Instagram : @peejburhan

penggila

ok mood aku dah ok sikit.
hari yang aku down tu memang serious aku down tahap melampau.
tahap orang takleh sebut lansung pasal kereta aku sebak n menangis sakan.
sungguh-sungguh la nangis. mungkin aku PMS, mungkin jugak aku saiko.
serious menangis je sampai tahap muka bengkak la seharian bawak ke esoknya.
aku sedih sangat. cakap sikit aku nangis, bila pikir balik bangang pun ada. hahahha.
sebab serious kalau tengok aku time tu, kalah orang putus kasih la rupanya. gitu.

Alhamdulillah masalah hampir settle.
nanti settle aku cerita la.
so aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan rapat aku yang banyak membantu.
yang menceriakan aku di kala sedih. dengan lawak-lawak dorang.
geng-geng group-group whatsapp aku. dengan lawak-lawak bengong dorang n keywords pelik-pelik.
kata nanti keluar headline newspaper, "MEMALUKAN. blogger peej burhan mengamuk bagai hilang pedoman". pastu kata aku serang showroom sambil hentak-hentak kereta pakai sterring lock. T_____T
eeeiiii tak suka dorang.
pastu saje je seharian panggil aku fizah. ye la kan aku kata salesman tu panggil aku fizah kan.
kong jaq sangat.

n kawan-kawan lain la dok menyelesaikan masalah, melayan aku kat facetime.
n judak few readers yang directly contact aku. macam-macam bentuk pertolongan la.
yang tolong guide, yang offer kereta dorang untuk sewa, yang tolong checkout n suggest dealer.
aaaa banyak sangat bantu. nanti aku cerita details lagi.
yang pasti hati tisu iolls ni tak tertahan.
semalam memang aku tak nampak hikmah semua ni.
then baru aku sedar, rupanya Allah nak ingatkan aku, aku di kelilingi oleh orang yang baik-baik.
yang ikhlas tolong tanpa harap balasan ke apa. *kesat air mata sikit*
sayang korang ketat-ketat.
aku memang tak reti nak cakap terang-terang sayangku ini, aku memang lemah bab tu.
tapi ketahuilah, deep down sayang kat korang. *peluk cyber* *sebab aku takkan peluk betul-betul if jumpa. u know me.*

aku down tahap bila banyak komen-komen masuk pasal kereta aku jadi lagi stress.
macam-macam suggestion.
sampai tahap nak deactivate acc facebook la. hahha drama sangat perangai.
tapi macam tak tau je cara nak buat. cehhh.

nasib hari ni dah ok. :D
so just nak bagi tau tu je.
macam takda kena mengena ngan tajuk entry kan?
memang takda kena mengena, sebab tujuan asal aku nak cerita pasal lain.
tapi jadi cerita luahan perasaan pulak. konon nak pembukaan je. amik kau berjela.
sampai tetiba nak cerita entry asal, rasa macam tak sesuai.
confirm saikosis.

if aku rajin aku akan buat entry mengenai tajuk penggila ni yea.
ok bye.

p/s: dah jangan tanya pasal kereta. tengok mood if mood ok aku update pasal kereta. if tak ok biarkan je la pasal tu yea.



1 Comments:

mamabeauty said... [Reply to Comments]

InsyaAllah ada kelebihan bersabar..

"Disetiap kesukaran pasti ada kemudahan"..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...