Instagram : @peejburhan

Tabita update

siapa yang ada beli tabita for the past 2 weeks perasan kot yang tabita dah berwajah baru.
sebab tu jugak beberapa minggu sebelum ni kita orang ada masalah production esp toner n cleanser.
sebab isu takda botol. huhu.
sebab tabita dalam proses tukar new look ni kan.
so officially 1-2 minggu ni dah keluar la.
aku tak sempat update kat blog sebab busy sangat.
tapi kat ig @peachhub tu ada aku update.
ni rupa baru.
packaging sama tapi dia now dia tulis Desi Damayanti.
bawah tu ada tulis produced by CV. Tabita.
seperti yang semua tau Desi Damayanti owner tabita ni.
so ni antara langkah yang di ambil untuk terus membanteras fake tabita.

patut la 1-2 bulan ni aku dapat banyak gila whatsapp, email apa semua daripada orang sana suruh aku amik tabita ke dia. jual murah-murah je ok.
rupanya dorang dah terhidu dah nak keluar new packaging.
so dorang nak clearkan stock dorang. amboiii.

tapi tu la, baru je jual tabita yang berwajah baru sempena nama ibu desi ni.
ada orang start share pic bawah ni.


gambar Sijil Merak (logo) yang kononnya Tabita ni di daftar atas nama Trie Hastati.
ini tak benar ye. sijil ini adalah sijil palsu.
sijil tu dah di edit untuk tunjuk yang konon Ibu Desi ni bukan pemilik logo Tabita.
amboi kemain tau begitu sekali sanggup buat cerita kan.

so sesiapa yang ada sedara mara or kawan kat Indonesia tu boleh pergi sendiri ye ke Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia dan check wujud ke tak sijil atas nama ibu trie ni.
n dah alang-alang pergi tu pergi la tanya sekali siapa sebenarnya pemilik logo tabita.
Insyallah jawapan yang akan dapat nanti daripada Jabatan yang betul2 bertanggunjawab keluarkan sijil merak(logo) ni adalah pemilik sebenar logo tabita ni adalah pak tony hutapea.
which is suami kepada ibu desi damayanti.

kalau tengok 'sijil' atas ni konon dah keluar since 2010.
tapi baru now sibuk orang nak share la apa.
elok lepas keluar new packaging dengan logo baru. sesuatu sangat.

satu lagi isu BPOM.
banyak kali jugak timbul isu tabita takda BPOM.
BPOM ni macam KKM la kat indonesia tu.
so sesiapa yang masih curiga boleh pergi check BPOM ye.
tabita ni selamat
dan boleh pergi check pemilik BPOM tu atas nama siapa ye.
ni la antara yang ibu desi umumkan hari tu masa perjumpaan kat jakarta tu.
sambil dia tunjuk semua sijil ni.
tapi time tu dia tak bagi hebahkan lagi.
untuk kita-kita je.
tapi ni dah bermacam fitnah orang buat asyik la nak jatuhkan tabita.
tu yang dengan kebenaran ibu desi bagi la umumkan.

sikit demi sikit tabita dalam proses nak dapatkan lebih banyak kelulusan sana sini.
supaya bak katanya lepas ini lebih aman ye. wah gitu.
so takda la orang sesuka hati dok fitnah sana sini.
lepas ni jugak lebih senang la nak banteras segala fake ni.

tujuan buat entry ni bukan apa.
sebab aku rasa daripada dulu sampai sekarang ada je isu timbul.
tapi aku memang jenis buat hal sendiri.
kau rasa yakin ngan barang aku jual, so beli.
rasa taknak, apa aku boleh buat pun kan.

tapi bila dah bermacam sangat.
then aku pulak berpeluang jumpa ibu desi n pak tony tu.
aku rasa dorang sangat-sangat baik.
kesian pulak masa cerita-cerita tu siap ibu desi kata dia nangis sebab kena fitnah macam-macam.
tapi takpa berkat orang yang sabar, Insyallah lepas ni semua akan ok.

eh ok la. kerja banyak.
see u later alligator.



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...