Instagram : @peejburhan

yuhuuu

lama tak bersiaran kan.
ni bukan penyakit malas ye.
ni betul-betul takda masa.
masa untuk diri sendiri pun tak ada ni.

banyak sangat kerja kena selesaikan sampai tak terlarat nak settlekan.
so kena buat satu-satu.
ngantuk melampau ni.
tapi tengok jam pun dah pukul berapa ni.
kalau tidur confirm terlajak.

macam semalam.
terlena pukul 3ish lepas settle kerja.
siap set jam kul 4.20am.
tapi takda makna. memekak la alarm tu takda aku terjaga.
tau-tau ada bunyi ketuk pintu dok kata sahur sahurrr.
tak bukan hantu ye. nonoy yang ketuk.hahahaha.

aku ingat dia kejut sebab nak suruh prepare sahur ke apa.
mamai2 aku ke dapur. eh nasi dah panas ni.
ok lets panaskan lauk.
eh apesal semua lauk dah panas ni.
siap ada telur dadar.
tengok dia datang bawak air teh o satu jug.
wah so sweet. rupanya dia terjaga awal n prepare kan aku laki bini sahur. huhuhu.
siap buat air tak tahan tu.

sebab ikutkan memang if kat rumah mama.
sahur je mesti ngan teh o panas.
dulu masa mama sakit memang aku yang prepare sahur n berbuka semua.
gigih sangat. tapi semangat meriah sebab ramai kan.
pastu if lauk kau habis2. harus kembang2 hidung bangga.
ni berdua je ngan MrB. tak kuasa nak air panas bagai.
sila teguk air mineral je ye dua-dua.
sesuai ngan konsep orang malas n menjaga kesihatan at the same time. cea cea.

so ni kang aku tidur mau terlajak perahu lagi ni.
nasi aku dah masak tu.
maybe kejap lagi kita goreng la telur ke apa je la.
lauk berbuka ada sikit lagi tu.
kita panaskan je la.

aku ada assignment kena siapkan ni.
memula memang tak kuasa je rasa. dah ku tolak pun.
sebab aku tau aku banyak kerja n macam takda masa sangat nak buat.
tapi tu la kalau dah rezeki tu dah Allah tulis untuk kau.
kata-kata semangat di beri, you can do it.
iyolah. mari kita cuba.
dah cuba budget masa n rasa ok.
sekali due date di cepatkan.
padan muka merasa terkapai2 last minute nak siapkan kerja.
tak siap apa pun lagi ni. niceeee.
semoga ahkak tabah siapkan.
letih n ngantuk.
tu yang bukak blog ceriakan hati dulu.
then sambung buat kerja.

busy sangat sampai nak melawat social media pun tak menyempat.
tadi saje bukak blog gossip.
terkejut aku tahap tak terupdate aku sampai ke page 6 la.
tu pun tak baca dok tengok tajuk je. huhu.
instagram pun tak sempat nak tengok.
apa pun tak boleh la.

oh Alhamdulillah sambutan orang order cookies menggalakkan.
if ada aku tak reply confirmkan order. hantar again yea.
aku takut terlepas pandang.
sebab aku banyak urusan di luar.
so korang bagi whatsapp ke sms aku takleh balas terus.
sebab macam pernah bagi tau.
aku if buat kerja aku suka biar semua buku aku, duduk kat meja kerja.
tu yang once free baru aku reply semua.

ada tanya boleh post tak?
sorry untuk tart n suji memang aku tak berani post.
sebab biskut lembut tau la.
sebelum hati korang hancur terima cookies hancur. better dont.
tapi if nak choc chip cookies n almond square tu boleh post yea.
harga postage belum kira. nanti aku inform.
ada jugak yang request boleh tak aku deliver ke sekian tempat.
sorry tak boleh. sebab aku pernah buat kan last year.
memang akan busy.
esp hari2 terakhir kan.
orang nak amik cookies apa semua.
nak amik tu ramai ye. so aku memang takleh kemana.
so if berminat. kena datang pick up kat rumah aku yea. :)

ok update produk.
tabita aku memang takda stock ye.
supplier kata stock baru sampai.
dia pun busy takleh hantar. if nak aku kena gi amik.
plan nak amik tadi tapi busy.
so harapnya esok aku segar dan larat untuk amik barang. tak pun lusa ke. tsk.
lain semua ada stock.
eh ada ke? cisss kena check ni.

oh lagi satu. ephyra promo still on ye.
berminat whatsapp je tanya harga if siapa tak familiar ngan price.
tapi nak penjimatan berganda. belilah trial.
aku bagi promo baik punya.
kalau korang pengguna setia tapi nak berjimat beli lah trial.
lagi banyak amik lagi discount aku bagi.
beza takda shaker n bag je la.
tapi if dah biasa beli, nak buat apa pun bag n shaker banyak2 kan.
nak isi dia je. so beli trial dah memadai :)

eh ok la.
baik aku buat kerja now.
kang apa pun tak boleh.
tapi aku nak segarkan mata ngan update entry ni.
tapi apesal rasa macam makin ngantuk je ni.
oh mahnnnn.




0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...