Instagram : @peejburhan

Raya kedua.

raya kedua paling best.
sebab akhirnya dapat tidur tanpa gangguan.
memang sepuas-puasnya la.
then relax je bersiap apa semua.
then keluar makan.


salah satu yang sempat beli untuk raya.
seluar baru :)
lain apa tak sempat.
tu pun beli kelam kabut.
dua hari sebelum raya berbuka luar.
settle berbuka singgah nichi. pilih. try. balik.
sebab pukul 8.30pm orang dah start nak amik cookies.
tapi tu la dah beli seluar baju takdak.
merasa korek2 almari pakai baju lama.

keluar pergi festival city.
makan. kedai favourite mostly tutup.
so makan kat kedai kurang best.
then singgah kaison.
few days before tu ada singgah tengok2.
tapi tak beli sebab like i said, aku takda masa nak bershopping.
most of the time kena duduk rumah sebab orang nak amik cookies tu kan.
so if keluar pun kejap je nak berbuka then balik. sobs.

so raya kedua tu sempat la membeli.
beli barang raya je pun. sebab bekas kuih aku, aku bg mama.
dah aku takda balang. so aku tengok kaison ada n simple n yang penting kedap udara.
so beli la 6 ketul.
then beli pasu. murah uolls besar tapi rm40 gitu.
untuk letak aku punya rotan2 tu.
selasa 2 tahun ni benda tu aku letak dalam ashtray ok. haha.
ok kalau anak tentera tau la. kita orang ada ashtray yang di perbuat oleh peluru pepandu. eh ke bom atom? aku pun lupa.
so aku guna tu je. bagus sebab berat. takda kucing aku langgar berderai ke apa.
so akhirya aku tukar la beli pasu betul.
n akhirnya ashtray tu berkhidmat jadi ashtray n bukan pasu lagi. ;p
lupa nak snap pic. rajin iolls snap ye.
tapi aku suka la kaison. sebab murah n boleh tahan lawa barang2 dia kan.

oh n aku beli jugak selipar rumah untuk mama.
n alas place mat untuk guna harian.
tengok yang mama pakai macam dah lama je.
ye la noy beli masa kita orang cuti bali few years back kot.
then singgah watsons belikan mama lotion.
kaki dia pecah teruk. so belikan untuk crack heels punya lotion.
hopefully cepat baik. dia dah la nak pergi haji soon.

settle situ terus ke chowkit.
chow kit ni tau la hazab if pergi.
alang2 orang balik kampung ni lets go.
sekali pergi chow kit tutup semua ok! semua!
aik bukan chowkit tauke semua cina ke. asal tutup semua?
amik kesempatan cuti gak.
aku nak belikan mama balang air ni.
sebab lama mama nak. tengok kat ricardo great eastern tu amik kau rm1k+
gila apa. balang air je. bukan nak isi air berperisa emas ke apa.
sekali ada aku pergi chowkit few months back ada balang serupa tu.
harga pulak starting form rm200 begitu je.
so ok la kan. munasabah sikit.
tapi tu la dah tutup nak buat macam mana.

sekali ada lak barber shop bukak.
time tu la laki aku nak potong rambut bagai. sabar je la.
so meratapi nasib diri la aku tunggu dalam kereta.
ok tipu takda la meratap sangat.
sempat selfie :)


lama gila potong rambutnya pun.
sampai 20 minit.
padahal botak je pun.
rupanya kemain siap bentuk2 bagai pulak.
boleh tahan barbershop india ni dah macam barbershop black pulak.
kemain laki aku kata siap dia shave muka segala n urut2. amboi sangat.

then terus ke rumah mama.
sekali sampai tengok rumah macam penuh gila masuk pun takleh.
aku n MrB duduk depan kat porch.
boleh tahan panasnya.
terus kata jom la pergi JJ. belikan mama kipas.
haha keluar balik.
ye aku ramai2 ni kosser sikit. keji gila.
ok tipu, bukan la tak kuasa, tapi segan.
n malas nanti nak kena layan soalan cepumas. baik kita keluar je.

so ke JJ au2.
tetiba laki aku kata lapar lagi. aik lapar lagi.
ok la jom makan.
since banyak kedai tutup. so kita orang ke johnny's.


pelik pulak potong ada design begitu.
dah macam design rambut orang yang nak makin nak menipis lak.
kan kalau orang yang bakal takda rambut kan rambut jadi bentuk macam tu.
tapi malas complain. layankan je.
better la begini daripada buat style indomee dia tu. sakit hati aku tengok.
nipis keliling tetiba atas ada rambut. dah macam rumput pun ada. me not like.

nway lengang gila.
kedai pun tak ramai orang.
ramai pun mostly chinese.
later tu baru ada few la malay families.
bosan kot asyik makan ketupat rendang.


walau beraya kat KL. tetap nak amik pic berlatar belakangkan tingkap n kayu ala rumah kampung. hihi.
laki aku bukan penggemar steamboat. ok bukan tak gemar.
tak makan langsung.
so adalah sedih iolls dah lama tak makan steamboat.
so ni dia amik nasi goreng. aku amik gak steamboat.
tapi tak order banyak la kang tak abis naya.




mmm dap dap dap.
tengok pic ni rasa nak lagi.
tak puas makan hari tu.
nak ajak noy la nanti.
takda teman aku ni.
sama macam sushi. kemain mengidam tapi tak dapat makan sebab laki aku tak reti.
nak tunggu noy dia tu asyik tido je. tak pun keluar.
kempunan iolls.
nasib hari tu ada keluar ngan filla n elly n kita orang bersushi session. best.




kau tengok la.
lengang gila weyh.
terus terasa macam dalam cerita I Am Legend.
sebab takda sapa kau je ada kan.
tapi tetiba lepas tu seram, terbayang macam mana if memang jadi macam tu.
pastu tetiba ada zombie2. hahaha.

settle makan n beli kipas, ke rumah mama balik.
masih ramai.
tapi ok la duduk dapur pulak. hihi.
sampai lewat malam jugak la tetamu tak putus2 datang.
ye la papa pun tak sihat kat. so sambil beraya sambil orang visit papa.

then malam tu since berkumpul lets amik pic.
suruh pakai monopod. hua hua.
kan monopod yang ibu desi bagi tu. aku memang tak la pakai.
so aku bagi noy.
so mari.
memula sesama adik beradik je.
so ajak mama join later.
ingat nak ajak papa, tengok papa dah lena. sian lak nak kejut.
so takpa. some other time.



hahaha gigih mama menyorok belakang ayol.
sebab dia tak pakai tudung. dia taknak la masuk dalam pic.
later terus capai tudung dia, suruh dia pakai n join.
tengok pic atas ni lawak.
tengok la mama belakang ayol tu. baik takyah nyorok. cehhh.

kemain banyak amik sampai penat.
pastu malas gila nak stich n upload kat ig.
noy rajin buat. so mari curik pic dia.
pastu memasing bising sebab pakai front camera kan tak sharp gambar.
dah la semua sibuk tunjuk skill guna filter.

:: original pic noy bagi ::

:: ni aku punya. ala tak edit apa pun. cuma pekatkan color je ::


yang ni P.G edit.

P.G : haaa kau kata tak sharp kan? amik aku bagi sharp.
MrB : P.G! ni teruk betul ni. macam tamil naidu dah rupa abang kau buat.

semua gelak.
memang scary kot. gila punya P.G.

:: ni pun P.G edit. kesian laki aku. nampak sungguh mendung di situ ::




macam- macam jenis edit la.
semua pun tetap sama pic tak sharp. lantak.
janji happy2 n meriah.
yang pasti semua busy edit.
laki aku pun macam busy bebenar edit macam kan terel.
sekali bila dia share. hoiii ni apa ni.


aaaa dia pergi edit pic dia sendiri pakai coat pulak.
laki sapa la ni.
dia suka benar app ni. app bagi pakai coat.
abis semua orang dia nak edit pakai coat.
sabar je la.
apa la rupa. dah macam lawyer mahkamah syariah lak rupa siap pakai songkok.



4 Comments:

Reena Kamarudin said... [Reply to Comments]

hahaha berapa kali mau edit daaaa sama je perangai dengan adik beradik saya

nie eim said... [Reply to Comments]

adeh penat gelak tengok gambar pakai coat hahaha

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

selamat hari raya to you and your family

biasa la soalan cepu mas time raya gini
saya ni, pergi 10 rumah, 9 rumah sebok tanya, kau bila nak kawen, tak nak kawen ke, rugi la tak kawen
eh gila ke apa. orang gila pon kalau boleh diorang nak kawen tau
malas nak jawab, sengeh je

yang dah kawen kang, tanya anak pulak
dah ada anak 1, tanya bila nak tambah pulak
macam2 ye dak
jenuh nak fikir jawapan

Signorina Syima said... [Reply to Comments]

Selamat hari raya peej... 3-4 bulan lepas ada terserempak dgn u kat wangsa walk. nk tegur segan. Salam perkenalan... :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...