Instagram : @peejburhan

hari raya 2014 #teamrayaKL

biasa la kan. dah seminggu raya baru aku sibuk nak buat entry.
biasalah, perniagaan dah bermula. so aktiviti busy aku dah kembali.
so mari cerita kisah hari raya tahun ni.

aku memang tak buat apa preparation pun.
daripada segi rumah or diri sendiri.
sebab memang takda masa.
macam tahun lepas 4 hari before raya aku dah lock no more orang COD apa2 or apa kerja pun la.
so time tu aku sibuk shopping ke apa.
tahun ni memang takda.
busy sampai ke malam raya. macam aku cerita kan entry sebelum ni.

so malam raya tu. lepas settle hantar cookies n rendang ke rumah mertua.
aku balik.
rasanya sampai around 2ish am.
laki aku terus tertidur.
aku pulak pusing golek sana sini dekat kul 3am la baru lena.

jam dah set kemain alarm berderet2.
tapi sikit2 ahkak kasi off. hahaha.
sebab konon lepas subuh nak sembahyang raya.
noy semangat kata jom la pergi la apa.
aku kata tak janji. aku kepenatan.
haha kong jaq besarkan penat daripada solat raya kan.

tapi asyik berbunyi alarm terjaga jugak la.
terjaga sebab perut memulas kauuuu.
katanya malam sebelum tu kemain bedal sambal daging tak hengat dunia kan.
dah la sakit perut tahap memulas tapi tak membawa hasil. biadap.
berapa kali ke tandas baru ok.
sekali rupanya hp aku dorang dok call. laki aku angkat kata dorang sat lagi gerak nak amik.
whattt??
aku baju apa tak gosok lagi.
baru terhegeh gosok baju laki apa bagai.

then baru sibuk nak mandi sunat hari raya.
pastu takpa gigih gosok baju raya tapi takkan aku nak solat pakai over sangat.
dah punggah almari pikir nak pakai apa.
nice jubah semua tak bergosok.
so sental je baju lain. pakai telekung. senang.
lama gak la dorang tunggu depan. hahha.
bengang je.
sebab noy semangat nak solat kat masjid wilayah.
dia kata lawa nanti kita amik pic sama2.
over sangat perangai ni.

tapi tengok time, n ngan memasing wuduk pun belum amik.
takyah nak mengada. pergi masjid dekat ngan umah aku je sudah.
sampai lambat. so dapat duduk hujung2 la.
takpa janji kemeriahan tu.


tengok la busy sangat kening aku rupa ulat bulu dah. hahaha.
misai ala datuk K. serious tak tipu. thanks to filter. semenggah jugak la rupa. hahahah.


kelam kabuit. sejadah pun lupa bawak.
thanks to orang2 sebelah kongsi sejadah ngan kitewww. :)

selesai solat aku n noy tunggu kejap then keluar.
sebab taknak sesak2 nanti.
tunggu yang lelaki tak keluar.
lama bebenor. so feeling sendiri je la kat situ.

:: bulat mengalahkan doraemon sangat ::





by the time dorang keluar. apa pun tak sempat.
sebab orang dah ramai kan.
agak2 la nak feeling kat situ selfie. hahah.
nak tunggu pun tak boleh sebab parking pun double triple kan. kena gerak.


1 happy family at home.
kontroversi jap pic iolls upload ni kat ig.
sebab dorang kata aku macam baru balik hospital n kendong baby.
hahahah bongok sangat.
sorry memberi harapan pelesu. iolls mampu kendong telekung je buat masa ni. ;p

then balik rumah.
laki aku terlena sementara aku bersiap.
bersiapkan diri la.
agak2 la hari raya nak berupa datuk K pulak.
so marilah rajinkan diri.
lepas tu terus chinnggg.
comel tak kak jahhh???


suka baju ni. walaupun labuh kemain.
noy belikan kat kuwait.
asalnya yang ni dia beli untuk diri dia.
size S. tapi apehal macam besar gila.
so aku try la. ngam sangat size aku kan.
apa lagi. hak milik kekal la.
tak sangka rupanya ahkak kalau di kalangan orang arab size S. hahaha.
petite orangnya gituh. hahhaha nak jugak.
tapi ye la. kau mampu size S?
last aku merasa size S mungkin masa aku darjah 1 mungkin. muahahhaha.

aku pakai yang ni sebab baju ni ringan sikit la.
baju yang noy belikan aku penuh beads. berat gila.
tak kuasa aku. dah la beraya bukan sakan mana. so takyah nak over nau.

tapi kemain semua orang tengok puji2 jubah ni.
noy pernah plan kata nak jual jubah sini.
sebab lawa2. tapi mama kata berlambak la jual. takyah.
masalahnya semua orang aku jumpa kata lawa n kata memang tak pernah jumpa la jenis ni kat sini.
serious lawa. dalam pic macam biasa. tengok live meletop sangat.
terus pergi beraya rumah mertua, mak mertua tak bagi buat apa.
dia kata nanti abis baju, takpa pergi duduk je. amboi. semakin naik lemak dibuatnya.

nway, lepas solat bersalam raya laki bini.
terus tengok mak mertua.
sian dia rupanya sorang je dia.
nasib kita orang datang, kita orang la meneman.
memang tiap tahun gitu. laki aku je gigih datang awal :)
tunggu dalam few hours takda tanda2 adik beradik lain nak datang.
kami gerak around 1pm.

sempat selfie satu kali dalam kereta.
laki aku la.
aku pun tak perasan bila masanya dia amik tu.
tau2 dia hantar kat whatsapp.
amboi kemain, tak tau filter apa dia guna licin muka laki bini mengalahkan patung wax.


then sampai rumah mak aku hampeh.
abang aku keluar beraya. tah apa2 raya pertama keluar.
tak sempat bersalam, tak sempat bergambar lagi.
noy n p.g lak tidur.
oiittt dah lelawo nak amik pic la.
dorang takda pulak.
so bersalam dengan papa n mama je.
n membedal makanan je la kita orang.

then around 3pm laki aku ajak ke rumah kakak dia.
so ke sana. so situ jumpa la segala ipar duai yang ada raya KL ni la.
sebelum tu harus pic laki bini.
nasib kawan MrB rajin melayan amik pic.
jadi la daripada takda.
walaupun gambar aku macam katik semacam je rupa.
dah itu je yang ada. jadi la.


oh hari tu masa beli baju melayu, beli sekali sampin.
adoi laki aku punya over tu takleh tahan.
dia kata mahal ni. ok fine la apa2 la kan.
tapi dia punya poyo tu cerita. takleh tahan.
dah la lepas balik sembahyang raya tu dia kata tadi ramai orang tegur2 dia.
aku macam ingat ye ke, kenapa?
pastu dia kata, orang dok panggil i najib. dorang ingat i PM, sebab sampin i lawa sangat.
>_<
sabar je la. takdonyo najib nak pakai sampin begini.
dah la nanti dia eksyen kat adik beradik2 dia.
kejap dia kata sampai 2ribu. pastu up 5ribu. tau2 dia kata sampai ni 11ribu.
kosser semua orang nak melayan.
pastu nanti dia bukak.
pastu pass kat aku.
aku letak kat handbag pastu aku gerak lepak depan.
dia carik aku bg handbag n sampin.
dia kata jangan sepah2 yanggg….ni sampai 15ribu ni.
dah 15 ribu pulak. tumbuk kang.

pastu noy call aku kata bila nak balik.
nak amik pic raya la apa.
punya la aku ke sana balik.
boleh time tu ayol tak balik lagi.
dia tidur balik la apa.
woiii apa ni.
semua dah tukar baju.
muka aku pun dah berlengas, rambut dah berminyak.
tak payah ok. nak amik gambar pun dah tak semenggah muka nanti.

dengan aku ngantuk tahap takleh tahannya.
ye la for the past few days kan tidur tak cukup semua.
tapi dia beria. marilah la layan selfie je.

kesimpulan. baju lawa.
tapi tak seswai kalau kau bukan mak datin.
sebab jenuh aku nak sinsing lengan pun tak boleh.
sebab lengan jenis macam kelawar tu. pastu kat rumah mama kerja aku basuh pinggan mangkuk.
dengan itu tahun depan memang aku akan buat baju cotton buat kurung kedah je.
pakai lelawa buat bergambar. ke rumah mama nak buat kerja aku tukar kurung biasa.

dalam kul 2am jugak la baru balik ke rumah aku.
alangkah gembiranya day 2 tu takda plan apa.
aku dapat tidur tanpa gangguan.
baru la rasa nikmat tidur cukup 8 jam. super love.

see simple je raya kita orang.
mudah sekejapan selesai.
meriah jugak tapi katanya aku tak kuasa nak bergambar sakan nowadays.
amik la beberapa pic yang ada ni je.



5 Comments:

noryda jaafar said... [Reply to Comments]

baju peej yg pi semayang tu macam cantik ja..tunjuk la full..selamat hari raya..

Azlina asyirin said... [Reply to Comments]

Cantiknyee jubah...

DYatie said... [Reply to Comments]

Assalam. Hai. Salam kenal.

Selamat Hari Raya.

Tahun ni beraya dengan family husband pun simple santai aje.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to Comments]

wahhh panjang entry raya.. baru puas baca...

Hafsah2k said... [Reply to Comments]

Untungnyaaaa laki bini duduk satu kawasan.. Boleh lagi pi sana patah sini pi sana balik..no hal.. Hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...