Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: Siapa yang buat?

Hai, assalamualaikum. Saya ni pembaca aje. Umur baru 12 tahun. Harini baru
terfikir nak menghantar email tentang kejadian yang berlaku tahun lepas.
Tarikh tak ingat pulak. Yang saya ingat, masa cuti sekolah akhir tahun.

KATIL

Satu hari, tengah sedap tido, ada rasa macam orang tarik dan menggoncang
kaki. Bukak mata, tengok2 rupanya abang. Ceh. Dia kejut kata ummi suruh
buatkan apa ntah, dengan blog dia.

Saya pun dengan rasa malasnya bangun dalam keadaan rambut serabai. Sikat2
sket [dengan jari aje pun] pastu turun ke bawah. On laptop, pastu sign in
blog. Pastu ummi tanya, "dah kemas katil ke?" saya pun cakaplah "belum".
Pastu ummi suruh kemas katil dulu.

Saya pun naiklah balik ke atas. Dalam otak tetiba teringat macam dalam
cerita2 kat televisyen, naik nak kemas katil, katil dah dikemas. Saya
pun geleng2. Takde sape nak kemas katil saya, abang saya tu pemalas.
Orang mintak tolong, dia tak pernah tolong pun, tapi kalau orang tak
tolong dia, dia nak marah plak.

Pastu dah sampai depan bilik yang pintunya terbukak. Saya kaku.
Tergamam. Pelik. Seram. Katil saya bantalnya tersusun elok. Teddy bear
diketak elok. Selimut dilipat kemas. Saya pun terfikir. Macam mana
katil dah kemas? Siapa yang kemas? Bila masa dikemas? Saya pun dengan
perasaan bercampur baur pusing ke belakang pastu pusing belakang balik
nak tengok katil. Memang kemas. Pastu saya pun dah rasa takut terus
turun ke bawah.

Saya tanya ummi, "ummi ada kemas katil adik ke tadi?" pastu ummi
jawab, "ummi naik pun tak, macam mana nak kemas katil?". Saya pun
dalam hati terfikir. Ya, tak ya, jugak. Pastu saya gi dapur tanya
abang soalan yang sama. Pastu dia jawab, "orang daripada tadi kat
bawah tengah goreng nugget. Naik nak kejut je tadi. Pastu terus turun.
Tak kuasa nak kemas katil ko." ha, kan dah cakap! Dia pemalas! Saya
pun balas balik, "ha'ah kan, abang long kan memang malas. Takdenya nak
tolong orang." haha, sempat lagi tu. Pastu terus ke depan. Ummi tanya
kenapa saya tanya camtu. Pastu saya cakap la perkara yang sebenar.
Pastu ummi kata, "haha. Dia nak kawan ngan adik lah tu." saya pun
jawab, "huh! Tak kuasa nak berkawan dengan yang bukan orang."

pastu malam tu nak tidur takut, ambik bantal, selimut ngan teddy bear.
Tidur kat bilik ummi. Tidur atas tilam nipis pun dah tak kisah. Sebab
memang takut nak tidur kat bilik tu. Keesokannya, ummi cerita kat
makngah, mak lang, mak uda dan seorang lagi pakcik yang digelar Cik
Nan.

Tapi bila dah lepas seminggu tidur situ balik. Sebab dah sakit badan
tidur atas tilam nipis aje.

SAMPAH AISKRIM?

Masa tu hari sabtu, dalam pukul 4 petang camtu. Baru balik dari
hospital. Saya tolong bawakkan tepung yang dibeli kat kedai runcit
sebelum balik. Jadi saya masuk rumah last la.
Masa saya masuk. Saya dengar ummi cakap, "sampah aiskrim sapa ni?"
saya pun jalan la cpt2 ke dapur nak tengok. Saya terus letak tepung
kat tempatnya. Pastu saya tengok, kat atas meja yang ada di dapur tu
ada sampah aiskrim yang bekasnya plastik tu.

Saya pun tanyalah, "abah ada balik ke? Cuba call. Tanya."
 pastu mak saya call. Abah kata dia kerja 24 jam dari semalam. Yalah, polis.
Oh, my. Bila mak saya kata abah takde balik, saya terus cuak. Takut.

TAMMAT

p/s : rumah saya ni memang selalu ada bunyi guli jatuh dalam dinding,
dekat tangga. Selalu sangat. So, masa tu je perkara yang berlainan
berlaku.
 maaflah kalau cite ni tak bape nak seram. Bye.

-Aqila-

5 Comments:

Zanira Noh said... [Reply to Comments]

Comel je bdk 12 taun cerita. Hihi

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

eh rumah kitorg pun sy selalu dgr bunyi guli jatuh & bergolek kt atas siling. mcm ada org main la. tp positif je fikir sbb duduk apartment kn, kot atas tu ada bdk2 main ke apa.

Aqila Sofea said... [Reply to Comments]

Saya ingat cerita ni takkan di post. *malu*

Bunga Rampai said... [Reply to Comments]

Aww comelmya 12 tahun cerita. Lagi senang faham. Sebab bahasa lebih tersusun, penyampaian lebih direct

Nurul Atiqah said... [Reply to Comments]

saya pernah tonton rancangan waktu pg di TV jemput ustaz utk share tanda2 rumah turut didiami entiti lain selain manusia. dan antara tandanya ialah bunyi guli yg dpt didgr selalunya dr siling rumah n etc. sila rujuk lebih byk info ya utk lebih lanjut.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...