Instagram : @peejburhan

Seatbelt Art Contest

Aku tak tau pasal korang, tapi aku antara pengguna seatbelt tegar.
Tak kira la aku drive ke, aku duduk tepi ke, or sometimes if travel jauh aku duduk belakang sekalipun, Aku akan pakai seatbelt.
Yes sangat mematuhi undang-undang ok. hahaha.

N if ada kawan aku tak pakai seatbelt mesti aku akan bebel.
Jangan macam tu ye kawan-kawan.
Satu lagi kesukaan aku adalah seatbelt pad.
Tau tak apa seatbelt pad?




Eh macam terlindung pulak seatbelt pad aku.
ok bagi yang still tak sure ni seatbelt pad. aku kasi google.



Ala macam ada benda ni dia macam cushion sikit boleh letak kat seatbelt tu.
Aku suka ada seatbelt pad sebab selesa je pakai.
Maybe korang tak suka pakai seatbelt sebab takda seatbelt pad tu, sometimes memang tak selesa kan pakai seatbelt.
Tapi try la letak seatbelt pad tu. Serious ok.
Nanti kau adjust seatbelt pad tu tang leher, so takda rasa pedih or tercerut ke leher.
Selesa je.

Aku mula-mula start pakai dulu tak lawa pun seatbelt pad tu.
Warna pink striking..hahahha. dapat free beli cereal tak silap.
Siap tulis cereal ke apa merepek-repek. Lantak la. Janji pakai seatbelt nanti selesa.
Tapi after awhile, harus la kusam n rosak dah.
So latest now aku pakai Type R. hahha kononnnn.
sebab itu je yang di jumpai untuk di beli.
Yes, i'm crazy like that. If benda tu dah bagi selesa n best, akan make sure kena ada benda tu.

So bila tau Toyota ada anjurkan Seatbelt Art Contest terus rasa teruja sangat ok.
Ni ada contest best untuk kita join iaitu, Seatbelt Art Contest.

Contest ni dianjurkan oleh Toyota.
Toyota Seatbelt Art Contest ni adalah regional design competition yang dibuka kepada semua yang berada di Indonesia, Malaysia, Philippines, Vietnam dan Thailand.
Yes international sangat contest ni tau. :)
Mana la tau kalau korang reader aku, tapi korang ni bukan Malaysian tapi negara lain-lain tu, yes korang pun boleh joinnnn….

Menarik kan?
n senang je pun syaratnya.
so selama ni siapa ada bakat terpendam bab design ni, jom lah join contest ni.
aku gigih ok. sebab menarik la pulak contest ni.
tapi nak bergrafik design tak reti. gigih ok lukis.
lama tak pegang pensil n kertas. n colour bagai.
lenguh2 tangan buat ni.
kalau korang tak vote design aku bagi menang awas ye.

ni hasil try-try.


haaaa comel kan?
memang boleh buat macam-macam design.
tapi kata nak represent negara kita kan.
harus gigih ok lukis menara KL, KLCC n masjid putrajaya. hahaha
ok kena sebut. mana tau korang tengok pic ni rasa pelik2 eh apa pija cuba lakukan ni?


oh siap ada buka kebangsaan ok. seee sangat malaysia tanah tumpah darahku.

pastu tepi tu taktau nak buat apa. tulis la kuala lumpur. baru feeling anak kelahiran KL.
hahaha tetiba. gituhhh.
haaaa jangan gelak. ni 1st try ok.
lepas ni aku design lagi meletup n join contest ni.
korang tak vote awas ye.
tak pun nanti aku color lawa-lawa sikit. bagi cun.
pastu VOTE AKU !!! penat tau lukis masjid putrajaya. ingat senang. haha.
tapi seriously ada rupa tak masjid putrajaya aku tu?
if aku tak bagi tau korang tau ke tak sebenarnya? ;p

ok once korang dah design seatbelt pad korang.
boleh join the contest here http://www.besafetyleaders.com/seatbeltart/

    Kempen ni jugak terbuka untuk:
    • lelaki dan perempuan. tiada had umur.
    • tinggal di Indonesia, Malaysia, Thailand, Philippines dan Vietnam
    • Pekerjaan :- 
    1. Professional : Bloggers, Design Students, Design Teachers and Design Professionals.
    2. Public : All occupations

Tarikh kempen pulak adalah dari 25 Jun 2014 - 31 August 2014
Banyak masa lagi. So sempat sangat if korang nak join

Hadiah

  • Professional Category : Satu pemenang akan menerima Canon EOS 60D Kit II dan jugak 10 seatbelt pads of their winning design.
wah tiba-tiba terbayang if menang nanti boleh la pasang kat kereta baru iolls. la la la.
pastu since hadiah dia akan dapat 10 seatbelt pad tu kan?
akan ku bagi family and friends, dan paksa dorang pakai kat kereta masing-masing. hahah nice.
  • Public Category : Dua pemenang akan menerima iPad Air 32GB Wi-Fi dan 10 seatbelt pads of their winning design.
eh ni macam lagi best je. iPad Air tu.
i wanttttt. 


Cara Penyertaan.
  1. Design : buat rekaan original design seatbelt pad anda sendiri samada lukis sendiri (hand drawn) atau grafik komputer (computer graphics). THUMS mestilah menjadi part of your design. Remark : THUMS mestilah gunakan original colour tak boleh di ubah.
  2. Register : sign in menggunakan Facebook account anda, register untuk menyertai contest.
  3. Upload : upload seatbelt design anda menggunakan format JPG via pc only.
  4. Gallery : setiap penyertaan yang valid will be displayed in the contest gallery. Suruh kawan-kawan vote untuk korang!
  5. Winner : Toyota akan pilih 10 pemenang berdasarkan vote paling tinggi untuk setiap negara.

haaaa dah join tu jangan lupa suruh orang VOTE.
kang penat je design tapi takda vote kan.
sebab macam penerangan kat atas ni, pemenang akan dipilih berdasarkan VOTE PALING TINGGI!
haaaa, so sambil suruh kawan-kawan Vote design korang, suruh la dorang Vote aku punya jugak.
hahahahha. nakkkkkk jugak!


Contest Rules

Closing Date : semua penyertaan mesti di terima sebelum 31 Ogos 2014.

Design :
- Semua penyertaan mestilah include THUMS image dalam design seatbelt anda.
Apa benda pulak THUMS image tu?
Sabar, sekejap lagi aku cerita.

- Be creative! atau boleh represent nationality/country korang. It can be anything la yang represent negara kita ni. So sekarang paham tak kenapa aku semangat kenegaraan sangat kat seatbelt pad design aku tu. cea cea.

Size : Setiap penyertaan perlu ikut size ini.
  • Open Size : 19.5cm(W) X 23.5 cm(L)
  • Close Size : 7.5cm (W) X 23.5cm(L)
ni contoh template nya.
:: haaa inilah THUMS yang comel tu. so wajib ada THUMS ni dalam setiap design. :)  ::


Format : computer graphics n scanned hand drawings adalah diterima. File hendaklah dalam format RGB JPEG format. with or without colour. Size file mestilah tidak melebihi 2MB.

- see flexible sangat antara syarat dia, so if korang tak berapa pandai nak guna computer graphics ni, boleh je lukis macam aku buat tu. pun diterima. :)

Limit : takda limit untuk berapa banyak penyertaan yang hendak di submit. so if korang banyak idea boleh je nak submit banyak2 design. :)

ni antara design yang dah join contest ni.




haaa macam mana?
rasa-rasa korang boleh hasilkan design lagi best tak?
apa lagi? ni la time nak tunjuk skill masing2.
eh tiba-tiba rasa berkobar ni.
rasa macam design aku paling comot je.
awas ye. akan ku datang dengan design yang lagi gempak.

cepat jom join contest Seatbelt Art Contest.



ok aku busy sikit now.
tapi aku akan siapkan design aku n akan join contest ni.
kena pergi scan, gila sedih scanner pun takda. huhu.
so nanti once dah upload aku akan remind korang lagi.
sila VOTE AKU ye!
tak susah pun. tekan vote je. nanti dia akan keluar pop up facebook ke apa. tekan ok je.
la la la. ok terbayang ni pakai seatbelt pad design sendiri. :)
amboi semangat kan paksa-paksa korang vote.
ye la kena la vote sebab Toyota akan pilih 10 most voted design.
karang korang tak vote, nanti design i tak terpilih macam mana?
so wajib Vote ye.

aku nanti join akan dalam category Professional Category Designs.
so nak vote or nak check nanti sila click link ni http://www.besafetyleaders.com/seatbeltart/contest-base.php?l=ma






1 Comments:

Unknown said... [Reply to Comments]

waaa....kete baru ek??? kete pe kak?? cter la psl kete baru ;)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...