Instagram : @peejburhan

penantian satu penyeksaan.

tolong la lama nauuuu menunggunya.
tunggu apa lagi? tunggu kereta la.
sebab apa lama?
sebab aku kan tunggu model baru keluar.
ikutkan if aku amik model lama elok dah 2-3 bulan pakai.
tapi since gap nak keluar model baru 1-2 bulan je.
salesman kata baik tunggu.
memula taknak. tak sabar kan.
tapi bila pikir balik ah tunggu je la.
takda la nanti feeling best pakai kereta baru, tengok ada lagi baru sentap 88 hari kan.
so bertabahlah.

tapi ni betul punya tabah sebab lamaaaaa!!!!
tu katanya penantian satu penyeksaan.
if aku memang ada kereta sementara tunggu kereta keluar takpa.
ni takda. tu yang rasa benar penyeksaan tu.
nak bergerak jadi payah la.
post barang jangan cakap la.
if noy mood ok, dia tolong bawak pergi post.
if tak memang aku n MrB buat persembahan sarkas bawak barang banyak-banyak naik motor. hahha.
if barang sikit ok. if barang banyak yang payah tu.
takpa. bak kata ku in earlier post. susah senang bersama sangat.

bila aku kena amik stock ephyra ke apa noy tolong la.
tu memang kena naik kereta. takleh naik motor uolls.
then baru ni beli barangan kucing. kena naik kereta gak.
mampuih nak naik motor.
makanan kucing yang 10kg je dua paket. satu untuk kucing umah.
satu untuk yang luar datang2 tumpang makan tu.
beli pasir 3 bag. pitam kalau naik motor.

so anyway, last week salesman kata aku dah boleh pergi beli nombor kereta.
kereta nak dapat dah.
since last week sibuk. so tak pergi la.
baru dapat pergi this week lepas settle ngan tahlil semua.

aku memang nak beli sendiri.
taknak salesman belikan. aku taknak running number.
sebab fam aku memang suka beli no cantik2 sikit2.
takda la yang mahal2. janji tersusun nombor.

antara no kereta/motor kita orang.

1133 - 1100 - 69 - 292 - 1661 - 5665 -9595 .
so harus kak jah pun nak la nombor lawa kan.
dah la nombor plate wilayah now kan tak berapa nak lawa susunan.
serabut nanti.
so lets gigih.

since fam aku dah biasa buat benda ni.
so tau la selok belok.
aku lak memang tak pernah amik tau.
so baru terkial-kial la nak pergi.

so ke jpj.
step 1, amik borang n nombor giliran.
masa amik borang cakap kau nak daftar/beli nombor baru. yang nombor lawa sikit.
dia ada borang lain.

so masa amik tu dia bagi la.
dia kata if nak jumpa pengarah lepas kul 2pm baru boleh.
now pengarah tengah mesyuarat.
oh btw, nak nombor lawa kena jumpa pengarah ye.
sebab dia ada simpanan nombor lawa-lawa.

so masa amik borang tu orang kaunter tu cakap bawak ke salinan i/c n surat booking kereta tu.
aku kata la takda. sebab semua yang pergi memang kata takyah bawak.
dia kata siapa kata takyah bawak tu? aku cakap je la salesman.
dia sound, salesman bukan jpj ye. so dia bukan tau apa.
eleh kerek lak.

ah lantak. aku pergi jugak pejabat pengarah tu.
memang takda. dia tengah meeting. kena datang balik lepas kul 2pm.
ok fine.

so balik la rumah.
then berurusan sana sini.
then pergi balik. terus ke pejabat pengarah.
sampai tepat pukul 2pm.
pengarah takda lagi. T___T
so kita orang duduk tunggu kat sofa tepi tu.

yang secretary dia kot. macam resah semacam lak kita orang kat situ.
berkali-kali tanya ni nak nombor macam mana yea?
aku kata nak nombor lawa sikit la.
dia tanya nak 3 nombor ke 4 nombor.
aku kata tak kisah janji lawa.
dia kata if 4 nombor takyah kat sini. pergi je kat luar tu.
motip sangat nak halau kita ni.

yang laki aku dok tolak2 aku.
suruh cakap, "u cakap la uncle u suruh datang n jumpa pengarah."
masalahnya takda pun. tapi uncle aku kan orang besar2. petik nama mesti orang tak banyak bunyi.
masalahnya aku palingggg la tak pernah petik nama dia. macam takda motif.
tapi laki aku ni kalau boleh asyik nak sebut. nyampah.
tapi dia la bersuara tetiba, "tapi encik, uncle saya ni no 1 dalam *****, datuk seri *****, dia yang suruh datang sini jumpa pengarah."
terus orang tu, oh ye ke. oh ok ok. tunggu la yea.

e eh. tetiba sangat kan.
then after 15 minutes tengok pengarah tu bukak pintu dia.
oh dia memang dah ada. aku ingat dia rehat lama.
tengok dia baru nak pakai stokin. baru lepas solat kot.
then settle tu dia panggil masuk.

again laki aku kata uncle kita orang suruh jumpa n amik nombor sini. T____T
tak releven langsung aku rasa.
tapi kannnn, tetiba dia bagi aku senarai nombor2 lawa yang boleh pilih. wahhhh.
sebab noy kata kat aku, masa noy pergi..dia akan tanya nak berapa nombor? 3 ke 4? nak nombor kapit ke? double ke? selang seli ke?
then dia akan sebut dalam 4-5 nombor. haaa kau pilih la kat situ.
noy kata kau ingat kau boleh relax2 pilih. orang tu busy ok.

so aku dah bersedia la.
tapi kes aku lain.
dia siap bagi senarai lagi.
seronok aku membelek.
siap dia kata, takpaaa…amik la masa pilih yang mana suka.
wah gituh.
aku tak sure maybe sebab 'uncle aku' or memang pengarah ni macam sweet orang nya.
so aku dok perati la nombor.

ada yang menarik n berkenan jugak.
tapi harga rm650. ada rm1200.
amboi sangat.
so last-last aku settle ngan nombor ni.
rm400 sahaje. :D


ok la kan. janji tak bersepah.
n dah terbayang nanti no plate buat atas bawah. atas WA je. bawah baru 858K tu.
weeeeeeee…. sengih kembang-kembang hidung nehhh.
pilihan bersama ngan MrB. dia kata dia suka K kat belakang.
macam 'o.k'..hahah tah apa-apa.
yang aku lak berangan maksud nombor tu, 'wa ada 858k'… wah gituuu. walaupun.
takpa, mana tau one fine day tetiba ada 858k dalam account kan. ;p aamiin.

tu takpa.
tetiba settle tu call salesman inform.
then dia boleh buat cerita lawak kata tu la u kena confirmkan color.
u kena pergi showroom tengok n pastikan.
taknak nanti dapat u tak puas hati.
eeeiii menaikkan darah je. oii aku dah confirmkan sebulan lebih kot.
tumbuk kang.
kau jangan buat lawak kat sini ye.

harapnya minggu depan dapat la seperti di janjikan.
tak sabar ni.
baru la dapat ke sana sini senang.
tak suka perasaan kena depend ngan orang.
ni barang rumah banyak dah habis.
tunggu minggu depan je la baru kita beli.







1 Comments:

intandayani said... [Reply to Comments]

Wa ada 858k..haha tu mmg best

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...