Instagram : @peejburhan

Kegilaan apakah ini?

Semalam aku takleh tidur.
Aku pun tak sure sebab apa. 
Tapi yang pasti lepas subuh baru tidur.
Padahal aku kena bangun kul 9am. Gilaaa.
Liat nak bangun tapi paksa diri sebab ada appointment ngan orang bank. 
Isu dia takleh print cap jari yang dia amik tu. So kena jumpa balik untuk amik cap jari je. Nice.

Kejap je settle. Masing-masing pun on time.
Settle tu terus rasa nak makan.
Aku n noy both comot.
Well aku tak kisah pun, tapi dia kisah. So lantak kau.
Yang pasti dia taknak pergi tempat-tempat best. Fineeee.
So ke thurkah je sudah.
Konon nak breakfast, tapi rupanya time tu sikit lagi nak kul 12pm.
Ok la nasi daun pisang kita.
Padahal hari sebelum tu kita orang makan nasi daun pisang gak kat situ. 

Then dapat call jonet kata dia tengah lunch break kata nak lepak umah aku.
So lepak itu ini.
Jonet gerak je aku start buat kerja.
Sambil berangan, sambil sembang ngan noy.
Yang pasti petang baru post barang.
Settle post barang jonet kata nak lepak lagi. Ok je.

Noy n jonet gerak kul 10pm macam tu la.
Baru aku terasa letih n sedar yang aku tidur pagi tu 3 jam je pun. Gila.
Ok ngantuk. Terlena barang beberapa minit tapi terjaga sebab kucing2 kacau.

Ok mari tidur dalam bilik.
Sebelum tu kemas living hall. Angkut barang lets tidur. 
Siap pesan kat suami if dia nak keluar lepak ke apa keluar la. Jangan kacau aku. Aku nak tidur.
Riggghhhttt. Elok masuk bilik mata buntang. Dayummm.

Tah apa aku buat pun aku lupa.
Yang pasti lewat malam keluar. Huhu.
Tak lepak lama pun sebab nak makan je.
Rindunyaaaa nak makan burger. Uhukk uhukkk.
So makan la burger dpd gerai area tu.
Aku tak suka burger gerai, sebab macam selekeh n menjejeh2 me not loike.
Tapi nak buat macam mana, telan je. Huhu.
Later balik.

Patut tidur la kan.
No no no. Aku projek kemas bilik pulakkk.
Then settle tu baru online.
Sekarang jarang online sangat.
Banyak kisah iolls terlepas je.
So online la. Eh tengok tv series yg aku follow dah keluar. 
Download. Settle aku layan lak episode tu.
Ok tengok jam kul 3am.
Ok jom tidur.

Gatal capai hp pulak.
Layan ig. Lama tak betul2 tengok timeline.
Nampak pulak #jlobooty
Aku suka lagu baru tu. 
So layan video org2 booty shaking ngan lagu tu.
Makin lama, makin ke bawah.
Eh dah kurang.
Masih terasa nak kagum tengok apesal bontot dorang ni gila gempak.
Ok lets carik hashtag lain.
Pergi gatal tengok #twerk
Ada macam2 jenis la.
Tengok la. Kagum la tapi ni macam ke arah nasty lebih.
Tetap la lama aku layan. 
Sampai tahap rasa nak muntah.

Eh takleh jadi. Jom tidur.
Kali ni betul-betul. 
Elok tutup mata n start rasa jauh.
Tetiba terasa ada bontot gergasi depan muka aku.
Elok bontot tu bertepuk sesama sendiri depan muka aku.
Yeee bontot dpd video yang aku dok layan tu is haunting me.
Aaaa takut.
Terus terbeliak balik mata.

N here i am. Rasa nak update blog.
Nak bukak laptop mahal. Mari menaip daripada hp je.
Typo pepandai la pahamkan ye.

Yang pasti today pun nak bangun awal.
Plan nak basuh baju la. Berbakul-bakul menunggu. 

So now what? Aku perlu tidur.
Kang tingtong sat lagi asyik tidur kejap.
Tapi kang tutup mata bontot2 tu menghantui macam mana?

Serious weyh scary.
Tak caya gi tengok. Hahaha

P/s: ok now terpikir macam mana dorang twerk tu yea? Hebat bebenor. Aku try bukan bontot yang twerk tapi lelemaks je yang twerk lebih. 


2 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

hahahahaha.. akak,kan Peej.. kalu nak tido tak boleh belek hp tngok fb.. karang tido aseklah scroll up & down fb tu bermain2 dlm mimpi.. layan horror movie pun tak terbawa2 dlm mimpi.. huhu

susumanis said... [Reply to Comments]

Hihihi...ok lawak giler tang bontot menghantui itu... :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...