Instagram : @peejburhan

down

terasa sangat-sangat down.
down sampai tak tau nak gelak ke nak nangis sebenarnya.

isunya apa lagi. kereta la.
tahap kesabaran aku macam dah sampai limit jugak la.
rasa nak meletop tapi dok urut lagi dada ni.

korang pun tau kan aku ni beli kereta.
lamanyaaaaa rasa.
ok lama sebab aku tunggu model baru keluar.
padahal loan dah settle since hujung april.
ye hujung april ye.
tapi nak tunggu baru punya pasal, so takpa.
masalahnya model baru dah keluar sebulan kot!!!!

memula keluar aku sabar lagi.
dia kata if spec yang aku nak tu hujung aug dapat.
if nak dapat sebelum raya full spec ada.
since aku kedekut, aku taknak full spec. menangis nak keluarkan downpayment.
ok takpa sabar.

so aku dah book daripada july ye.
aku kata bagi la aku priority since aku dah lama kot tunggu.
dia kata ikut waiting list. ok takpa.
then awal aug dia inform aku akan dapat kereta 27 aug.
which is hari ni.

kemain siap bagi tau model apa. color apa.
aku jawab ok.
sebab aku dah tahap dah tak excited je.
then on 14th aug khamis, dia kata suruh aku beli sendiri nombor jpj tu.
since aku nak nombor elok kan. ok fine, memang itu plan aku.

tapi hari rabu 20th aug baru aku dapat buat.
sebab jumaat aku takda transport pun nak pergi.
hujung minggu bapak mertua meninggal, then isnin selama busy pengebumian, tahlil n all.
so rabu aku pergi n dapat nombor.

terus call salesman inform aku dah dapat nombor.
pastu dia leh kata.

"tapi tu la, color kereta u kena confirm. i rasa baik u pergi showroom tengok n confirm betul-betul"
"sebab dia ada 2 color seakan sama tau, nanti dapat u tak suka pulak. salah color."

tak berapi kau?
woiiiii aku dah confirmkan since july ok!
n hari tu dia siap dah confirmkan color n model kot.
sekarang dia macam nak pusing cerita aku tak confirmkan color.

sempat la aku bising. kau nak color apa lagi?
aku dah confimkan lamaaaaaaa la!!!!!!

then esoknya aku whatsapp kata make sure aku dapat seperti tarikh di janjikan.
aku nak balik kampung weekend ni.
memang betul pun.
TAK REPLY!

takpa biarkan.
then semalam aku call.
tak sempat aku cakap apa ok. sempat cakap hello je terus dia bersuara, "hello fiza, haaaa i tengah uruskan ni, i pun pening ni. i call u back nanti confirm. i call u back. ok bye ye".
what?!!

aku call tu pukul 12ish pm.
aku tunggu sampai 9pm, memang takdo la dia call tu.
aku whatsapp sound apa patut. baca. tapi tak reply.

tu aku kata aku tak tau nak gelak ke nak nangis.
nak gelak sebab apesal la aku ni baik hati nau.
macam aku cakap, aku ni paling la jenis bukan pushy.
aku bukan jenis menggila.
yang orang asal aku naik kereta upload pic dok tanya, kereta baru ke? kereta baru ke?
aku stressssssssssssssss.
pastu orang tanya, so apa barang free dapat?
aku tak tau laaaa!!! i dont fucking care about all those free stuffs!!
aku nak kereta jeeeeee!!!!!

aku rasa nak nangis sebab susahnya aku nak bergerak takda kereta.
aku takda kereta langsung ok!
tuhan je la tau betapa sakit badan aku ni ke hulu ke hilir naik motor.
urusan nak post n amik stock jadi susah.
ada time orang tolong la, tapi orang pun menyampah if hari-hari nak kena layan kan.
merasa laki bini post barang angkat barang penuh depan, belakang, in between.
sumpah kalau tatu tentera (eh macam mana eja?) tu nampak kita orang, dia bagi tabik hormat la.

dengan aku tak kemana.
barang rumah dah banyak habis.
takpa tahan sikittt lagi, nanti dapat kereta gi beli.
masalahnya tah bila dapatnya tah.
aku sampai kena curi-curi beli barang keperluan ke, dapur ke, kucing ke.
nanti keluar ngan noy, mintak la dia singgah sana sini.

keluar berjalan memang takdok la.
unless ada orang kidnap aku ajak jalan.
rasa macam luas pemandangan kak jah.
nasib si elly n filla rajin mengambik aku ke sana sini lepak.
kalau tak, agaknya dalam masa 4 bulan ni, dah kena depression aku.

ini pun ada sikit macam nak kena.
abis sampai dah tak tau rasa nak gelak ke nak menangis.
rasa tak best tau.
nanti mama cakap, mama teringin ni, ingat nak sebelum pergi haji.
tak pun, mama nak pergi rumah kau, bila boleh pergi.
aku jadi stress sebab aku tak dapat nak layan dia. aku nak bawak macam mana.
aku takda kereta.
diri aku sendiri pun tak lepas.
uiksss type pasal ni tetiba air mata aku bergenang.

if ada kereta aku memang almost tiap petang akan singgah rumah parents aku.
beli la apa2 makanan ke untuk dorang.
now dah berapa bulan tak dapat. jumpa pun sekali sekala.
laki aku memang boleh bawak, tapi aku penat la naik motor.
sakit badan. dah tua uolls.

susah la baik sangat ni.
aku semalam saje google hal kereta.
nampak post daripada someone ni kat website honda pasal salesman la apa.
laju honda response n akan siasat n amik tindakan la apa.
rasa nak buat yang sama, tapi aku tak sampai hati.
macam jahat sangat pulak rasa.

takda la masalah sangat dia ni.
sebab satu aku ok, pikirkan sebab dia loan aku lepas.
sebab ramai kawan aku beli kereta, kerja sama macam aku, income lagi best, tapi tak lepas loan.
then ade kenal orang bank, aku cerita situation kerja aku, awal2 dia reject n kata takleh la apa.
so bab tu dia bagus la.

cuma tahap lembab n putar alam tu aku takleh tahan.
dah la senyap seribu bahasa. kimak sangat. eh tercarut pulak.

so aku memang sangat down.
down rasa sakit dada terus.
rasa nak nangis, rasa nak gelak, rasa nak muntah. semua la.

so please jangan tanya kereta baru ke? kereta apa?
tak kisah la baru ke lama ke. kereta apa ke?
aku just nak kereta untuk aku bergerak.
orang bagi aku lori pun aku terima la dalam keadaan sekarang ni.
ok tu tipu sebab aku tak berani bawak lori. heheheh.
e eh gila tetiba gelak. seeee aku kata dah aku jadi tak waras ni.

serious tak tau nak buat apa.
aku malas libatkan laki aku.
dia tu paling la tak membantu.
semalam aku cakap kat dia, terus dia kata apa nombor dia? bagi i. meh i maki bla bla bla. jangan sampai aku jumpa aku terus shoot muka dia.
T_______T
sebab tu aku malas cerita kat dia.

ok la.
aku stress. bye.

ohhh dunia iniii, penuh kepalsuannn~~~ *sambil berlalu pergi*


26 Comments:

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Sabar kak peej. Sian akak. Dari haritu sampai skang tak dapat2 lagi keretanya. Kita yang membaca ni pon hangen je rasa.

Soya Bean said... [Reply to Comments]

salam peej baik sis ambik tindakan mana lah tau menipu

permatabiru said... [Reply to Comments]

hehe ksian lak..

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

Babe, eh cop. Kau xsuka org panggil babe.

Baiklah puan peeja, aku rasa cemana baik pon kau kene report juga. Aku urusan nak beli kereta mmg leceh gila sbb kerja sendiri kan. Kau pon tahu loan mmg susah. TAPI, salesman aku sgt bagus. Believe me, sekejap aku push ke pakji. Sekejap ke nizam, sekejap ke banker. Aku rasa aku malas layan dia aku yg buat xtau. Nanti dia carik nizam. Nanti pakji malas layan dia, pakji push ke nizam juga.

Ko bayangkan berapa banyak org dia kene deal untuk 1 keta aku yg murah tu je. Aku rasa keta kau lg mahal dr aku. Kau jangam baik sgt pelissss. Ingat kes baju kawen aku? Haaaa tu lg sorg, aku tunggu masa je.

Sabar ok. Aku faham susah nya cemana.

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

peej.....sedihnya..takpe, aku doakan..semoga perjalanan ko nak dapat kereta ini di lancarkan..dlm masa terdekat...sabar je peej...

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

semoga Allah permudahkan urusan kereta akak, ameen...

diyana said... [Reply to Comments]

saya pon tumpang sedih kak..p part last tu lawak lak hehe..
bertabah lah yea..ade rezeki akak tu nti :)

Murni said... [Reply to Comments]

Kak Peej,

Seyesly g check.. takut salesman tu amik duit akak n lari..

Shiela Rahim said... [Reply to Comments]

push sampai dapat..klu perlu repot..repot je..call je hari2...

susumanis said... [Reply to Comments]

Sabo ya peej, penantian mmg seksa to bila dot syokkkkkkk, insyaAllah

eynda said... [Reply to Comments]

Kalau jadi kat diri sendiri pun bengang macam ni... sabar banyak2...

nuui said... [Reply to Comments]

Bila baca entry ni memang terasa tahap stress awak tu peej.

Tapi tu la kenkadang bila kita kenal or percaya or rasa boleh or rasa ok. Kadang mereka ini lah yg selalu mengambil sekesempatan keatas semua yang di atas tu.

Takpela, sampai hujung bulan ni, if takde gak , kena p hadap la saleman man ni depan-depan and nak lagi bagus g tempat kerja dia. Sebab my dah pernah berpengalaman di tipu oleh manusia yang di percayainya sangat-sangat soal kereta ni. 40k lesap.

Sabar yea PEEJ.

Melora said... [Reply to Comments]

ni pasal kereta honda eh? kawan baru kena.. i rasa dia yang buat komplen kat website honda .. case sama.. honda kat ampang tak silap.. janji sekian sekian tarikh lepas tu orang tanya buat senyap padahal booking pon dah bayar terpaksa kena pergi branch lain untuk order sekali lagi.

rohayaroy said... [Reply to Comments]

A Salam peej...peej... oooo peeej simpati ngan kisah nasib u pasal nk beli kereta ni.. nak gelak pon ada .. part yg last tu... laaa haiii sempat lagi buat lawak.. akak pon tak tau nak nangis ke nak gelak dah ni... hihi

Nor shima said... [Reply to Comments]

Bersabarlah kak peeja..
Mungkin ada hikmah disebalik ini semua gtu...

S.M.I.L.E ckit kak..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej....nasib u sama dgn I....konon2 nak beli Honda jazz baru....loan dh 2 bln lepas lulus....memang gampang la HONDA ni...smp kan I gi kerja naik bas hokay drpd shah Alam je puncak alam setiap hari...jauh gila...pukul 6 am dh naik bas...bila Tanya salesman dia ckp minggu depan...minggu depan...memang mcm varvi!...tiba2 hari ni boleh dia call I ckp warns yg u nak tu kena tunggu sebulan lagi....memang gampang....rasa memang dh fed up...rasa nk bakar je tmpt HONDA tu...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Eh ni mcm pengalaman aku ni..last2 aku mmg taksaba terus serang n mintak deposit balik! Ko tau tetibe dia kata esk dah blh amik kete haihhhh aku sakit hati sgt tau..ko citer ni aku rasa mcm dtg blk amarah aku tu haha jgn nk sabar dah g face to face je sng

Anonymous said... [Reply to Comments]

ok lepas ni, call je hari2. sampai die naik rimas. harap2 die buat cepat2

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Peej,

Aku cakap ko jangan marah kat aku lak ye.
Ko ni,
Muka nampak garang, tapi hati kau baik nauuuuu lahaiii!
Tu yang salesperson tu buat main-main je kot.

Apapun,
Semoga kesabaran kau ni akan membuahkan hasil dan masalah kereta kau ni dapat diatasi segera lah ya, Insha Allah.

sya mokthar said... [Reply to Comments]

sabar la kak peej. Kita yang dok follow kak peej ni tertanya2 jugak mana kereta nya? Lamo bona nak nampak stereng nyo ha. Hihi..gurau je kak peej. Saya doa kan kak peej dapat besabar dan bertabah selagi boleh. Kalau tak boleh, saya sokong apa je kak peej nak buat,,Muehehe.. wacchhaaa..flying kick satooo..

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

report jela peej...apa guna honda wat website cantik2 siap customer service segala bagai...ni lah gunanya. Report je, at least durang boley perbaiki apa yg kurang

Anonymous said... [Reply to Comments]

complain to the customer service (HQ). if not complain to tribunal. usually company tak suka if dorg ada record tribunal. jgn kasi muka. in our company, we make sure we deliver the vehicles as what we promised to customers

-nur-

Anonymous said... [Reply to Comments]

Slm peej,

Sya juga pernah terkena ,sya call ofis n komplen dgn bos salesman n esok terus dpt,so awk kena komplen ok xpyh nk pikir xsampai hati(org tu sampai hati buat awk kan),tq

niza

Anonymous said... [Reply to Comments]

awak order keta mc laren ke atau lembugini? sebab selalunya keta keta breed camni akan dibuat according to made to order.

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam kak peej. saya dulu kerja bank bahagian hire purchase @ car loan. akak order honda city yang baru tu ke ?

kalau akak still ada no officer bank tu, minta dia tukar je LOU ke dealer honda lain yg ada stok.

tapi akak kena cari la dealer yang ada stok kereta yg akak nak tu.

kadang2 salesman ni dorang banyak akal, stok kereta takde la tu.

resit downpayment tu dia ada bagi ke tak ?

mush said... [Reply to Comments]

huhuhuh, mush baca cerita peej ni pon dah terikut emosi peej, kejap gelak kejap rasa nak nangis... memang terkesan entri peej, menyentuh jiwa... ekekekke

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...