Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Juaseh

Salam peej,

sy terpanggil untuk berkongsi kisah seorang teman masa di asrama dulu. Saya tinggal di asrama  Juasseh, Kuala Pilah. Dalam tahun 1996, masa tu saya form 4. Cerita nya bermula begini….

Anita (bukan nama sebenar) masuk ke asrama sewaktu pengambilan kedua, kira-kira sebulan selepas kami semua mendaftar kemasukan asrama. Anita ditawarkan duduk di asrama apabila ada pelajar yang tidak jadi untuk melapor diri. Kiranya selepas sebulan, kalau ada kekosongan katil, pihak asrama akan offer kepada pelajar lain.

Disebabkan Anita masuk lewat, dia ditempatkan di dorm kakak2 form 5. Kami yang lainnya, mmg duduk di dorm form 4. Dorm form 4 di tingkat 3, dorm form 5 di tingkat 2, tingkat paling bawah adalah bilik prep. Rutin yang sama juga seperti asrama yang lain, lepas makan malam kami solat magrib & isyak berjemaah, kemudian ramai-ramai turun ke bilik prep.

Disebabkan Anita satu dorm dengan form 5, Kak Ekin (bukan nama sebenar) ambil beliau jadi adik angkat. Katil pon sebelah2 (katil double-decker). Kak  Ekin tingkat bawah, Anita pula dduk di atas. Bawah katil Anita, Kak Mira dan atas katil Kak Ekin adalah Kak Maya. Form 5 biasanya akan pulang lewat ke dorm masing2 (study di bilik prep), kiranya study lewat sebab nak ambil SPM tahun tu. Study lewat2 ni kan tiada gangguan konon nya. Pulak tu memang diwajibkan dorm digelapkan jam 12.00 malam dan pasang kelambu pada katil masing2.

Hari kejadian….

Malam tu, jam 11.30 macam biasa form 4 selepas habis baca doa beramai2 (mana2 yang dduk kt dorm form 5 akan baca doa di dorm form 4 di tingkat 3) kami akan ke katil masing2 untuk pasang kelambu dan seterusnya tido. Anita pula akan turun ke tingkat 2 untuk ke dorm beliau. Sampai di dorm jam lebih kurang 11.45 malam. Siap2 pasang kelambu, Anita pon lelap. Kakak2 form 5 ni macam biasa akan masuk dorm jam 2 – 3 pagi sebab study, maka yang ada hanya lah Anita dan beberapa orang kakak2 yang lain. Form 5 xlayan sangat budak2 form 4 ni, kiranya nak bersembang pun Anita xtau nak bercerita topik apa kan. Tengah sedap tido, Anita dikejutkan oleh Kak Ekin. Kak Ekin minta ditemankan untuk ambil wudhu’ di bilik air. Anita pun tanpa banyak cakap, menuruti sahaja Kak Ekin. Sampai dekat bilik air, Kak Ekin pun ambil wudhu’ sambil diperhatikan Anita dalam keadaan yang mamai2.

Kak Ekin: Kenapa Ita pandang akk mcm tu..??? (sambil basuh muka, Kak Ekin menoleh dan tersenyum)

Anita: Xde ape kak, xpe akk amek je wudhu’..

Selesai. Mereka pn kembali ke dorm. Yang agak menghairankan, Kak Ekin asyik tersenyum manja. Sampai di dorm, Kak Ekin pn bentang sejadah. Anita dah siap2 panjat katil dia. Kiranya nak temankan kak Ekin hingga selesai solat. Kak Ekin bentang sejadah diantara katil dia dan katil Anita.

Kak Ekin: Xpela, mekaseh Anita temankn Kak Ekin. Anita tido lah.. Lepas solat ni Kak Ekin tido.
Anita: Oke Kak Ekin, saya pn mengantuk sangat ni..

Anita pn baring, membelakangkan Kak Ekin yang sedang solat. Anita rasa tak sedap hati, lalu beliau mengiring semula mengadap Kak Ekin….

Ehh.. ehh… Kak Ekin tiada, kosong je tempat Kak Ekin solat td.  Tak sampai 5 minit pn, xkan Kak Ekin dah selesai solat. Pulak tu tak dengar pun bunyi kibasan sejadah atau bunyi beliau baring ke katil. Anita tak sedap hati, lalu memberanikan diri untuk turun ke bawah. Dengan alasan, nak check dalam kelambu Kak Ekin. Selak punya selak kelambu, punyalah Anita terkejut… Kak Ekin seperti orang yang memang dah lama tido. Lena sangat gayanya. Anita menggigil lalu memanjat katilnya semula.. Beranikan diri tengok jam, rupanya jam 3.30 pagi.


Siapakah yang Anita teman tadi..??? Igt2 balik, baru Anita perasan yang ‘benda’ tu bentang sejadah membelakangkan kiblat. Apalagi terus selubung dalam selimut dan menggigil hingga ke subuh. Sampai kesudah kami semua tak tahu siapa yang ditemani Anita untuk ambil wudhu’ tu. Memang sah bukan Kak Ekin.

-WATIE-


3 Comments:

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

Skolah Teknik Juasseh la ni...huhu

Anonymous said... [Reply to Comments]

hoyooo hantu pun tunjuk alim.. tnjuk manja lak tu...

Lizan said... [Reply to Comments]

alamak takut...!!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...