Instagram : @peejburhan

sakit otak

aku rasa dah menyampah pulak nak layan fb.
aku kadang suka gak layan sebab sometimes banyak article menarik untuk di baca.
good infos n stuff.
tapi lately ni sakit otak la pulak layan fb.
rasa macam nak deactivate pun ada.
tapi tu la dah kata tu salah satu punca rezeki.
mana boleh sesuka hati nak tutup kan.

malaysia ni kalau korang perasa suka trending kan satu2 hal tu.
kalau kemalangan bas, amik kau 2 minggu itu je la cerita dia. hentam sana sini.
pastu nanti kes adik OKU tu, amboi 2 minggu gak nak hentam mak budak tu.
sekarang apa cerita? senyap kan? takda lak sapa amik tau or ikut progress budak tu.
then hal si Kiki tu pulak.
haaa memacam parody la, segala gambar semua keluar.

ok la. kau mengikut perkembangan kaedahnya.
tapi komen 1-2 kali sudah. tak yah melebih2.
sebab aku kalau baca komen2 orang ni memang melampau semua.
ok memang la orang tu salah, tak kira la mak kepada budak OKU tu ke, Kiki tu ke.
tapi cakap kau tak suka perangai dia sudah.
tak perlu sampai nak komen pasal fizikal la apa. kait ke mak bapak la, jumpa nak rogol la, bunuh la.
what the hell. masa menaip tu tak pakai otak ke?
semua spesis keyboard warrior.
sebab aku pernah jumpa spesis ni, kemain kat social media cerita kemain.
jumpa depan mata, terkebil2 mata tu macam cicak berak kapur.
bantai ngan steering lock kang *eh nak jadi Kiki pulak*

then now kan heboh isu boikot sana sini.
siapa tak benci israel zionist tu. aku pun benci.
aku rasa tahun ni pendedahan dia lebih daripada tahun-tahun sebelum ni.
padahal macam yang kita tau kes ni dah berlanjutan bertahun-tahun lamanya.
aku few days back ada follow fb Aman Palastine.
tapi sebab all the footage n video, 2 malam aku tidur ngigau2 sampai laki aku kena kejutkan aku.
aku decide untuk unfollow. takpa la.
biar la aku ikuti kisah2 ringan or bertulis je. tak perlu la gambar2.

then isu boikot.
aku dah perasan pasal boikot ni bertahun.
as usual, malaysia ni semua jenis bermusim.
orang boikot, kau nak jugak boikot. just ikut trend.
terus terang aku cakap, selama ni orang boikot aku tak pernah follow.
kau nak boikot bagus, aku? taknak. aku sukaaaa McD.

tapi tahun ni kenapa aku terkesan.
aku tak kata aku boikot ye.
aku taknak poyo2 cakap itu ini padahal aku pun sama ikut musim nanti.
tapi so far aku macam stop beli McD.
bukan sebab ikut trend. sebab aku ada rasa bersalah dalam hati.
esp bila aku ada ternampak orang share macam gambar karton la.
orang makan burger McD. tp burger tu macam berdarah2. uwaaaaaaaa.
rasa sedih. aku ni tau la, memang jenis cepat touching.
aku punya rasa bersalah tu nanti tak berkesudahan sampai darah tinggi je rasa.
so better aku stop.

which aku rasa satu pencapaian besar la jugak.
sebab u know me, every other day kot aku order McD.
so ni dah few weeks tak makan, sendiri kagum ok.
tapi ada korang nampak aku dok canang sana sini?
takda kot. kau buat. kau sendiri2 sudah.
tu antara kau n niat kat hati kau. Allah maha mengetahui.

n ada few benda lain lain la.
bila aku terbaca few products ni from israel.
katanya. betul ke tidak aku pun tak sure. Wallahualam.
sebab kadang kita takleh percaya 100% apa yang ada kat social media ni.
so nanti pergi kedai nampak produk ni, aku belek2 ok yang ni boleh makan.
yang ni takleh, mari beli yang lain tapi bukan daripada Israel.
tapi if produk tu aku tau dpd situ pun, tapi aku macam tak mampu hendak melepaskannya.
so aku makan je la. dah memang ada kat rumah.
maybe next time nak beli lagi, kita cuba untuk tak beli la kan.
gituh.

semua buat senyap2 je.
even kat laki aku, aku tak cakap apa.
even bila aku tengok ada orang upload makan itu ini.
takda aku sibuk komen, boikotttt!!!! itu barang israel!!!!
takda! aku diam je. walau terdetik dalam hati. tapi tu hak orang tu.
suka dia la.

so tak perlu nak jadi keyboard warrior, tak pun macam good-good je nak komen macam bagus kat orang tu. boikot la apa.
jangan sampai aku gi rumah kau selongkar barang rumah kau n depan muka kau aku sebut, woii ni barang israel, ni pun sama, haaa tu pun sama. suka?!

boikot tu hak masing-masing.
cuma aku rasa cara tu kadang-kadang salah.
macam apa kejadah sangat kat wedding kau bakar bendera israel la, pijak la.
apa kau dapat? membantu ke rakyat palestine.
tak kot. kau nak bantu? ok takyah buat majlis perkahwinan. duit buat majlis tu kau salurkan ke tabung palestine. lebih bijak kan?
ok yang lain pulak, ok nak boikot. so tunjuk la adegan potong kad ke apa. ok tunjuk pic kad je dah. tak perlu selfie ngan muka kau sebelah kad tu. tampar nak?
ada pulak konon pergi McD tapi makan benda lain la, tumpang toilet je. pastu orang pun semua share konon ni boikot penuh gaya n hebat. tah apa-apa tah.
then yang sampai ludah muka pekerja starbucks, baling batu kat pekerja mcD, gila ke apa?
apa kena mengena lak ni. dah jadi keganasan pulak.
kau nak boikot, kau sendiri senyap2 sudah. takyah buat benda bodoh.
semua tu kerja Allah ok, kita tak tau. di sisi Allah entah-entah dia lagi mulia sebab dia berkerja mencari rezeki halal nak tampung diri n keluarga.
korang ni yang buat benda-benda bangang tu elok sangat la perangai?

entah la cara orang berbeza mungkin.
tapi yang pasti aku rasa malu pulak semakin lama, semakin banyak article-article bodoh orang share dalam fb. esp isu boikot ni la.
malu dengan bangsa lain, malu dengan orang yang lebih ada sivik n educated, malu dengan negara lain.
banyak cara lain nak boikot n bantu at the same time.
contoh, terasa nak beli McD, lupakan. let say kau beli mesti total RM20..apa lagi duit tu cepat2 derma, transfer ke badan-badan amal palestine.
lagi best perasaan dia sebab kau dapat boikot n derma at the same time.
daripada kau macam bagus kecoh sana sini, tapi habuk pun takdak.

16 Comments:

Shark Kay said... [Reply to Comments]

lain org lain cara..
boikot mana yg mampu sahaja:)
boikot bermusim tu mmg xleh tolak,
adat manusia mudah lupa.
hehe.

Lavender violet said... [Reply to Comments]

well said kak peej :)

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

sokong! setuju! dan seangkatan... org kita ni bab2 merusuh memang pantang dijentik, laju jer mengelitis nak merusuh.. eh , daku hover sini.

Liyana Raziff said... [Reply to Comments]

saya sangat setujuuuu dengan entry peej ni. mmg hari2 menyampah je tgk org yg over p serang mcd bagai. sama macam peej, saya jugak penggemar choco top dgn mc cafe. tp skang ni mmg dah xde rase nk beli dah..dah lama jugak x beli..tp xde smpi nk kecoh satu dunia.

FARYN said... [Reply to Comments]

aku tak kisah bab boikot ni..yg penting barang2 tu halal... kalau nak fikirkan sgt bab profit tu diorg salur ke mana, epf yg aku simpan tu pun aku xtau apa diorg buat to get dividen sume...

yg dok bising2 boikot ni kadang2 mcm ikut trend je..nanti tgk diam balik..pastu upload pic minum starbucks kat fb :P

saidatul maria said... [Reply to Comments]

betul betul.... :)

Buddy Bard said... [Reply to Comments]

Setuju!!

cik allord said... [Reply to Comments]

setuju sgt kak peej

Zaidawati Ismail said... [Reply to Comments]

Peej, itu sebab tu akak suka baca blog Peej, cara pemikiran dan tulisan Peej tu kena caranya, teruskan menulis Peej, ini silent reader yg hari2 dok buka blog Peej dan beli brg online dari Peej

Ju-Dzahir_Amanda said... [Reply to Comments]

well said.... sokong pendapat ni 200%....

eiLa said... [Reply to Comments]

thank god!!!!! finally somebody making some sense!!!

buat senyap2 sudah...

suezen said... [Reply to Comments]

well said! thumbs up

ShirVen said... [Reply to Comments]

yes agree with u peej. tak perlu nak tunjuk2 sebab semua org suka keamanan kesejahteraan so yang jelik2 ni memang tak best. apa pun memang tak perlu lak tunjuk berhabis2an, sebab at the end, ramai yang sendiri rugi and tambah dosa.

Ani Mina said... [Reply to Comments]

kelakar la ... not that i don't agree with you tapi dah kau canang kat blog maknanye kau tak buat secara senyap la ... sama je macam orang lain yang canang kat FB bagai ... nak jugak kena bagi tau "aku boikot gak tapi cara aku sendiri la"lagi baik kalau amik pendirian senyap je ... nak kasi pendapat pasal isu ni boleh tapi tak perlulah cakap "aku pon boikot tapi tak kecoh-kecoh" or "aku pon derma kat amal palestine tapi tak kecoh-kecoh" sebabnya bila dah tulis kat blog maknanya kau dah kecoh la ...

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Yes! Setuju. Naik muak la yang nak jadi pemerhatian x bergaji. Itu nak komen, ini nak hentam. Banyak cara nak tolong. Bak kate kau yang p bakar bendera tu paling x paham. Mmg la nak lahirkan rase marah tp dr kau bakar baik buat sepanduk ke hape. Paling x tahan yang nak berkasar dgn pekerja2 McD, Starbuck etc. dah itu punca pendapatan diorg and kalau diorg nak cari kerja lain pun bukan boleh dpt dlm masa 1 hari. Aish... Tulah manusia. Niat tu betul tp tindakan tu salah.

elle said... [Reply to Comments]

I pun fikir yg sama jugak peej. why not la buat ikut cara yg betul kan.. nak boikot tu boikot je la. tapi biarlah boikot gunakan akal fikiran. yg kes ludah staf Starbucks & baling kat staf McD tu, itu bukan boikot namanya. bukannya staf2 tu yg membunuh kat Gaza tu pun.. ini yg susahnya kalau manusia terlalu obses dengan agama sampaikan bertindak mengikut emosi semata. macam FARYN komen tu, memang ramai yg boikot ni ikut trend semata. trust me, bila isu ni dah reda sikit nanti, confirm ramai pemboikot-ikut-trend ni beratur masuk McD balik.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...