Instagram : @peejburhan

penggila. kali ni betul-betul.

ok kali ni terus cerita.
tak payah nak poyo-poyo ada pembukaan bagai.
kang tersasar lagi kang.

aku nak cerita hal laki aku yang penggila dan pengpelik.
ok takda perkataan pengpelik. tapi suka aku la. aku bukan ada nak kena amik test Bahasa Melayu pun kan.

so kisahnya korang pun tak laki aku penggila vacuum rumah, tang tu i like.
walaupun agak pening jugak tengok dia asyikkkkkk vacuum je.
haaa kan aku cerita pasal isu carpet tu.
kan aku kata aku beli carpet cerah yang tak nampak ketara kotor.
kang aku tengok dia tetap vacuum sehari 3-4 kali.
aku rasa sebab dia dah biasa, macam rutin. so dia susah nak stop.
ok setelah sebulan berlalu, aku tengok dia dah ok.
dia dah kurang vacuum. and paling best selang few days baru vacuum.
aaaaaa leganyaaaaaa.

tapi bab menyapu depan memang tak boleh di bantu lagi.
dia masih obses. dia masih menyapu setiap hari 3-4 kali.
dia takleh ada satu daun atau bunga pun ada kat depan tu.
sanggup even hujan renyai pun dia akan sapu ok. hahahha.
kadang tu dia dah sapu. ok.
then lepas tu kita orang nak keluar. gap maybe tak sampai setengah jam.
tetiba la ada daun gugur la time tu.
mesti sempat dia suruh aku kutip n buang T______T
selagi tak hilang daripada pandangan, jangan kau harap dia nak gerak.

kalau datang angin rajin dia, mula la menebas pokok bagi kemas la apa.
takpa la, elok gak tu.
tapi over rajin sampai pokok-pokok jiran pun dia tolong trim. laki sapa la tu.
hari tu ada keluar ngan elly.
then otw tu elly tanya, ben dah balik ke?
aku kata entah. tak tau la. then elly kata dia still suka ke sapu2 tu.
aku kata ye la. memang balik kerja je tu dia hadap dulu.
then elok sampai depan rumah memang laki aku tengah menyapu porch.
terus elly, " aaaaaaa peeejjjjj dia menyapuuuuu. betul cakap kau. tapi takpa ni dalam rumah."
takda ok. lepas tu dia akan sapu luar pulak.
tak sure elly perasan ke tak, by the time elly pusing kereta tu, patah balik memang laki aku dah sapu depan pulak.
nak tergelak aku.

tu takpa korangggggggg.
pernah tu nak keluar aku nak tutup gate dia tak bagi. dia kata nak sapu sikit.
aku tengok keliling. dah bersih kot. dia baru sapu dalam sejam sebelum tu ke apa.
dia amik penyapu n penyedok. oh btw penyedok tu siap suruh tukar batang tinggi, sebab dia kan tinggi so batang sedia ada tu pendek dia kena tunduk. so penyedok rumah ni batang tinggi pakai batang mop tu. lawak je.
haaa dia amik. n aku tengok dia sapu ada 2-3 daun yang size sebesar duit 20 sen.
kau mampu???? aku pun tak perasan kot daun tu. mata dia ni kenapa?
pastu dah sapu tu. aku tengok dia sapu lagi.
aku tanya la, yanggggg u sapu apa lagi ni?
dia kata ni haaa ada batu-batu ni.
ye!!!!! dia dok sapu batu2 jalan tar tu.
aaaaaaaaaaaaaaa help me. patut la aku ada darah tinggi.
serious aku rasa laki aku ada penyakit gian menyapu. hahahahha.
hari tu gian rendang limpa. ni gian menyapu pulak.

selain daripada tu. dia jugak penggila spray.
kau jangan la bagi dia spray. sebab aku rasa dia jugak gian spray. hahaha.
serious kalau dia guna spray nyamuk tu. botol extra panjang tu boleh tinggal suku je kot sekali guna.
i'm not kidding u.
kalau rumah parents aku dulu, aku rasa mau sebulan boleh tahan 1 botol spray kan.
spray tempat kau nak duduk lepak/tidur n time kau terasa ada nyamuk je la kan.
no no no.
kalau ada spray kat rumah aku ni, laki aku akan spray daripada depan sampai bilik-bilik, sampai segala ruang, sampai dapur paling belakang, sampai la ke luar rumah belah belakang.
sampai aku terfikir dia ni sebenarnya nak bunuh nyamuk ke, atau nak bunuh aku sebenarnya?
dah pesan berkali-kali tetaplah sama.
kau bayangkan aku beli spray botol panjang tu yang 3 terus tu kan?
tak sampai seminggu habis ye.
pastu nanti dia muka sardin je cakap, "yang spray dah habis tau. kena beli ni. i bukan apa, i taknak nyamuk gigit u."
aku rasa macam nak jerit sambil kusut2 kan rambut. whyyyyyyy oh whyyyyyyy?
tapi hanya mampu cakap, okayyyy.

satu lagi kegilaan dia adalah spray serai wangi tu.
tau tak? kat supermarket banyak jual.
memula dulu beli sebab rumah ni kan rumah lama.
memula masuk memang ada prob anai-anai.
so mama beli tu n pesan kat MrB suruh rajin-rajin spray.
guess what sekali dia spray memang habis sebotol spray tu.
siap refill tu setengah jalan. seriously ok.
kadang tu sampai bawak ke dalam rumah la dia spray.
pitam aku bau serai wangi rumah.
pastu hampir setiap hari dia buat.
nasib now dah ok. sebab tengok masalah anai-anai dah takda.
abis tak gila kau teruk dia balun spray.
menangis anai-anai sebab keluarga diserang bertubi-tubi.

tapi ada bagusnya pulak serai wangi ni.
Alhamdulillah aku duduk rumah ni dah 2 years.
aku rasa aku cuma pernah jumpa lipas tak lebih dpd 5 kali.
tu pun 3 je yang hidup. lain just jumpa bangkai je.
sebab masa memula sebelum pindah n time kita orang mengecat.
ada banyak gak lipas. now serious takda ok.
n aku syak sebab serai wangi la.
n cicak pun dah takda. aku pun tak sure kenapa. tapi aku rasa sebab serai wangi tu.
try la korang. mana tau ok.
MrB dulu rajin spray kat belakang rumah kat bucu2 dinding. then kat area lobang2 toilet. tu kau buat malam la. sebab takda orang guna n basahkan toilet time tu kan.
sebab pernah lama dia tak buat n aku terjumpa sekor lipas.
then terus pesan kat dia nanti senang spray kan. lepas buat memang aman je.
n no, bukan sebab ada kucing ke apa rumah ni.
sebab laki aku kalau mengemas semua dia terbalikkan n angkat. memang bangkai ke apa pun takda.

oh lagi satu yang sampai sekarang aku tak paham kepelikan dia.
dia suka alter n cipta benda-benda pelik.
macam rumah aku kan banyak kotak barang meniaga.
nanti dia suka potong-potong kotak n buat macam-macam.
dia akan potong kotak susun barang.
dia akan potong kotak then letak kat area dapur. dia alas lantai pakai kotak.
alasan sebab nanti berpasir lantai sebab kucing. ada kotak senang sapu.
aku tak nampak mana senangnya tu.
sebab pasir tu sampai ke bawah kotak pun ada.
so dia sapu nanti, dia angkat kotak tu. uwaaaaaaa.
tu kalau dia sapu. kalau aku sapu aku la rasa nak lempar-lempar kotak tu.
pernah satu time tu aku rasa dia susun-susun kotak sampai dah macam jadi carpet kat dapur tu.
dah rasa macam rupa ada dah.
nasib now dah takda. sebab aku sound apa ni??? orang kat kampung pun tak buat macam ni yang, orang rumah kontrak je letak kotak2 macam ni.
so memang takda dah. fuhhhh.

satu lagi dia suka potong botol mineral T_________T
dia potong jadikan tempat letak pen, buat jadi ashtray, jadikan tabung isi syiling.
aku pun pelik sedangkan punya la banyak ashtray aku beli.
tetap nanti tetiba dia nak buat ashtray daripada botol mineral, siap letak air sikit.
hahhahaha. pening kepala aku.

banyak la benda pelik-pelik dia ni.
nanti aku ingat aku cerita lagi.
tapi pelik-pelik pun kesayangan tu, walaupun ada masa rasa nak cekik je dia.
ok tu tipu, macam berani nak cekik. atuutttttt.
tapi takpa la, dia boleh terima aku seadanya n aku pun terima la dia dengan cara pelik dia tu kan.
huhuuh. confident je aku ni cakap dia pelik la apa.
tah-tah dia dalam diam pun dok kata aku macam-macam.

eh ok la. tu je.
sambung lain kali.



20 Comments:

Mila Hilas said... [Reply to Comments]

hehehe bab menyapu tu serius kelakar, mcm dpt byg cmne keadaan masa peej dgn k.elly tu wakaakka

susumanis said... [Reply to Comments]

Hahaha, klako peej n ben ni

Anonymous said... [Reply to Comments]

wakakakaka..lawak weh. aku plg kelaka part "dia ni nk bunuh nyamuk ke bunuh aku?"
sebab laki ku juga begitu..........wakakakaka
-neej

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahahaa kelakar.. tapi memang mase nk cod barang hrtu pun, nmpk ben tgh sapu kat luar pagar tu.. sweet haiii ben nih.. :)))

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Hehehehe kegilaan menyapu tu kelakar. tapi memang pembersih lah suami kak peej.

Suami saye pun suka spray. Adoila. Saye ni udahla tak suka bau spray2 tu semua. Sabo jelaaaa

Filla said... [Reply to Comments]

Bennnnnn. Peej kutuk ko.. hahahaha.. taklah.. Peej sayang gilerrr kat Ben ok.. Eh, serious aku nak try la spray serai tu...

farah said... [Reply to Comments]

Kalau aku, aku suke je laki aku gile vacuum and sapu sebab aku malas. Hihihi

Juz Haira said... [Reply to Comments]

Seriusly itu la kunci kebahagiaan korang..hehe.. Pengikat orang kata. (^,^)

zaidawati said... [Reply to Comments]

a
Assalamualaikum Pija, ye...suami saya pun sama, penyapu kena ada belakang pintu di ruang tamu, bayangkan, balik kerja capai tu dulu lepas tu mop rumah, everytime, kagum betul dengan istiqomah dia tu, saya redha je. Pasal serai wangi tu memang betul Pija, kat Ipoh ni ada lilin lebah campur serai wangi merata saya letak dalam kereta pun , memang dah tak de apa makhluk pun hatta semut sekalipun, yg serai wangi spray tu pun dah macam aromatherapy rumah

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha walaupun penggila sy setuju hobi dia menyapu tu, sebab bersih rumah tak payab pening2. susah woh nak jumpa lelaki2 rajin sekarang ni. most of them suka duduk lepak depan tv, tengok bola. hahaha. yang part potong2 bekas and kotak tu, macam org dolu2 la kan, innovative gitu :P

Anonymous said... [Reply to Comments]

better rajin dari malas

Irz Zack said... [Reply to Comments]

hahahaha.. kalau la kerajinan en ben tuh dapat pada saye kan bagus. Yang kita ni punya lah malas nak menyapu. tapi en ben rajin giler menyapu. kena amik skit aura dia ni.. huhuhu mesti jiran sebelah lega je dapat jiran macam en ben ni. heheheh

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahahahaa Kak Peej, untung la dapat husband rajin =) =)

Lavender violet said... [Reply to Comments]

haahaha lawak la kak peej...
sama mcm kwn sy..die ade penyakit OCD tak boleh tgk benda sepah n terabur...
sampai umah orang pon die geram nak kemas... T_T

MGL Writer said... [Reply to Comments]

peej, ntah-ntah your husband ada OCD haha, cuba gi check (OCD on cleanliness).

Alia said... [Reply to Comments]

Waahh jeles aku! Nak harapkan Don vacuum karpet..mmg harapan je la! Satu rumah flooring karpet, sampai ke tangga tangga sekali! Mmg tak de la dia nak vacuum kan.

Oleh di sebabkan masing masing berjiwa malas, kitaorg ada satu je requirement...kalau masuk bilik, jgn pakai kasut!!

Apa nak buat...laki bini mmg dasar pemalas...haha

this is me now and then~ said... [Reply to Comments]

Mana nak cari spray serai wangi tu!! Helpo

Anonymous said... [Reply to Comments]

spray serai wangi tu boleh cari kat giant, jusco, aeon sume ada. kat bahagian pencuci lantai, pencuci toilet, pencuci2 sume tu.

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Hi Peej... Peej.. mesti vacum Peej ni tahan lasak, kan.. boleh share brand apa dan modelnya tak? Coz akk sedang mncari2 vacum baru ni.. tulunnn

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

oh, ya.. tentang Serai Wangi tu, bagus kalu Peej beli ibu dia.. so just campur dgn air lbh mnjimatkan..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...