan dan jaga ayah dia semasa dia masih hidup.. Ben kene selalu doakan abah dia kat sana ok? take care peej..

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Tabah ye peej...sebak betul baca entri ni...untung ben dpt peluang jaga àyah...semoga arwah tenang disana...diampunkan segala dosanya sepanjang hayat...semoga Allah tempatkan arwah dikalangan org beriman...amiin...

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

takziah buat pija dan ben sekeluarga
semoga arwah tenang di sana, dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh, insyaAllah

Al-Fatihah,,

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

takziah peej, al fatihah buat arwah abah Mr.B

mamabeauty said... [Reply to Comments]

Alfatihah utk Ben sekeluarga

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Al Fatihah

dan salam takziah Peej..

Alhamdulillah juga sebab Mr. B dapat laksanakan tanggungjawab dia sebab anak.

Sheila Salim said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum kak peej. al-fatihah. sedihnya. teringat masa allahyarham ayah mertua sheila.. masa tu sheila tengah pregnant, sedih sangat kenangkan ayah pergi tak sempat tengok cucu dia :(

attyfir said... [Reply to Comments]

as salam peej,
salam takziah utk Mr.B dan keluarfa
semoga rohnya ditmptkan dikalangan org2 yg beriman,amen,al fatihah

Anonymous said... [Reply to Comments]

takziah peej...selayang lama tu kg sy...xtau plak ayah Mr. B org selayan ke???

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...