Instagram : @peejburhan

hitam tak berapa nak manis.

Alhamdulillah dah settle tahlil abah.
aku pun dah dapat rehat secukupnya.
tau la penat tak cukup rehat sebab ulang alik kan.
MrB pun Alhamdulillah ok aku tengok.
cuma semalam sebak kejap dengar dia dok pujuk mak.
mak nangis tak abis-abis.
tau tu normal. memang kita akan amik time untuk ok.
aku kadang teringat kat abah, macam tak sangka pulak dia dah takda.
sebab abah sakit dah lama, tapi usually nanti mesti ok balik.
tapi kali ni, abah dah pergi buat selamanya.

semalam lepak ngan kawan-kawan MrB.
since aku takda kereta, if tengok abah mesti Mi ni yang akan bawak jengok abah.
so dia pun dah selalu jugak la tengok.
dia kata teringat kat abah, tak tahan bila teringat abah senyum.
tersentak aku, sebab memang since few nights ni terbayang je muka abah senyum.
abah suka senyum. bila kita datang je mesti tersenyum-senyum dia.

aku berapa hari masa abah meninggal lagi la.
masuk bilik je aku bau minyak urut abah.
aku dah macam, eh apaaaa niiii.
well umah aku ada gak minyak urut, MrB kadang datang rajin tetiba nak massage2 aku.
dah la best lak tu. huhu. eh tetiba.
nway sambung, tapi aku tau minyak tu bukan minyak umah aku.
ni minyak abah.
aku macam asal ni? asal masuk bilik je bau minyak ni.
dah la i sensorang je selalu time tu.

then terpikir, oh tah-tah baju kotor ni kot.
mesti bau melekat kat baju MrB.
rupanya tanya dia memang betul.
dia kata malam sebelum tu dia pergi hospital sampai 4-5pm.
dia urut abah.
so maybe sebab tu bau tu melekat.

last day tahlil aku ajak fam aku datang.
so adik-beradik je la.
sebab mama n papa tak sihat kan.
dia sampaikan salam je.

dah la kelakar. depan rumah ada banyak parit2.
jenit parit tapi penuh rumput la apa tu.
aku part la tepi tu.
elok nak gerak dengar bedebukkkk. kuat.
pusing tengok p.g tengah bangkit.
whatt??? boleh kau dia tergolek kat parit.
gelak sakan kita orang.
semua orang ok, yang dia kenapa tetiba tergolek kat parit? tak suka tau.
dia daripada kecik ok.
pergi air terjun tergelincir kat batu, sampai sekarang dia trauma air terjun.
berjalan satu fam tetiba dia termasuk lubang sampai kaki meletop bengkak.
banyak lagi la.
so lawak tetiba nak tergolek situ.
sampai terseliuh tangan. T______T

sampai duduk kejap.
sementara tunggu rombongan surau sampai untuk tahlil.
tetiba si rubi ni rajin lak nak amik pic bagai.
kuat memaksa dia tu tau.
layankan aje.


amboi kemain putih noy. melampau.
aku? semakin hitam. asal hitam? nanti aku cerita.
later.
lepas tu makin ramai datang.


semua behave tengok cartoon.
tenang sikit. malam sebelum tu boleh tahan pening gak la.
abis ramai berderet.
kecut2 perut n cipek bila tengok bebudak ni dok langkah longkang.

aku as usual aunty yang garang.
ok takda la garang, tapi senang je nak behave kan budak.
tanpa effort sangat. semua takut. hhaha.
paling tak tahan maqil la.
dia dok berlari masa kat surau.
orang nak baca yassin.
so suruh duduk la kan, maqil kan tak faham sangat.
so dia memberontak la, ye la tengah berlari2 tetiba kena pegang.
aku takda buat apa pun. aku just besarkan mata, letak jari tunjuk kat mulut cakap shshhhhh.
terus dia takut ok. diam n terus melekat kat mak dia.
nanti kejap2 dia intip aku, nampak aku terus paling balik tekap muka kat mak dia.
yang mak dia dok tertahan2 gelak. sebab ye la aku tak buat apa tapi beria dia takut.

mayesa tu tak makan saman sikit.
nakal n gangster tu.
aku marah tak takut.
siap dia cubit aku balik. kuat lak tu.
sampai la aku cakap, biasaaaaa dia tu.
baru dia takut n nangis carik mak dia. :)
yes. aku rasa aku leh jadi cikgu disiplin tadika. hmmm.
i should consider that. :D




ok i know macam tak baik je nak cakap pasal ni.
tapi u know me when it comes about food.
tapi seriously makanan kat tahlil abah sedap sangat catering tu buat.
menangis makan. siap2 aku amik nasik penuh sebab nak tambah confirm malu nanti.

day 1 - ayam masak lemak cili api, ikan selar goreng berlada, sayur campur, ikan masin, ulam dan sambal belacan.
day 2 - ayam masak merah, kari daging kentang, tauhu salad, ikan masin, sambal belacan n ulam.
day 3 - patin tempoyak, ayam goreng rempah, tauhu salad, sambal belacan n ulam, sambal udang petai, masak lemak jering, bubur gandum, tembikai.

n semuanyaaa sedapppp. menangis sedap dia tu.
last day tu aku makan sampai lenguh tangan sebab rasa pinggan berat T___T
noy lagi kong jaq. dia kata sedapppnya weyh. aku kata la fam abang ben if masak memang sedap2.
pastu noy cakap, patut la semua badan besar2.
amboiiii….oh btw last day tu sambal udang petai n jering tu kakak MrB masak.

tapi ini paling win.


suap anak di tepi kereta ok.
hanya tina yang mampu.
family MrB ni besar.
adik beradik je 10 orang.
sepupu sepapat semua lagi ramai.
tah bila nak jumpa lagi lepas ni.
sebab laki aku ni aku kenal sangat, bukan rajin sangat nak join majlis2.
unless if mak ke abah ada, baru dia join.
kalau tak, takda nya.
dia jenis orang datang rumah dia suka, dia nak pergi macam malas.
eh tetiba aku seram.
membayangkan buatnya dia suruh buat makan2 lagi.
aku rasa aku ok, tapi bagi notice awal.
ni laki aku ni pesen malam nak buat, siang bg tau. tumbuk kang.

tapi teringat. arwah abah dulu macam tu la.
ingat lagi masa abah sihat.
dia balik kul 4pm, bawak barang2.
tetiba cakap kat mak, buat pulut kuning ke, rendang itu ini. malam karang lepas isyak orang masjid datang dalam 40 orang.
mak ikutkan aje.
kalau aku pitam di situ jugak. rendang kot!
tapi senangnya abah dah siap beli bahan kat pasar borong siap blend semua.
so senang la, tinggal masak je.
baru la kata orang like father like son.



aku yang penat berapa hari ni bukan apa.
sebab ulang alik tu naik motor.
kembara hari tu repair still tak berapa best, so masuk bengkel balik.
aku memang takda kereta la.
so ke sana sini ngan motor. sakit badan la.
terhentak2 kan. ngan nak turun naik seksa sebab belakang motor MrB tu ada box tu.
so if nak naik memang kangkang abis la.
cramp ahhhhhhh. uwaaaa.

tu takpa. lately orang jumpa mesti tanya eh apesal kulit kau gelap ni.
serious gelap sangat.
aku dah macam haaa gelap ke? entah.
maybe sebab aku naik kereta bukak tingkap kot. kena matahari.
oh hari tu lepas repair boleh kembara aircond rosak. wiring ke apa.
tu antara sebab hantar balik tu.
so memang macam duduk oven ok. naik kereta kena bukak tingkap.
maybe la kot.

yang noy kata ke sebab kau hati hitam membawak ke muka? penyakit ni.
kurang ajar sangat kan ayat.
aku kata tak laaa. sebab panas.
tak percaya. aku selak baju baru dia puas hati.
sebab duhhh, dalaman masih putih melepak ok.
luaran je sebab matahari la uolls.

then terpikir. bukan sebab kereta la.
sebab dah berapa bulan asyik naik motor kan.
patut la aku tengok kaki aku ni pun berbelang. siap ada bekas selipar ok.
benci aku. bertahun kot pakai selipar ok, kenapa sekarang macam ni.
tak tau aku nak buat macam mana. buruksss.
then teringat betul la sebab naik motor. direct kot kena matahari.
haih la nasib, pengorbanan hidup suami isteri.
padahal tak pernah iolls ni naik motor.
susah senang bersama kaedahnya.

tapi aku suka je naik motor.
sebab senang takda jam, senang parking semua la.
cuma if hari2 sangat n jauh, badan sakit2 la. letih tu lebih.
n yes, terbakar kulit ku.

so kalau korang jumpa aku yang hitam tak berapa nak manis ni.
yang nak carut ye. 
ni bukti aku lately minah rempit berjaya.



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...