Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Hantu Cak Cak

Salam Peej,

Saya nak share pengalaman seram tak seram ni dengan Peej dan pembaca-pembaca setia Expose Mistik ni.
FYI, saya baru few months follow blog ni dan saya jumpa blog ni sebab terjumpa artikel Expose Mistik ni lah.
Terus addict sampai sekarang. hahah..
Ok berbalik kepada tajuk kita.

Kisah 1:
Kejadian ni terjadi belasan tahun yang lepas, masih disekolah menengah dan berlaku di rumah tok (nenek) saya di Utara tanah air.
Musim cuti sekolah rasanya. Disebabkan ramai saudara-mara berkampung, saya yang selalunya tidur bersepah tidur dalam bilik kecil. Katilnya cuma satu. Sorang-sorang.
Malam itu saya pun masuk tidur sebelum 'dikejutkan'.
Maklumlah, anak remaja, dasar liat bangun Subuh, ingatkan mama kejut Subuh sungguh-sungguh pejam mata konon-konon tak sedar.
Kemudian dalam  mamai-mamai terpikir, eh...kalau bukan mama…?
Sebab ada sorang cousin lelaki ni tak boleh pakai sikit. Takut-takut dirabanya.
Tapi tetiba terfikir pulak eh... aku kan kunci pintu bilik?! Damn...otak mamai tadi boleh ligat pulak dia fikir. Sambil tu terasa-rasa jari kaki ditarik-tarik.
Pelan-pelan saya buka mata. Sepet. Betul ke ape aku tengok ni?
Kemudian mata membulat terpisat-pisat tengok satu lembaga putih dihujung kaki.
Tegak memerhati. Lembaga berpakaian putih, berambut panjang dan hitam. Tetapi kusut. Muka tidak berapa jelas, agak kabur tapi macam agak cengkung dan kering.
Dia cuma berdiri tegak disitu. Aku tengok engkau kau tengok aku. Ahh...ape ni..? Nak jerit takut. Nak doa? Langsung tak teringat.
So, pelan-pelan saya tarik selimu menutupi muka.
Tapi lepas tu terasa lagi jari kaki atau lebih tepat jari kaki ditarik-tarik. wuwuwuu...ape ni tarik-tarik kaki orang..
Saya buka balik selimut pelan-pelan. Mimpi kot aku ni..?
Tapi, lembaga tadi masih disitu. Berdiri tegak dihujung kaki memerhati.
Kejadian ni berulang lagi sekali dan kali ketiga tu saya sekadar tutup muka dengan selimut dan cuba untuk tidur.
Sepanjang cuba untuk tidur tu, dia memang tarik-tarik ibu jari kaki berkali-kali seseolah berkata : tengoklah aku...tengoklah....wuaaaa...tapi finally tertido sampai pagi.
Esoknya bangun macam biasa, macam tak ingat apa-apa.
Menjelang petang dok teringat-ingat semalam macam ada sesuatu jadi.
Bila teringat memang seram sejuk. Tapi tak bagitau mak, sebab dia penakut.
Nanti langsung dia tak balik.

Sumpah Peej, tak taulah kalau mimpi tapi tak rasa macam mimpi.
Hantu tu tak buat apa pon, dia sekadar tarik jari kaki.
Bila kita tengok dia, dia tengok kita balik. Takde bunyi takde ape.
Semuanya terjadi kelam-kelam. Sebab tu tajuk cerita ni Hantu Cak Cak.

Tapi kat rumah nenek ni memang keras sikit.
Sebelum tu pernah dua tiga kali nampak lembaga putih macam bertelekung dihujung kepala @ ekor mata.
Keadaan senyap cuma terjaga dan nampak. Selalunya buat bodoh, tapi sekali tu macam dari jauh makin dekat-dekat-dekat. Macam 'bayang' je rasa.
Pagi tu, nenek terkejut bila dia nak bangun solat sunat bila cucu dia ni dah masuk kelambu dia tidur sekali. Pakcik2 saya nenek saya selalu je kena kacau. Malah lagi extreme lah. Huhuhu....

Kisah 2:
Banyak je lagi pengalaman tapi macam biase-biase je.
Yang ni paling ekstrem untuk saya.
Sepupu lelaki saya lagi dahsyat. Dia memang dibuka hijabnya. Sikit ke banyak tak tau.
Tapi dia selalu boleh nampak cuma dia tak banyak cerita.
Cuma sekali tu lah mama cerita, dia menumpang dekat rumah kami.
Dia nampak ada langsuir ke ponti ke tak sure, tapi duduk bersidai dekat palang tong air hitam kat toilet tu. (Tau kan, sesetengah rumah bilik air dia ada tong air hitam kat atas? Jadi ada palang untuk tampung tong tu.)
Sebabkan rumah saya apartment dan paling atas, tong tu diatas siling dan palang tu sekadar palang lah.
Boleh dia nampak benda tu bersidai kat situ? Dah la toilet tu kiranya toilet saya...wuwuwuww…
cuma masa dia tengok tu saya di Uni lagi, stay kolej.
Duduk uni mandi tengah-tengah pagi pon tak pernah jumpa atau dengar.
Ni dia nampak pulak..tak tanya lebih nanti seram tak mandi langsung.

Okay lah Peej, ini je kot saya nak share.
Ada lagi cerita tapi macam tak best je.
Sorry kalau tak seram ye....
Have a nice day Peej.

Shida
Shah Alam

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...